Saturday 21 September 2019

BROCCOLI BAWANG PUTIH BERDAGING

Broccoli Bawang Putih Berdaging
Lauk lunch semalam
Semalam Khamis semua sekolah di KL, Putrajaya, Selangor & Penang  tutup kerana jerebu teruks
Esok Jumaat pun sekolah akan tutup lagi
Kat Sarawak lagi teruks
Ada sekolah yang dah seminggu tutup
Hari ni kat TV cakap ipu kat Seri Aman dah lebih 400...
Sejak seminggu ni baru aku tahu Seri Aman tu kat Sarawak..
Sebelum ni tak tahu.
Syyyyy..


Broccoli Bawang Putih Berdaging
Mak aku masak pagi-pagi lagi untuk lunch.
Tapi xde sarapan,
Masa mak aku sibuk2 siap
Kakak kata nak ikut mak aku
Aku pun ikut sama
Tinggal la lauk ni untuk abang sorang
Kakak kata sebab nanti after lunch hour kakak ada interview..
So.. Semua ikut mak aku kecuali abang


Broccoli Bawang Putih Bardaging
Sedap baq hang..

BROCCOLI BAWANG PUTIH BERDAGING
1 ketul broccoli- ceraikan ikut kelopaknya
1 batang carrot - potong jejari
¼kg daging-
rebus empuk& barulah slices nipis2
(½cawan bawang putih cincang)
2 cili merah - hiris
4 sudu minyak
1 sudu feh garam
3sudu oystersauce
1sudu teh tepung jagung + ¼ cwn air

1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga garing. Angkat semua bawang & separuh minyak
2. Tinggalkan sepaduh minyak lagi dalam kuali dan tumis cili potong
3Masukkan daging hiris bersama air rebusan daging.
3. Sementara tu jerang air + garam dan celur broccoli & carrot
4. Bila kuah daging hampir kering, masukkan ohster sauce.
5. Tapis broccoli & carrot dan masukan dalam sos yang dimasak.Kacau rata sekejap sahaja supaya sayur kekal rangup
6. Curahkan bancuhan tepung ubi dan kacau cepat-cepat dan matikan api
7. Ketuka menghidang taburkan bawang putih gorebg versama minyaknya





Makan sayur jer la..
Hahahhaa

Nampak macam sayur jer


Tapi ada daging
Actually daging ni mak aku cakap ssama je dengan daging yang buat masak kue teow malam tu..
Mak aku cakao rebus daging dan bahagi dua
Sebahagian buat masak kue teow
Separuh lagi simpan nak masak broccoli ni waktu pagi


Bawang putih
Banyak kannn
Tapi memang kalau masak broccoli mak aku akan letak banyak bawang putih
Semua pun suka bawang putih goreng kalau letak dalam sayut broccoli
Sebab rasa dia ngam
Kata mak aku... Musim jerebu ni elok makan bawang putih
Nak kuatkan antibodi untuk elakkan batuk dan nak galakkan minum banyak air
Haaaa..... Sebab kalau makan bawang putih memang akan buatkan kita haus dan nak minum banyak air


Dulu- dulu aku x suka garlic ni
Tapi now dah suka

Garlic dah siap goreng bersama minyaknya


Haaaaa....
See..... Penuh bawang putih goreng goreng
Tapi memang licin habis dimakan
Patut tabur skit saseme baru nampak Korea skit...


Tengahari balik sebab kakak nak gi interview
Sementara tunggu kakak siap
Aku makan dulu


Sebab lauk ni ala-ala Chinese  & Korean food
So.. Makan la ngan chopstick


Makan nasi pun dalam mangkuk
Hahahaha...acah-acah kat Korea laaaa

2 comments: