Monday, 30 September 2019

BALIK KL DALAM KABUS PAGI


Cerita semalam hari Ahad....
Pepagi buta  dah siap nak gerak balik KL
Ketika masih ramai jiran yang masih gelap rumahnya
Aku ngan mak aku dah  siap untuk bertolak balik KL


Setelah 2 hari 2 malam balik ziarah nenek yang sakit
Hari Jumaat mak aku amik cuti
Aku pun ikut sama amik cuti sendiri
Heee...just bagiitau classmate jer
Tak bagi tau guru kelas pun


Peace...!!!
Malam lagi mak aku dah pesan suruh awal
Sebab nak bertolak awal
Mmmm...masa nak balik Kedah hari Jumaat pun bertolak awal
Nak balik KL pun gerak awal..
Mak aku cakap kena gerak balik awal
Kata mak aku sebab kena sampai KL awal
Coz mak aku kata nak buat persiapan untuk pelancaran event pagi Isnin
Mak aku kata kena siapkan juga hari Ahad sebab pelancaran event tu pagi-pagi Isnin
So,mak aku kata kena siapkan juga


Makanya gelap-gelap pagi lagi dah bertolak la balik KL



Sunrise di Pulau Pinang
Mak aku kata kena bertolak awal supaya tak tersangkut dalam jem di Seberang Prai
Tapi jalan clear jer
Haaaaa...rupanya sebab hari Ahad Penang memang weekend la
Kedah memang la mula weekday hari Ahad



Dah memasuki Negeri Perak



Bukit Gantang menuju ke Sungai Perak
Sinar matahari hilang diseliputi Kabus Pagi
Cuaca sangat sejuk
Puncak bukit berselimut kabus
Sangat cantik




Bukit-bukau memang berkabus



Langit sekitar Sungai Perak menuju Terowong Bulit Berapit  menjadi  gelap
Kerana sinar matahari dilindungi kabus tebal
Pemandangan yang jarang aku dapat lihat
Mak aku kata kalau dolu-dolu kat kampung memang kabus tebal macam ni
Kat KL memang x merasa la kabus macam ni




Macam mendung nak hujan jer
Tapi serius ni bukan mendung
Tapi kabus tebal
Memang menggil sejuk wei...
Balik hari Jumaat pun memang kat Perak berteman kabus pagi
Dah citer BALIK ZIARAH NENEK....kats sini


Agaknya Perak ni memang Negeri Berkabus kot.....


Singgah Tapah
Mak aku  makan Nasi Lemak & White Coffe


Aku beli chocolate  bun kat Herold Bread
Order Milo Panas...
Ok....pukul 10 dah gerak dari R&R Tapah
Beluim pukul 12 dah sampai Tol Duta
Tu jer citernyer

PATIN TEMPOYAK PERMINTAAN NENEK

Patin Masak Tempoyak
Permintaan dari nenek
Request dari orang sakit
Nenek request nak makan Patin Masak Tempoyak  YANG DIMASAK OLEH PAKCIK
Haaaa...... kalah permaisuri Sultan Melaka nak makan Rusa Jantan Beranak Sulong...
Bukan pelik ap
Tapi pelik sebab nenek bukan pemakan tempoyak..
Selalu kalau Pakcik bawa balik ikan patin dari Pahang
Pakcik akan masak 2 jenis
1 memang Patin Tempoyak Pahang Style
1 lagi Pakcik akan masak Patin Asam Rebus FREE TEMPOYAK... Whitout Tempoyak
Coz nenek memang x makan tempoyak..
Tapi.... ni nenek request nak makan Patin Tempoyak
Pastu siap ada syaratnya
Kena Pakcik yang masak...


Ni la Tempoyak Patin by Pakcik
Actually Pakcik just campurkan semua bahan & masak hingga mendidih
Pastu x ssmpat lauk ni masak
Pakcik ngan Achik rushing nak gi Jitra sebab ada urusan penting
Tapi demi permintaan nenek
Pakcik singgah masakkan juga Patin Tempoyak ni untuk nenek
Lepas letak jer periuk dsngan semua bahan dalam tu Pakcik ngan Achik terus gi Jitra
Pesan Pakcik supaya nanti masukkan daun kesum dan jika kurang masam tempoyak pakcik pesan suruh letak 1 asam keping


Ikan Patin yang terbaring melintang tu la dah jadi masak tempoyak
Dah cerit pasal misi mencari ikan pati dalam post semalam PEKAN SABTU @ PENDANG.... kat sini


Pakcik pesan suruh basuh guna tepung gandum supaya ikan ni bersih dan tidak berbau bila dimasak nanti
Mak aku yang buat
Aku tengok jer
Tengok mak aku mak aku campur 1 sudu tepung gandum dalam bekas ikan patin tu a& pastu gaul.
Selepas beberapa minit baru mak aku basuh ngan air paip hingga bersih
Pakcik juga pesan suruh tumbukkan 5 cili padi hijau + garam & 1 ketul kunyit hingga halus...
Pakcik pesan jangan letak bawang


Pastu tu tunggu Pakcik datang masakkan...
Dipendekkan cerita...
Inilah resipi Tempoyak Patin cara Pakcik

PATIN MASK TEMPOYAK PAKCIK's STYLE
1 ekor ikn patin ( +- 1kg)- potong & bersihkan
1 asam keping (jika tempoyak kurang masam)
½cawan tempoyak
2 pokok daun kesum

Bahan Tumbuk Halus:
5 cili padi (boleh tambah jika nak pedas)
1 ketul kunyit
1 sudu makan garam kasar

1. Basuh ikan patin dengan air bercampur tepung gandum dan bersihkan
2. Masukkan tempoyak dan bahan tumbuk kedalam periuk bersama 4 cawan air(boleh adjust ikut pekat @ kuantiti ikan)
3. Masukkan ikan patin dan masak hingga mendidih
4. Tambah daun kesum & biar mendidih pwrlahan hingga ikan masak & kuah sebati
5. Sesuaikan rasanya


Siap jer mak aku padamkan api
Terus nenek nak makan..
Nenek minta nak kepala ikan patin tu
Berselera betul nenek yang sebelum ni x makan tempoyak
Menghirup kuah tempoyak dan ratah kepala ikan patin
Lepas makan ½ kepala ikan patin
Nenek terus baring.
Nenek cakap dah xnak dah ikan patin tu
Sampai malam pun nenek kata nenek dah xnak dah ikan patin tu
Masa mak aku panaskan tempoyak patin ni pun nenek kata dah xnak lagi bau ikan patin tu
Nenek kata bau dia buatkan nenek sakit kepala
Laaaaaaaa....... kata nak makan tempoyak patin
Ni dah xnak pulak...
Mmm...... 🤔🤔🤔
Adakah nenek mabuk tempoyak?

Sunday, 29 September 2019

PEKAN SABTU @ PENDANG

Pagi Sabtu
Lepas breakfast... achik pun sampai
Nak gi Pekan Sabtu @Pendang
Misi mencari Ikan Patin untuk nenek
Actually... achik kata Pakcik dah gi Pekan Sabtu tu awal pagi tadi
Tapi masa tu x banyak lagi gerai yang buka
Pakcik bagitau ikan patin belum ada.


Pukul 10 sampai Pekan Sabtu @Pendang
Actually ni juga tapak Pasar Kemboja @Pendang
Tapi Pasar Kemboja Hari Jumaat
Pekan nat hari Sabtu
Hari Selasa plak Pasar Tani
Ditempat yang sama


Mak aku dah grab sayur ni...
Ni sayur apa..?
Alamak aku dah lupa
Nanti aku tanya mak aku
Nanti aku update


Ni aku tahu
Ni nenek aku panggil bamboo shoot
Hahahhaa... Rebung in Malay


Banyak snap gerai ulam jer...
Coz dah pernah post dah pasal pekan sehari ni


Ni orang jual tu cakap Bayam Brazil
Brazil Spinach?
Logik juga sebab iklim Brazil sama ngan malaysia kan... Khatulistiwa
Ntah...Acik cakap ni Bayam Basil
Haaaa.... Kalau Bayam Basil pun logik gak
coz rupa daunnya macam sweet basil..
Yang mana satu betul..??


Ni achik tak tahu nama sayur ni
Mak aku cakap ni namanya Sayur Peria Pantai...
Beach Bitter Gourd
Hahaha... Klau semua nak translate in english...


Sayur ni banyak gerai yang jual
Gerai Ulam cakap pucuk dia sedap wat ulam
Gerai Sayur cakap..
Pucuk ni sedap dimasak sayur


 Buah Kelubi fresh

Achik belikan untuk nenek
Buah ni masam xleh bawa bincang
Tapi nenek makan tanpa berkerut muka
Huh....

Ok... Dah jumpa Ikan Fatin
Hahahaha.... Ikan Patin la
Semua ikan ni hidup lagi
Achik kata Ikan Patin kat gerai ni memang dari sumber bersih halalan toyyiban
Ikan patin ni ternaman penternak muslim
Pastu waLuoun diternak tetapi bukan dalam kolam
Sebaliknya diternak dalam aliran sungai air terjun yang  bersih
Wow... Ko bayangkan tempat sungai air terjun
Kalau orang pun mandi boleh jadi. Ersih
Inikan plak ikan patin ni
Achik kata now Pakcik dah tak perlu lagi nak daatkan stok patin fresh dari Pahang
Sebab kat Kedah pun dah ada..



Achik dah lilih seekor
Minta pekerjanya siang dan potong


Gerai ni memang bersih
Pekerja dia pun nampak buat kerj dengan kemas
Xde lalat bagai


Selain Ikan fresh ada Ikan kering
Ikan Haruan Kering.. etc
Gerai ni juga ada jual pelbagai jenis ikan air tawar yang lain
Keli.. Haruan.. Puyu..

Ikan Pekasam pun ada

Lepas beli Ikan patin
Achik ajak makan Bihun Sup Utara

Gerai dia pasang Khemah besar ditenvah-tengah pekan sehari
Konsep dia macam gerai dolu-dolu
Atas setiap meja ada sedulang kuih-muih..
Karipap.. Cucur Badak.. Apa lagi ntah


Bihun Sup Utara..
Tq Achik belanja makan..
Dapat duit lagik
Semalam tu hari Jumaat
Achik bawa gi Pasar Malam @ Kubur Panjang
Haaaa.... Seram kan nama tempat tu..
Hari Sabtu gi Pekan Sabtu @ Pendang
Actually Pekan Nat Sabtu ni ada jual macam-macam...
Dari makanan, pakaian & pelbagai barang.
Sebelum ni dah pernah share about PEKAN NAT SABTU @ PENDANG.... kat sini..
Tapi post kali ni just about ulam & ikan patin jer...
Sebab misi utama ialah nak cari Ikan Patin untuk nenek
To be continued

Saturday, 28 September 2019

KARI IKAN TONGKOL + KELEDEK

Pagi Sabtu..
Kat Kedah... Balik jenguk nenek sakit
Awal-awal lagi mak aku dah masak Kari Ikan Tongkol + Keledek
Ikan Tongkol ni dari peti ais
Nenek kata tu Achik yang belikan
Dah dekat 2 minggu sejak nenek sakit
Nenek kata setiap hari Achik akan hantar makanan..
Pagi, tengahari & malam
Dah seminggu juga kakak balik Kedah temankan nenek...
Nenek kata kakak jaga nenek dengan baik
Nenek kata kakak ringan tulang
Masak sarapan.. Suapkan nenek..buat ssmua kerja rumah sambil jaga nenek
Bagi nenek makan ubat etc..
Aku memang musykil sebab dari apa yang nenek & achik cerita tu memang perwatakan kakak berbeza 360'
Hahahahaha....

Ni Kari Ikan Tongkol +Ubi Keledek ni mak aku masak untuk lunch kitorang
Tapi untuk nenek mak aku masak lain
Nenek tengah sakit xkan nak makan kari
Awal pagi mak aku dah masak nasi & lauk untuk nenek..
Mak aku cakap nanti pukul 9 nak gi Pekan Nat
Haaa.... Pekan Nat @ Kedah mean Pekan Sehari...
Tak tau la plak aku  yang nat tu maksudnya sehari..
Kalau sehari disebut nat.... 2 hari sebut 2 nat ke..?
Hahahaha... x pernah plak aku dengar begitu
Mak aku juga gorengkan Onion Ring & panaskan cakoi untuk sarapan..
Pastu suapkan nenek makan sementara. Ak funggu Achik datang pick up to Pekan Nat Sabtu..
Achik ajak gi Pekan nat Sabtu sebab nenek reauest nak makan Ikan Patin...
Haaaa.... request  orang sakit kena la tunaikan...
Achik kata dah 2 hari nenek minta nak makan Ikan patin
Tapi kat pasar xde stok
Kalau kat Pekan nat Achik memang ada ikan atin fresh yang masih hidup..
Wow...!!!
Hari Jumaat tu mak aku plan nak bertolak dari KL sebelum subuh sebab kalau sampai awal leh gi Pasar Kemboja
Tapi bukan la salah aku
Tapi mak aku yang cakap kepenatan nak bertolak terlalu awal
Coz hari Khamis tu mak aku cakap banyak kerja kena siapkan sampai x sempat duduk
Huh... xkan berdiri sepanjang hari?
Ntah la tapi malam aku picitkan kaki mak aku
Hari Jumaat pukul 6.30 pagi baru bertolak balik Kedah...
Seingat aku.... Kitorang memang x pernah bertolak waktu malam coz mak aku cakap mak aku memang x boleh drive malam..
Tak tahu naper..

Mak aku selalu sangat masak kari ikan letak keledek
Kadang kari daging pun mak aku letak keledek
Mak aku cakap sebab nenek juga selalu masak macam tu
Kata mak aku kalau kenduri kat Kedah selain daripada Kari Daging +Batang Pisang..
Kari daging + keledek juga antara lauk yang selalu dihidangkan
Mmm... Betul la tu sebab aku selalu juga juma lahk kari + keledek time makan kenduri @ Kedah
Ni just c&p resepi dari olds post & alter ikan
Coz c&p dari post KARI SALMON + KELEDEK... kat sini


KARI IKAN TONGKOL + KELEDEK


2 ketul ubi keledek-potong2
1 ekor ikan tongkol - potong
10 cili padi
sedikit belacan
2 asam keping
4 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 sudu serbuk kari ikan
1/4 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari

Cara masak just c&p KAT SINI...
Just replace keladi cina to keledek

. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan keledek yang sudah dikupas kulit, santan dan masak hingga mendidih
6.Setelah kuah menggelegak dan keladi empuk baru masukkan asam keping
7.Sesuaikan rasanya
8. Perlahannkan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik

Friday, 27 September 2019

BALIK ZIARAH NENEK

Pagi-pagi Jumaat sunyi jer hi way PLUS ni
OTW  nak balik kampung
 Nenek dah 2 minggu demam & Achik kata dah bawa beberapa kali dah gi klinik & doktor ambil darah  nenek..
Call nenek pun nenek x boleh cakap banyak sebab semput
Nenek kata doktor bagitau paru-paru nenek lemah...
Dah seminggu kakak  balik jaga nenek..
Lepas interview hari tu kakak balik



Awal pagi
Sepanjang jalan dari Rawang ke tanjubg Malim...
Memang kabus tebal
Teringat dulu2 masa sekolah rendah setiap weekend berulang alik gi Proton City ngan mak aku
Kadang gi berdua ngan mak aku
Kadang bersama kakak & abang sekali..
Masa tu bosan giler kalau nak gi Proton City
Nama jer Proton City tapi bukan nampak sa ngat City  nyer..
Sunyi jer...
4 tahun juga berulang alik dari tahun 2011-2015.
Tapi ada gak part yang best
Haaaa... Setiap minggu tim balik dari Proton City tu mak aku akan  belanja kek sedap kat 1 Muslim  Bakery  Tanjung Malim tu..
Kalau x silap nama kedai tu Kia Abdul..
Kek dia memang x kedekut
Tebal giler...
Puas makan...

Sampai Slim river pun kabus masih tebal sebab masih pagi...
Jalan pun sunyi jer..
Actually mak aku amik cuti nak balik ziarah nenek yang sakit
Aku plak sendiri cuti la
Dah.. xkan  nak tinggal ngan abang kat KL
Abang baru jer balik jumpa nenek masa cuti Pertabalan YDPA 2 minggu lepas
Start Slim River aku dh Zzzzzzzz
Coz mlm tadi aku tidur pukul 2 lebih dah
Siap beg... Kain baju aku & mak aku
Clearkan lipat kain baju yang penuh bakul.
Mak aku cakap xyah lipat dulu
Tapi aku tak sanggup nanti balik dari kampung nanti nak ngadap bakul baju tu..
So... Better clearkan juga walaupun sampailewat malam.
Belum pukul 10 mak aku dah hanyut
Biarlah mak aku tidur sebab esoknya nak drive hampir 500km ooo


Tengah sedap mimpi jumpa Putera Raja..
Tetiba dengar suara Mak Inang paggil..
Alamak,... bonda Permaisuri perintahkan mengadap la..
Hahahaha..... Habisszz
Belum pukul 9 dah sampai Tapah
Mak aku kata lapar nak sarapan dulu
Sementara mak aku gi order air
Aku belikan Nasi Lemak Ayam untuk mam aku.
Betullllllll untuk mak aku jer..!


Aku just minum hot milo
Muka poyo baru bangun tido.
Oittt jangan nak fitnah... ... aku dah kumur & cuci muka la kat washroom
Pukul 9.40 gerak
Target nk sampai RTC pukul 10 sebab mak aku nak beli barang dapur sesiap


9.50 dah sampai RTC...
Laaa... Rupanya pukul 9 pun Mydin dah buka la..

Cantik tengok dorang susun herb spice..
Aku memang suka deco2 macam ni


Cari Samosa Otak2 frozen
Nenek memang suka
Boleh beli untuk nenek goreng bila dah sihat nanti


Dah jumpa....


Taraaaaa


 Tempat air ni pun aku suka
Perasan macam shoping kat oversea jerk
Hahahha
Pakai jubah mak aku cakap dah macam orang Arab jer dah
Heeeee... Hari Jumaat kan...


Cari jajan skit
Nak makan ngan aqil nanti
Dalam bakul tu dah amik telur ayam kampung
Nak beli minyak... & sayur jer
Barang lain bawang, cili bilis semua dah beli kat KL

Kalau ikut mak aku
Mydin ni pun mak aku nak beli ni
Haahaaaa


Keluar Mydin singgah Harold Bread
Heeeee... Perkara yang jadi kemestian
1


Tapi sebab dah breakfast kat Tapah
Just beli Almond Stick & creamy stick

Mak aku nyer
Mmmm.... x habis
Makan 1/2 jer

Mak aku cakap x sesedap sebelum ni
Aku rasa skit
Mmm.... Memang cream dia hanya rasa butter cream.. Manis & berminyak
Sebelum ni beli sedap smooth creamy
Mmm... Napa jadi macam ni
Mmmm.... Lepas makan almond stick aku sambung Zzzzzzz
Sedar2 dah sampai SP


 Dah masuk Kedah
Sawah padi luasa terbentang
Mak aku cakap lagi 1/2 jam sampai


 Dah nampak tol

Dah sampaiiiiii