Thursday, 30 September 2021

MASAK NASI LEMAK SAMBAL SOTONG MALAM-MALAM


Nasi Lemak Sambal Sotong.Masak untuk makan malam.Malam-malam pun makan nasi lemak tapi berangan nak kurus yang sihat五


Sambal Sotong Kembang ni dah jadi kesukaan 3 anak semut tu pulak.Yang tak makan seafood pun dah makan kalau masak sambal sotong kembang ni,sebab katanya tak rasa sangat kesotongan macam sotong cumi-cumi tu.Faktor besarnya sebab rasa kenyal dan tak ada tulang!


Mula masak sambal sotong ni dulu

SAMBAL SOTONG KEMBANG
1 ekor sotong kembang 
(-+1 kg)
1 cawan cili blend
3 sudu bawang blend
¼ caaan minyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula perang
½ kiub bilis.

1. Sotong dibersihkan dan potong-potong.Siram dengan air panas dan tapiskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,kiub bilis,garam dan gula.Masak hingga naik minyak lagi

3. Masukkan sotong dan biar mendidih hingga pekat dan naik minyak sekali lagi.Sesuaikan rasa.

Lepas masak sambal sotong,teringat nak masak nasi lemak lah tak payah nak masak lauk lain dah.Terus tanak nasi lemak.Guna santan frozen saja.Daun pandan pun tak ada.Saya gantikan dengan serai ketuk.Tambah halia hiris ,garam dan sikit gula.Tanak la sampai masak.Jangan lupa rebus telur.Ikan bilis dan kacang tanah tak ada.Buat-buat la kata lupa不..Nasib baik timun ada.


Nasi Lemak Sambal Sotong .Bancuh teh berry.Sehari dua ni asyik minum teh berperisa la pulak sampai rasa lenguh-lenguh badan.Ada kaitan ke?

15 comments:

  1. Kalau dulu2 orang makan nasi lemak buat sarapan
    sekarang bila2 pun boleh makan nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ...sekarang nasi lemak & roti canai juga menjadi makanan sepanjang masa

      Delete
  2. Ooo ada kesan lenguh-lenguh pulak minum eh perisa beri ya.
    Terliur tengok nasi lemak sambal sotong. saya nak buat sambal udng berpetai asyik takjadi. Kononya nak masak nasi lemak jua. Enah bila laaaahhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la lenguh-lenguh tu sebab berrt tea atau faktor umur五

      Delete
  3. Ahahahaa.. angan2 tak angan2, kalau da nampak makanan sedap.. ahahaha

    ReplyDelete
  4. sedap nasi lemak sambal sotong tuuh

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak memang sedap makan malam2 lebih2 lagi dengan sambal sotong kembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3...kalau dapat tengah lapar pulak...hihihi

      Delete
  6. ammi tak geng dengan sotong kembang..
    malam tadi dpt 3 pek nasi lemak org bagi lepas tahlil dan pagi tadi ammi perangatkan utk sarapan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ammi tak makan sotong kembang yer...
      Alhamdulillah rezeki malam Jumaat ..2 pack pulak tu

      Delete
  7. Sedapnyeeeee...lama betul tak komen sini..biasa datang diam² je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...datang diam-diam tak dapat la makan nasi lemak..
      Jaja..
      Bila due...
      Semoga dimudahkan urusan.
      Apa khabar dah Ahnaff

      Delete
    2. Tengah tunggu hari ni kak 五. Ahnaff alhamdulillah sihat² je. Eksaited nak jadi abang..hari² duk tnya bila baby nak keluar. Taktaw mak dia berdebar² neves..rasa macam nak sambut anak sulung . Terima kasih atas doanya kak

      Delete