Tuesday, 30 November 2021

BAWA BEKAL KELEDEK REBUS JE

Lama dah tak update bekal.Banyak bawa roti saja.Kadang sandwich.Kadang masak bekal untuk budak dua orang tu saja.Saya bawa roti & bila nak makan baru bakar.Bancuh kopi.


Hari ni saya bawa bekal keledek rebus sahaja.Yang dalam bekas bulat tu sagu Sarawak.Ratna  bagi semalam katanya ada saudaranya bagi.Tapi saya tak reti naknmakaj sagu ni.Saya Google,katanya sagu ni sudah dimasak.Boleh terus makan dengan ikan atau peneman kopi.Dah offer kat kawan-kawan,semua pandang sepi sebab tak pernah makan..Saya ada cuba beberapa biji.Rasa macam ada kelepa sangai dan antara rasa sagun yang pernah makan masa zaman kanak-kanak dulu.

Ubi Keledek ni spesis Keledek Indonesia.Kulit dan isinya kuning pekat.Rasanya manis dan halus tidak berserat.3 ketul ubi tu sebesar pisang Cavendish setiap satu.Harga 3 ketul keledek tu dalam RM4.
Alhdulillah...dapat makan berjamaah walaupun hanya 3 ketul ubi keledek ni...Dapat la rezeki sorang ½ ketul ...hihihi


16 comments:

  1. menu diet ni makan keledek rebus....

    ReplyDelete
  2. Kak lin jd terikut2 mak cella.. minum kopi utk bfst.. mak cella msti kopi gantang.. kak lin kopi kluang..
    Lupa.. iv anak bujang kat putrajaya hritu apa cte?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni jom la mengopi sama2🤣
      iv tu minggu lepas dorang ada update sedang dinilai.. harapnya ada la rezekinya..doakan yer kak Lin..🤲

      Delete
  3. Sedap keledek indon ni
    Buat goreng pun okay

    ReplyDelete
  4. Sy tak biasa makan keledek rebus, tapi kalau dah ramai2 nak join jugak makan, tambah bila ada kopi, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rebus lama sampai betul-betul lembut baru sedap...mac keledek Cemeron tu

      Delete
  5. Sedap tu keledek rebus. Makanan musim banjir @ Musim tengkujuh di belah Pantai Timur. Selain ubi kayu rebus @ pisang rebus gu dgn kopi panas berasap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....sedapnya makan dalam kesejukan musim tengkujuh.Jabatan Meteodologi kata tahun ni patern tengkujuh beralih ke Kedah

      Delete
  6. Faveret PH ni keledek rebus. Nak-nak ada kelapa parut, sedapnya...
    Sagu Sarawak tu tak pernah jumpa lagi, apatah lagi merasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PH...kena nyoq kukuq...gu dengan kopi kampung ka...walla

      Delete
  7. Ammi haritu ada jiran bg keledek. Kukus 2 ketul kecik anak2 pandang sepi je. Yg belen tu sudahnya ammi jadikan chips je. Sekejap settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak zaman McD & Kepci...depa kenal chios dari kerepek🤣

      Delete
  8. sedap keledek rebus makan panas panas. kenyang pun kenyang. saya pun macam tak reti nak makan sagu begitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kenyang lama makan keledek ni.
      Sagu tu sampai sudah sepi begitu sahaja..hihihi

      Delete