Thursday 2 September 2021

LEMPENG PISANG

 

Lempeng pisang
Cicah sambal bilis dengan nanas
Bersama Kopi O

Buat 5 keping sahaja.
Guna 
5 biji pisang
1 cawan tepung 
½ cawan kelapa putih
2 sudu gula & sikit garam.

Lenyek semua bahan.Kalau kental sangat + la sikit air.Panas sikit minyak dalam pan & tuang sesenduk bancuhan
& tekan-tekan sikit supaya rata.Balik-balikkan hingga garing.Siap


Lempeng Pisang 

Kawan karibnya kopi O panas.
Kalau dapat kopi tumbuk sendiri,nikmatnya.
Terkenang zaman kanak-kanak.Musim buah kopi masak ,mak suruh kutip buah kopi & jemur.Buah kopi kering kadang sampai seguni stoknya.Bila stok serbuk kopi habis,mak akan proses buah kopi tu untuk jadikan serbuk kopi.Kopi tumbuk ni harum boleh sampai ke rumah jiran tau!





10 comments:

  1. Teringat Dulu bila pokok kopi jadi Bunga harum sekampung! Sekarang dah pupus pokok kopi pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....
      Musim pokok kopi berbunga..bangun pagi sekampung berbau harum.Dah la bunga putihnya cantik bersirik sepanjang ranting

      Delete
  2. memang sedap lempeng pisang.
    Tapi wak tak pernah cicah dengan sambal sebab lempeng tu dah manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka kalau cicah sambal..Coq kembong manis pun saya suka cicah kuah gulai🤭

      Delete
  3. Cuaca suram spnjg hari.. kak lin terus dinner, xde minum ptg hrini.. sdpnya minum ptg mak cella.. dgn kopi plk lg.. tu kopi gantang fav mak cella ke? Ada sachet plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..lately ni cuaca suram ja kan k.Lin...
      Ni kopi Kluang ada kawan bagi.Sedap juga rasa dia.
      Kopi Cap Gantang tak jumpa lagi yang sachet.Kalau ada best jugak kan...

      Delete
    2. Kopi Kluang? Alahai mmg ohsem.. fav semua kat rmh ni.. buat O sdp, letak susu pun sdp.. mmg sdp sgt!! 💃

      Delete
  4. Wah! Kawan karib betul ye lempeng pisang dengan kopi. Lepas ni kita pi menoreh getah ye Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      jom,jom pi noreh...Saya pandai kutip skrap ja..motong takut jahanam pokok...🤣

      Delete
  5. Ni bukan lempeng pisang, ni peknga 😅😅

    Tempek tempek di belanga baru peknga.. ni tempek kat kuali kan..

    ReplyDelete