Wednesday 22 September 2021

SAMBAL SOTONG KEMBANG,SAMBAL BILIS + KUINI & SAMBAL SARDIN TIN

Baru sempat nak jenguk & catat sikit dalam blog.Semalam Selasa tiada yang special sebab Pagi hanya goreng nugget sahaja sebelum ke tempat kerja.Bergegas juga la dengan jalan construction merata.Perjalanan yang dulu hanya 30 minit sekarang  kadang boleh cecah dekat 1 jam.Dah janji pula dengan suplier barang pss pukul 9 pagi.Malam pun sekarang masak ikut dan saja.Malam tadi hanya goreng nasi,goreng pisang & goreng cempedak.Ni lauk semalam punya semalam punya semalam.

Masak 3 jenis sambal.Masak serba sikit sahaja tapi memang 3 sambal la + telur dadar.


Sambal Sotong Kembang.

Hanya sekor sotong kembang selebar tapak tangan saja.Ini untuk Adah & Cella.

Saya masak juga Sambal Kuini Muda Dengan Ikan Bilis untuk tekak sendiri sebab masih tak boleh move on sambal macam ni yang masak hari apa tu entah.

Ni pic kuini belum masak hari Jumaat tu..Sabtu dah masak sambal sebiji dah.

Ni dari baki 2 biji tu dah ambil lagi sebiji buat sambal tumis.Bila kupas nak cincang tengok isi dah kuning.Bahagian kulit masih rangup tapi bahagian dekat bijinya dah mula lembik sebab dalam proses nak masak kot.


Lagi sedap guna buah yang masih keras rangup.Tapi yang ni pun licin juga saya bedal.Hihihi
Resipi SAMBAL TUMIS KUINI DENGAN BILIS ...kat sini


U
Untuk anak bujang tu pula buatkan Sambal Sardin sebab dia tak makan seafood kononnya..Rupanya kali ni dia dah mula makan dah .Kata dia sebab jemu dah sambal sardin.Nampak sambal sotong kembang tu macam sedap sebab tiada tulang.


Sudahnya sambal sardin ni bawa ke pagi esoknya jadi nasi goreng.Sambal sotong kembang anak bujang tu makan dengan Cella.Adah pula makan kat luar .
Begitulah cerita 3 Sambal....

15 comments:

  1. sedapnya, sedap makan nasi panas-panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Syaz...
      Bila petang nasi sejuk pun jadik🤣
      Pastu kalut tak kurus..saya la tu🤭

      Delete
  2. dah masuk ofis kureng sikit masa nk berblog kn kak.. sedap tu sambal sardin.. td sy pn br lps mkn nasi goreng sardin.. tapau jer.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa rasa lapang jak..Ada masa kerja datang serentak,kelam jabut jugak la...hihihi
      Sedap kan nasi goreng sardin

      Delete
  3. Rajin mak cella.. sampai 3 sambal.. ntah knp, nmpk menyelerakan betul sambal sardin mak cella.. padahal, kak lin bkn la minat sgt sambal sardin.. husband kak lin ye, mkn sambal sardin 24/7 pun bole.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan utamanya serba sikit terpaksa la masak juga 3 jenis..Nak disekalilan satu jenis sambal macam tak berapa kena..hihihi

      Delete
  4. Tiga tiga akan ku bedak😋😋😋

    ReplyDelete
  5. Suka sambal cengini
    Tapi tak tahan yang pedas sangat.
    Kalau beli lala kering pun tanya mana yang tak pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cili jenis tak pedas wak.Cili kering yang licin dan besar-besar..warna merahnya cantik bila disambal

      Delete
  6. Tuan tanah lama dulu cakap, kalau hari ni ada lauk sardin, esoknya mesti ada nasi goreng sardin 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..ada benarnya...
      Pagi ni bersarap nasi goreng sardin 🤣

      Delete
  7. Dah kembali sibuk ye. Saya pun baru sempat jengah sini. Itulah kan, tak rasa tak tahu. Bila dah muak sardin, terus jadi lauk tiga beradik sambal sotong kembang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penangan PKP...Dah ada lauk yang mereka tak makan sebelum ni mereka dah
      akan.Dulu sayur yang di.asuk dalam kari pun mereka tak makan..petai pun dulu hanya saya dan Cella yang makan.Sekarang bertambah lagi sorang pemakan petai...Dulu takyah berebut..Sekarang kena berebut petai dah la mahal🤣

      Delete
  8. Tekak sayabpun memilih sambal kuini...Kalau sambal kuini masak + sambal belacan tu saya kureng sikit.Tapi sambal tumis kuini/macang muda boleh buat ratah..hihihi

    ReplyDelete