Tuesday 23 November 2021

IKAN PUYU SAMBAL DAUN KARI

 Singgah blog Warisan Petani..Nampak wak  goreng dan asam pedaskan ikan puyu siam belaannya..Teringat sambal ikan puyu masak masa balik Kedah hari tu..


Ikan Puyu Sambal Daun Kari..Pic by Achik,kemas la sikit...hihihi



Ni pic saya...live dari kuali...tak senonoh



Ikan puyu hasil pancingan dalam air bah..Kiranya wild perch la...hihihi

Mak tengah siang ikan puyu.Kena siang kat luar rumah sebab ikan puyu banyak sisik & ikan darat pula memang lebih hanyir berbanding ikan laut.Isi perut dia pun lebih banyak darah dan lendir.Sebab tu ramai juga tak makan ikan darat.Saya yang membesar dengan sawah dan ikan darat ni pun kalau suruh siang ikan darat ni saya akan cuba mengelak🤭🤣
Apa lagi nak cucinya berkali2 dengan asam garam untuk hilangkan lendirnya...
Achik lagi la...tak mau langsung dah dia dengan ikan puyu ni.Kalau ikan haruan & keli dia makan lagi la.


Dah siap digaram kunyit...Kita goreng garing.Mak saya kalau siang ikan puyu dia buang kepala..sebab kepala ikan puyu keras.Tapi ada saja orang yang suka makan kepala ikan puyu.

Goreng garing-garing...


Masak sambal tumis daun kari .saya c&p resipi dari  oldpost.

SAMBAL DAUN KARI  IKAN PUYU ...
15 ekor ikan puyu
1/2 cawan minyak..
1 tangkai daun kari
1 asam keping
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar

1. Ikan puyu disiang bersihkan dan digaul garam kunyit.
2. Goreng ikan hingga garing
3. Tinggalkan minyak anggaran ½ cawan  dalam kuali
4. Tumis daun kari hingga garing
5. Masukkan bahan blend dan biar hingga garing naik minyak
6. Masukkan asam,garam dan gula.
7. Masukkan ikan puyu goreng.
8. Sesuaikan rasanya dan masak hingga kering dan naik minyak...

Akhirnya,sambal ikan puyu ni hanya saya dan mak yang makan.Depa lain semua tak mau

21 comments:

  1. Sedapnyer sambal ikan puyu
    mesti bertambah2 nasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..bagi penggemar ikan puyu memang berselera

      Delete
  2. Saya pun tak lulus kalau siang ikan puyu. Paling senang siang ikan selayang, tarik lehernya sikit keluar segala insang sampai ke hujung perut hehehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kan...ikan darat susah nak siang berbanding ikan laut

      Delete
  3. Ikan puyu montel sikit dari ikan sepat..tapi,bnyk duri kecik², makan pun amik masa 😂. Dulu kecik² selalu makan ikan darat, dah besar² ni jadi xberapa suka pulaknye. Adik saya kate dasar lupe daratan 😂😂. Tapi sambal ikan tu nampak sedap betulll..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi la Jaja..Adik saya Achik pun dah tak makan ikan puyu..Saya gagah lagi la sebab memang pemakan🤭

      Delete
  4. Kak lin xmkn ikan sungai.. tp kagum sungguh tgk hasil tangkapan ikan hritu.. hebat la nenek cella..

    Nti nk cuba msk sambal ikan tenggiri bubuh daun kari ni.. kalau abg yan tak perasan kelainannya nk merajuk la.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan sawah ni hanyir dia lagi kuat dari ikan sumgai sebab sungai airnya jernih ..sawah ni berselut..
      Saya pun pernah buat sambal isi ayam daun kari ni kak Lin..sedap tau.Kalau tenggiri lagi la..ikan mahal tu..hihihi
      Harap2 abnag Yan perasan kesedaoannya & beli gelang emas baru🥰

      Delete
  5. Teringat masa kecik2 dulu, abah bela ikan puyu, tapi bela dalam balang aje, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tu sama macam kat rumah saya swkarang ni ..ada 13 ekor ...dah bawa gi tempat kerja 3 ekor tinggal 9

      Delete
  6. Sedapnya sambal ikan puyu, klu dapat yg pekasam lupa diri makan nasi bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi3...pekasam lagi ngam...kena ngan pulut pulak...aduhai

      Delete
  7. Sedap ikan puyu. Nak-nak yg baru dipancing.
    Rugi depa tak mau haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..dwpa tak lalu kata bau tanah...rugi kann

      Delete
  8. Replies
    1. Alhdulillah.....ni mesti tengok masa tengah lapar ni...hihihi

      Delete
  9. Ikan puyu antara ikan yang saya tak makan dah. Dulu masa kecik makanlah jugak. Dah besar ni lansung tak makan dah. Memang sedap tu goreng garing. Potong kepala senang sikit nak siangnya. Bab nak membasuh berkali kali tu yang leceh tu. Nampak sedap pulak masak sambal daun kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...spesis Achik la la ni...dulu makan..sekarang dah tak makan...
      Buat dengan ikan lain pun sedap Fiza..try la kot kena dengan tekak

      Delete
  10. Ya allah..SA suka ikan puyu..cuma x pernah buat sambal lagi..nanti nak buat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kena try ni SA..Semoga Pak Zain & Mak Pah pun suka

      Delete
  11. Teringat masa kecik, kepercayaan org India kata kalau kita bela ikan puyu kat rumah pastu ikan tu melompat keluar maknanya ada perkara tak elok akan berlaku.

    ReplyDelete