My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 12 November 2021

SYAITAN MENGIKAT TENGKUK ORANG YANG TIDUR DENGAN TIGA IKATAN

 Rasulullah ﷺ bersabda:

“Syaitan mengikat tengkuk seseorang dari kalangan kalian ketika dia tidur dengan tiga (3) tali ikatan. Syaitan mengikat dengan kuat setiap ikatan tersebut sambil menyebut:

"Malam masih panjang, teruskanlah tidur."


Jika dia bangun daripada tidurnya dan berzikir mengingat Allah maka terungkailah satu ikatan.


Kemudian jika ia berwuduk pula maka terungkailah lagi satu ikatan.


Kemudian jika ia teruskan dengan mendirikan solat, terbukalah semua ikatan tersebut.


Lantas bangunlah dia dalam keadaan cergas dan suci jiwanya. Namun, jika dia tidak berzikir, berwuduk dan solat, bangunlah dia pada pagi hari itu dalam keadaan jiwanya buruk dan malas tubuh badannya."


2 comments:

  1. Alhamdulillah..mulakan pagi dengan amalan yang baik pasti akan baik baik saja.

    ReplyDelete