Thursday, 30 September 2021

MASAK NASI LEMAK SAMBAL SOTONG MALAM-MALAM


Nasi Lemak Sambal Sotong.Masak untuk makan malam.Malam-malam pun makan nasi lemak tapi berangan nak kurus yang sihat五


Sambal Sotong Kembang ni dah jadi kesukaan 3 anak semut tu pulak.Yang tak makan seafood pun dah makan kalau masak sambal sotong kembang ni,sebab katanya tak rasa sangat kesotongan macam sotong cumi-cumi tu.Faktor besarnya sebab rasa kenyal dan tak ada tulang!


Mula masak sambal sotong ni dulu

SAMBAL SOTONG KEMBANG
1 ekor sotong kembang 
(-+1 kg)
1 cawan cili blend
3 sudu bawang blend
¼ caaan minyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula perang
½ kiub bilis.

1. Sotong dibersihkan dan potong-potong.Siram dengan air panas dan tapiskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,kiub bilis,garam dan gula.Masak hingga naik minyak lagi

3. Masukkan sotong dan biar mendidih hingga pekat dan naik minyak sekali lagi.Sesuaikan rasa.

Lepas masak sambal sotong,teringat nak masak nasi lemak lah tak payah nak masak lauk lain dah.Terus tanak nasi lemak.Guna santan frozen saja.Daun pandan pun tak ada.Saya gantikan dengan serai ketuk.Tambah halia hiris ,garam dan sikit gula.Tanak la sampai masak.Jangan lupa rebus telur.Ikan bilis dan kacang tanah tak ada.Buat-buat la kata lupa不..Nasib baik timun ada.


Nasi Lemak Sambal Sotong .Bancuh teh berry.Sehari dua ni asyik minum teh berperisa la pulak sampai rasa lenguh-lenguh badan.Ada kaitan ke?

SPAGHETTI RENCAH SARDIN

Baru habis online meeting.Terasa lapar yang amat.Tadi dah masak tapi macam taknak makan lagi.Sekali dah lapar tak tertahan-tahan..


Makan spaghetti rencah sardin.Semalam punya semalam kan masak SAMBAL TUMIS CILI API SARDIN DENGAN BELIMBING.
Belimbing dah habis,sambal dan sardinnya selalunya dinasi gorengkan.Sampai  SK dah boleh teka  lepas masak sambal  sardin pasti masak nasi goreng sardin.不
Tapi kali ni keluar sikit dari kebiasaan tu...Baki sambal sardin tu dijadikan rencah spaghetti.

Sambal cili padi pulak,memang ngam dengan spaghetti ni.Ala-ala olio oglio  versi melayu.Saya guna vermicelli pasta yang kecik sikit dari spaghetti.Bila.rebus cepat lembut berbanding spaghetti.Rebus pun dalam rice cooker sebab sayang gas..不
Macam la elektrik tu percuma.Saya suka guna rice cooker saja kalau nak rebus merebus apa-apapun.Sebab guna lebihan sambal sardin,jadi tak payah nak kabut sedia rencah.Tumis saja sambal bersama sardinnya.Lenyek sikit,terus masuk pasta.Saya hanya tambah skit lagi garam dan daun sup cincang saja.


Ya Allah,sedap sungguh.Tak tau la sebab kena dengan rencah sambal cili padi tu atau sebab laparrrrr五


Alhamdulillah...
Bancuh juga secawan strwberry tea...untuk feeling rentas negeri bercuti ke Cameron Higland.不不不

SAYA BUKAN PEMINAT JASMINE TEA

 Kopi cap gantang dah seminggu habis.Cella dah order kat shopee tapi belum sampai.Dua hari lepas buka sebungkus kopi Acheh..tak kena dengan tekak la..cayaq ceroi walau dah guna 2 sudu serbok kopinya.


Pagi ni selongkar pantry.Jupa a jar of English tea ..hihihi.

Stok lama yang kak Mel bagi masa anaknya study kat UK.Tiap kali si Muhammad tu balik Malaysia,kak Mel akan bagi saya bermacam jenis eglish tea.Suka la saya


Mencari minuman panas sebab nak kawankan dengan roti bijirin Gardenia ni.Kak Lin kata roti tu sedap sapu butter & tabur gula..Onz...!

Mula dah pilih very berry crush ni...


Pastu tertarik pula dengan jasmin scented green tea ni pula..Konon teh hijau kan lagi bagus..

Uncang dia guna meterial macam kain oganza.


Terkoyak sikit uncang tu membuatkan sikit teh nya terkeluar 
Aromanya...???
Hihihihihi..
Selama ni saya memang tahu saya memang suka teh.Saya memang tahu saya suka bunga jasmin aka bunga melur putih tu.Tapi bila dua benda yang saya suka itu digabungkan...ok,sya tak boleh go..!
Macam tempoyak dengan budu.Saya suka dua-dua tu,tapi jangan campur.Bubur kacang dan durian pun sama.Juga wajik dan durian.Dua-dua saya suka tapi kalau dah campur saya tak makan.
Hihihi...tak tau apa peel tekak ni ..
Memang dah banyak kali beli jasmin green tea yang dalam tin dan bebudak 3 beradik tu pun selalu beli  jasmin green tea yang banyak jual tepi jalan tu.Saya memang tak boleh telan.Tapi ni mengenangkan english tea kan....五
Ingatkan tekak boleh terima la..
Namun sebaik saja disuakan kebibir,hidung pantas menangkap aroma keras jasmin...Owh,No...
Bau "koliang" dia kuat sangat la五tak boleh telan..
Nampaknya benarlah seperti lagu "Bunga Melur"nyanyian allahyarham A.Ramle

Di hujung sana tempatmu...
Bunga melur...蛤

Memang di hujung meja la tempatnya...



Makanlah roti ni dengan air kosong saja...Nasib baik roti ni sedap.Betul la kak Lin kata sapu butter,tabur gula & toast garing..Memang sedap..!.
Kerana sedap,masalah lain pula timbul.Bila tengok saya makan dengan feeling2 sambil tengok salji turun,anakanda bongsu tu pun teringin.Dah dicuba sekeping...eh,dia kata dia dah tersuka!
Katanya roti wholemeal Gardenia hijau memang dia tak suka, sebab kasar.
Tapi Sommerset Cottage Multigrain And Seed ni pun sama kasar.Tapi bila dah sapu butter tabur gula & toast sampai garing rangup sedap la!!
3 keping dia sorang...
Masalah ni...
Lepas ni tak boleh beli 1 la ..kena borong 2 atau 3 pack la kalau jumpa..
Dia cakap lepas ni nak bawa toaster balik kampus la.Boleh beli roti ni buat stok sarapan @ dinner kat sana...
In sha Allah seminggu dua lagi pelajar IPTA dah boleh balik kampus..!

AL-ISTIGHFAR

塈塈堻堛媞塈堭 .

堧堳堭塈 塈塈堻堛媞塈堭 堨 塈 堛堹堭 堛 堛堬 塈堭堶堜 ، 堧堭堿 堧塈堛 堞堮堭 塈.


Al-istighfar .

Perbanyakkanlah istighfar kerana sesungguhnya kalian tidak tahu bilakah waktu turunnya rahmat , dan waktu yang paling diharapkan turunnya rahmat adalah pada waktu akhir malam.

Wednesday, 29 September 2021

BUBUR KACANG DAN CERITANYA

Tekak teringin nak makan manis-manis tapi tak mau la makan gula-gula...hihihi


Masak bubur kacang.Tak banyak pun,dalam 2 genggam kacang hijau baki masak Kuih Rengas semalamnya tu.Memang  saja sebab 3 beradik tu jarang nak join makan bubur kacang..Dua genggam tu dapat juga dalam 4 mangkuk.Sedap sebab lama juga tak masak bubur kacang.Cuma sayangnya stok cream creaker dah habis!

Bubur kacang banyak juga kaitannya dalam hidup saya dan orang-orang kampung saya.Mak saya dan orang kampung yang lain pernah sahaja menjadikan bubur kacang sebagai sarapan pagi.Dimakan dengan pulut atau paling tak pun dimasukkan sesenduk nasi dalam bubur tu..Tak tau la orang kampung lain buat macam tu ke tak..Tapi dulu-dulu kat kampung saya ia kebiasaan.Kalau yang berada sikit makan dengan roti benggali atau roti kapai (biskut bulat nipis-boleh google roti kapai)五


Bubur kacang ni pernah menjadi hidangan minum petang  setiap hari Isnin sejak tinggal di asrama bermula  form 2 hingga upper six.Lama la juga 6 tahun.Tapi saya pelik,kebanyakan kawan-kawan saya tak suka turun kalau minum petang bubur kacang.Saya pula suka.Masa form 4 ada sorang teruna  pekerja dewan makan tu selalu suruh ambil lebih tapi saya malu takut kawan-kawan ingat ada scandal dengan abang dewan makan tu pulak不.Masa form 6 dah pindah sekolah kat pekan,kakak dewan makan tu selalu offer lebihan bubur kacang setiap Isnin dan bubur pulut hitam setiap Rabu.Saya tak tolak.Bawa tumble isi penuh-penuh.Buat bekal prep malam.Orang study,awak tersengguk kekenyangan bubur五


Bubur kacang juga menjadi hidangan hampir wajib kat kampung saya kalau ada gotong royong.Selalunya gotong royong bersihkan kubur,tebang pokok,tebas jalan untuk bersihkan semak-semak jalan kampung yang sekadar macam denai saja.Hingga awal 90-an pun kampung saya masih jalan tanah merah.Dah dekat tahun 2000 baru ada mini tar..Kesian kampung saya kan...


Lagi satu bubur kacang ni famous masa musim tanam padi dan musim menuai padi.Orang kampung akan gotong royong ( kami panggil "derau").Hari ni pakat tanam kat bendang si polan...esok pakat tanam bendang si polan lain pula.Biasanya mula pukul 8 pagi dan bila bunyi tembak batu pukul 12 semua akan berhenti.Tuan bendang akan jamu la bubur kacang.Petang sambung lagi pukul 2 sampai matahari terbenam.Begitu juga musim menuai .Semua buat cara derau.Hujung 80-an baru ada mesin padi masuk kampung.


Bubur kacang ni juga senonim lepas kenduri kahwin.Biasanya beberapa hari selepas kenduri,tuan rumah akan ajak orang kampung punggah balai( tempat makan  macam pondok besar hanya ada lantai dan atap rumbia).Pakat kemaskan pinggan mangkuk dan kawah bagai.Semua dah boleh agak,habuannya lepas selesai kerja,pakat makan bubur kacang dengan teh 0 dan kopi 0.Selalunya ada sampingannya kuih kering lebihan kenduri seperti karas,coq peniram,koi loyang dan baulu.

Ops,satu lagi bubur kacang ni juga popular sebagai moreh bulan puasa masa zaman saya kanak-kanak.Tapi saya tak pergi terawikh pun..Tahu sebab esoknya,pakat cerita pasal moreh apa malam tadi.Yang pergi surau jafi tukang lapor.Tapi depa pun bukan terawikh,cuma jadi tukang makan moreh ja不


Lastly ,paling saya ingat bubur kacang ni juga akan dimasak tuan rumah jika pindah rumah.Pindah rumah ada dua.Satu pindah sebab buat rumah baru..

Satu lagi "pindahkan" rumah dari tempat asal ke tapak baru sama ada beberapa ela dari tapak asal hinggalah pindahkan jauh dalam ½ km jugak la.Rumah papan  dulu bertiang tinggi.Barang-barang rumah akan diturunkan.Rumah kosong tu di usung beramai-ramai menggunakan tenaga sekampung.Kami panggil "usung rumah".Biasanya bila ada event usung rumah ni akan dilakukan waktu petang lepas asar.Memang sekampung akan turun.Yang lelaki mengusung.Yang perempuan masak bubur kacang.Yang kanak-kanak seronok bersorak tengok orang usung rumah.+ dapat makan bubur kacang.Kali terakhir saya tengok orang usung rumah ni masa sekolah rendah lagi.Lepas tu tak nampak dah sebab pakat buat rumah simen macamana nak usung...Hihihi

SAMBAL TUMIS CILI PADI SARDIN DAN BELIMBING

 Belimbing lagi ..Sardin lagi....


Ya....sardin lagi dan belimbing lagi.Sebab tu letak timun,terung dan tomato.Untuk cover line ...Hihihi....


Lauk semalam...Sambal Tumis Cili Padi Sardin dan Belimbing.Selagi ada belimbing,selagi tu saya akanasak lauk berasaskan belimbing.Ni kalau Rose offer lagi belimbing,mau saya pi ambik lagi tanpa rasa malu..Bukan apa,orang lain tak minat nak pi ambil,biarlah saya yang menyelamatkan belimbing tu daripada membazir ....kannn ..Hihihi...
 

Biar la anak-anak semut bertiga tu tak makan.Saya akan makan dengan suka hati tanpa perlu berbagi-bagi...Hihihi...


SAMBAL TUMIS CILI PADI SAEDIN DAN  MELIMBING 

1 tin sardin

20 biji belimbing 

Minyak,garam & gula.


Bahan Blend:

1 cawan cili padi merah.

1 bawang besar.


1. Panaskan ¼ cawan minyak dah tumis bahan blend.Terus masukkan belimbing & biar mendidih hingga naik minyak.

2. Tambah garam,1 sudu teh gula dan lagi 1 cawan air serta masak lagi hingga naik minyak sekali lagi.Masak agak lama supaya belimbing mengeluarkan masam dan menjadi lut sinar.

3. Masukkan sardin bersama sosnya dan biar mendidih perlahan supaya ikan tak hancur.

4. Sesuaikan rasa.Sambal ni akan lebih sedap jika dimasak awal beberapa jam.


Goreng juga ikan masin..Ni ikan talang masam yang mak bagi stok masa balik hujung bulan Julai hari tu.


Ulam timun & daun bawang saja.Hari-hari mak saya akan call cerita pokok ulamnya subur musim hujan ni tiada siapa nak makan..Layur..layur...nak suruh balik la tuuuuu...hihihi


Tekak kampung..Cukup ada sambal,ulam & ikan masin.Kalau datang makanan bandar atau omputih pun saya bedal juga.Cuma nasi tidak diabaikan ...不



MEE GORENG BASAH TAK LENCUN


Mee Goreng Basah Tak Lencun..

Anak-anak suka mee goreng basah lencun macam banjir macam mee hailam,tapi saya tak pandai nak masak sampai lencun.

Rasa macam dah boh kuah banyak.Tapi dia tetap tak lencun...hihihi

Saya guna Nu Mee Gardenia..Dulu masa mee ni baru keluar,saya rasa macam tak berapa sebab macam keras.Tapi dah lama-lama baru boleh tune.Mee ni bagusnya selain tidak perlu curiga pasal kebersihan dan bahan yang digunakan ,mee ni juga muai.Untuk 4 orang makan saya masak sebungkus sahaja.Masak kena lama sikit.Walauoun kembang macam mee udon,tapi tak lembik..sedap pada tekak saya.Yang penting tak perlu was-was...

"Saya Mempercayai Gerdenia"

(agak-agak Gardenia baca tak不)



MEE GORENG BASAH TAK LENCUN
1 paket mee Gardenia
1 mangkuk daging rebus hiris nipis + air rebusan
1 buah tomato masak
2 pokok daun bawang 
(boleh ganti sayuran lain)
2 sudu cili blend
2 sudu bawang merah blend
1 sudu cuka makan
2 bawang putih-ketuk 
1 kiub pati ayam
Kicap manis secukupnya
4 sudu minyak

 1. Panaskan minyak,tumis bawang putih ketuk.Masukkan bawang blend dan cili blend.Masak hingga naik minyak.

2. Tambah daging dan air rebusan daging & kiub ayam,cuka makan,buah tomato hiris dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan mee dan 1 cawan lagi air.Kacau rata sambil rinjis kicap manis ikut tahap gelap yang disukai.Tambah daun bawang yang dikerat-kerat atau sayur kegemaran.

3. Gaul balikkan hingga mee lembut dan kuah pekat.Sesuaikan rasa.

4. Hidang bersama telur rebus dan sepotong limau nipis atau limau kasturi



KUBUR MENGINGATKAN KITA TENTANG AKHIRAT

 


塈 堧堮 : 堨 塈堥堭 堛堸堭塈 堥塈堧堮堭堜 堥媯堭 堧媢塈堭塈 

塈 堭堻 塈 媯 塈 媢 堻 : (堧塈 堨 堹 堛 媢 堬塈堭堜 塈堥堭 堧塈 堬堭塈 堨塈 堛堸堭 堥塈堧堮堭堜 )).

堹堮 媢 堥 塈堥 媟塈堥 塈堥堭堜 堻 媢 堧塈 塈 塈 堧 塈塈堥堭 塈塈 堥堛 堹 堻堛 堧塈 堻塈堙 堹 堛堬堿 媞堭 堧塈 堧塈 堹 堻堛


Wahai saudaraku : Sesungguhnya kubur mengingatkan tentang akhirat dan umur kita yang pendek . 


Rasulullah s.a.w bersabda : "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripada menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu mengingati akhirat." ِ 


Ali bin Abi Talib pernah memasuki kawasan perkuburan lalu berkata : (( Wahai penghuni kubur , adapun rumah rumah kamu maka sesungguhnya ia telah didiami oleh orang lain , adapun isteri isteri kamu maka mereka telahpun berkahwin dengan orang lain , adapun harta harta kamu , maka ianya telah dibahagikan kepada orang lain)).

Tuesday, 28 September 2021

SAYA SUKA ROTI BIJIRIN GARDENIA!


Sarapan ringan  kesukaan saya.

Namanya Sommerset Cottage Multigrain And Seed.Tapi sebab nama tu panjang sangat..Saya suka sebut roti bijirin saja.Ni semalam baru beli 2 bungkus terus.

Saya suka sebab roti ni kasar,berserat,

mengenyangkan dan pastinya bagus sebagai makanan berkhasiat.

Tapi semua tu bukan saya ambil kisah sangat.Yang saya suka tu kerana ianya SEDAP...!

Yang ni pic Google .Sebab takut saya eja salah..hihihi 


Suka sangat sebab penuh dengan grain & seed.
Nampak macam biji bunga matahari,chia seed...banyak lagi la..
Nak sebut satu-satu karang salah pulak ...haaa



Boleh tengok kat belakang bungkusan tu.

Cuma kalau nak makan saya akan bakar dulu.Kalau terus makan tak berapa feel.Sebelum bakar sapu sikit butter untuk kasi garing..Kalau dah bakar,dengan wanginya...dengan segala seed tu dah rangup..lemak-lemak gitu..



Roti ni dengan secawan kopi dah cukup membahagiakan anak tekak saya.

Pagi ni saya makan bersama sebiji telur rebus ⅔ masak + kicap...hihihi


Nikmatnya makan roti ni.Kalau time hujan lebat pula.Masa bakar roti ni wangi dia menjadi-jadi..
Cuma kelemahannya kalau kat tempat saya ni kena ke pasaraya besar baru ada.Kalau kat kedai runcit takdak.Mungkin sebab tak banyak permintaan sebab bukan semua orang suka roti berserat macam ni.Tapi saya SUKA...!!!

MENGAPA RASULULLAH BERISTIGHFAR?

Kenapa Rasulullah 儱 Beristighfar?
=========== 
1. Ketika membahaskan tentang hadith istighfar, Sheikh al-Dahlawi menyebutkan bahawa terdapat sarjana Muslim yang berasa hairan mengapa Rasulullah 儱 sering beristighfar sedangkan Baginda telah diampunkan dosanya. Kata Sheikh al-Dahlawi:

堹 堛堶堭 塈媢塈堙 堥塈 媢 堸塈 塈堶堹堳 堛堧

“Sesungguhnya sebahagian ulama merasa hairan ketika membahaskan hadith ini (hadith istighfar Rasulullah).” Ini kerana kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah telah dikurniakan keampunan, bahkan Baginda adalah maksum. Lalu untuk apa lagi istighfar tersebut?

2. Menurut riwayat Sahih Muslim, Rasulullah 儱 dikatakan tenggalam dalam kekhusyukkan beristighfar. Sabda Baginda Nabi :

堨َُِّ َُ媞َ塈ُ 媢ََ َْ堥ِ، َ堨ِِّ 堧َ堻ْ堛َ媞ِْ堭ُ 塈ََّ ِ 塈َِْْ ِ埵َ堜َ َ堭َّ堜ٍ

“Sesungguhnnya hatiku tenggelam dalam keseronokan beristighfar. Dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah setiap hari seratus kali.” (HR Muslim)

3. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah yang maksum ini khusyuk dan tenggelam jiwanya dalam memohon keampunan buat Allah sedangkan Baginda adalah maksum. Menurut al-Imam al-Nawawi, Baginda beristighfar bukan buat dirinya akan tetapi buat umatnya iaitu kita! Kata al-Imam al-Nawawi:

َُ َُُّ 堥ِ堻َ堥َ堥ِ 堧َُّ堛ِِ ََ塈 塈媟ََّ媢َ 媢ََِْ ِْ 堧َ堶َْ塈َِ塈 堥َ媢ْ堹َُ ََ堻ْ堛َ媞ِْ堭ُ َُْ

“Ia adalah disebabkan kerana keperihatian Nabi terhadap umatnya, Baginda memerhati hal ehwal yang akan menimpa umatnya lalu Baginda beristighfar buat mereka. (al-Nawawi, Sharh Muslim).

4. Bayangkan, Rasulullah sendiri memohon istighfar buat kita kerana dosa dan kesilapan yang kita lakukan. Tidak malukah kita kepada Rasulullah yang memohon istighfar buat umatnya sedangkan kita sendiri jarang beristighfar?

5. Menurut al-Qadi Iyyad pula, Baginda mengucapkan istighfar setiap masa kerana bimbang terdapat terdapat masa yang hatinya leka dari mengingati Allah. 

َ塈َ 奡َ堧ُُْ 塈堹ََّ塈َ 媢ََِْ َ堨ِ堸َ塈 堛َ堭َ 媢َُْ 堧َْ 媞َََ 媢َ堹َّ 堸ََِ 堸َْ堥ً塈 َ塈堻ْ堛َ媞َْ堭َ ُِْ

“Sesungguhnya hati Rasulullah itu sentiasa berada dalam keadaan zikir (mengingati Allah), namun apabila Baginda teralpa atau leka seketika, maka Baginda segera beristighfar kerana leka dari berzikir kepada Allah.” (Sharh Muslim)

6. MashAllah! Begitu tinggi iman seorang Nabi. Tidak ada masa bagi hatinya untuk alpa dari mengingati Allah. Sekiranya terleka seketika, Baginda segera memohon keampunan dari Allah. 

7. Malah al-Nawawi menegaskan bahawa istighfar Rasulullah itu adalah manifestasi pengabdian Baginda kepada Allah, iaitu menundukkan seluruh jiwa dan raganya hanya kerana Allah sebagai tanda hamba yang bersyukur.

8. Andai Rasulullah sendiri beristighfar untuk kita setiap hari, malulah kita jika kita sendiri tidak beristighfar setiap hari. Malah sekiranya Rasulullah sendiri beristighfar untuk menzahirkan sifat kehambaan dan syukur kepada Allah, maka kita lebih perlu untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Monday, 27 September 2021

KUIH RENGAS DAN CERITA POKOK RENGAS


Sarapan pagi tadi.Bangun awal sebab anak bujang tu kerja awal hari ni.Masak Nasi Goreng Ikan Masin & Kuih Rengas.


Nasi Goreng Ikan Masin.
Semalam kan masak nasi seperiuk tapi sampai sudah tak dijamah.Anak-anak keluar,saya sorang kat ruma makan megi Malam pula depa ajak dinner kat luar.Makanya seperiuk nasi tu pagi no dijadikan nasi goreng.Nak buat nasi goreng sardin,depa dah jemu.Tukar pula masak Nasi Goreng Ikan Masin.Kalau ada sayur kailan masukkan sekali lagi sedap ni ..


Pastu rebus kacang hijau...Dah lama juga tak masak kuih rengas.


Kat kampung saya dipanggil cucur kacang.Ada juga yang panggil kuih kasturi.Saja saya tuliskan nama kuih rengas untuk ingatan bahawa kuih ini mempunyai lebih daripada satu nama.Hihihi

Dulu zaman menengah rendah sempat belajar sunject Sains Rumah Tangga.
Dalam SRT paling saya tak suka topik jahitan...tak suka sebab banyak trauma berkenaan topik jahitan.Dengan trauma dari emak,dari ayah dan juga dari Cikgu SRT tu sendiri.Tapi topik masak saya suka & cikgu SRT pun kalau minggu memasak boleh berubah watak dengan saya dari singa menjadi kucing jinak不不
Masa form 2 ada topik Kuih Tempatan..
Kuih rengas ni antaranya la..Selain tu yang masih saya ingat ada kuih keria,jemput pisang,lepat pisang,pulut inti dan onde-onde( buah melaka)

Sebagai pengetahuan am...Kalau sebut rengas sebenarnya kat tempat saya kalau "rengas" merujuk sejenis pokok yang berbisa.Rupa daun pokok tu macam pokok macang/kuini.Kalau getah pokoknya terkena kulit..akan gatal menjadi biji-biji berisi air bisa dan bila digaru akan berkudis melekit yang teruk seperti kesan terbakar.Ada orang yang jenis alah,lalu bawah bayangan pokoknya pun boleh gatal.Saya masih ingat,masa kanak-kanak, abang saya pernah kena getah rengas,memang teruk kudisnya bertompok dilutut.Ubatnya ialah kena sapu kuah gulai ikan keli...Macam lawak kan..tak tahu apa kaitan..tapi memang menjadi. Kami anak anak kampung,senakal mana pun,memang tak akan main-main dengan pokok rengas tu.Tak tahu apa rahsia Allah ciptakan pokok rengas tu.Paling misteri,kayunya yang sudah mati pun jika dibakar tidak akan menyala,hanya sekadar berasap.Itu antara  sekelumit rahsia alam yang saya tahu.Yang saya tak tahu sangatlah banyak..

Kuih rengas pula tak tahu kenapa dinamakan begitu...


CUCUR KACANG /KUIH KASTURI
1 cawan kacang hijau- rendam semalaman
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
1 keping gula melaka
( boleh ganti brown sugar)
2 sudu tepung gandum

Bahan Celup:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
½ sudu teh garam
½ sudu besar gula
beberapa titis pewarna kuning
1 sudu air kapur( yang jernih)
2 sudu minyak


*Campur semua bahan celup @ blend hingga creamy

1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Campurkan gula, garam & kelapa parut.
3. Bila semua sebati, masukkan tepung & matikan api.
4. Teruskan kacau hingga kental & sebati
5. Biar suam sedikit, & bulat2kan sebesar buah limau nipis & leperkan ikutvketebalan yang disukai.
6. Celup ke dalam batter & goreng sambil dibalik2kan hingga garing 
7. Toskan minyak & sedia dihidangkan


Step by step ada dalam old post KUIH KASTURI @ CUCUR KACANG ....kat sini


Rezeki pagi...
Nasi Goreng Ikan Masin
Kuih Rengas
Teh O panas.
Alhdulillah..