Showing posts with label RANDOM SHORTS. Show all posts
Showing posts with label RANDOM SHORTS. Show all posts

Sunday, 9 August 2026

RANDOM PHOTO

 

Setalam ulam....ada timun,kacang panjang,ulam raja dan daun selom






Tengok dalam group komuniti kampung mak...depa buat kenduri kesyukutan..Masak.nasi kawah,gulai ayam...ikan masin,ulam dan cabai(sambal belacan)



Pokok mulberry..Cella kata dia nampak ada banyak kat UPM ...dia tanya buah ni boleh makan ke?

Tentulah boleh!

Pokok ni kan makanan utama ulat sutera.Kalau ulat boleh makan...manusia pun boleh makan.

Pokok mulberry ni dulu zaman sekolah tahun 80-an  sangat falimiar dalam buku Ilmu Alam darjah 6.Kalau tak silap tajuknya: Perternak Ulat Sutera di China..soalan favourite dalam periksa penggal ialah : Apakah makanan utama ulat suter?

Cuma masa tu takda internet bagai nak rujuk..hanya berpandukan buku teks semata nk tengok gambar ulat sutera dan pokok mulberry



Pokok terung pipit.Achik snap.pic pokok ni tepi rumah mak kat kampung & post dalam group family...

Kata PH kat tempat dia di Baling depa panggil " terung ceweng" Kalau kat kampung saya dipanggil " Terung Belanda" .Taktau apa kaitan dengan Belanda..Tapi selain buat ulam & sambal..masa zaman kanak-kanak terung belanda ni dijadikan peluru senapang mainan yang dibuat dari papan dan kayu.




Makan nasi kat kantin tempat kerja ..Selama setahun ++ kat tempat baru ni ,hanya beberapa kali pi makan nasi kat kantin tu.Selebihnya kami memang pakat bawa bekal & makanan kat pantry tak pernah tak ada...

Ni saya makan nasi putih + sambal tempe RM6.Ulam pucuk mulberry tu saya petik kat tepi pagar jer...hihihi


Tengok kat group komuniti kampung mak....Mak Njang Ida open order buah tampoi 3kg RM10....sekejapan sold out.Kalau saya ada kat kampung,saya pun akan order ni...Buah yang dah payah nak dapat ni



Semalam Sabtu...Achik share gambar ni..Achik bawa mak makan kenduri kahwin kat Kampung Pokok Asam.Menu kenduri yang nostalgia dan pelaminan gaya 80-an..

Zaman saya sekolah rendah dulu...kalau orang kenduri kat kampung kami dan kampung sekitar...macam ni la pelaminnya kat luar rumah.Pengantin akan duduk atas pelamin ringkas ni sambil.ada persembahan silat dan gendang keling.Yang  kaya sikit akan ada pelamin cantik dalam rumah..Tapi kebanyakan pelamin ringkas macam ni lah...


Segugus sorgum.Tahu sorgum?

Saya memang suka info berkaitan pertanian dan flora serta fauna.Saya kenal ini sebagai pokok sorgum.Sorgum ni boleh dimakan oleh manusia dan haiwan.Boleh proses buat tepung tanpa glutin dan boleh masak makan macam makan nasi 

Saya jumpa pokok sorgum ni tumbuh sesat kat belakang reban ayam kat tempat kerja.Beberapa hari lepas ada group Laman Hijau share tik tok tentang  tanaman sorgum ni kat Trengganu.Depa ajak tanam.Saya share video dan gambar sorgum yang kat belakang reban tu.Saya snap gambar ni bulan lepas rasanya.Tapi big bos kata  mana mungkin itu pokok sorgum..Saya dah tidak respon lagi kerana tak nak berdebat walaupun saya yakin itu adalah pokok sorgum.Tumbuhnya mungkin kerana ada benih tersesat dalam dedak makanan ayam kat reban tu.Tapi bila big bos kata mana mungkin...kita diam sahajalah...Lebih malang lagi beberapa hari lepas pokok sorgum tu dah innalillah dimesin oleh pekerja kebersihan...Tak sempat nak ambil benihnya...



Projek baharu Laman hijau.Macam biasa Bayu lah orang kuatnya....dibantu komuniti Laman Hijau yang lain Saya ahli juga tapi ahli menyibuk sahaja🤣🤭....Kita kan beginner..slow slow la kan...hihihi.Pokok pokok terung ungu yang selalu saya post beberapa bulan lalu dah dobersihkan dan digantikan dengan tanaman cili..Minggu lepas para juri dari MAHA data g buat penilaian...Mereka semak akaun jualan dan juga lawatan kebun.Bayu sampai demam demam memastikan kebunan terbaik untuk.penilaian. Alhamdulillah Laman Hijau layak keperingkat seterusnya..

Nanas ..Antara yang Bayu tanam dalam pollybag dah mengeluarkan hasil ..



Dulu tebu tu hanya sebatang dua...sekarang dah berumpun...Dah beberapa kali saya tumpang makan tebu ni bila Bayu tebang .Setelah sekian lama tak merasa makan tebu murni...kini dapat merasa semula.Walau risau gigi dah kirang kalsium tapi tetap gigit dan kunyah serta telan airnya demi sebuah kenangan dan nostalgia...Pastu batuk seminggu kesan hampas tebu!🤣🤣🤣..padahal dulu dulu takda hal punya...hihihi



Pic dari Achik....coq peniram...ada panggil kuih cincin...ada panggil coq lubang dan ada juga panggil coq telinga keling.Tapi kalau kat kampung kami yang lubang satu tu kami panggil cucur lubang..Yang ni kami panggil cucur lubang 4.

Lori tanah..

Ni kat perumahan kami sekarang tengah rancak tebang pokok dan tambun tanah nak buat parking lot.Bila tengok lori tanah kepala merah ni akan terbayang zaman 80-an .Tak tau kenapa kalau nampak lori kepala merah ni auto ingat zaman 80-an.




Sunday, 26 July 2026

RANDOM FOTO


Bunga apa taktau nama..Warnanya ceria...Mekar sepanjang masa menghiasi tangga bangunan trmpatbkerja..




 
Dulu dulu zaman kanak kanak selalu ada teka teki.
Atas pokok ada buah
atas buah ada pokok
Pokok apakah?
Hehehehe



Bayu kembali bz sebab meeting Seri Nan Hijau baru ni  big bos ada bagitau bulan Ogos ni kan ada MAHA.
Khabarnya pihak MAHA akan bertandang ke tempat kerja kami.Ada beberapa bahagian dan perkara mereka nak tengok ...
Kebanyakan kebunan baru dibersihkan untuk tanaman baru...time ni pula MAHA nak datang..Kalau depa bagtau awal boleh lah buat persediaan sikit sebulan dua yang lepas..Ni nak dijadikan cerita tanaman keledek berlaku kejadian tak diingin..Nanti kongsi kemudian apa ceritanya...







Homemade kerisik...
Time saya rajin la ni...
Ada stok 4 biji kelapa parut dalam freezer..
Makan ruang nak simpan benda lain.Kita defross...sangai dan buat kerisik..dapatlah ½ balang panjang tu



Kalau tak salah,1st time saya makan pizza sekitar hujung 90-an.Itu pun masa tu makan Shakey's Pizza..Taktau la sekarang brand ti ada lagi ke tidak.
Bila kali pertama anda makan piza?


Kacang mata hitam
Kami panggil kacang ketupat .
kat kampung saya kacang ni hanya digunakan untuk bahan tambahan dalam ketulat palas.Tapi mak saya tak pernah maaukkan sebab kata mak akalau ketulat kacang mudah  basi berlendkr..
Ni saya beli masa nak masak bubur asyura minggu lepas..


Nasi lemak bungkus..RM1
Hampir setiap hari beli ni...
Pasti kalut kenapa tak kurus🤭



RM10.00
Kalau zaman saya kanak-kanak dulu not  RM10 ni disebut dan ditulis sebagai $10.00 sebelum diperkenalkan RM 
Nilai pun tinggi masa tu..
awal tahun 80-an kalau $10.00 ni bersamaan  5 bulan punya duit belanja sekolah....
Sehari 10 sen...sebulan lebih kurang $2.00.
So,$10 boleh buat belanja sekolah 5 bulan...haaaa sekarang budak sekolah rendah pun RM10.00 ni belanja sehari sekolah sahaja


Daun kari...
Ety pangkas pokok kari ni letak kat pantry & sapa nak amik silah amik..
Kalau kat kampung dulu dulu kami panggil daun karipolley...hihihi
La ni pakat panggil daun kari dah...






Sarapan Sarah & Tok Mummy...


Keladi telur..
Ada panggil keladi cina
Saya beli plan nak rebus cicah kelapa



Buttercake vs hot coffee


Nasi tomato ayam masak merah + acar timun.. RM7


Achik post pic tengah makan coq cempedak kat kampung ..


Ayam kampung..



Pic by Achik..
Tahun ni pokok petai menjadi...
Mak suruh balik amik petai..
Ish..kalau ikut hati ni tiap minggu nak balik..
Makin berumur,hati makin rasa nak balik kampung tapi banyak perkara nak ditimbangkan


Apa apa pun...... solat jangan tinggal...
Tak mampu buat semua,jangan tinggal semua..
Moga Sarah jadi hamba Allah yang taat..

Sunday, 19 July 2026

RANDOM FOTO





Dari jauh nampak bangunan nindari persimpangan apa tu selepas MSU Shah Alam..


Apa tu ek....?
Dewan ke apa tu.....


 
Langit mrmbiru dihias awan



Bekal..







Masa musim durian  hari tu....sempat beli 10kg hantar kat Cella  & kawan kawan yang tengah FYP..
Alhamdulillah  kawan kawan orang Melayu...Cina...Indonesia...Arab  & China dapat rasa sorang sikit cara cara kita yang hanya ada dusun bawah payung...hihihi
Tahun terakhir ..Sem terakhir dah ni..



Melayu..Cina...

Eh..ni bukan pinggan saya nih...Mana datang gambar ni ek?




Sarapan untuk peserta gotong royong...


Malam dari jendela teratak kayangan


Ada orang open order tempoyak..




Sebiji namas dari kebunan  tempat kerja..
Buahnya patah tangkai...

Ni bukan kat kampung yer...tapi kat tempat kerja @ KL




 

Cella & Final Year Project ....

Ala lupa pula apa ke nama gajet  ciptaan Cella ni...
Tapi katanya berjaya keperingkat seterusnya..
Makin bulat dah...asyik berjaga malam & makan lewat malam.
Katanya kena tunggu selesai pameran minggu depan baru boleh jaga makan semula.


Thn lepas muka panjang lagi...


Sarapan Sarah





Ada orang tertidur atas kerusi....Penat main bear...dia tidur atas bear...


 





Saturday, 11 July 2026

RANDOM FOTO

Buah pulasan...
Kat kampung saya takda buah pulasan..
Dulu² zaman sekolah selalu baca  nama buah pulasan dalam buku teks tapi tak pernah kenal buah pulasan..Kenal buah pulasan setelah datang KL




Pokok pisang hutan sepanjang jalan....Pisang hutan pohonnya memang slim sebesar betia sahaja..Ada buah tapi lagi banyak biji dari isi.Kalau kat Kedah,pokok pisang hutan yang muda yang belum berbuah diambil umbut buat gulai dengan daging untuk kenduri...Sekali ambil kat hutan memang berguni-guni

Antara majalah fizikal  lama yang jadi koleksi sebelum tenggelam sedikit demi sedikit..diambil alih bahan bacaan digital
Ferrero Rocher....saya selalu fail kalau tulis tanpa lihat kotaknya....hihihi
Dah makan ...tak boleh stop ...sampai habis🤭



Shah Alam


Secangkir kopi bisa menghangatkan hari yang suram


Sarapan Sarah ..
Satu suap untuk Sarah
Dua suap untuk Tok Mummy
🤭🤣



Lagi mau beli?


View malam  dari jendela teratak kayangan kami...


Bukan saya masak...
Ada orang bawa masa gotong royong .
Tapi taktau kenapa saya snap gambar ni
🤭



Bawa kawan sekerja pi minum gerai dekat rumah..sementara menunggu jenazah yang nak diziarahi tiba...
Dia terkejut...gelaa jus tembikai tu macam size macam  jug...hanya RM4  ye...
Jenuh kembung perut nak habiskan  jus tu
Serius tak tipu!!
Kalau sapa mai sini...jom saya belanja ..tembikai fresh orange...laici....memang gelas besar jug...
Semoga pakcik gerai ni dilimpahi rezeki  kerana melimpahkan jus buah kepada pelanggan


Buah Jentik.....
Dulu kat kampung ada 2 pohon jentik sebesar 2 pemeluk...tapi sayang dek nak jual kayunya ....pokok jentik tu terkorban dan pupus dari kampung...kat tpat lain mungkin ada lagi.
sekarang memanh tengah musim buah jentik ni..
Ni bukan pic saya...
tapi ada dalam gallery...mungkin dari wasap....

Terpengaruh kat TT....
Bayam rebus + telur rebus cicah kewpei 


Buah rambutan...
Seribu guna jugak ni...
Bahan anyaman macam rotan dan buluh atau mengkuang dirandam bersama daun rambutan untuk dapatkan warna hitam yang kekal tidak luntur...
Pucuk rambutan juga boleh dijadikan ulam  sangat bagus untuk "dalaman" kewanitaan.Kayu rambutan antara kayu yang tahan bara apinya lambat padam.Kalau dulu zaman masih guna kayu api untuk memasak...jika ada dahan rambutan yang patah memang jadinkayu apilah...untuk bakar bengkang sebab varanya tahan lama lambat ladam...Semua ciptaan Allah...pastinya bersebab..


Macam juga buah manggis....kulitnya mengandungi pewarna purple asli yang tahan pudar..kalau kena baju putih alamat kekal la warna manggis tu pada baju..Sebab tu buah manggis antara yg dilarang bawa masuk hotel..takut kena cadar bagai memang basuh tak hilang la jawabnya...

Dulu dulu kat kampung,kulit manggis digunakan sebagai penawar sakit perut cirit birit.Caranya kulit manggis direbus minum airnya.Musim manggis orang tua² ambil kulit manggis,jemur kering simpan untuk kegunaan jika diperlukan..rebus macam teh kulit manggis la buat penawar cirit birit.& info yang saya pernah baca kat Thailand katanya kulit manggis lagi berharga untuk tujuan product kecantikan....