Thursday, 23 September 2021

GULAI BIJI CEMPEDAK

 

Gulai Biji Cempedak.Gulai @ Kedah mean kari la.Kalau kat Nismiland gulainya masak lemak cili api,kalau kat Johor gulainya asam pedas la kot...


Gulai Biji Cempedak Dengan Sardin.Tapi campak juga sebatang dua bendi sebab dah tau Adah & abangnya tak akan makan biji cempedak tu.Bendi tu pun dulu kalau masukkan dalam kari depa tak makan.Kalau disayur goreng dengan telur depa makan la.Tapi hikmah PKP,banyak benda depa dah makan...Anak bujang yang tak makan seafood pun dah belajar makan.Hari tu dia beli ketam nipah,kemain dia pulun.Sambal sotong kembang masak beberapa hari lepas pun dia makan..Katanya baru tau sedap sebab tak ada tulang dan sesungut.Padahal dah masak sardin untuk dia.Dia tak makan sardin sebab cakap dah jemu.Ikan salmon yang saya goreng pun dia curi-curi makan.Mula cubit sikit...Pastu tengok dah hilang sekeping..Asbabnya sudah lama saya tak beli ayam  & masa PKP lagi la jarang keluar beli ayam.Baru dia tau.....jemu asyik disajikan sardin dan telur...Dia dah mula makan lauk lain..
Petai pun dia dah jadi suka.Dulu saya & Cella saja makan petai.Sekarang dah tambah anak bujang tu pulak.Cuma durian mentah saja dia belum boleh telan.Tapi tempoyak dia balun..Adah belum nak makan petai.Dia makan kulit petai saja.
Meraban merata pula...Jom sambung gulai biji cempedak.

Ni ha...Semalam punya semalam,balik dari tempat kerja singgah Hero.Ada pula jual cempedak.Murah pula.Sekilo RM4.Ambil sebiji ni +- 2kg 

Balik rumah bila buka...Tudiaaaa meremut ulasnya.Tapi saiznya adalah besar ibu jari kaki.Isinya nipis,biji saja besar.Tapi takpa sebab masih boleh makan dan isinya sangat manis tak padan ngan nipis...½ biji goreng buat makan malam temankan dengan nasi goreng.½ biji lagi makan gitu saja.Lama tak makan cempedak mentah.Hari tu mak ada cakap buat cempedak kering simpan untuk saya kot dapat rentas negeri..hihiihi
Bukan cempedak kering saja,jeruk petai,jeruk mandai pun mak buat berbalang simpan untuk kami balik.

Saya suka cempedak yang isinya warna oren.Kat kampung memang ada cempedak isi warna oren.


Biji cempedak

Biji cempedak sedang direbus hingga empuk.Macam biasa,saya akan rebus dalam rice cooker.

Bila dah empuk gebu.Kupas kulit & kikis perlaham untuk buang kulit arinya.Sebenarnya gulai biji cempedak ni seingat saya mak saya tak pernah masak.Saya pernah makan gulai biji cempedak  air tangan arwah tok tiri saya yang masak(tok kandung meninggal kat Mekah).Tapi tok tiri masak gulai biji cempedak ni  dengan ikan bilis.Pastu pernah makan lauk macam ni kat asrama rasanya..


GULAI BIJI CEMPEDAK
1 mangkuk biji cempedak
1 tin sardin
1 paket kecil rempah kari ikan
¼ kotak santan
3 bawang merah+2 bawang putih (tumbuk)
1 asam keping
1 sudu teh garam
4 sudu minyak masak

1. Rebus biji cempedak hingga empuk dan kupas kulit luar & kikis kulit dalamnya.

2. Panaskan minyak & tumis bawang tumbuk.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan ½ cawan air.Masak hingga naik minyak & tambah sos sardin.

3. Masukkan biji cempedak,asam keping,garam & 2 cawan air.Masak hingga mendidih baru masukkan ikan sardin.

4. Tambah santan pekat dan biar mendidih perlahan.Sesuaikan rasa.

Bila cari kat old post rupanya,selain kari,saya juga pernah masak MASAK LEMAK CILI API BIJI CEMPEDAK....kat sini

Juga pernah masak 

Eh,makin diexplore..makin jumpa lagi la pulak...Posting 2013 pun ada KARI IKAN DENGAN BIJI CEMPEDAK
Saya pun dah lupa saya pernah masak semua tu.Nasib baik Pakcik Google ada simpan,masih la boleh tengok.Rupanya dulu saya pernah rajin masak macam-macam.
不不不不
Semoga Allah kembalikan kerajinan itu....huhuhu..


10 comments:

  1. Betullah tu, kalau nismilan panggil masak lemak tu gulai. tapi mak saya Johor jarang masak gulai. gulai tu macam kari kot rasanya. masak lemak panggil masak lemak jugak.
    Ini yang rasa nak beli cempedak jugak tapi nak goreng je. Tak puas makan. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi musim..
      nikmatilah cempedak..Esok dah habis musim kena tunggu setahun lagi..hihihi

      Delete
  2. oh.. kalau kami biji ni rebus mkn dgn kelapa + gulapong atau makan begitu saja... kalau msk lemak cempedak mmg biji ni lah yg jadi aim dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah cempedak muda kalau buat masak lemak/ gulai lagi sedap dr nangka...Tapi tu la orang kata kalau masak gulai nanti cempedak kat pokok akan membusuk .Wallahua'lam.
      /

      Delete
  3. Sejak tuan tanah kedaung lama tu memang banyak post sebab maknya rajin masak. Kagum betul sy dengan maknya. Tuan tanah kedaung pun tak pernah miss post bekal maknya masak setiap hari.

    Kalau masak lemak pun mesti sedapkan, biji cempedak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..tuan tanah kedaung...teringat kawan saya kak Muzdalifah rajin guna perkataan tu..dia Jogorwan juga..Batu Pahat

      Delete
  4. arwah mama tak pernah masak guna biji cempedak..guna nangka rasanya. ntahlah..lama dah x makan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji nangka lebih besar dari biji cempedak...Kalau rebus makan gitu saja,pada saya biji nangka lagi sedap..Puas makan

      Delete
  5. Biasa rebus makan macam tu aje
    Tak pernah lagi buat gulai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan gitu pun sesekali sedap kan..kawankan dengan kopi O time hujan pula..Malam berlumba lepas bom五

      Delete