Tuesday 17 September 2019

PAJERI NANAS & IKAN GORENG

Pajeri Nanas
Semalam nyer lauk lunch
Sempena cuti Hari Malaysia
Haahahaha.. xde kaitan pun
Tapi macam ada..
Heee


Pajeri Nanas...
Lauk mak aku
Hihihihihi...
Tau la kan maksudnya
Kalau dah aku cakap lauk mak aku tu mean aku x makan la tu
Kikiki



Mak aku cakap nanas yang beli minggu lepas nak buat pajeri
Mmmmm... aku memang tau pajeri nanas
Sejenis lauk pelik... Yang manis tapi dimakan ngan nasi
Mmmm.... Memang not my taste la kan...
Haaaa.. bila aku x makan mak aku xdelah paksa soh makan
Kata mak aku sebab dolu2 masa kanak2 & masa muda2 mak aku cakap mak aku pun x auka Pajeri Nanas
Tapi bila dah tua semua makanan yang dulu2 x suka dah jadi suka
Aduhhhh...... ni yang aku risau ni..
Buatnya dah tua nanti aku tingin nak makan pucuk betik ke... Pucuk mengkudu ke... Kerdas bagai
Kalau aku tingin jeruk lagi la pelik coz selama hidup aku memang x berminat langsung dengan jeruk2 & pickle2 ni
Tak ke pelik nanti dah tua aku teringin nak. Makan
Hahahaha...

PAJERI NANAS.... mak aku
1 biji nanas
1 cawan santan
1 sudu rempah kari daging
2 sudu rempah kari ikan
1 sudu kerisik
2 sudu gula perang
1 sudu teh garam
1 sudu udang kering@ bilis tumbuk

Bahan Tumis;
2 bawang kecil
2 bawang putih
2 hiris halia
2bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga
1 kecil kulit kayu manis
4 sudu minyak

1. Kupas nanas dan slice. Boleh slice bulat @ boleh belah2.
2. Panaskan minyak dan tumia bahan tumis hingga harum
3. Masukkan rempah kari ikan & kari daging yang dibancuh dengan 1 cawan air.
Masak hingga naik minyak
4. Masukkan nanas dan kacau hingga nampak kuah cair kerana keluarnya jus nanas. Masak anggaran 15 minit hingga nanas nampak jernih
5. Tambah santan, garam, gula & udang kering tumbuk
6. Biar mendidih & kuah agak pekat.
7.Masukkan kerisik dan perlahankan api supaya mendidih perlahan dan kuah akan naik minyak & cantik
8. Sesuaikan rasa
*** Pajeri nanas elok dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap


Nanas yang siap dikupas & dipotong.
Pesan mak aku...
Jika nanas jenis masam bolehlah dicelur dan dibuang airnya bagi menvudangkan mazam
Tetapi jika nanas manis boleh terus dimasak tanpa celur

Tumis bahan tumis dan masukkan rempah kari
Mak aku cakap jika guna rempah kari daging sepenuhnya.. Rasa rwmpahnya lebih kuat.
Jika dicampur rempah kari ikan...
Rasanya lebih harum dan sedap

Masukkan nanas

Tak perlu tambah air kerana nanas akan mengeluarkan jus


Bila nanas nampak kecut dan kuah pekat baru tambah santan

Ni kerisik kelapa


Masukkan kerisik




Masak dengan api perlahan supaya kuah naik minyak

Gula perang untuk rasa manis yang sederhana
Kalau guna gula putih rasa manis lebih tajam
Ada pisau ke..????
Ntah... mak aku cakap camtu...
Aku pun x faham sangat
Yang aku tahu dah lama mak aku x beli gula putih
Kopi.. Teh.. Semua guna brown sugar ni


Masukkan gula agak-agak balance rasanya


Sesuaikan rasa


Ikan kembung garam kunyit


Ikan Kembung siap vorebg garing


Kata mak aku kalau masak Pajeri WAJIB ada ikan goreng


Sebab ikan goreng adalah jodoh yang sesuai dengan pajeri...
Mak aku yang cakap
Aku just makan nasi putih ikan goreng tuang kicap.. Gaul-gaul makan
Lagi sedap letak sikit minyak goreng ikan + kicap Jalen lemak manis
Jerebu makin tebal..
Naper KL x cutiiiiiii....??????

4 comments:

  1. Sedap acik pun dolu2 x suka pajeri but dah tua Ni selera dah tukaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... Kiter kena ready untuk menyukai jugaklah nanti.. Hihihihi

      Delete
  2. comel pulak ikan tu kelar banyak2 gitu.

    ReplyDelete