Saturday 13 November 2021

SARANG LEBAH DI DAHAN RAMBUTAN

 

Sarang lebah di dahan rambutan.Pic ni snap masa balik Cuti Deepavali minggu lepas.


Mak kata ni spesis Lebah Lalat.Sarangnya tidaklah tinggi.Lebih kurang segalah tingginya.Betul-betul tepi bucu atap dapur rumah Achik.Kata Achik sejak lebah tu bersarang,waktu malam memang kena tutup tingkap rapat-rapat sebab lebah tertarik dengan lampu dalm rumah.Kata Achik lagi,bila malam penuh la lebah ni menempel kat cermin tingkap.Bila siang,mereka diam bertepek disarangnya.Macam tak bergerak langsung.Waktu bila dia terbang cari madu bunga?

Ni Achik post pic dalam group family whatsApp..
Kata Achik lebah dah tinggalkan sarangnya.Tak tahu kemana membawa diri...
Nampak macam dipenuhi madu.


Ni tengok kat status whatsApp Pakcik semalam..Maknanya dah lama la lebah tu bersarang.Sejak bulan Ogos.Ni dah pertengahan bulan November.Dekat 3 bulan dah lebah ni berjiran dengan Achik.


Emak dengan sarang lebah..Saya membayangkan penuhlah madunya...

Rupanya meleset.Kata Achik,mak cakap lebah kalau dia tinggalkan sarang tu sebab anak-anaknya sudah memebesar..Madu juga pasti la sudah habis dimakan anak-anaknya.Bila madu dah kering dan anak dah besar...mereka pun berpindah..Entah ke mana.Wallahua'lam..
Kata mak dulu-dulu semasa hayat Tokwan(bapa mak) memang tokwan dan tok  pandai ambil.madu lebah di hutan.

Pengalaman saya pula saya pernah sekali tengok orang ambil madu lebah mada zaman kanak-kanak.Nampak la depa asapkan sarang lebah dengan sabut yang dinyalakan dibuat macam obor.Sekali lagi tengok orang kampung tebang pokok keriang saiz pokok balak.Depa ambil madu kelulut yang bersarang dalam batang pokok keriang dekat kubur kampung kami.Seingat saya,kami kanak-kanak pun berebut merasa madu kelulut tu.Madu kelulut lebih cerah dan rasa dia ada sedikit masam.Kat rumah lama kami dikampung juga ada kelulut bersarang dipangkal pokok rambutan.Masa kanak-kanak saya & Achik selalu la musnahkan sarang kelulut tu nak ambil sarangnya macam coklat getah dan ada bau yang unik.Bukan busuk tapi bukan wangi..bau apa ntah.Kelulut tak menyengat macam lebah tapi pada kaki kelulut macam ada getah.Kalau dia serang kat kepala.Jenuh nak tanggal kelulut yang melekat kat rambut.Dengan bau dia sekali dia tinggalkan..
Kami berdua beradik juga pernah disengat tebuan,bila saya kait buah rotan jatuh dalam semak.Achik masuk semak nak ambil buah rotan tu,kepalanya terlanggar sarang tebuan sebesar bola takraw.Rupa sarang tebuan tu pun bulat berlubang sebijik macam bola takraw.Nasib baik sarang kecik.Kalau tak,harus dah arwah.Merasa la juga beberapa sengatan dikepala dan muka.Tak pergi klinik pun sebab jauh.Mak cuma sapu dengam getah keladi sebagai penawar.
Itulah kenangan dan pelajaran yang saya belajar dari alam masa zaman kanak-kanak.

Honey comb...
Hanya lilin mentah yang dapat dari sarang yang ditinggalkan.Juga dapat ilmu untuk Aqil dapat la tengok sarang lebah real depan mata menjadi satu pelajaran baru .


6 comments:

  1. Satu ilmu baru ni bagi saya tentang lebah, madu dan sarangnya. Maknanya sudah keluarlah anak-anak lebah dari sarangnya ye Mama Cella.

    ReplyDelete
  2. takde rezeki nak dapat madu lebah liar

    ReplyDelete
  3. Ala semalam dah komen panjang berjela hilang pulak dia.
    Takpe, alang alang dah singgah komen lagi. hihi

    Baru saya tahu sarang lebah ditinggalkan tu dah kering. kena ambil madu yang tengah ada sarang lebah lah baru ada madu maksudnya kan. Sedap makan bersama honeycomb tu.

    ReplyDelete
  4. Seronok plk baca.. Ilmu baru juga utk kak lin yg da tua ni.. sllu kak lin menjauh bila nmpk sarang tebuan.. takut sakit kena sengat je.. 🤗

    ReplyDelete
  5. abih honeycomb yang takde madu ni boleh diapakan mamacella? boleh ratah mcm yg tengok kedai shuib buat tu ke?

    ReplyDelete
  6. Ooo dh xde madunyaaa....sygnya..kalau x dpt makan madu lebah fresh

    ReplyDelete