Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Friday, 3 October 2025

TUAI DAUN SALAD & BUAT SALAD TELUR

 

Salad Telur ni biasa sahaja..Hannya daun salad dicarik-carik + tomato ceri+ telur rebus & kewpei sesame roasted dressing..

 


Tapi yang buatkan dia special kerana salada nya dipetik sendiri dan diolah segar .



Pagi- pagi terapi jiwa petik salada



Walau masih baru mempelaajari asas pertanian ,namun inilah antara kabahagiaan yang cuba dicipta di tempat baru.Walaupun saya hanya ditempatkan di Glowing Habiscus,tappi saya suka menyibok di kebun sayur...hihihi
Sekarang setiap Selasa & Khamis saya akan menyibok panen terung.Tu yang hari-,hari menu terung๐Ÿคฃ.
Sebelum ni kangkung & salada
Tambahan pula Bayu tidak lokek ilmu.Tiap kali nak tuai hasil kebun,pasti Bayu akan beritahu dan ajak panen bersama.

Sepatutnya semalam saya menyertai kursus asas  pertanian anjuran JPM.Saya sangat teruja hendak menimba ilmu  bertani secara formal ini.Sayangnya ada hal yang tak dapat dielakkan.

Tuaian salada ni bukan yang harni punya tapi bulan lepas..

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH


Untuk video PETIK & BUAT 
 SALAD TELUR   " ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡



Thursday, 10 August 2023

TELUR ๐Ÿฅš TOMATO ๐Ÿ… SEMUDAH ABC

 Selama ni dok tengok ja menu telur tomato ni melintas sana sini..


Ketika tengah lapar teringat nak mencuba...
Masyaa Allah....
Sedapnya walau hanya telur dan tomato berperisa.



TELUR TOMATO  ๐Ÿณ ๐Ÿ…

 2 biji telur ayam ๐Ÿฅš
1 biji tomato  merah๐Ÿ…
1 sudu daun bawang
Minyak,garam,gula,lada sulah

A.
 Pukul telur .Panaskan sesudu kecil minyak dan jadikan telur hancur.Ketepikan.

B.
Panaskan sesudu makan minyak dan tumis tomato merah yang didadu kasar hingga lembut dan mengeluarkan jus.

C.
Masukkan semula telur hancur.Perisakan dengan secubit garam dan secubit gula dan lada sulah.Tabur daun bawang cincang..Siap


Ni kalau makan dengan roti untuk sarapan pun sedap.
Tapi saya makan gitu sahaja sebab tengah lapar.
Masyaa Allah...sedapnya..
Adakah kerana saya lapar atau memang telur tomato ni memang sedap?



Sunday, 23 July 2023

AKHIRNYA BERJAYA HASILKAN TELUR GEDIK

 Nak buat telur ½ masak bagi orang lain mungkin sudah ABC,namun tidak bagi saya.Ada yang memang pandai agak masa rebus dan ada yang memang ada bekas rendam telur yang memang khas untuk telur ½ masak.Mungkin juga yang lain walau takda bekas tu tapi dah tahu petuanya..

Saya ni memang sokmo fail kalau buat telur ½ masak.Itu yang baru ni bila saya berjaya buat telur ½ masak,saya rasa macam nak lompat bintang..hihihihi


Saya bukan peminat telur ½ masak,sebaliknya saya lagu suka telur ¾ masak.Kalau anak jantan tu pulak saya tak pernah nampak dia order atau makan telur ½ masak.Adah pulak memang tak akan makan telur ½ masak.Telur rebus pun dia hanya makan putih dan yang kuning dia akan letak la mana-mana pinggan yang sudi .Selalunya pinggan saya la๐Ÿคญ


Haaa,kalau Cella,
Yes,dia memang peminat tegar telur ½ masak.Itupun kalau pi sarapan kat luar la.Kalau kat rumah rasanya dalam 10 percubaan ,jarang sekalipun perferc.Kadang jadi ¾ masak,kadang  putih relur  masih jernih,dah tak lalu nak makan.

Ni hari Rabu masa cuti Maal Hijrah,Cella tak request pun telur ½ masak ni,tapi saya yang excited nak cuba lagi berpndukan ilmu baharu 


Roti bakar bersama telur ½ masak dan secangkir kopi panas.



Itulah sarapan kami dua beranak pada pagi Rabu..1 Muharram 1445H


Excited bila saya berjaya hasilkan telur ½ masak dengan jayanya sama seperti yang kami SARAPAN @ KEDAI KOPI TEPIAN BANGI pada hari Sabtu



Saya ada tertonton kat youtube tentang buat telur ½ masak yang sempurna rapi dah lupa dari chanel mana.Yang saya ingat ialah

1. Sukat air 500 ml dan jerang hingga mendidih.

2. Sebaik sahaja mendidih,matikan api dan + 250ml air paip suhu bilik.

3. Terus masukkan 2 biji telur ayam suhu bilik(kalau telur dari peri ais sila keluarkan dari peti ais lebih awal supaya telur hilang sejuknya.
* Sebaiknya guna telur omega agar kuningnya cantik 

4.Rendam telur tersebut selama 15 minit..Mesti set alarm 15 minit supaya masa sharp.

5. Sebaik alarm 15 minit berbunyi,terus keluarkan telur dari air panas tadi dan segera rendam pula dalam air ais / air yang betul,-,betul sejuk untuk menghentikan proses masak telur tersebut.


Telur sedia dimakan selepas beberapa ketika.


Jom,tengok hasilnya..
Alhamdulillah,semua putih telur tu jadi putih dan tiada yang jernih.Telir pertama lagi perfect sebab putihnya yang lembut tu bersalut pada kuning telur.Telur kedua,Cella pecahkan,manakala telur ke 3 sampai hari ni masih misteri.Saya memang tak ingat langsung mana saya letak๐Ÿคฃ
Mungkin masa nak basuh bekas tu saya dah tercampur dengan telur mentah atau mungkin saya dah terbuang telur tu..hihihi



Tambah kicap cair dan lada sulah
Kena la dengan roti bakar dan kopi panas


Saya beli roti putih untuk feel macam kopi tiam..


Roti putih yang lebih tebal sesuai untuk dipanggang.


Takmo masuk oven @ toaster tapi nak panggang kuali.Lepas sapu butter panggang hingga garing kedua belah roti.

Menikmati roti bakar bersama telur ½ masak serta kopi panas sambil menonton live  TV ...
Sambutan Maal Hijrah 1445 


Wednesday, 22 July 2020

KARI TELUR AYAM + BENDI(PKPP COVID 19)


Kari Telur Ayam + Bendi
Mak aku masak

Namanya Kari Telur Ayam..
Sebab guna telur ayam
Tapi bukan ayam putih tu yang bertelur
Ayam tu x boleh bertelur
Ayam tu hanya mengeram telur jer๐Ÿคฃ
Pun x pernah menetas pun
Hahaahaa...

Dah lama mak aku x beli ayam
Sebab aku masih pantang ayam
Telur pun aku berani nak makan
Hanya makan ikan
Tapi mulai minggu ni aku dah berani dah makan ayam
Heeee.. Semalam mak aku belikan ayam goreng untuk aku
Ayam Goreng Singgit kat simpang kuaters tu


KARI TELUR AYAM + BENDI
5 biji telur ayam (rebus & kupas)
10 bendi
2 paket kecil rempah kari ikan
(+1 cawan air)
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 kotak kecil santan + 2 cawan air

Bahan Tumis;
3sudu minyak
2 bawang merah
2 bawang putih
1 sudu teh halba campur

1. Panaskan minyak & tumis semua bahan tumis hingga garing & biji sawinya meletus-letus
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh.
3. Tambah asam keping, garam & masak hingga naik minyak.
4. Masukkan telur & santan yang dicampur  air.
5. Bila mendidih baru masukkan bendi & perlahankan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah pekat & naik minyak
6. Sesuaikan rasa

Lauk aku...
Walaupun ada Kari Telur
Aku masih pantang makan telur
So, makan nasi lauk ikan
Ikan Dory Goreng vs Kicap jer
Letak skit minyak goreng ikan

Pun seddaappppp


Monday, 27 April 2020

KARI DALCA TELUR-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 40)RAMADHAN 2020

Hari Ahad kira dah 40 dahdalam Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Juga hari ke 3 Ramadhan 1441.
Puasa yang berbeza di seluruh dunia.

Mak aku masak Kari Dalca Telur
Untuk lauk iftar semalam
Hari ke 2 puasa

Haaaa... Kan sejak Perintah Kawalan Pergerakan
Telur tiba jer menjadi rebutan & makanan yang paling popular
Kira kalau bagi anugerah
Memang akan dimenangi oleh Telur & Sardin la
Hahahaha

Kari Dalca Telur ni actually mak aku masak untuk makan ngan Nasi Daging

Kari Dalca Telur ni sedap sangat tau
Mak aku cakap patutnya kena campur juga terung, kacang panjang & buah tomato
Baru nama dia dalca
Tapi kan lately ni mostly akan masak ikut apa yang ada dirumah..
Bukan boleh suka-suka nak gi pasar, nak gi kedai bagai
Namapun Perintah Kawalan Pergerakan..
Lagipun mak aku cakap kat erea sini banyak jenia barang kat kedai & pasar memang xde stok
Terutama  ikan & sayur
Kerana bekalan yang sangat terhad juga membuatkan harga berganda
Aku x tahu sangat coz sekarang mana boleh ikut mak aku gi pasar @ belanja barang dapur dah. Kang x pasal-pasal kena denda RM1000. Kalai nasib lagi x baik kena penjara wei
Jangan main-main..
Polis & askar memang sentiasa ronda
Mak aku cakap ramai orang pun merungut bila kat pasar & kedai banyak barang xde & harga berganda

Walaupun namanya Kari Dalca Telur
Hanya ada isi telur, kentang & dal
Tapi rasa dia sedap tau

KARI DALCA TELUR... mak aku
5 biji telur - rebus
2 biji kentang - belah-belah
1/2 cawan kacang dal - rebus 20 minit
2 biji tomato (xde stok)
1 terung bulat belah 4(xde stok)
5 batang kacang lanjang (xde stok)
1/2 kotak santan
2 sudu besar rempah kari ikan
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang

Bahan Tumis:
1 tangkai daun kari
3 bawang merah hiris
2 bawang putih hiris
3 hiris halia - mayang halus
Rempah tumis sup( boleh skip)

1.Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.
3. Bila naik minyak, masukkan dal rabus, kentang & 3 cawan air. Masak hingga mendidih
4. Bila kentang & dal empuk, masukkan telur rebus, garam, gula & santan
5. Biar mendidih & kecilkan api d biar mazak perlahan selama 5 minit supaya kuah jadi cantik

**Lauk ini lebih sedap jika dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya razanya lebih sebati & pekat
Sesuai dimakan bersama nasi, roti, roti canai & roti puri

Ni selepas dibiarkan  beberapa jam selepas dimasak
Kari akan jadi lebih pekat & sedap

Thursday, 23 April 2020

TELUR MASAK KICAP SUHUN - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 36)

36 hari Perintah Kawalan Pergerakan. Setiap hari semua orang akan tinggu dwpan TV pukul 2 petang & pukul 5 petang
Pukul 2 nak tunggu bapa Dafi buat PC pasal Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Pukul 5 petang akan tunggu Dr Noor Hisyam laporkan pasal kes Covid-19.
Semua akan berdebar..tunggu berapa kes sembuh, berapa kes baru & berapa kematian.
ุงู„ุญู…ุฏุงู„ู„ู‡... Minggu ni kes dah menurun.
Harap-harap wabak covid 19 akan berakhir.

Mak aku masak lauk Telur Masak Kicap + Suhun..


Tahun ini memang tahun paling banyak makan telur terutama sejak Perintah Kawalan pergerakan-Covid 19 ni
Dolu mak aku x pernah beli telur tray besar kecuali untuk buah tempahan biskut raya memang beli banyak la
Kalau hari lain just beli telur x lebih 10 biji
Jarang makan lauk telur kecuali telur tu nak masak kuih @ sandwich
Tapi masa terjebak panic buying mak aku boleh borong telur 100 biji.
3 tray besar & 1 tray kecik
Tak muat peti ais..
Minggu lepas yang kat luar peti ais ada yang dah rosak & busuk..
Now tinggal lagi sikit jer dalam peti ais 

Sekarang telur dah jadi stok penting kat rumah
Mak aku cakap mostly rumah memang akan ada stok telur.
Dah jadi makanan penting sebagai lauk


TELUR MASAK KICAP CAMPUR SUHUN 5 biji telur
1/2 cekak suhun- rendam kembang
1/2 bawang besar- hiris
1/2 asam keping
1 cili merah-hiris
1/2 cawan kicap
1 sudu teh garam
2 bawang putih
2 hiris halia
2 sudu teh rempah masak kicap ikan/ ayam
minyak
1. Goreng telur mata
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu dan tumis halia dan dan bawang putih.
3. Masukkan banncuhan rempah masak kicap yang dibancuh  dengan  1 cawan air
4. Tambah asam keping,garam dan kicap.
5. Bila mendidih masukkan telur mata dan suhun.
6. Tambah bawang,cili dan biar mendidih sekejap
7. Sesuaikan rasa

Selain Telur Masak Kicap Suhun
Ada Ikan Lengat Goreng
Stok ikan lengat minggu lepas
Minggu ni xde stok ikan
Sebab pasar borong KL tutup PKPD

Actually Telur Masak Kicap Suhun tu sebab aku ngan abang x minat lauk Gulai Pisang ni
Gulai Pisang ni mak aku jer makan
We all makan lauk Telur Masak Kicap Suhun & Ikan Lengat Goreng jer.

Monday, 20 April 2020

KARI AYAM + TELUR - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 33)

Dah 33 hari Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19.
Hari ni mak aku masak kari..


Kari Ayam + Telur
Selalunya Kari Ayam + Kentang kan
Haaa.. Ni pun wajib la ada kentang
Sebab aku memang suka kentang

Tapi juga ada telur
Kari Ayam + Telur
Habis la ayam
Bukan takat ayamnya
Telurnya pun habis dimasak
Kadang aku terfikir
Seluruh dunia makan ayam & telur setiap hari..
Manusia dah la ramai
Makan ayam ngan telur plak banyak
Setiap rumah ada jer telur
Sebenarnya berapa banyak ayam dalam dunia ni??


Lately ni kalau masak Kari Ayam
Mak aku mesti + telur rebus
Macam KAT SINI...
Dulu aku x suka
Now dah jadi suka plak
Ayam pun suka
Telur pun suka

Makan ngan nasi pun sedap
Makan ngan roti jala pun sedap nih
Tapi mak aku cakap malas nak menjala
Hahaha

KARI AYAM + TELUR
1/2 ekor ayam - potong
4 biji telur rebus
2 biji kentang - belah 6
1 kotak santan
2 sudu rempah kari ayam (1 pkt kecil)
2 sudu rempah kari ikan (1 pkt kecil)
2 sudu teh garam
4 sudu minyak

Bahan Tumis:
3 bawang merah/1/4 bawang besar
2 bawang putih - cincang
3 keping halia - mayang halus
1 kayu manis
3 bunga lawang
10 cengkih
10 buah pelaga


1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum
2. Masukkan rempah kari ikan+kari ayam yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air
3. Bila naik minyak,masukkan ayam & biar 1/2 masak
4. Masukkan kentang & 4 cawan air. Masak hingga mendidih & kentang empuk. Jika perlubtambah air lagi
5. Tambah telur rebus, garam & santan
6. Masak hingga mendidih & perlahankan api supaya mendidih perlahan & kuah cantik
7. Sesuaikan rasa


Siap

Monday, 30 March 2020

TELUR DADAR ISI AYAM - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 - DAY 12

Lauk lunch hari Ahad
Hari ke - 12 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19.

Telur Dadar Isi Ayam
Lauk lunch
Mak aku ada jer masak lauk masak lemak ayam
Tapi nak citer Telur Dadar Isi Ayam ni coz ni lauk baru bagi aku

 Ni bukan Cucur Udang tau
Ni Telur Dadar Isi Ayam..
Mak aku yang masak
Mak aku cakap sebab ayam yang abang beli hari Jumaat tu ada sikit lagi
Hari Jumaat kan abang kata nak gi cari face mask kat KK..
Tepi KK tu ada kedai ayam
Abang beli ayam sekor tapi mak aku cakao kecik naw..!
Mungkin abang nak jimat duit kot
Separuh ayam tu dah buat masak kicap hari Jumaat tu
Separuh lagi ni la masak lunch hari ni Ahad
Bahagian tulang mak aku cakap buat masak lemak cili api
Bahagian isi dadanya dijadikan telur dadar
Tapi memang siyes sedap

TELUR DADAR ISI AYAM
4 biji telur ayam
1 keping dada ayam - cincang
1 biji cili merah - cincang
1/2 bawang besar- cincang
1 pelepah daun sup/daun bawang - hiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Minyak

1. Campur semua bahan (kecuali minyak)
2. Pukul & kacau rata supaya sebati
3. Panaskan minyak anggaran 3 sudu d dadarkan  hingga garing
4. Boleh dadar sekaligus menjadindadar yang tebal @ boleh buat mini dadar untuk lebih garing rangup


 Campur telur, isi ayam cincang & semua bahan lain kecuali minyak


 Kacau rata


 Isi ayam kena cincang halus supaya mudah masak

Mak aku cakap buat dadar kecik-kecik saiz mini supaya lebih garing crispy tepinya
Lagi 1 sebab supaya isi ayam terjamin masak
Kalau dadar tebal kena masak api perlahan d tuutup kuali supaya isi ayam didalamnya masak.
Telur Dadar Isi Ayam akan garing rangup diluar & moist juicy didalamnya kerana juice dari isi ayam...

Sunday, 29 March 2020

TELUR DADAR CILI BLEND - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19 - DAY 12

Dah masuk day 12
Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19

Telur Dadar Cili Blend
Mak aku masak semalam
Untuk lauk lunch
Tapi mak aku juga ada masak ikan bilis
Telur Dadar Cili Blend ni untuk abang yang x makan ikan bilis

Telur Dadar Cili Blend ni sedap gak
Not bad la..

Makan masa panas-panas sedap ar
Kalau dah sejuk kureng la skit
Makan masa panas sedap sebab rangup lemak
Pastu pedas-pedas skit..
Tapi tu la
Asyik makan telur jer..
Ops.. Jangan merungut depan rezeki
Syukur ุงู„ู„ู‡ masih sudi bagi rezeki


TELUR DADAR CILI BLEND
4 biji telur
1 sudu teh garam
2 sudu makan cili blend(dah siap blend dgn bawang)
1/2 bawang besar hiris
3 sudu minyak(tambah jika perlu supaya rangup)

1. Pukul telur + garam
2. Tambah cili blend & puk rata sebati. Kemudian masukkan bawang hiris
3.Panaskan minyak hingga betul-betul panas
4. Tuangkan campuran telur & maaak hingga garing bawahnya baru terbalikkan
5. Ulang-ulang balik-balikkan seperti menggoreng kuih hingga kedua belah twlur dadar garing rangup.


CREAMY CARAMEL CUSTARD- PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 11)

Hari ni hari apa ek?
Jap nak tengok calender...
Ooo.. Hari Sabtu..
Dah masuk hari ke 11 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Hari ke 11 tu ingat
Tapi hari apa tu kadang dah lupa
Sejak dah x kelura rumah ni, hari pun dah x ingat..
Yang aku ingat 16 Mac 2020 adalah hari terakhir aku berada di luar rumah..
Sejak 16 Mac tu sampai sekarang 28 Mac aku belum selangkah pun keluar dari pintu rumah..

 Creamy Caramel Custard...
Mak aku masak untuk dessert hari ni
Dah lama pun xde dessert sejak Perintah Kawalan Pergerakan..
Makan pun dah x mewah macam dulu


Creamy Caramel Custard..
Selalu panggil Puding Caramel jer
Sajer kali ni letak nama Creamy Caramel Custard sebab nak bezakan post jer

CREAM CAREMEL ( loyang 6")
5 biji telur
¾tin susu pekat
¾tin air ( sukat guna tin susu)
1 sudu teh esen vanila
4 sudu gula pasir
1. Buat gula hangus.Tabur gula dalam kuali panas dengan api yang paing kecil
2. Biar gula mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau risau gula cepat hangus boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja keran jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu pekat & 1 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 15 minit.
Kata mak aku jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....
9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik tu

Step by step dan tips yang lebih detai dah pernah post dalam entri
PUDING CAREMEL LEMBUT BERKRIM MACAM TAUFU FA.. kat sini...

Actually mak aku cakap buat puding caramel ni sebab takut telur rosak
Hari tu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan mak aku beli 3 tray..
1 tray dah simpan dalam peti ais
1 tray lagi belum usik
1 tray yang ni silapnya aku dah tolong basuh sesiap
Aku fikir basuh sesiap senang skit kalau mak aku nak guna
Rupanya mak aku cakap telur yang dah basuh x tahan lama
Tambahan plak yang dah basuh ni x simpan dalam peti ais sebab x muat
So.. Ni dah lebih seminggu
Takut rosak


Puding dah siap masak
Warna coklat on the top tu mak aku cakap sebab ada gula hangus dah tercampur kat atas tu masa tuang telur

Telangkupkan bekas yang lebih besar atas puding & dengan hati-hati telangkupkan
Up side down la


Patutnya biar sejuk dulu
Supaya bila potong jadi cantik
Tapi ni mak aku nyer
Mak aku suka makan waktu panas-panas..

See...
Creamy
Xde lubang-lubang macam lubang cheese

Aku suka makan yang dah sejukkan
Baru feel

Bila dah sejuk potong pun nampak lebih kemas & puding x mudah pecah