Monday 31 January 2022

AYAM MASAK LEMAK KENCUR/PECEL AYAM

Dah lama tak masak masakan ala Jawa yang satu ini...Pecel Ayam.


Semalam weekend....ambil kesempatan masak pecel ayam ni.

Aroma kencur atau kami panggil cekur.Saya memang suka aroma dan rasa cekur.

Hari Sabtu beli cekur ni kat Pasar Tani 

Kebetulan jumpa yang ubi cekurnya besar-besar.Sukanya saya.Ubinya yang muda,saya jadikan ulam.Ubi yang dah tua saya dah plan nak masak pecel ayam.

Daunnya pun segar dan cantik tak ada yang koyak.Nanti nak mayang halus macam bunga rampai tu tabur atas pecel.Uish....sukanya saya.


PECEL AYAM
3 ketul ayam gaul sikit garam.
1 cawan santan pekat.
2 helai daun kencur
air asam jawa,garam,gula 

Bahan Tumbuk:
3 biji ubi kencur(sebesar ibu jari)
2 bawang putih
5 bawang merah
10 cili padi hijau
1 ketul belacan(sebesar ibu jari)

1. Ayam dipanggang hingga masak.Sebaiknya panggang atas dapur arang.Tapi saya guna air fryer sahaja 

2. Masukkan bahan tumbuk dalam kuali.Campur,air asam,garam dan secubit gula ikut kesesuaian rasa.Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau  supaya tidak pecah minyak.

3. Masukkan ayam panggang dan masak hingga pekat sambil dikacau.Sesuaikan rasa.

4. Tabur daun kencur mayang dan hidangkan 

5. Selain ayam panggang..guna ikan keli panggang pun sedap.Lagi sedap guna ikan pari yang dipanggang dan isinya dicarik kasar-kasar
sebelum dimasukkan dalam kuah.

*** Saya pernah buat pecel ikan kembung & ikan pari versi kuahnya tidak dimasak.Hanya masukkan bahan tumbuk dalam santan pekat dan sesuaikan rasa.Rasa sangat sedap sebab lebih berlemak.Cuma kena makan habiskan kerana jika simpan cepat basi kerana santan mentah.

Nikmatnya makan lauk ni jangan dicampur lauk lain..

Lepas makan...kalau tak betul-betul sabun tangan...aromanya memang boleh membuat kita tercium-cium🤣🤣🤣
Tapi jaman naw ....ada snitizer yang wangi-wangi..boleh hilangkan bau...




6 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah...sedap pada tekak saya sebab saya suka kencur...hihihi

      Delete
  2. Aduhhh.. inilah antara lauk kegemaran saya tapi tak pandai nak memasaknya. Dulu2 ibu sy suka buat guna ikan pari, tapi tulah, kuah sikit kalau nak masak cekur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat main belasah saja...
      SK minta resipi kat ibu ...
      Nanti share ..
      Nak juga tahu resipi sebenarnya ikut Javanese🤭

      Delete
  3. Menu ni pun saya tak pernah makan. Mungkin sebab bukan keturunan jawa jadi tak tahu pun menu ni. Tengok dari rupa dia teringat kuah ayam percik putih tu.

    ReplyDelete