Wednesday, 15 September 2021

MIHUN 12 SUDU TEH GULA,PISANG GORENG,KEROPOK LEKOR & TEMPE GORENG


Mihun 12 Sudu Teh Gula bersama teh O panas.


Masak mihun goreng 12 sudu teh gula kali kedua.Sarapan semalam punya semalam.Semalam sarapan mee siam,baki mihun goreng ni la..

Bahan utama pastilah udang kering.Jarang saya beli udang kering sebab saya jarang guna dalam masakan.Sebabnya anak bujang tu tak makan udang,apa lagi udang kering.Tapi untuk resipi yang tak boleh skip udang kering,makanya dia tak dapat la makan.


Mentong petang buat pula teh susu.Ni la hasil daripada teh kena scam tu...hihihi


Anak bujang beli pisang goreng crispy.

Keropok lekor crispy.

Sambal kicap.Yang dalam plastik tu sambal kicap yang dapat sekali dengan pisang goreng.Yang dalam bekas tu homemade.

Tempe goreng.Sedap..Dah habis makan baru teringat nak tanya  beli kat mana...Anak bujang tu cakap beli depan E-Liew Mart...Hihihi nasib baik...Risau jer dah kot dia terbeli kat tempat saya beli popia crispy yang kuku panjang tu ...Hihihi...


8 comments:

  1. sedapnyaaa.. lapar perot kita tgk mknan ni sume.. hihi

    ReplyDelete
  2. Hahaaaa... fobia betul dah dengan si kuku panjang ye Mama Cella.
    Bihun goreng 12 sudu teh gula tu memang tak lengkap anpa udang kering. Kombinasi bahan-bahan yang digunakan itulah yang buatkan rasanya unik dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....
      Asal anak-anak ada beli gorengan mula tertanya beli kat mana..Padahal depa cakap ..ye,tak pernah beli pun kat situ!
      Hihihi...
      Kalau dapat resipi pastil tu awal,boleh guna mihun ni sebagai intišŸ¤­

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ini menandakan mihun 12 sudu teh gula tu memang sedap. repeat buat, saya jugak yang belum buat buat lagi. Teh kena scam tak pasal pasal kan. sabo je lah. keropok lekor pun nak crispy jugak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ubah selera.Gula tu sudu kfc tau Fiza.Hati2...takut terlupa boh gula sukat guna sudu makan ka...jenuh jadi sira mihunšŸ¤£

      Delete