Monday 27 September 2021

KUIH RENGAS DAN CERITA POKOK RENGAS


Sarapan pagi tadi.Bangun awal sebab anak bujang tu kerja awal hari ni.Masak Nasi Goreng Ikan Masin & Kuih Rengas.


Nasi Goreng Ikan Masin.
Semalam kan masak nasi seperiuk tapi sampai sudah tak dijamah.Anak-anak keluar,saya sorang kat ruma makan megi Malam pula depa ajak dinner kat luar.Makanya seperiuk nasi tu pagi no dijadikan nasi goreng.Nak buat nasi goreng sardin,depa dah jemu.Tukar pula masak Nasi Goreng Ikan Masin.Kalau ada sayur kailan masukkan sekali lagi sedap ni ..


Pastu rebus kacang hijau...Dah lama juga tak masak kuih rengas.


Kat kampung saya dipanggil cucur kacang.Ada juga yang panggil kuih kasturi.Saja saya tuliskan nama kuih rengas untuk ingatan bahawa kuih ini mempunyai lebih daripada satu nama.Hihihi

Dulu zaman menengah rendah sempat belajar sunject Sains Rumah Tangga.
Dalam SRT paling saya tak suka topik jahitan...tak suka sebab banyak trauma berkenaan topik jahitan.Dengan trauma dari emak,dari ayah dan juga dari Cikgu SRT tu sendiri.Tapi topik masak saya suka & cikgu SRT pun kalau minggu memasak boleh berubah watak dengan saya dari singa menjadi kucing jinak🤣🤣
Masa form 2 ada topik Kuih Tempatan..
Kuih rengas ni antaranya la..Selain tu yang masih saya ingat ada kuih keria,jemput pisang,lepat pisang,pulut inti dan onde-onde( buah melaka)

Sebagai pengetahuan am...Kalau sebut rengas sebenarnya kat tempat saya kalau "rengas" merujuk sejenis pokok yang berbisa.Rupa daun pokok tu macam pokok macang/kuini.Kalau getah pokoknya terkena kulit..akan gatal menjadi biji-biji berisi air bisa dan bila digaru akan berkudis melekit yang teruk seperti kesan terbakar.Ada orang yang jenis alah,lalu bawah bayangan pokoknya pun boleh gatal.Saya masih ingat,masa kanak-kanak, abang saya pernah kena getah rengas,memang teruk kudisnya bertompok dilutut.Ubatnya ialah kena sapu kuah gulai ikan keli...Macam lawak kan..tak tahu apa kaitan..tapi memang menjadi. Kami anak anak kampung,senakal mana pun,memang tak akan main-main dengan pokok rengas tu.Tak tahu apa rahsia Allah ciptakan pokok rengas tu.Paling misteri,kayunya yang sudah mati pun jika dibakar tidak akan menyala,hanya sekadar berasap.Itu antara  sekelumit rahsia alam yang saya tahu.Yang saya tak tahu sangatlah banyak..

Kuih rengas pula tak tahu kenapa dinamakan begitu...


CUCUR KACANG /KUIH KASTURI
1 cawan kacang hijau- rendam semalaman
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
1 keping gula melaka
( boleh ganti brown sugar)
2 sudu tepung gandum

Bahan Celup:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
½ sudu teh garam
½ sudu besar gula
beberapa titis pewarna kuning
1 sudu air kapur( yang jernih)
2 sudu minyak


*Campur semua bahan celup @ blend hingga creamy

1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Campurkan gula, garam & kelapa parut.
3. Bila semua sebati, masukkan tepung & matikan api.
4. Teruskan kacau hingga kental & sebati
5. Biar suam sedikit, & bulat2kan sebesar buah limau nipis & leperkan ikutvketebalan yang disukai.
6. Celup ke dalam batter & goreng sambil dibalik2kan hingga garing 
7. Toskan minyak & sedia dihidangkan


Step by step ada dalam old post KUIH KASTURI @ CUCUR KACANG ....kat sini


Rezeki pagi...
Nasi Goreng Ikan Masin
Kuih Rengas
Teh O panas.
Alhdulillah..


17 comments:

  1. Anehnya yang namanya pokok rengas ni. Bukan saja dikatakan berbisa, lalu bawah pokoknya pun boleh rasa gatal-ghatal badan. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta. Banyak rahsia ciptaan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga tumbuhan beracun,tapi boleh diproses menjadi makanan contohnya ubi gadong..Tapi pokok rengas ini belum terungkai misterinya
      Banyak ciptaan yang kita tidak tahu rahsianya..

      Delete
  2. Baru sy tahu kejadian misteri pokok rengas ni. Sebenarnya sy macam biasa jugak dengar perkataan rengas tapi tapi di mana ya?? Kuih rengas tu memang sy panggil kuih kasturi, favourite Pak Inche, dia boleh makan lima enam biji sekali hadap 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...cucur kacang ni ramai juga peminatnya kan...Saya pernah makan kat Penang,jual seberang jalan depan hotwl tanjung bungah...depa buat guna kacang merah..sedap sangat...tapi selalu lupa nak try buat...hihihi

      Delete
  3. Peliknya pokok rengas tu.. menakutkan plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Tapi kalau kita tak dekati dia ..pokok ni dia ok saja..Cuma takut ada yang tak kenal pokok tu pi dok sandar kat batang dia...memang kena la...tu yang kadang orang ingat oenyakit misteri...

      Delete
  4. Nasi goreng tu wajib bila nasi tak habis. Kadang malam ade je selera lain. Saya panggil kuih kasturi. First time dengar kuih rengas dan pokok rengas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..dah jarang orang gunakan nama kuih rengas kecuali orang-orang lama...Tapi kalau google..resultnya masih kuih ni la...

      Delete
  5. Cucur kacang rupanya :) Favorite jugak ni.
    PH tak kenal pokok rengas or maybe kami panggil nama lain kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...coq kacang..
      Mungkin jugak la dikenalai nama lain..

      Delete
  6. Terima kasih makcella, seronok baca celoteh makcella siap dpt tmbh pengetahuan lg.

    ReplyDelete
  7. kalau kat negeri utaqa ni dipanggil cucur kacang

    ReplyDelete
  8. ammi panggil kuih kasturi (itu pun baru tau 2-3 tahun lepas). slama ni dok panggil kuih kacang hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih kacang hijau lagi jelas maksudnya kan...
      Tapi kasturi pun sedap namanya..Pernah juga dengar ada yang panggil gendang kasturi...

      Delete
  9. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete