Thursday, 30 September 2021

SPAGHETTI RENCAH SARDIN

Baru habis online meeting.Terasa lapar yang amat.Tadi dah masak tapi macam taknak makan lagi.Sekali dah lapar tak tertahan-tahan..


Makan spaghetti rencah sardin.Semalam punya semalam kan masak SAMBAL TUMIS CILI API SARDIN DENGAN BELIMBING.
Belimbing dah habis,sambal dan sardinnya selalunya dinasi gorengkan.Sampai  SK dah boleh teka  lepas masak sambal  sardin pasti masak nasi goreng sardin.不
Tapi kali ni keluar sikit dari kebiasaan tu...Baki sambal sardin tu dijadikan rencah spaghetti.

Sambal cili padi pulak,memang ngam dengan spaghetti ni.Ala-ala olio oglio  versi melayu.Saya guna vermicelli pasta yang kecik sikit dari spaghetti.Bila.rebus cepat lembut berbanding spaghetti.Rebus pun dalam rice cooker sebab sayang gas..不
Macam la elektrik tu percuma.Saya suka guna rice cooker saja kalau nak rebus merebus apa-apapun.Sebab guna lebihan sambal sardin,jadi tak payah nak kabut sedia rencah.Tumis saja sambal bersama sardinnya.Lenyek sikit,terus masuk pasta.Saya hanya tambah skit lagi garam dan daun sup cincang saja.


Ya Allah,sedap sungguh.Tak tau la sebab kena dengan rencah sambal cili padi tu atau sebab laparrrrr五


Alhamdulillah...
Bancuh juga secawan strwberry tea...untuk feeling rentas negeri bercuti ke Cameron Higland.不不不

8 comments:

  1. Pertama kali saya tahu resepi ni, teringin pula saya nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la Syaz ..kot kena dengan tekak...
      Ini juga selalu saya jadikan menu kalau tetamu datang mengejut..tapi guna sardin dan cili blend la..bukan lebihan sambal五

      Delete
  2. Menu fusion ni. Gabungan timur dan barat, asalkan ngam di tekak kira menjadilah tu resipinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...asalkan ngam dengan tekak kan..Pasta masak simple dengan minyak zaitun & bawang putih pun dah sedap kan.
      Tapi saya pernah cuba fusion kan pasta goreng dengan sos tomyam...Owh..no...!
      Tak sedap pada tekak saya

      Delete
  3. Bila terlalu lapar, semua makanan jadi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Kalau tengah lapar megi kari pun nikmatnya ...

      Delete
  4. ammi kat rumah suka guna angel hair..sebab kurus sikit anak2 pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angel hair tu lagi cepat masak kan...Tapi saya tak pandai nak agak rebus angel hair tu..Selalu overcook五

      Delete