Monday 15 November 2021

MEMANCING DI AIR BAH BELAKANG RUMAH

 Masih ada cerita yang belum habis ketika pulang bercuti Deepavali hari tu.Dah lebih seminggu dah pun..hihihi

Cerita memancing Ikan Puyu kat belakang dapur.

Masa balik tu memang kebanyakan tempat di Kedah dilanda bah tapi tidak lah seteruk di Pantai timur.Beratus orang jugak la dipindahkan ke PPS.Biasanya yang teruk kena bah atau banjir ni kebanyakan yang rumah di kawasan rendah seperti kawasan sawah padi atau pinggir sungai.Macam dalam gambar kat atas ni,rumah yang kelihatan tu memang dilanda banjir kerana air sawah melimpah.Sawah pun dah macam laut tiada lagi nampak batas atau permatang kerana ditenggelami air.



Ni view dari belakang dapur.Perumahan kami tidaklah terkena banjir walupun dalam kawasan sawah padi kerana tambakakan yang tinggi.Bila bah,ikan-ikan memang berpesta main air.Ramailah yang ambil kesempatan memancing dan menjala.Kami juga tidak melepaskan peluang..Ala bukan kemana pun,memancing belakang rumah sahaja dibalik tembok pagar dapur.


Tengoklah mak saya..Semantara nak menanti maghrib pun sempat lagi nak memancing.Hanya tanggalkan telekong saja.Kainnya masih dipinggang ,mak dah pegang batang pancing..Hihihi


Ikan biasanya galak memakan umpan waktu pagi dan ketika petang membawa ke senja.Kalau dia nak makan la..Kalau time dia tak nak makan umpan,memang bosan menunggu..Paling best bila umpan diragut ikan...huh dia punya feel,hanya yang merasai saja boleh faham



Ni dah nak senja,ikan baru galak nak makan umpan...Bila nampak pelampung joran tu tenggelam....huh berdebar nak tarik...hihihi
Nampak saja ikan tergantung dimata kail...suka la hati


Nak tanggalkan mata kail dari mulut ikan pun mencabar juga.Kena pula ikan puyu tu sisiknya kasar dan tengah belakangnya banyak duri tajam..Kena genggam kuat-kuat supaya ikan tu tak meronta.Kalau dia meronta habislah luka tangan kena durinya.Kalau ikan keli pula risau kena sengat.Kalau ikan haruan pula kuat meronta....






Ni dalam banyak-banyak ikan puyu ni,hanya 16 ekor saya pancing.Selebihnya mak  yang pancing dan dua ekor kot Achik yang pancing.


Ni pula beberapa hari lepas,Achik masukkan pic dalam group family bagitau,mak memancing kat sungai tepi perumahan kami tu.Yang ni hasil pancingan mak sorang sepetang di bawah pokok tepi sungai tu.Sungai tu sebenarnya tali air 


Biasanya mak akan buat pekasam ikan lampam ni.


18 comments:

  1. Wahhh.. meriahnya hasil.

    Bagi sy, org memancing ni ada deria keenam, klu tak ada deria keenam tu, umpan habis, ikan lari šŸ˜œ (saya la tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kalau takat pancing puyu,tak payah deria ke 6..in sha Allah dapat...lain la kalau nak pancing siakapšŸ¤£

      Delete
  2. fuhh.. byknya hasil tangkapan.. best tu xyah ke mana² di umh pn boleh mancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ada kelebihan dan kekurangan rumah tepi sawah ni.Kalau musim menuai jenuh pula dengan serangga belalang bagai

      Delete
  3. Seronok lah pandai pancing,saya anak pesawah tapi tak pandai2 Nak memancing,ikan bendng sedap Kan isinya Manis walau Banyak tulanga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. pancing bodo bodo ja...Kalau ikan keli sedao.Ikan puyu ni jenuh nak siang...sisik & duri tajam

      Delete
  4. hebatnya nenek, mama dan achik cella memancing. Semua dapat hasilnya. Selalulah dapat makan ikan fresh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang mood ikan baik dia nak makan umpan,sekejap ja dapat banyak.Kalau mood ikan tak.baik,berjanggut tunggu tak dapat..hihihi

      Delete
  5. Syoknya dapat pancing ikan. Teringat zaman-zaman dulu kalau berpeluang masuk bendang dapat tangkap puyu, sepat, haruan dan keli. Selalu juga makan ikan wadi iaitu pekasam ikan sepat dan ikan puyu.

    ReplyDelete
  6. Wah.. mewah la mkn ikan fresh.. patutnya mak cella bancuh kopi cap gantang.. baru la feel mancing sambil ngopi.. tp serius kak lin ingtkan itu tasik atau sungai.. xnmpk batas padi langsung..

    ReplyDelete
  7. Bestnya MC.
    PH mengail masa zaman sekolah rendah dulu ja :(
    Ikan puyu ni kalau buat pekasam memang sedapkan.

    ReplyDelete
  8. Ramainya dapat ikan
    Bolehlah buat pekasam

    ReplyDelete
  9. bestnya, banyak betul hasil pancingan

    ReplyDelete
  10. Sedapnya pekasam..SA suka ikan sepat ronggeng kering....la ni beli online je...lepas tu kalau ada rezeki mertua adik SA bagi

    ReplyDelete