Wednesday 1 September 2021

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN NANAS

 

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Nanas.Lauk yang sangat sedap untuk tekak saya.


Nasi putih 
Lauk Sambal Ikan Bilis Dengan Nanas..
Cukup hanya tambahan ikan lengat goreng 

Mampu membuatkan pecah liur ..Bahasa tempat saya yang bermaksud terliur la.

Anak dara la ni tak ramai yang volunteer nak kupas buah nanas..


Apa lagi nak buang mata nanas yang depa panggil bulu hidung nanas.Tapi depa ada pilihan bermacam gajet untuk memudahkan kerja dapur.Macam nak buang mata nanas ni pun ada banyak peralatan moden yang dijual.Tapi saya guna pisau sahaja sebab tak ada gejet moden tu..hihihi


SAMBAL IKAN BILIS DENGAN NANAS
1 biji nanas 
1 cawan ikan bilis kasar
¼ cawan minyak
¾ cawan cili blend halus
¼ cawan bawang blend halus
Garam,gula secukup rasa

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.

2.Tanpa mengeluarkan bilis terus masukkan bawang blend hingga harum

3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak

4. Masukkan nanas yang dihiris-hiris,garam& gula

5. Masak agak lama  hingga air nanas kering & nanasnya menjadi seakan lutsinar.

6.Sesuaikan rasa


Plan asal nak masak pajeri nanas sebab nak gu kan dengan ikan lengat goreng.Tapi tiba-tiba teringat kesedapan sambal nanas.Terus tukar plan..hihihi
Tapi ni lauk dua tiga hati lepas.Hari ni time management memang fail....



9 comments:

  1. yg bse dgr sambal bilis petai..
    yg nenas ni rare jgk..
    msti sedap! blh try nt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      Saya selalu juga masak sambal nanas ni sebab suka .Kalau ulang panaskan...uish lagi sedap

      Delete
  2. Pertama kali mkn sambal nenas ni kat rmh sedara sblh MIL.. mmg sdp sgt.. tak pernah sangka bole masak sambal nenas sbb biasa nya kak lin mkn gitu saja..
    Bulu hidung nenas? Cella.. cella.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka sambal nanas...
      Ada ikan goreng cukup dah nak gundengan nanas tu..
      Depa memang panggil bulu hidung😅
      Dok sebut bulu hidung ..gatal pulak hidung🤣🤣

      Delete
  3. Sedapnya lauk kalau ada nanas ni.. masam2 manis gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mim...Saya suka sebab masam manis tu la...hihihi

      Delete
  4. Rajin Mama Cella buang mata nanas. kalau saya kupas kulit begitu saja hihihii. Kalau Encik Suami kupas, memang cantik moleklah dia buang matanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya,mak saya pun memang tak pernah buang mata nanas🤭
      Saya terbiasa buang pun setelah kawin🤭🤭🤭

      Delete
  5. First time tengok...sambal ikan bilis campur nenas..boleh la cuba nanti...nampak sedap tu kak

    ReplyDelete