Saturday 1 January 2022

GULAI AYAM HUTAN + KENTANG JEMBUT


Gulai Ayam Hutan  + Kentang Jembut


Ayam hutan.Achik bagi masa balik minggu lepas.Pakcik beli dari rakannya.Kalau tahu kami nak balik,Pakcik memang akan beli la macam-macam.Ayam hutan pun dah beberapa kali Pakcik beli.

Ayam hutan memang saiznya tak besar macam ayam daging.Saiznya lagi kecil daripada ayam kampung.Ni saiz peha ayam hutan.Warna pun agak gelap sikit.


Ini gambar ayam hutan yang pernah mak saya pelihara kat kampung.Rupa dia sama sahaja dengan ayam kampung,cuma saiznya sedikit kecil.Tanda lain yang ketara ialah setiap ayam hutan akan ada tanda putih ditelinganya seakan subang putih..hihihi.
Ayam hutan ni abang saya bawa balik sepasang induk dan ayam jantan hutan untuk mak biakkan.Tapi kesudahannya ada yang mati dan ada yang hilang begitu sahaja.Hanya tinggal gambar sahaja.Hihihi



Kentang Jembut.
Tapi biasanya saya sebut Ubi Kemili.
Mak saya sebut Ubi Keling🤭


Ni pokok Kentang Jembut aka Ubi Kemili yang mak saya tanam dibelakang rumah.Daunnya seakan daun pudina.



Tapi Kentang Jembut yang ini Achik beli masa balik dua minggu lepas untuk saya bawa balik KL.Saya rebus dulu supaya senang nak kupas kulitnya.



KARI AYAM HUTAN + KENTANG JEMBUT

1 ekor ayam hutan  (+-1½kg)

250 gm kentang jembut (ubi kemili)
1 paket kecil rempah kari  ikan
2 paket kecil rempah kari daging/ayam
2 sudu kerisik
1 kotak kecil santam / 250gm santan 
garam
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
5 bawang merah - hiris
2 bawang putih-hiris
2 ruas halia - hiris
5 bunga lawang
5 cengkih
1 kayu manis
1 tangkai daun kari

1. Gaul ayam bersama semua serbuk rempah & kerisik. Tambah sikit air sekadar semua campuran menyalut ayam. Perap 15 minit

2. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum

3.Masukkan ayam yang siap bergaul rempah dan masak hingga keluar air ayam & najk minyak

4. Masukkan kentang, 5 cawan air & santan pekat. Masak hingga ayam & kenatang empuk. Jika perlu tambah air kerana jika  ayam hutan tua lambat empuk. 

5. Masukkan garam & perlahankan api d biar merenih 10 minit supaya kuah cantik naik minyak

6.Sesuaikan rasa .



10 comments:

  1. Nampak sedap sangat kari tu, kalau makan dengan pulut pun sedap, kalau makan nasi mahu bertambah tiga kali.

    Teringat dulu baca novel seram, selalu ada kisah menjerat ayam hutan. Kita ingatkan ayam hutan ni besar dari ayam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...tak terfikir pula nak gu kan dengan pulut.
      Dulu mak selalu bawa balik telur ayam hutan yang bersarang dalam kebun getah.Orang kata ayam hutan ada pendamping dia..wallahua'alam..

      Delete
  2. Kentang tu dah bertahun tak jumpa. Masa kecik-kecik dulu suka sangat tolong cabut di kebun, mak tanam. Seronok sebab banyak betul isinya melekat di akar macam cabut kacang tanah juga. Samalah juga dengan ayam hutan tu. Entah berapa tahun tak makan. Kita suka buat sup, masak berjam-jam sampai empuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2....isinya bergayut macam kacang tanah.
      Mak saya cakap ubinni memakan masa yg lama nak keluarkan hasil..

      Sup pun sedap kan...tambah pula sekarang musim hujan

      Delete
  3. Kentang tu bole besar2 camtu ea, dulu nenek saya tanam kenapa buahnya x bole besar ya, dia kecik2 mcam kacang tanah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda la besar sangat ni...besar sikit dari kacang tanah ja.Memang standard dia macam tu ja kot..hihihi
      Tapi pernah juga beli dapat yang besar-besar saiz ibu jari kaki..puas makan

      Delete
  4. Sy panggil ubi keling juga MC :)
    Nak ambil ubinya kena cabut dgn pokok tu sekali kan, nanti dia keluar berjuntai-juntai macam kacang tanah tu. Nostalgia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau kat Kedah,banyak juga namnaya keling
      - Ubi keling
      - Jambu keling(jambu bol)
      - Kuih telinga keling ( peniram)
      - Tok Keling (nama tempat dekat Alor Setar)
      - buat keling(drama ja lebih)
      - keling botoi( yg ni kami tunggu2 zaman kanak2 sebab nak jual botol sebiji 5 sen)
      Nostalgia...

      Delete
  5. Tak pernah akan ayam hutan...nampak sedap plak...

    ReplyDelete
  6. Mentang2 ubi tu hitam sampai hati dikelingkan haha.

    ReplyDelete