Thursday, 3 September 2026

MAKAN KENDURI RUMAH DOLLAH CHAH SAMBIL MENJEJAK JALAN-JALAN NOSTALGIA MASA LALU

Saya anak beranak suka sangat kalau ada jemputan kenduri.Asalnya plan penuhi pelawaan Chu Hafizah ke Trengganu pada 29 Ogos,tapi ada kekangan tak dapat join.
Memandangkan kat kampung mak juga dapat jemputan kenduri hari Ahad 30 Ogos,kami bergerak seawal sebelum subuh dari KL menuju Kedah

Alhdulillah,balik kena dengan ada kenduri di kampung kat rumah yang orang kampung panggil Dollah Chah...Memang dikampung jenis sebut nama suami dan isteri..Makanya Dollah Chah tu pasangan suami isteri .Seingat saya sejak dari zaman remaja hinggalah sekian lama juga jika ada kenduri di kampung dan kampung kampung lain sekitar, Dollah adalah orang yang sentiasa dipertanggungjawabkan menghantar kad jemputan ke seluruh penduduk kampung kami.Cuma sejak Dollah dah lanjut usia,tugas tersebut beralih kepada seorang warga kampung yang lebih muda.Kerja ini adalah tetap tetapi tidak berbayar,apa lagi berpencen🤭

Minggu lepas tengok dalam group whatsApp kampung...warga kampung menjalankan mesyuarat seperti dulu-dulu untuk membincangkan menu dan menetapkan AJK semasa hari kenduri.Katanya 2 ekor lembu ditumbangkan ...


Kena parkir jauh ke kebun sawit kerana kami sampai peak hour sekitar 1.00 ++
Kami anak beranak,saya,cella,Adah & Sarah je balik...Dikernakan Pakcik & Aqil tak ikut pergi kenduri,kami .parking kat rumah Achik & naik kereta baru Achik bersama Achik & Haikal  ke kenduri😍..
Mak dah pergi dulu sari Pendang "merempit" sejauh +- 20km  dengan motor.Kerana kenduri ni kat kampung mak,mak memang akan pergi awal..

Nampak bumbung hijau di celah pokok kelapa sawit tu....itulah balaisah( surau) tempat saya dan Achik serta anak anak kampung kami belajar mengaji muqaddam,al-qur'an dan fardhu ain sejak darjah 1 hingga darjah 6.




Inilah simpang 3 Pokok Jentik yang pe4nah saya ceritakan dalam posting BUAH JENTIK NOSTALGIA..
Menyusuri jalan ni sambil berjalan kaki dari parkir kereta bawah pokok kelapa sawit...seakan kembali ke zaman kanak-kanak dulu...



Pandai juga Ai ni yer...bila AI buatkan gambaran ni masa dalam postong buah jentik tu padahal smasa tu saya hanya bagi gambaran melalui penuliaan dan bukannya ada gambar jalan ni pun...masya Allah


Tetiba saya terpa dang pokok bunga jari lipan ni tumbuh liat melilit ranting kayu di tepi jalan...
Subnanallah....kerana setelah sekian lama saya mencari dan merindu bunga ini.Sudah banyak kali saya mengGoogle tapi tidak ketemu kerana saya tidak tahu nama standard bunga inj...Dulu kami memanggilnya bunga "jari lipan" kerana faun ya seakan jejari lipan.Setiap kali memandang bunga ini ada satu rasa yang paling halus dilubuk hati kecil tetapi saya tidak pasti apa peraan itu.Hanya rasa ingin menangis,ingin menatap bunga ini lama lama dan semakin dipandang semakin dalam rasa itu..tetapi saya tidak dapat mentafsirkan apa peraaan itu😭 dan kenapa perasaan itu hadir tiap kali menatap dan teringat akan bunga yang satu ini...



 
Dulu kami short cut dari rumah di kampung lama nak ke balaisah kami akan lalu menyeberang kawasan bendang yang luas dan mendarat di sebwrang sini dan menyusur celah kebun dan beberapa rumah serta kedai Pak Lang Li
Sejak habis sekolah rendah,rasanya saya tidak pernah lagi melalui kawsan ini kerana lorong denai ini hanya boleh diakaes dengan basikal dan jalan kaki..Bawah pokok kelapa tu lah kami lalu & rupanya selapas empat dekad berlalu rupanya pokok kelapa tu masih berdiri di situ 
Pokok stoi yang tinggi antara dua pokok kelapa itu juga sejak dulu sudah ada.Cuma ketika itu tidaklah setinggi dan sebesar itu.
Rumah bumbung putih itulah dulunya tapak kefai runcit Pak Lang Li tempat saya dan Achik jual skrap yang mak motong.Masa tu mak berhenti   motong getah pawah kerana sedang sarat mengandungkan adik bongsu. Kami usung menggunakan sebatang kayu.Saya didepan & Achik di belakang & tengah-tengahnya  sekampit skrap(getah buku) hasil mak motong  di kebun mak yang  hanya tinggal sekangkang keta kerana getah yang lain di tebang untuk tanaman ubi kilang(ubi kayu yang berkanji dan tidak boleh dimakan mentah kerana pahit dek kaya dengan kanji).Satu kampit getah skrap tu lebih kurang ½ guni baja dapatlan dalam $2.00(dulu guna simbol $ sebelum diganti RM)  .Dari hasil jual getah skrap tu lah mak berjimat buat belanja dapur dan belanja sekolah.

                              pic google

Mak upah kami 10sen dan biasanya kami alan beli  sebatang air pop macam dalam gambar atas.Bukan sejuk pun kerana kamping kami tiada elektrik pun.Air dalam bekas plastik sepanjang sejangkal tu kalau ikutkan sekali tegul sahaja tapi kerana berkongsi dua orang kami minum sikit sikit bergilir-gilir sambil berjalan merentas bendang untuk balik ke rumah selepas jual skrap.




Kami meneruskan perjalanan  lebih kurang 100m dari parkir untuk sampai ke gerbang  bunga ini.


Dari jauh sudah terdengar suara DJ menjemput para tetamu  menjamu selera




Memasuki gerbang itu,para tetamu  disajikan dengan persembahan "Gemdang Keling" & tiupan serunai tradisi slzaman dulu-dulu.Bagaikan kembali ke zaman lampau dimana bagi wrga yang berada pasti akan ada persembahan silat,gendang dan serunai semasa majlis perkahwinan.





Jom la dengar bersama irama gemdang keling dan tiupan serunai  tu...


Alhamdulillah,dapat tempat duduk walau dihujung khemah


Pinggan Achik...


Pinggan saya haruslah lebih banyak dari Achik🤭.
Sengaja memilih perut panjang dan perut tuala dalam gulai tu...hihihi


Menunya:

1. GULAI DAGING(KARI) + BATANG PISANG ( sebenarnya umbut pisang)

2. PEJERI REBUNG BETING

3. ANEKA IKAN MASIN

4. ANEKA ULAMAN & SAMBAL BELACAN

5. MIHUN SUP

6. APAM BALIK



menu lain saya tak pasti sebab saya hanya menunggu dimeja hihihihi




Paling rare...ulam ni....kami sebut ulam pucuk "mejey"
Rupanya seakan daun sup tapi baunya seperti herba..
Dah sekian lama tidak menjamah ulam kesey ni.Ulaman yang sangat jarang jumpa orang jual kerana ianya ulaman liar dan tak semua tempat ada agaknya..




Saya sampai menambah pajeri rebubg beting yang sangat sedap ni...Dah terlalu lama tak makan pajeri rebung...apa lagi rebubg beting ni.Rebing beting antara rebung yang bersaiz jumbo.ada yang sebesar  pangkal batang pisang tetapi kebanyakan saiz peha orang dewasa.




Harus lah ada mihun sup utara.Dua ekor lembu pastinya banyak tulang temulang dan dagingbuntuk dijadikan sup.
Ada menu lain lagi yang saya tak pasti..Memasing kekenyangan makan lauk lauk nostalgia..Haikal ambil  apam balik 3 pcs untuk share beramai pun dah tak habis dek kekenyangan.



Besebelahan khemah yang kami makan tu ada longgokan kulit batang pisang..



Pastinya ini semalam adalah aktiviti mengoyak dan mengupas batang pisang intuk mendapatkan umbut pisang hutan yang dimasak gulai bersama daging...






Di belakang pagar tu masih ada pokok durian dan pokok kelapa yang pernah saya lalu di bawahnya  ketika sekolah rendah.Berhampiran pokok durian tu dahulunya berdidi gagah sepohon pokok bunga tanjung...Saya pernah sekali  mengutip bunga tanjung semasa musim kemarau ketika bersama sepupu saya Kak Tah  membasuh kain dan menumpang mandi di telaga Mak Lang Mahani ketika musim kemarau.Dulu kalau kemarau sekitar bulan Disember hingga Mac memang hampir semua telaga di kampung kering.Hanya beberapa buah telaga yang berhampiran paya masih ada air termasuk telaga Mak Lang Mahani ni..Pernah  kampung kami mengalami kemarau panjang semasa saya darjah tiga. Ketika itu seluruh warga kampung hanya bertumpu  ke sebuah paya di tengah baruh sana untuk mendapatkan bekalan air dari satu satunya telaga  besar yang digali secara bergotong royong dan menjadi satu-satunya sumber air untuk seluruh waega kampung dan juga sumber minuman haiwan ternakan dan haiwan liar yang sama berkongsi sumber air.Pernah saya ceritakan dalam posting MENJEJAK KENANGAN ...kat sini


Tengah menjamu selera terdengar pengumuman DJ bahawa pengantin dah sampai.Di kampung kami ketibaan pengantin @ waktu bersanding memang selepas Zohor.Kalau zaman 70-awal 80an lagi la....Bersandingnya jam 3.00 pagi...Ada tak yang  sempat lalui zaman ni???
Hehehe..kalau sempat maknanya umur dah berapa tu ?...hihihihi




Ketibaan pengantin disambut dengan "tembakan meriam 21 da"( sebenarnya  diganti bunyi mercun bola🤭) dan juga  pencak silat dari pesilat belia dan pesilat cilik dihadapan pengantin.Ada pelaminan di dalam rumah tapi kami todak menjenguk pun dalam rumah ..hihihi

Usai makan,tetiba Achik tunjukkan kelibat guru qur'an kami yang mengajar kami mengaji qur'an dan juga fardhu  Ain  di balaisa PAS semasa kami masih di sekolah rendah.Nama penuhmua Kassim bin Yahya.Tidak pasti asal beliau dari Senggora Thailad atau dari Sumatra Indonesia tetapi masa beliau mengajar kami  beliau masih muda.Kini mungkin umurnya sudah lebih 70...Kami tidak memanggil.ustaz seperti kebiasaan  tetapi kami dan semua yang mengaji di balaisah tu memangggil beliau dengan panggilan " Lang Chin".


inilah wajah guru qur'an kami yang pertama.Dari beliau kami mengenal Alif Ba Ta dan asas Rukun Islam dan Rukun Iman.Bertegur sapa bertanya khabar beberapa minit,Achik sampaikan sedikit sagu hati sebagai tanda terima kasih.Tidak terbalas jasa dan ilmu jariyahnya.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan mudahkan urusan beliau...





Sebelum meninggalkan rumah kenduri...sekali lagi kami melintasi kumpulan gendang keling dan serunai.Tiupan serunai mendendangkan melodi lagu nasyid lejen El Suraya yang berjodol " Kasih Ibu Bapa" sangat menggamit nostalgia.Ingat lagi tak nasyid  lagu nasyid El Suraya tu?..Kalau tak ingat meh saya share link lagu El Suraya tu....EL-SURAYA - LASIH IBU BAPA

Allahu Akbar ...Masyaa Allah...Tabarakallah...Alhamdulillah....

Makan kenduri kali ini sungguh terasa seperti kembali ke kenduri zaman kanak-kanak dulu.Walaupun dulu jarang ada kenduri kahwin tetapi sesekali kenduri memang meriah dan kekal dalam kenangan.

Sungguh..,

Makan kenduri kali ,bukan sekadar makan kenduri  semata-mata...Tapi Allah kirniakan lebih dari itu...Asbab kenduri ini,kami dapat kembali menjejak lembah,lorong,dan denai-denai kenangan yang sudah lama terbenam dalam lumpur ingatan.Tak pernah terduga saya akan kembali melihat bekas bekas laluan zaman kanak-kanak yang telah ditinggalkan berdekad lamanya.Tak pernah terfikir Allah masih sudi memberi.kesempatan menonton semula sisa-sisa lukisan alam masa lalu yang pernah kami ada didalamnya..
Segala puni bagiMu ya Allah..!!!


No comments:

Post a Comment