Sunday, 9 January 2022

REZEKI DAPAT MERASA BUAH ABIU

Sebelum ni pernah dengar dan pernah tengok gambar serta video buah abiu.Tapi belum ada rezeki merasa buah istimewa ini.Selalu "berzikir"...kat mana la nak cari buah abiu ni..


Rezeki.....tanpa diduga.Semalam petang lepas Zohor keluar jumpa Kak Che Rohani kat Soru.Lepas makan masa nak masuk dalam kereta,Kak Ani hulurkan plastik yang mengandungi buah bidara dan sebiji buah abiu...

 

Alhamdulillah,walaupun sebiji tapi besar banget buah abiu ni.Memang gede buahnya hampir ½kg rasanya..

Malam tadi lepas Isya' saya ajak Adah & anak bujang tu merasa buah abii ni.Setelah dibelah-belah,saya suruh dua beradik tu rasa.
Adah merasa sesudu..Abangnya menjamah sehiris nipis.
Kemudian,meraka berdua sdah tak nak..

Alhamdulillahhhhhhh...depa tak mau...
Nampaknya boleh lah saya makan puas puas🤭🤣


Isinya yang lembut berair bagaikan jeli kelapa.Nak makan,kena guna sudu kecil untuk cedok isinya.Manis dan sejuk sekali.Tidaklah ada bau khusus,tapi rasa dan teksturnya seakan jeli kelapa..

Selama ni kalau tengok gambar,saya ingatkan biji abiu ni licin macam biji ciku.Rupanya  biji abiu diselaputi selaput seakan isi nipis.Saiz bijinya 

Dalam sebiji buah abiu yang saya dapat ni ,ada 3 bijinya.Saya cadang nak minta Pak Man gardener tu semaikan biji abiu ni..

Saya antara peminat buah-buah nadir dan juga makanan exotic.Tapi hanya sekadar minat untuk merasa dan mencuba.Belum lah lagi menanam atau memelihara.Sejak dulu pernah terniat dalam hati,kalau saya ada tanah yang sesuai,saya nak penuhkan dengan tanaman buah-buah nadir seperti asam kumbang,buah mata pelanduk,buah larak,buah pelam keluk,buah kekek,buah senduduk gajah,buah keriang lada,buah keriang dot,buah setoi tupai,buah gupho,buah kemuyu,buah mertajam,buah redan,buah rotan,buah melaka,buah gelam tikus dan macam-macam buah yang pernah saya makan masa zaman kanak-kanak.

Tapi hingga kini semua tu masih kekal dalam angan-angan.Bak kata orang sekarang..."Berangan Bukan Kena Bayar"...hihihi...

11 comments:

  1. Tak pernah merasa buah abiu ni dan buah2 yang Mak Cella sebutkan tu. Nnati lepas pencen, boleh jadikan kenyataan semua anganan itu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. PH pernah tengok di kebun Wak Warisan Petani kalau tak silap... Tengok gambar aje lah... Rezeki MC lah dapat merasa buahnya.

    Samalah kita MC, PH pun ada impian juga nak beli tanah & tanam pokok-pokok nadir tu. Jomlah kita buat kutu :D

    ReplyDelete
  3. Buah abiu ni banyak dijual di Kundasang.

    ReplyDelete
  4. Wak ada tanam 2 pokok abiu ni
    Memang rajin berbuah dan tidak bermusim
    Cuma abiu yang wak tanam, setiap buah ada satu biji aje didalamnya.

    ReplyDelete
  5. dana ingatkan saizanya kecik je kak.. besar jugak rupanya ya

    ReplyDelete
  6. Uish.. buah rare ni.. biasanya kalau yg rare abg yan la mangsa kena try dulu.. lps abg yan komen baru kak lin berani mkn.. sian abg yan, kan.. 🤣

    ReplyDelete
  7. Buah Aibiu ni pernah dengar dan tengok kat blog wak warisan petani. Dah belah ni baru nampak kat blog mama cella. Tak pernah jumpa buah ni. Buah buahan yang mama cella sebutkan semua tu pun tak pernah dengar lansung. huhu..banyak lagi buah rare dan exotic tak pernah tahu.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap...Wak Warisan Petani ada tanam...nak jugak rasaaa....tapi xde jual kan?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete