Tuesday 30 November 2021

BAWA BEKAL KELEDEK REBUS JE

Lama dah tak update bekal.Banyak bawa roti saja.Kadang sandwich.Kadang masak bekal untuk budak dua orang tu saja.Saya bawa roti & bila nak makan baru bakar.Bancuh kopi.


Hari ni saya bawa bekal keledek rebus sahaja.Yang dalam bekas bulat tu sagu Sarawak.Ratna  bagi semalam katanya ada saudaranya bagi.Tapi saya tak reti naknmakaj sagu ni.Saya Google,katanya sagu ni sudah dimasak.Boleh terus makan dengan ikan atau peneman kopi.Dah offer kat kawan-kawan,semua pandang sepi sebab tak pernah makan..Saya ada cuba beberapa biji.Rasa macam ada kelepa sangai dan antara rasa sagun yang pernah makan masa zaman kanak-kanak dulu.

Ubi Keledek ni spesis Keledek Indonesia.Kulit dan isinya kuning pekat.Rasanya manis dan halus tidak berserat.3 ketul ubi tu sebesar pisang Cavendish setiap satu.Harga 3 ketul keledek tu dalam RM4.
Alhdulillah...dapat makan berjamaah walaupun hanya 3 ketul ubi keledek ni...Dapat la rezeki sorang ½ ketul ...hihihi


KUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN KAWAN-KAWAN

 


تمسكوا بأحبتكم جيداً ، وعبروا لهم عن حبكم ، 

واغفروا زلاتهم فقد ترحلون أو يرحلون يوماً 

وفي القَلب لهم حديث وشوق


Kukuhkanlah hubungan kalian dengan kawan kawan kalian , nyatakan kasih sayang kalian kepada mereka , maafkanlah kesalahan kesalahan mereka , kemungkinan pada suatu hari nanti kalian yang pergi terlebih dahulu atau mereka yang pergi dahulu sedangkan di dalam hati timbul perasaan rindu terhadap mereka ...

Monday 29 November 2021

BUAH CERMAI IDAMAN HATI BELUM BERKEMBANG

 Semalam hujan lebat.Dalam fikiran sayapastinya buah cermai kat belakang dekat nursery Pak Man tukang kebun tu kembang elok.Kecurnya tekak nak makan buah cermai.Buah yang sekian lama saya hanya pandang saja bila melintasi nak ke parkir kereta belakang tu.Tapi sejak seminggu dua ni,saya menantikan buah cermai tu kembang besar.Minggu lepas dapat beberapa biji saja yang kembang besar. Bakinya masih kecil kehijauan.


Pagi tadi,usai punch card,saya tidak terus masuk ke bilik kerja saya.Saya terus menyelinap ke belakang menuju ke pohon cermai.Sukanya hati nampak buah cermai yang minggu lepas masih kehijauan ,hari ini sudah mula kekuningan.Walaupun tidaklah begitu kembang besar,tapi jika dipilih-pilih sudah ada beberapa biji yang kembang berair.





Petik dalam 10 biji,terus masuk dalam mulut sambil kunyah penuh perasaan.Walau perut masih kosong,tidak saya peduli.Masuk buah cermai yang ke-3.Mata dah tak boleh buka luas.Masam yang amat tapi puas dapat makan buah cermai hari ni.Semalamn dok terbayang buah cermai ni.Keinginan nak makan buah cermai ni pernah saya rasa lebih 20 tahun yang lalu masa mengandungkan anak bujang sulong saya.Ketika itu merata mencari buah cermai,tapi nak dijadikan cerita memang tak ketemu.Nampak pokok cermai dihalaman orang pun semua tidak berbuah.Kat pasar malam juga hanya jual jeruk cermai,tapi tekak meminta cermai segar yang kembang kuning masam berair..Hihihihi..Nasib baik juga sebelum bersalin dapat lah sgenggam buah cermai di Batu Caves.Dapat dari seorang wanita India.Itupun buahnya baru berputik.Masih kecil dan kehijauan.Hanya ada rasa kelat dan tidak berjus masam pun.Tapi,bolehlah.asal dapat & jangan nanti anak melelh air liur kata orang..hihihi

 

Yang pasti,in sha allah esok saya akan petik lagi.Petik senyap-senyap la.Kang ada yang nampak mau dikata bunting pula..Celah mana nak bunting nya pun tak tau la...hihihi...


Dulu kat kampung lama,depan halaman rumah mak ada sepohon cermai besar. Musim berbuah,memang bertaburan atas bumi kerana buahnya leabat sungguh.Musim panas pula bila pelapah daunnya gugur,saya akan kutip himpun banyak-banyak dan ikat jadikan penyapu.Memang pelepah daun cermai seakan lidi kelapa.Bila diikat memang macam penyapu lidi.Buat sapu halaman.Selepas semua daunnya gugur,akan tumbuh pucuk-pucuk muda pila berjabak di hujung ranting.Pucuk-pucuk muda tu mak  pernah petik masak sayur lemak putih.Rasanya seakan sayur pucuk manis.

Saya juga pernah beberapa kali masak.Cari dalam old post,,,,jumpa 1 post..SAYUR PUCUK CERMAI.... kat sini 


FADHILAT SOLAT WITIR

 


الوتر ... ركعة يركعها العبد في جوف الليل خير له من الدنيا وما فيها .

قال الله تعالى : ((ومن الليل فاسجد له وسبحه ليلا طويلا)) .


Satu rakaat witir yang ditunaikan oleh seseorang hamba pada akhir malam adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya .

Firman Allah Taala : ((Dan pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah memujiNya pada sebahagian yang panjang dari waktu malam)).

Saturday 27 November 2021

MASAK SINGGANG IKAN TONGKOL

 Mulut masih terasa pahit.Rasa nak makan yang masam-masam saja.Beberapa hari lepas minta cleaner buah cermai .Pelik depa tengok saya pepagi buta mengunyah buah cermai masam.Padahal selama ni saya tak suka asam asam mengalahkan perempuan bunting sulong.hihihi


Hari ni teringin nak makan kuah yang masam-masam .Maka seawal pagi tadi saya masak Singgang Ikan Tongkol + Bendi.Masak awal beberapa jam supaya kuah singgang lagi sedap.



Saya hanya guna 

3 keping ikan tongkol.

2 asam keping.

½ bawang Holland.

3 bawang putih ketuk.

3 keping lengkuas ketuk.

1 batang serai - ketuk.

1 buah tomato masak.

Sikit serbuk kunyit,garam dan secubit gula.Bila semua dah mendidih baru masukkan 10 batang bendi.Pastu rasa macam tak pedas.Tambah 3 cili padi merah yang diketuk.


Pasangannya budu..


Masak juga Sambal Bilis Kentang + Tempe.


Rebus 2 biji telur masin.Tapi yang sebiji tu macam dah tak elok.Tinggal sebiji yang elok..
Slrup...slrup..slrup...dapat hirup kuah singgang ...Berpeluh basah baju ...Hihihi...


NIKMAT LUPA

 

نعمة النسيان ...

لو لا نعمة النسيان لأصبح الكثير من الناس مجانين

Nikmat lupa ...

Sekiranya tanpa nikmat lupa , nescaya ramai dari kalangan manusia akan menjadi gila.

Wednesday 24 November 2021

SEKOLAH BERATAP RUMBIA DAN BERDINDING BULUH

 Saja nak simpan gambar kenangan masa lalu di sini..

Saya anak kelahiran tahun tujuh puluhan.Lahir dan membesar di kampung yang agak jauh dari pekan dan bandar.


Ini gambar saya masa darjah 2. Saya yang paling kiri memakai sepasang baju kurung pink corak bulu ayam.Paling hujung kanan itu rakan sekelas saya Rosmini.Dia darjah 1 tapi kami sekelas kerana pada masa ni sekolah kami hanya ada 14 orabg murid.7 orang darjah 1 dan 7 lagi darjah 2.Kami dikumpul dalam 1 kelas sahaja kerana hanya ada seorang guru yang mengajar iaitu Cikgu Mad.Semua matapelajaran diajar oleh Cikgu Mad..

Berbaju maxi hijau muda sebelah saya tu namanya Rogayah,paling tinggi ditengah-,tengah tu Faridah dan yang sebelah Rosmini tu Noraini..Mereka bertiga tu sebaya abang saya iaitu senior 5 tahun dari saya.Mereka hanya bersekolah hingga darjah 6 sahaja di sekolah  induk.

Kami ke sekolah tetap kena pakai uniform sekolah macam orang lain juga Pakai pinafore la,masa tu belum ada yang pakai baju kurung.Tapi gambar ni diambil masa hari cuti.Semua pakat bermaian di padang sekolah.

Di belakang kami itulah,sekolah saya.Sekolah cawangan.Dibina secara gotong royong oleh orang kampung ketika saya berumur 5 tahun.Atapnya daripada daun rumbia dijahit beramai-ramai oleh kaum ibu.Tiangnya bulat memang batang pokok yang ditebang dan di tarah kulitnya.Dindingnya pula daripada buluh yang dianyam rapat dan bahagian atas nya anyaman  kasar supaya berlubang berfungsi sebagai tingkap untuk pengedaran udara.Mejanya panjang boleh letak buku dalamnya.Bangku pula panjang boleh muat 5 orang duduk.Lantainya tanah merah.Kalau datang sekolah waktu pagi banyak lubang undur-undur terutama bahagian tepi dinding.Tapi masa saya darjah 2 lantainya sudah disimen.Tidaklah berdebu lagi.

Saya batch ke 3 bersekolah di sekolah cawangan tersebut. Batch pertama  dan pelajarnya ramai kerana termasuk pengambilan remaja yang tercicir sekolah.Dalam kelas darjah 1 ada yang berumur belasan tahun.Mereka adalah remaja yang tak berpeluang bersekolah kerana pelbagai faktor.Saya masih ingat-ingat lupa beberapa orang pelajar datang dari kampung lain bersebelahan kampung kami.Kebanyakan remaja perempuan yang sebaya abang saya.Antara yang masih saya ingat ialah Mahatun dan Kri dari Kubang Badak.Faridah,Sabariah dan Kamariah dari Lubok Getah.Remaja kampung saya pula Ton,Che Nah,Shom,Mek Sakdiah.Mereka semua tu sekarang ada yang dah bercucu.Itulah antara peluang yang disediakan kerajaan untuk membasmi buta huruf.Hanya setahun itu sahaja.Tahun berikutnya hanya murid berumur 7 tahun untuk darjah 1.Tapi masa saya umur 6 tahun,saya pernah ikut bersama masuk sekolah kerana emak dan ayah saya tersilap mengira umur.Saya masih ingat,hari pertama masuk kelas,saya jatuh kerusi.Maklumlah kat rumah tiada kerusi.Kerusi sekolah pula,merupakan bangku panjang tanpa penyandar.Bila cikgu cakap saya belum cukup umur,esoknya saya dah tak pergi sekolah.Tahun berikutnya baru pergi sekolah semula.Masa tahun pertama dan kedua tu ada 3 orang guru.Cikgu Mad mengajar darjah 2 dan Cikgu Azizan mengajar darjah 1.Ustaz Jalil mengajar Agama Islam.

Masa saya darjah satu dalam kelas ada 12 orang.7 orang dari kampung saya dan 5 lagi dari kampung sebelah,Lubok Rambutan.Mereka ialah Fauzi(dah arwah) Lutfi Hafidzudin,Hafizah dan Masri.

Masih saya ingat,masa peperiksaan akhir tahun,Cikgu Azizan bagi hadiah duit untuk pelajar yang dapat nombor 1,2 dan 3. Hafizah nombor 1 dapat $3..Saya nombor 2 dapat $2 dan Lutfi nombor 3 dapat $1.Dengan duit hadiah tu saya ikut mak saudara dan sepupu saya ke bandar.Saya beli selipar Jepun  warna merah berharga $1.20 dan 4 keping apam balik berharga 40 sen.Baki $1.40 bawa balik sebab sayang takut habis duit.


Bila masuk darjah 2, lima orang classmate dari kampung sebelah sudah bertukar ke sekolah induk kerana jalan tanah merah dari kampung mereka ke sekolah induk sudah siap.Tinggallah kami baki 7 orang.Maka disatukan bersama darjah 1 yang juga 7 orang.Belajarlah kami dalam 1 kelas 14 orang diajar oleh Cikgu Mad.Cikgu Azizan sudah kembali ke sekolah induk.Tapi setiap hari Khamis akan ada seorang ustaz dari sekolah induk datang mengajar Agama.Ustaz Hassan namanya.Bila hari Khamis jadual kami berubah.Kelas darjah 1 akan masuk kelas sebelah.Waktu pagi,murid  darjah 1 akan diajar subjek Agama Islam sampai waktu rehat.Lepas rehat ustaz akan masuk kelas kami darjah 2 pula dan darjah 1 tadi diajar oleh Cikgu Mad.Hanya hari Khamis kami berpecah.Hari Ahad hingga Rabu kami satu kelas.Kantin pun memang tiada.Waktu rehat kami cari buah gemia,buah keriang  dan tanah liat untuk main.Cikgu pula biasanya akan melelapkan mata di kerusi panjang dalam kelas.Bila cikgu dah terjaga baru kami masuk semula ke kelas.Masa darjah 2 ni lah semua murid dapat RMT.Setiap pagi Cikgu Mad akan ke sekolah induk ambil makanan sebelum ke sekolah cawangan dikampung kami.Jarak kampung kami ke sekolah induk 5 batu (8km).Jalan nak ke sekolah induk pula hanya denai laluain sikal dan pejalan kaki sahaja.Kiri kanan hutan tiada rumah orang.Kalau musim hujan memang jalan lecak yang amat dan siap ada mata air mengalir.Agaknya sebab tu didirikan altenatif sekolah cawangan.Tapi sekolah cawangan ni hanya ada dua bilik iaitu darjah 1 dan darjah 2 sahaja.Bila naik darjah 3 kena ke sekolah induk juga.


Rasanya hanya saya seorang yang ada gambar kenangan sekolah cawangan ni.Itupun kebetulan ada sepupu saya dari kampung lain yang sedang belajar di UM dalam bidang kewartawanan.Sebab tu beliau ada camera.Mungkin gambar ini untuk assignment beliau ke apa ke tak tahulah.Tapi yang pasti ada beberapa keping yang ada gambar saya,sepupu tu bagi pada mak dan mak simpan elok-elok dalam laci almari pakaian.


Ini gambar pada hari yang sama.Baju kurung tu baju raya,maknjahir sendiri.Gambar dalam kad 001 saya masa darjah 1,memang pakai baju ni.Gambar ni kat belakang sekolah Di belakang sekolah Tepi tunggul kayu tulah tempat kami beain gelungsur waktu rehat kerana sedikit berbukit.Habis la tanah merah lekat pada baju sekolah.Hanya 2 ini sahaja gambar kenangan saya  di sekolah cawangan tersebut.
Ketika cuti sekolah panjang bulan Disember selepas saya habis darjah 2,sekolah ini telah runtuh.Tak ingat sama ada dipukul angin kuat atau sebab kayu-kayunya sudah reput.Achik pun tak sempat merasa pengalaman bersekolah cawangan ni.Maka siapa yang nak sekolah terpaksa ke sekolah induk semula.(to be continued @ sekolah induk dalam next entri🤭)

20 tahun yang lalu masa Achik kemas rumah mak,banyak gambar kenangan dah rosak terkena air Hanya sebahagian Achik dapat selamatkan.Antaranya gambar kenangan ni dan Achik beli album untuk asingkan gambarnya dan gambar saya.Terima kasih mak dan Achik kerana selamatkan gambar kenangan yang amat berharga ini.

Tuesday 23 November 2021

IKAN PUYU SAMBAL DAUN KARI

 Singgah blog Warisan Petani..Nampak wak  goreng dan asam pedaskan ikan puyu siam belaannya..Teringat sambal ikan puyu masak masa balik Kedah hari tu..


Ikan Puyu Sambal Daun Kari..Pic by Achik,kemas la sikit...hihihi



Ni pic saya...live dari kuali...tak senonoh



Ikan puyu hasil pancingan dalam air bah..Kiranya wild perch la...hihihi

Mak tengah siang ikan puyu.Kena siang kat luar rumah sebab ikan puyu banyak sisik & ikan darat pula memang lebih hanyir berbanding ikan laut.Isi perut dia pun lebih banyak darah dan lendir.Sebab tu ramai juga tak makan ikan darat.Saya yang membesar dengan sawah dan ikan darat ni pun kalau suruh siang ikan darat ni saya akan cuba mengelak🤭🤣
Apa lagi nak cucinya berkali2 dengan asam garam untuk hilangkan lendirnya...
Achik lagi la...tak mau langsung dah dia dengan ikan puyu ni.Kalau ikan haruan & keli dia makan lagi la.


Dah siap digaram kunyit...Kita goreng garing.Mak saya kalau siang ikan puyu dia buang kepala..sebab kepala ikan puyu keras.Tapi ada saja orang yang suka makan kepala ikan puyu.

Goreng garing-garing...


Masak sambal tumis daun kari .saya c&p resipi dari  oldpost.

SAMBAL DAUN KARI  IKAN PUYU ...
15 ekor ikan puyu
1/2 cawan minyak..
1 tangkai daun kari
1 asam keping
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar

1. Ikan puyu disiang bersihkan dan digaul garam kunyit.
2. Goreng ikan hingga garing
3. Tinggalkan minyak anggaran ½ cawan  dalam kuali
4. Tumis daun kari hingga garing
5. Masukkan bahan blend dan biar hingga garing naik minyak
6. Masukkan asam,garam dan gula.
7. Masukkan ikan puyu goreng.
8. Sesuaikan rasanya dan masak hingga kering dan naik minyak...

Akhirnya,sambal ikan puyu ni hanya saya dan mak yang makan.Depa lain semua tak mau

SARAPAN ROTI MULTI GRAIN & BUAH BETIK

 Assalamualaikum semua....

Sarapan Roti Bakar sahaja.6 slices makan bertiga..sorang 2 slices.


Guna roti favourite saya ni.Sedap..Harum bila di bakar..Lemak rangup multi grain dalamnya.


Ini pula pasal buah betik.Bukan hari  ni la..Ni 2 minggu  dah..tapi sayang gambarnya..Kita tepek sini
Pokok betik mak tanam tepi tembok belakang dapur.Saja tepek gambar ni sebab tadi mencari betik masak tapi tak ada stok.Yang ada semua betik masih hijau.


Betik hasil tanaman mak.
Tidak berbiji..Macamana nak tanam kalau tak ada biji?


Aduh,manis kali papayanya..Seger dari pohonnya.

Dulu zaman kanak-kanak tak suka betik.Manusia berubah..Sekarang suka sangat..


Monday 22 November 2021

BAGAIMANA KAN KU MULA?

 

Bagaimana kan ku mula?Dan apakah kata-kata

Yang indah untuk diabadikan?
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku?

Cahya di matamu, senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan?
Di saat begini, aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan jauh
Dari pandangan

Lalu aku kesal, ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku?

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu, kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entah kan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak indah

Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa, di hari yang indah
Ku hulur tanganku lalu kau terima

Ah-ah-ah

Pencipta lagu: M.nasir

Tajuk lagu : Suatu Masa


*Tiada kaitan dengan diri saya pun lagu ni...Cuma sebab dah seminggu tak berbicara di alam maya..Tak tau nak mula dari mana..hihihi...

Semoga semua yang membaca dan tidak membaca catatan ini berada dalam rahmat Allah s.w.t


Tuesday 16 November 2021

BAWA BEKAL SANDWICH

Semalam tak bawa bekal sebab niat nak puasa.Sayangnya tak sempat sampai ke maghrib....

Hari ni sarapan awal.Belum pukul 8 dah sarapan..Sandwich & kopi O


Semalam check rupanya dalam badan kurang protien.Yang lebihnya lemak..huhuhu..Banyak makan makanan proses yang protien tipu + lemak tu..Tu yang pulun tambah telur rebus.Sumbat pula sebiji telur rebus..Hihihih Memang tak habis la ..Kenyang.


Untuk budak dua  beradik tu buat sandwich juga tapi guna  whoeal bread.Buat sorang 2 set..


Sumbar sayur banyak-banyak..+ chickenloaf.
Bungkus dengan plactic cling supaya mudah nak makan + nak elakkan roti jadi kering


Untuk saya ,saya guna roti Perancis yang buat cicah sup cendawan tu.Saya suka roti yang tekstur keras macam sourdough bread..Baru puas gigit kunyah lama-lama..



Inilah bekal hari ni...sekian

Monday 15 November 2021

MEMANCING DI AIR BAH BELAKANG RUMAH

 Masih ada cerita yang belum habis ketika pulang bercuti Deepavali hari tu.Dah lebih seminggu dah pun..hihihi

Cerita memancing Ikan Puyu kat belakang dapur.

Masa balik tu memang kebanyakan tempat di Kedah dilanda bah tapi tidak lah seteruk di Pantai timur.Beratus orang jugak la dipindahkan ke PPS.Biasanya yang teruk kena bah atau banjir ni kebanyakan yang rumah di kawasan rendah seperti kawasan sawah padi atau pinggir sungai.Macam dalam gambar kat atas ni,rumah yang kelihatan tu memang dilanda banjir kerana air sawah melimpah.Sawah pun dah macam laut tiada lagi nampak batas atau permatang kerana ditenggelami air.



Ni view dari belakang dapur.Perumahan kami tidaklah terkena banjir walupun dalam kawasan sawah padi kerana tambakakan yang tinggi.Bila bah,ikan-ikan memang berpesta main air.Ramailah yang ambil kesempatan memancing dan menjala.Kami juga tidak melepaskan peluang..Ala bukan kemana pun,memancing belakang rumah sahaja dibalik tembok pagar dapur.


Tengoklah mak saya..Semantara nak menanti maghrib pun sempat lagi nak memancing.Hanya tanggalkan telekong saja.Kainnya masih dipinggang ,mak dah pegang batang pancing..Hihihi


Ikan biasanya galak memakan umpan waktu pagi dan ketika petang membawa ke senja.Kalau dia nak makan la..Kalau time dia tak nak makan umpan,memang bosan menunggu..Paling best bila umpan diragut ikan...huh dia punya feel,hanya yang merasai saja boleh faham



Ni dah nak senja,ikan baru galak nak makan umpan...Bila nampak pelampung joran tu tenggelam....huh berdebar nak tarik...hihihi
Nampak saja ikan tergantung dimata kail...suka la hati


Nak tanggalkan mata kail dari mulut ikan pun mencabar juga.Kena pula ikan puyu tu sisiknya kasar dan tengah belakangnya banyak duri tajam..Kena genggam kuat-kuat supaya ikan tu tak meronta.Kalau dia meronta habislah luka tangan kena durinya.Kalau ikan keli pula risau kena sengat.Kalau ikan haruan pula kuat meronta....






Ni dalam banyak-banyak ikan puyu ni,hanya 16 ekor saya pancing.Selebihnya mak  yang pancing dan dua ekor kot Achik yang pancing.


Ni pula beberapa hari lepas,Achik masukkan pic dalam group family bagitau,mak memancing kat sungai tepi perumahan kami tu.Yang ni hasil pancingan mak sorang sepetang di bawah pokok tepi sungai tu.Sungai tu sebenarnya tali air 


Biasanya mak akan buat pekasam ikan lampam ni.


Sunday 14 November 2021

BUAH SALAK SIAM/SALAK HUTAN

 

Salak Siam katanya..Tapi mak saya kata macam buah kumbar atau salak hutan.Beli kat R&R Sungai Perak masa balik kampung Cuti Deepavali minggu lepas. Singgah isi minyak @ Petronas situ.Sesambil tu saya nak minum kopi & nasi lemak bungkus daun pisang.Adah makan pau ayam & pau kacang.Masa nak jalan keluar ke parking,mata nampak buah salak hutan ni kat gerai buah.Tanya gadis yang jual tu dia kata Slaak Siam.Sekilo RM14.Beli dua tongkol.Tongkol ke gugus..ke tandan...hihihi..Balik bagi Achik segugus & tinggal untuk mak segugus.Saya nampak kat rumah Achik pun tiada siapa yang makan.Untuk mak pun mak tak makan pun.Sudahnya saya la yang makan...hihihi...

Saya memang suka buah- buah rare & nadir.



Buahnya berwarna lebih cerah dan saiz kecik berbanding salak biasa tu.Kulitnya pun lebih kasar dan  ada bulu-bulu kasar macam berduri sikit...  kena hati-hati nak pegang & nak kupas.Sebab tu kot depa tak berminat nak makan..hihihi


Isinya lebih kurang salak biasa tapi lebih lembut dan juicy.Baunya agak harum tapi tidaklah sekuat bau salak nangka yang yang lebih wangi.



Isinya nipis melekat pada bijinya.Tidak lekang seperti salak biasa.Macam buah rambutan kampung atau rambutan hutan yang tidak lobgkah.Tidak juga rangup sebaliknya lembut berjus seperti makan jeruk kelubi.Rasa dia pula lebih kepada sedikit manis,sedikit masam dan kadang macam agak hambar.Tapi langsung tiada rasa kelat seperti kebanyakan salak biasa yang mempunyai rasa manis dan sedikit kelat.Pada saya,saya memang suka saja buah ni.Tapi rasanya tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana isinya nipis melekat pada biji susah nak bagi anak-anak makan.Risau tertelan terus.Kalau nak beli sekadar untuk nak rasa ok la..sebab rupa dia lebih menarik daripada salak biasa.

LIMA MINIT SEBELUM TIDUR

آخر ٥ دقائق من يومك قبل النوم

1️⃣ الدقيقة الأولى: الوضوء

2️⃣ الدقيقة الثانية  اية الكرسي 

3️⃣ الدقيقة الثالثة: آخر آيتين من سورة البقرة

4️⃣ الدقيقة الرابعة: قل يا آيها الكافرون والمعوذتان. 

5️⃣ الدقيقة الخامسة: دعاء النوم 


Lima minit terakhir sebelum tidur : 

1- Detik pertama : mengambil wudhuk.

2- Detik kedua : membaca ayat Al-Kursi.

3- Detik ketiga : membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah.

4- Detik keempat : membaca

 قل يأيها الكافرون ، قل أعوذ برب الفلق , قل أعوذ برب الناس .

5. Detik kelima : membaca doa sebelum tidur.

Saturday 13 November 2021

SARANG LEBAH DI DAHAN RAMBUTAN

 

Sarang lebah di dahan rambutan.Pic ni snap masa balik Cuti Deepavali minggu lepas.


Mak kata ni spesis Lebah Lalat.Sarangnya tidaklah tinggi.Lebih kurang segalah tingginya.Betul-betul tepi bucu atap dapur rumah Achik.Kata Achik sejak lebah tu bersarang,waktu malam memang kena tutup tingkap rapat-rapat sebab lebah tertarik dengan lampu dalm rumah.Kata Achik lagi,bila malam penuh la lebah ni menempel kat cermin tingkap.Bila siang,mereka diam bertepek disarangnya.Macam tak bergerak langsung.Waktu bila dia terbang cari madu bunga?

Ni Achik post pic dalam group family whatsApp..
Kata Achik lebah dah tinggalkan sarangnya.Tak tahu kemana membawa diri...
Nampak macam dipenuhi madu.


Ni tengok kat status whatsApp Pakcik semalam..Maknanya dah lama la lebah tu bersarang.Sejak bulan Ogos.Ni dah pertengahan bulan November.Dekat 3 bulan dah lebah ni berjiran dengan Achik.


Emak dengan sarang lebah..Saya membayangkan penuhlah madunya...

Rupanya meleset.Kata Achik,mak cakap lebah kalau dia tinggalkan sarang tu sebab anak-anaknya sudah memebesar..Madu juga pasti la sudah habis dimakan anak-anaknya.Bila madu dah kering dan anak dah besar...mereka pun berpindah..Entah ke mana.Wallahua'lam..
Kata mak dulu-dulu semasa hayat Tokwan(bapa mak) memang tokwan dan tok  pandai ambil.madu lebah di hutan.

Pengalaman saya pula saya pernah sekali tengok orang ambil madu lebah mada zaman kanak-kanak.Nampak la depa asapkan sarang lebah dengan sabut yang dinyalakan dibuat macam obor.Sekali lagi tengok orang kampung tebang pokok keriang saiz pokok balak.Depa ambil madu kelulut yang bersarang dalam batang pokok keriang dekat kubur kampung kami.Seingat saya,kami kanak-kanak pun berebut merasa madu kelulut tu.Madu kelulut lebih cerah dan rasa dia ada sedikit masam.Kat rumah lama kami dikampung juga ada kelulut bersarang dipangkal pokok rambutan.Masa kanak-kanak saya & Achik selalu la musnahkan sarang kelulut tu nak ambil sarangnya macam coklat getah dan ada bau yang unik.Bukan busuk tapi bukan wangi..bau apa ntah.Kelulut tak menyengat macam lebah tapi pada kaki kelulut macam ada getah.Kalau dia serang kat kepala.Jenuh nak tanggal kelulut yang melekat kat rambut.Dengan bau dia sekali dia tinggalkan..
Kami berdua beradik juga pernah disengat tebuan,bila saya kait buah rotan jatuh dalam semak.Achik masuk semak nak ambil buah rotan tu,kepalanya terlanggar sarang tebuan sebesar bola takraw.Rupa sarang tebuan tu pun bulat berlubang sebijik macam bola takraw.Nasib baik sarang kecik.Kalau tak,harus dah arwah.Merasa la juga beberapa sengatan dikepala dan muka.Tak pergi klinik pun sebab jauh.Mak cuma sapu dengam getah keladi sebagai penawar.
Itulah kenangan dan pelajaran yang saya belajar dari alam masa zaman kanak-kanak.

Honey comb...
Hanya lilin mentah yang dapat dari sarang yang ditinggalkan.Juga dapat ilmu untuk Aqil dapat la tengok sarang lebah real depan mata menjadi satu pelajaran baru .