Sunday 22 September 2019

SAYUR KANGKUNG TIDAK DIPOTONG vs BUBUR NASI

 Bubur Nasi vs Kangkung Tidak Dipotong
Haaa... Panjang kan nama


 Bubur Nasi vs Kangkung Tidak diPotong...
Bubur Nasi....
Dah lama mak aku x masak bubur nasi
Biasanya kalau masak bubur nasi ni maknanya ada la orang demam
Haaaa..... Betul la
Abang yang deman
Ni mak aku masak Bubur Nasi untuk abang yang demam
Tapi akhirnya semua yang x demam pun kena makan bubur nasi ni juga
Tapi semua pun suka jes
Kecuali kakak x makan


 BUBUR NASI PEKAT
1 cawan beras(untuk hasil lagi cream-guna beras wangi)
4 cawan air
Air panas secukupnya( masak air 1 kettle)
1. Cuci beras dan masukkan 4 cawan air (jangan masuk air terlalu banyak sekali gus...tunggu nanti tambah air panas)
2. Masak seperti masak nasi biasa..
3. Bila air mula kering..Kacaukan nasi laju-laju supaya beras jadi kembang.
4. Tambah air panas agak- agak 2 cawan..dan biar mendidih
   ( Tutup periuk tetapi sendal tutup periuk dengan sudip kayu supaya sedikit terbuka agar tidak meruap)
5. Setiap kali air mula kering..kacau-kacaukan  agak-agak seminit dua supaya nasi jadi  hancur
(Pastikan button "cook" sebab kadang bila air kering button akan auto warm)

Setiap kali air mengering tambahkan dengan air panas yang baru mendidih supaya bubur kekal mendidih..
Jika ditambah air sejuk akan membantutkan bubur mendidih..kerana suhu akan turun mendadak sebab air sejuk

 Sayur Kangkung Tidak diPotong
Haaa.... Nama sayur ni memang macam tu
Sebab sayur kangkung ni memang tida dipotong
Mak aku cakap sebab nak mengenang sejarah Kerajaan Melayu Melaka yang telah memperdaya maharaja China
Mak aku citer dolu2 dalam buku Sejarah Melayu ada cerita tentang rombongan Melaka ke China
Mengikut tradisi China rakyat biasa tidak dibenarkan   melihat wajah maharaja di atas takhta.
Semua rakyat mesti menundukkan kepala ketika berhadapan dengan maharaja
Tetapi atas kebijaksanaan rombongan kerajaan melaka..
Mereka telah menggunakan tipu helah dengan mengatakan orang-orang Melaka suka makan sayur kangkung yang tidak dipotong
Ketika makan sayur kangkung, mereka akan mendongak kerana sayur kerana sagur kangkung yang panjang dan tidak dipotong.
Maka dapatlah rombongan kerajaan Melaka melihat wajah maharaja China tersebut..
Hahahaha... orang-orang dulu memang main tipu helah selamber jer...
Macam Nujum Pak belalang plak


 Haaa... Agaknya macam ni lah sayur kangkung yang diminta oleh rombongan kerajaan melaka tu
Hahahaha...


 SAYUR KANGKUNG TIDAK DIPOTONG
½kg kangkung
2 sudu minyak
1 sudu garam

Bahan Blend:
3 cili merah
5 cili padi
Segenggam ikan bilis
½ bawang besar
3 bawang putih

1. Bersihkan kangkung dan tidak perlu dipotong
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Masukkan ½ cawan air dan garam biar mendidih
4. Masukkan kangkung dan kacau hingga layu..
5. Sesuaikan rasanya

 Mak aku juga masak Jeruk Mandai Voreng bersama Ikan Bilis..

 Sedap juga jeruk ni makan ngan bubur
Tada rasa masin & sikit masam
Sedap... Tapi aku banyak makan ikan bilis & sayur kangkung.
Hehehe

2x ulang makan...
Sedapppp

No comments:

Post a Comment