Monday 31 January 2022

AYAM MASAK LEMAK KENCUR/PECEL AYAM

Dah lama tak masak masakan ala Jawa yang satu ini...Pecel Ayam.


Semalam weekend....ambil kesempatan masak pecel ayam ni.

Aroma kencur atau kami panggil cekur.Saya memang suka aroma dan rasa cekur.

Hari Sabtu beli cekur ni kat Pasar Tani 

Kebetulan jumpa yang ubi cekurnya besar-besar.Sukanya saya.Ubinya yang muda,saya jadikan ulam.Ubi yang dah tua saya dah plan nak masak pecel ayam.

Daunnya pun segar dan cantik tak ada yang koyak.Nanti nak mayang halus macam bunga rampai tu tabur atas pecel.Uish....sukanya saya.


PECEL AYAM
3 ketul ayam gaul sikit garam.
1 cawan santan pekat.
2 helai daun kencur
air asam jawa,garam,gula 

Bahan Tumbuk:
3 biji ubi kencur(sebesar ibu jari)
2 bawang putih
5 bawang merah
10 cili padi hijau
1 ketul belacan(sebesar ibu jari)

1. Ayam dipanggang hingga masak.Sebaiknya panggang atas dapur arang.Tapi saya guna air fryer sahaja 

2. Masukkan bahan tumbuk dalam kuali.Campur,air asam,garam dan secubit gula ikut kesesuaian rasa.Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau  supaya tidak pecah minyak.

3. Masukkan ayam panggang dan masak hingga pekat sambil dikacau.Sesuaikan rasa.

4. Tabur daun kencur mayang dan hidangkan 

5. Selain ayam panggang..guna ikan keli panggang pun sedap.Lagi sedap guna ikan pari yang dipanggang dan isinya dicarik kasar-kasar
sebelum dimasukkan dalam kuah.

*** Saya pernah buat pecel ikan kembung & ikan pari versi kuahnya tidak dimasak.Hanya masukkan bahan tumbuk dalam santan pekat dan sesuaikan rasa.Rasa sangat sedap sebab lebih berlemak.Cuma kena makan habiskan kerana jika simpan cepat basi kerana santan mentah.

Nikmatnya makan lauk ni jangan dicampur lauk lain..

Lepas makan...kalau tak betul-betul sabun tangan...aromanya memang boleh membuat kita tercium-cium🤣🤣🤣
Tapi jaman naw ....ada snitizer yang wangi-wangi..boleh hilangkan bau...




KACANG FOUL - SARAPAN HARI INI

 Hari terakhir bulan Januari 2022.Ada yang kerja.Ada yang cuti.Ada yang ambil cuti kerana bersambung dengam CNY esok dan lusa.Yang kerja selamat bekerja.Yang cuti selamat bercuti.Dah sarapan ke?


Saya sarapan ala Arab hari ni.Roti Arab cicah kacang foul.


Beli kacang foul tu kat sini...Betul-betul depan Sekolah Sains Selangor.Seawal pukul 7.00 tadi saya dah meronda KL..Jalan tak sibok hari ni walaupun hari bekerja.Mungki sebab ramai dah bercuti.Lepas hantar Adah tadi patut ikut KL seremban hiway..
Tapi saya melencong  masuk ke Jalan Loke Yew sebab memang plan nak cari kacang foul ni kat depan Sekolah Sains Selangor ni.Pusing juga 3x nak pastikan sebab kat sini ramai penjual makanan sejak PKP dulu.

Alhamdulillah,buka..
Penjual dia pun peramah.


Saya beli 2 set untuk sebab hari ni anak bujang tu juga cuti.


Patutnya boleh pilih nak set roti biasa atau set roti arab.Saya pilih set roti biasa tapi penjual yang peramah tu suruh pilih roti arab..tapi dia bagi juga percuma roti biasa 
Alhamdulillah...
Semoga Allah murahkan rezeki penjual ni...🤲


Sebab leka bersembang dengan penjual tu lupa pulak nak tanya harga..Tapi kalau tak silap saya tengok orang lain bayar tu rasanya kalau set roti biasa rm6 kot.Set roti aran rm7


Saya beli juga 1 bungkus nasi lemak telur sebiji ni.
2 set kacang foul roti arab dan 1 nasi lemak ni RM17.
Mungkin nasi ni dalam rm3 kot..kacang foul tu 2 set rm14


Bila buka saja penutup kacang foul tu...Semerbak...bau.
Anak bujang saya cakap bau "bangla"🤣🤣🤣.
Memang bau rempah dia agak kuat tapi bila makan tak terasa pun baunya.
Cuma lepas makan beberapa ketika setiap kali sendawa...bau "bangla" tu melekat pada deria rasa...hihihi...
Saya ok saja dengan bau tu sebab memang bau rempah kan....hihihi
Rasa dia pun not bad...Ada rasa daging cincangnya. Telur dia pun rasanya dia guna telur omega sebab egg yolk tu cantik warnanya..Bau minyak sapi tak terasa.Agaknya mereka gunakan butter @ maejerin kot.Samada untuk cut kos atau mungkin juga mengambil kira,bukan semua orang sukakan aroma minyak sapi..


Saya makan bersulam kopi 0..Memang licin bersih bekas kacang foul saya ni...Alhdulillah...



Sunday 30 January 2022

KEK BASBOUSA @ KEK SUJI ARAB -SEDAPNYA

Minggu ni dua kali order Nasi Arab Ayam Mandy daripada Huda.Selain pelbagai nasi Arab,Huda juga open order kek basbousa ni tapi saya tak pernah beli kek tu.Sekali tu Huda ada bagi taster..Dah makan sedap la pulak ..


Terus order kek babousa ni..Pekena dengan teh O panas...Uii..sedap

Actually rasanya ni kek suji tapi versi Arab la.Dah Google...rupanya kek ni ada kelainan dari segi tekniknya berbanding kek butter atau kek suji butter .
tentang resipi dan cara membuat kek ni.In sha Allah saya pun nak try juga lepas ni...

Saya terus order whole basbousa kek ni.Biasa Huda open order dia dah slice.Rasanya dalam 3x2 inci macam tu harganya RM3.


Update:
Huda cakap catering adiknya yang open order nasi mandy dan kek basbousa tu..
Saya kongsikan link



Ni saya beli whole kek ni hanya RM20


Tebalnya lebih kurang 1 inci ja rasanya kot .Ada taburan almond strip.


Nak ukur konon..Tapi entah apa di ukur..hihihi
Rasanya kek ni 8x8inci

Mulanya saya hanya bawa balik rumah separuh sahaja daripada whole cake tu sebab ingatkan tiada yang minat.Seperuh lagi saya tinggalkan kat tempat kerja buat kudapan bersama.

Rupanya anak bujang teruna tu suka pulak kek ni.Bila dia makan dia boleh teka pula katanya ni kek suji Arab...Dia ulang makan.Siap bawa bekal...Makanya baki tang ada kat tempat kerja pun saya bawa balik...Memang dah wassalamu dah  kek ni...
Ops..ada 2 slices lagi kat dapur tinggalkan untuk anak bujang tu.Adah tak minat.Saya suka sebab kek ni tak terlalu manis dan tak terlalu berminyak.Makan bertemankan Teh 0 perisa cinamon...uiiii...rasa nak menari gelek..🤣


BEKAL HUJUNG MINGGU & NASYID SEBATANG RANTING

Hari ni anak bujang teruna kena kerja walaupun weekend.Ada juga kelebihan bila kena kerja hari minggu.Selain kurang jem,kelebihan lain ialah dapat offday pada weekday.Dapatlah nak uruskan apa yang patut kerana weekday semua ofis buka.


Hari ni masakkan mee goreng untuk bekalnya.


Dah lama pun tak beli mee kuning.Memang jenjarang beli mee kuning tapi hari tu masa belanja kat pasar segar,terambil pula sepaket mee kuning ni.Dah beberapa hari terbiar baiklah masak.Sejujurnya saya tak pandai sangat masak mee kuning.Kadang sedap,kadang tak sedap.Yang hari ni tak tau la sedap ke tak sebab belum rasa.Lepas hantar Adah kat KL tadi,balik tu saya singgah sarapan kat luar..Hihihi..

Amat jarang saya makan sensorang kat kedai.Boleh kira dengam jari tangan pun tak habis rasanya.Sebabnya kalau makan sengsorang kat kedai rasa macam kudung jer kepala..🤣🤣🤣🤭


Selain mee goreng,bekalkan juga pastry danish.Sedap pastri ni.Adah bawa balik malam tadi 2 bekas.1 bekalkan anak bujang tu.Satu lagi simpan untuk maknya makan nanti.

Selain pastri danish tu..bekalkan juga buah lai ni..Saya suka sangat hidu bau buah lai ni.Sebab bau dia,auto terbayang gerai buah-buahan import kat pekan  dulu-dulu.Dulu rasanya bau buah lebih kuat.Kalai lalu tepi gerai buah..bau apple dan lai ni memang harum sangat Harum buah la bukan harum bunga.Suka sangat kalau dapat hidu bauan buah apple dan lai  sebab masa tu jarang dapat makan buahan import macam apple,lai,anggur dan laici.Kalau demam atau sakit teruk ja baru dapat makan .🤭🤣🤣🤣
Sekarang nikmat Allah kurniakan kepada kita semua..mewah dengan makanan..
Tiba- tiba teringat satu nasyid irama padang pasir pasal buah dan nikmat Allah ni...
Lama saya mencari lagu tu..Tapi tak tau nak taip apa..Nasib baik saya ingat liriknya..Bila taip..keluar lagunya...Rupanya wording pertama tu la tajuk nasyidnya..


Credit to Life Record Malaysia

Mendengar nasyid ni ...tak sedar air mata bergenang....Ada satu macam perasaan...



Saturday 29 January 2022

SERBUK KOPI +GULA =COKLAT

Bagaimanakah caranya kawan-kawan  bancuh minuman kopi O ?

Ada yang masukkan serbuk kopi dalam cawan @ teko kemudian tuangkan air mendidih.Seterusnya baru tambah gula atau susu ikut selera.


Ada pula yang masukkan uncang kopi dan tuang air serta tambah gula atau susu ikut manis yang diingini.

Paling mudah..guna 3 in 1 la kan...hihihi


Ini cara saya bancuh minuman kopi 0 menggunakan serbuk kopi dari paket @ tin.Bukan uncang 


Setiap kali nak bancuh air kopi 0... saya dah terbiasa campur gula dan kopi bagi rata baru tuangkan air panas.


Mungkin sebab dulu-dulu dok tengok mak dok buat macam tu.Kalau kat rumah kenduri pun dok tengok tukang bancuh air buat macam tu.Depa cedok gula dengan senduk besar letak dalam cerek besar.Kemudian  gaul rata ..baru tuang air panas mendidih 
Dulu pula guna kopi tumbuk sendiri,aroma dia memang menangkap la..
Yang ajaib tu..biasanya campuran tu memang cukup rasa..seimbang rasa kopi dan gulanya.

Sebelum dituang air panas,masa orang tengah kacau gula dan serbuk kopi,kami yang kanak-kanak ni akan curi-curi cedok campuran gula dan kopi tu masuk dalam mulut.Kemam sambil pejam-pejam mata menikmati kemanisan gula bercampur kepahitan kopi sambil membayangkan sedang menikmati coklat.Maklumlah zaman kami,coklat tu bukan senang nak dapat.Selalu dapat makan gula-gula saja...Gula-gula ni kalau kat Kedah dipanggil "cekelat"...hihihi..

Perangai mencuri-curi makan campuran gula dan kopi ni kadang terbawa sampai sekarang....
Kalau gaul kopi dengan gula,sebelum masuk air panas..sejemput akan masuk mulut dulu..hihihi..
Nikmat oooooo....
Dia nyer feel lebih sedap dari coklat....
Tapi tabiat ni kalau nak bancuh kopi dalam cawan sendiri la...Kalau bancuh kat orang...jangan risau...saya tak buat 🤣

Tapi pernah sekali lebih kurang 10 tahun dulu,salah sorang mak menakan saya(mak saudara)  bersama anak beranaknya dari Kedah datang rumah anak dia kat Semenyih beberapa hari.Saya ajak datang rumah saya.Masuk saja dalam rumah nampak mak menakan sorang ni gelisah semacam.Tak lama kemudia,dia minta saya buatkan kopi.Sambil jeranga air,sambil saya menggaul gula dan serbuk kopi dalam teko.Agaknya dah tak boleh tahan,terus dia minta saya masukkan susudu campuran gula dan kopi tu dalam cawan dan dah macam baby kehausan susu,terus disudukan campuran kopi bergula tu dalam mulut dan dikemam-kemam sebelum telan.Lepas tu baru nampak mak menakan tu ceria ..

Rupanya ...katanya dia kecanduan kopi sebab kat rumah anaknya tak dijamu kopi..Sebab tu bil terbau aroma kopi yang saya sedang gaul tu...dia dah tak tahan...Tak bol h nak tunggu air mendidih dah...hihihihi 

Ingatkan kenapa la...

Dalam kalangan rakan sekerja,depa kata kopi 0 bancuhan saya sedap..cukup rasa.Itu kata depa la..Boleh jadi betul..Boleh jadi,depa saja trick ja sebab depa malas nak bancuh,jadi suruh la saya..🤭Pastu kata la saya bancuh kopi sedap..🤣
Tapi saya pun memang nak bancuh...😁


Saya pernah baca ...katanya "secawan kopi mampu menyegarkan hari anda.Tapi meminum 80-100 cawan kopi sehari merosakkan kesihatan dan boleh membawa maut..!"
😱
Wallahua'lam...

BEKAL NASI GORENG TOMYAM

Nasi Goreng Tomyam.Bekal anak bujang nan sorang tu pagi ini.
Sampingkan juga beberapa ketul sosej.
Juga merangkap brunch untuk tukang masak..Dah memasak,rugi la kalau tak makan.Hihihi.....




NASI GORENG TOMYAM
 2 cawan beras- tanak jadi nasi(+-4 cawan nasi)
2 sudu pes tomyam dalam botol
1 batang carrot
1 keping dada ayam- hiris & gaul sikit garam
4 sudu minyak masak
2 biji telur
1 pokok daun ketumbar
( jika tak suka boleh ganti daun sup)

1. Panaskan minyak,masukkan isi ayam hiris dan goreng hingga masak.

2. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga telur masak.Tambahkan pes tomyam dan carrot.

3. Masukkan nasi yang sudah dilerai dan gaul rata hingga nasi panas merata dan naik wap.

4. Taburkan daun ketumbar @ daun sup.

Masukkan la dalam kotak makanan mesra alam ni.Hihihihi...
Mesra alam la kot sebab ni kotak kertas.Tapi saya alas juga dengan plastik  sebab risau pula karang bekas tu lembik atau berminyak.Sosej tu saya potong dua dan kelar.Kemudian goreng dengan ½ sudu marjerin.Kalau goreng sosej saya suka guna marjerin @ butter berbanding minyak sebab sosej akan licin dan cantik.Kalau guna minyak pula,biasanya sosej  jadi garing dan keras berkulit ...Kaaaa...saya yang tak pandai goreng?...hihihi


Bekal anak bujang teruna hari ni.Nasi Goreng Tomyam bersama sosej goreng dan sebiji buah pear.

Friday 28 January 2022

PASTA SPIRAL GORENG DENGAN BEBOLA DAGING

Hari ni bawa bekal Pasta Spiral Goreng 


Pepagi menggoreng pasta buat bekal.

PASTA SPIRAL GORENG
1 paket pasta spiral(400gm)
20 biji bebola daging
2 sudu cili kisar
3 biji cili padi merah (cincang) jika extra nak pedas
½ botol sos bolognese
1 bawang besar- cincang
5 bawang putih-cincang
garam,minyak,
daun basil(saya guna daun sup saja)

1. Jerang ½ periuk air hingga mendidih.Rabus pasta hingga ½ masak.(anggaran 5 minit)

2. Sementara air mendidih,panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang.

3. Masukkan bebola daging dan balik-balikkan hingga agak-agak bebola masak,baru masukkan sos bolognese.Tambah garam dan gula ikut kesesuaian rasa.

4. Masukkan pasta ½ masak dan gaul rata.Masak beberapa minit dan sesuaikan rasa.

5. Jika suka pasta yang masak sepenuhnya,tambah sikit air rebusan pasta  dalam gorengan dan masaklah hingga pasta lembut.

*Pasta seeloknya jangan overcook kerana kesedapan pasta adalah dimasak al dente( iaitu bila digigit  macam ada sikit sikit keras/mentah dalamnya)

Bekal anak bujang..


Semalam tak sempat buat bekal dia.Bawa bun sambal Gardenia ja + pisang & buah pear.
(Tapi rasanya bekal macam tu lagi healty kan..🤭)


Selebihnya bekal untuk saya.Adah tak bawa bekal.

Ajak Shifa & Rubiah makan sesama.Buat kopi sorang secawan.Pun masih berbaki pasta ni.Jadi rezeki Amanda & Camilia pula yang datang lepas tu.Kemudia dapat pula kiriman kuih muih dari kak Mel.Memang dengarnya kat bawah ada buat jamuan.Tapi kami ni selalu tertinggal🤭 
Terpisah di dunia kami dek jauh di kayangan...



 

Wednesday 26 January 2022

BUBUR NASI -MAKANAN DIMASAK SETIAP KALI ADA YANG TAK SIHAT

 Asal ada yang tak sihat dalam rumah ni,maka bubur nasi la menjadi hidangan.Bukan apa,cuma bubur nasi ni mudah nak telan walaupun yang tiada selera nak makan kerana tak sihat..Jadi,badan masih menerima nutrien yang diperlukan walaupun sekadar bubur nasi.


Bubur nasi ni masak weekend hari tu.Anak bujang tu demam.Sejak ambil booster ni maciam-maciam jugak la.Hari tu mata dia chalazion.Kemudian demam.Ni dia cakap badannya dah turun 3kg sebab demam tu.Tapi takat 3kg tak memberi kesan kepada saiz baju seluarnya pun 🤣
Hari tu masa kena Covid..ye badannya susut 10kg...sampai perut jadi flat la...Mana tak susut,langsung tak makan makanan berat.Hanya bertahan dengan minum madu dan habbatussauda selama 10 hari...Tapi lepas baik sakit...selera pun baikkkkk punya...!!! hihihi
Ni dah turun 3kg dalam seminggu..dia kata nak kurangkan makan...Harap-harap kata dikota la...hihihi


Anak tak makan,mak pula risau....Dimasaknya bubur nasi supaya ada selera nak makan...
Tapi betul la ,kali ni dia tak makan.
Masalahnya mak dia pula yang berulang-ulang makan..
Habih,camno tu...?


Camana tak ulang makan kalau dah bubur ni sedap ja kat tekak orang yang sihat ni..Lauk bodo-bodo pun sedap.Tambah pula,buburnya pekat berkrim sebab guna bertas wangi...Memang kaya dengan kanji ni....So,jangan ingat makan bubur nasi boleh diet....
Pernah baca info kesihatan,Katanya makan nasi goreng lebih baik daripada makan bubur nasi.
Untuk pesakit diabetis tidak digalakkan makan bubur nasi sebab kaya kanji.Lebih baik makan nasi goreng kerana nasi yang dimasak berbiji-biji lebih baik kerana kurang kanji....Rupanya cara masak juga mempeengaruhi kandungan makanan....hihihi.
Agaknya itulah sebab kalau tak sihat,mak-mak kita dulu buat bubur nasi supaya  badan cepat mendapat tenaga dari kanji.Wallluhua'lam



Untuk bubur nasi yang saya masak ni,saya gunakan beras wangi supaya bubur lebih pekat dan berkrim.Saya juga tambah serai untuk aroma segar dan banyak halia muda yang dimayang halus untuk memberi kesan panas kepada badan supaya berpeluh lepas makan bubur ni

BUBUR NASI GUNA RICE COOKER
1/2 cawan beras wangi
10 cawan air(anggaran)
1batang serai- ketuk
1 ketul halia muda-mayang
1 helai pandan- jika nak wangi

1. Cuci beras dan masukkan dalam rice cooker bersama 2 cawan air.
2. Sementara itu jerang air hingga mendidih untuk tambah nanti.Boleh juga guna air panas dari mesin penapis air.
3. Bila memdidih renggangkan penutup rice cooker atau boleh buka terus penutupnya supaya tidak meruap.Tambah serai dan halia mayang.
4. Sesekali kacau bubur supaya tidak berkerak.Bila air mengering pastikan tambah dengan 1 cawan air panas sama ada air mendidih atau air panas dari penapis air.
5. Ulang tambah secawan air setiap kali air mengering dan jangan lupa kacau sesekali.

*** 1. Jangan terus masukkan 10 cawan air tersebut. Masuk air sikit demi sikit sambil kacau supaya bubur pekat dan berkrim.
2. Sentiasa tambah air panas jika air mengering.Jangan tambah air sejuk.


Bubur nasi sedap dimakan panas bersama kasesorinya.Biasanya paling basic mesti ada bilis goreng,telur masin  dan daun sup.Kali ini saya masak juga bendi goreng pedas sebab tiada stok kangkung.Paling best kalau ada lobak masin digoreng bersama bilis tu.Tambah pula jika ada udang kering yang digaul bawang,cili padi hiris dan diperah limau....Hancur diet..!!!!

Monday 24 January 2022

TUAN TANAH TURN 20

 

Semalam 24 Januari..ulangtahun kelahiran tuan tanah kedaung ni( pinjam ayat SK)..
Dah 20 tahun dah anak dara tu..Anak bongsu daripada tiga beradik.Anak yang paling senang dilahirkan..Saya pergi hospital pun  drive sendiri sahaja masa nak lahirkan Cella ni.Anak kelahiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Emaknya orang Kedah.Abangnya kelahiran Perak,manakala kakaknya lahir di Selangor.Empat beranak yang lahir di 4 negeri berbeza.Hihihi


13 tahun dulu.Hari pertama persokolahan Tahun 1.. 
Kena berdikari seawal usia kanak-kanak.Saya hanya temankan di kelas masa hari pertama tadika 5 tahun.
Masa Tadika 6 tahun,saya hanya hantar.Balik dah kena naik bas walaupun hari pertama sekolah.Terngiang lagi dengan bangganya dia 1st day,dia sorang naik bas sebab orang lain ibu bapa jemput tapi dia naik bas tadika kerana saya tak dapat nak jemput walaupun hari pertama.Tapi katanya cikgu-cikgu tadika dan abang driver bas baik.Nasib baik juga dikurniakan baby sitter yang sangat baik.Baby sitter yang sama dari abang,kakak dan dirinya hingga habis sekolah..Alhamdulillah...
Semoga Allah mudahkan urusan dan ganjarkan pahala melimpah untuk mereka yang pernah memberi kebaikan kepada kami.

Muka kesian jer kan...Tapi rasanya dia bukan sedih apa tu...Dia teringat botol susu🍼 rasanya tu sebab dia minum susu botol hingga darjah 3...hihihi...Lepas dah kantoi dengan cikgu dia minum susu botol🍼.Masa tu dalam kereta bawah pokok depan sekolah.Dia dah  siap-siap tukar baju sekolah agama kat tandas sekolah sebab nak terus hantar ke sekolah agama.
Tengah minum🍼 dengan feeling dalam kereta...ada cikgu dia lalu dengan motor & berenti tepi tingkap kereta.Sejak tu  malu dan taknak minum susu dalam botol dah.Tapi setiap hari bawa bekal susu kotak.
Tapi balik sekolah agama dia cari botol juga kat rumah.Tidur malam pun botol susu kat mulut sampai naik darjah 4 baru berenti.
Sampai sekarang...susu adalah favourite dia.


Darjah 2....

Hari ini dah 20 tahun.@ Trengganu...
Alhamdulillah,saya yakin ramai daripada reader blog dia dulu selalu mengirimkan doa dalam diam kepada Cella.

Ni 2 bulan lepas....Alhamdulillah..
Katanya jangan lupa doakan agar dia dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan dikecualikan membayar balik PTPTN🤭


Semoga anak2 yang lain juga di luar sana dikurniakan kejayaan cemerlang di dunia & akhirat 


Ni la yang diulang- ulang tiap kali call & whatsapps.Nak makan homemade  scone...


Alhamdulillah,katanya semalam dia kekenyangan kerana ramai kawan-kawan belanja makan.Sampaikan abangnya nak order McD untuk birthdaynya pun dia minta pospon kerana ramai  sangat yang belanja.Alhamdulillah,dikelilingi rakan-rakan yang baik juga hadiah nikmat yang tak terhingga...


Semalam nampak Adah post pic pensil ninkat group family ..

Katanya untuk Cella ..Puas saya memikir ..kenapa diberi gambar pensel untuk Cella...

Rupanya itu wish HB

🤣🤣🤣Hadoi..budak2 sekarang wish macam tu ja...