Monday 9 September 2019

CARA BASUH AYAM - AKU DAH PANDAI

Cara basuh ayam
Hahahaha... gelak la gelak
Jangan tak  tahu ada jer orang tak pernah basuh ayam
Contohnya..?
Heeee... yang pasti bukan aku
Sebab aku dah tahu.. Dah pernah basuh ayam
Ni tadi scroll kat draff yang lebih dari 100 tengah Q nak masuk publish
Yang tahun 2018 pun ada sampai ada yang dah lupa apa kaitan cerita dengam pic tersebut
Ada jyga 2017 wei
Contohnya ni la
Pic aku basuh ayam
Ini tengok kat draff tu bertarikh 16/8/2017
Hahahaha...
Maknanya aku tengah basuh ayam ni dah lebih 2 tahun
Kikikiki...
Actually aku pilih draff mi untuk post coz ada ceritanya....
Ceritanya dari mak aku la
Kata mak kisah yang mak aku lalui
Kata mak aku ada event yang ada bermacam menu makanan secara kumpulan sesama staff
Antaranya Rendang Ayam
Mak aku cakap, mak aku antara beberapa orang yang mencedok dan makan rendang ayam
Tapi yang peliknya group yang masak rendang tu xnak makan rendang tu
Kemudian siap boleh ketawakan sesapa yang dah makan rendang tu..
Bila dah habis rendang tu dimakan orang lain barulah kumpulan tersebut ceritakan keadaan sebenar iaitu ayam tu dibasuh oleh beberap orang kanak-kanak lelaki . Bila dimasak kira tak bersih lah ayam tu. Sebab tu kumpulan staff yang masak rendang tidak makan kerana hanya mereka yang tahu ayam tu tidak bersih..
Ko aser..?
Geram pulak aku dengar cerita mak aku..
Boleh ke benda yang kita tak tergamak nak makan.. tergamak  pula bagi orang lain makan?
Tapi kata mak aku.. bila sesuatu yang kita x suka orang buat pada kita...
Kita ambil iktibar & pengajaran  agar mita tidak melakukannya kepada orang lain
Itu namanya "YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPDAN"
Walaupun kita bukan terbaik tetapi jangan pernah berhenti untuk berusaha melakukan kebaikan kerana :

فمن ىعمل مثقال ذرة حىرا ىره
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya" 

ومن ىعمل مثقال ذرةشرىره
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya pula" 

2 potong ayat Al-Qur'an ni mak aku selalu guna ketika berhujjah dengan aku atau ketika aku mengadu sesuatu pada mak aku.
Kata mak aku ayat ni fair & square kerana ditujukan kepada semua umat manusia. Peringatan kepada orang lain dan peringtan kepada kita...

(syyyyy... ayat tu ditulis semula dengan berpandukan ayat asal dan ditulis semula menggunakan bahasa Melayu Jawi)




Ok.. Citer basuh ayam..
Sebelum 2017 tu memang aku x pernah basuh ayam kerana mak aku yang x kasi aku basuh
Selalunya time balik pasar @ belanja barang dapur, mak aku akan basuh ayam dan siang ikan semua.
Sementara aku akan tolong mak aku simpan sayur & barang lain dalam peti ais.
Tapi masa ni memang mak aku beli ayam je
Aku minta mak aku ajar aku basuh ayam
Dah keluarkan ayam dari plastik mak aku soh msukkan dalam basin besar supata senang aku nak basuh
Mak aku suruh tabur 1 sudu tepung
Hahahaha... Mula aku ingtkan nak buat ayam celup tepung.
Tapi xkan nak celup tepung tanpa cuci ayam tu
Yarky....!


Rupanya mak aku cakap gaul dengan tepung tu untuk hilangkn bau hamis ayam dan untuk mudahkan basuh ayam kerana banyak kekotoran dan lemak serta lendir ayam  akan melekat pada tepung.
So, memudahkn kerja mencuci ayam
Tapi masih kenabasuh seketul demi seketul supaya segala sisa  bulu-bulu ayam dan kekotoran yang patut dibuang boleh dibersihkn

Walaupun dah nampak bersih
Tapi mak aku pesan masih ada 1 step lagi yang paling penting dan buat


Step tu ialah "MENCUCUR AIR" a.k.a melalukan air bersih dari paip air keatas ayam sambil berselawat.
Kata mak aku mencucur air itu wajib menggunakan air yang bersih macam yang kita guna untuk wudhuk la
Bukan sahaja untuk ayam tetapi untuk semua basuhan lain
Kata mak aku lagi...
Step mencucur air bersih inilah yang membezakan cucian orang Islam dengan orang lain.

Haaa....ingat lagi tak jenis2 air?
Air mutlak
Air mustaqmal
Air Musyammas
Air mutannajis
Kalau x ingat... Sila baca semula...

Imam Hasan al-Basri pernah berkata:


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan."

8 comments:

  1. Allahu.. Sampai hatinya kumpulan staf yg bertugas masak rendang ayam tu. Tak timbul ke rasa geli masak nak masak bila nampak ayam tu tak bersih? Lepas tu nak bagi orang lain makan pulak? Astaghfirullahalazimm..

    Aunty pnah tngok satu rancangan foodie, yg masak tu chinese dan dia masak daging kegemaran bangsa dia. Dia punya cuci siap berus dan shave daging tu.. Lepas tu lalukan dekat air paip yg mengalir. Dia basuh bahan mentah lain pun sama, semuanya lps siap tu dia alirkan pd air paip sebab dia sejenis yg sgt pentingkan kebersihan. Tak confident nak masak kalu tak bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita tak jadi macam tu kan..
      Kiter pun bukan lah pembersih sangat pun...tapi kalau dah makanan kena la bersih.
      Hihihi... Tapi kalau daging tu biarlah bersih macamana pun tetaplah najis mughallazah untuk kita yang muslim.
      Tak boleh makan tak boleh pegang..
      Tapi Siput Khinzir boleh pegang kan.. Hahaha

      Delete
    2. Masukkan ayam dalam bekas berlubang dan bilas dengan air paip

      Delete
  2. Dasatnya ...boleh gelak.. begitu peradaban Dan kelakuan mereka.

    Mesti jahil mereka mereka ni ...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Semoga kita tidak. Melakukan begitu...
      Asalnya bukan nak cerita keburukan tapi nak cerita ayam jer...
      Tapi macam rwlated dsnvan cerita tu.. Sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita semua

      Delete
    2. igtkan selame ni mak saye basoh pakai bedak ,, rupenye pakai tepung .. Astaghfirullahalazim..

      Delete
  3. Last sekali.. Masukkan ayam dlm bekas yg berlubang dan siram guna air paip.. Senang

    ReplyDelete