Saturday 18 September 2021

SERONOK DAPAT GALI UBI KAYU

 Cerita semalam.Satu terapi bila dapat menghidu bau tanah,tumbuhan & kebun.

Pagi Jumaat menyertai Pak Man,Zul dan pekerja pembersihan gali ubi kayu kuning.

Ceritanya  minggu lepas jumpa depa semua dok berehat dekat meja McD  tepi tangga ofis.Depa kata depa ajak Pak Man gali ubi tapi katanya Pak Man suruh tunggu saya dulu nak gali.Allah,terharunya saya...!

Saya bukan siapa-siapa pun dengan depa semua,tapi depa selalu ingat kat saya.Kalau petik ulam mesti ada habuan saya.Kalau petik cili,terung,bayam,kait mangga,kuini hatta ambil daun pisang pun depa akan kongsikan dengan saya.Ni nak gali ubi pun depa  ajak saya.Alhamdulillah....


Pak Man & Zul sedang gigih mematahkan batang-batang ubi sebelum kerja-kerja menggali ubi.


Pak Man ni tangan dia memang "menjadi".Tanam lah apapun,memang subur menghijau..Lihatlah beliau gigih menggali ubi dengan menggunakan cangkul.Bunyi debukan cangkul bertemu tanah tu dah cukup menjadi terapi untuk menenangkan jiwa kampung saya.


Sudah lama tidak menikmati  nostalgia kebunan.



Mengasingkan dan memilih ubi-ubi.Pak Man ni dulu kakitangan kerajaan juga katanya.Dia bersara awal & sekarang bekerja sebagai gardener kerana dia seronok berkebun.Itu yang saya dengar la..Wallahua'lam sebab saya tak pernah bertanya pun🤭

Antara ubi yang paling babun.Yang Pak Man pegang tu macam anak alligator.Yang Zul pegang tu lagi besar dari peha dia sendiri..hihihi

Kak Ti cleaner tukang petik pucuk ubi.Seronoknya saya bila dia cakap semua tu untuk saya...Tapi takdak la saya ambil semua.Banyak tu..!
Kalau ada daun selasih,daun kunyit & beberapa daun lain,nak jer saya buat botok-botok ikan...Sedapnya,dah lama tak masak & tak makan botok-botok.

Sambil Pak Man mengerjakan ubi,Kat Yati & Ruby cleaner memetik pucuk ubi...Saya meneroka kebun kecil mereka ini.Dulu pernah sekali ikut mereka turun ke sini tapi masa tu kawasan ni semak.Sejak Pak Man jadi gardener sini,memang landscap jauh berubah.

Pokok nanas & kantan juga ada ditanam Pak Man

Kaduk bahagia menjalani hidup di sini.Memang di sini tempatmu wahai kaduk.Jangan mengada nak naik junjung mengalahkan sirih kerana itu bukan fitrahmu kaduk...

Ulam raja yang digemari rakyat


Siap tanam benih baru dah.Rajin betul mereka


Anak pisang pun ada.

Bayam Brazil subur ,hasil tangan Pak Man


Pokok  bunga telang aka bunga nasi kerabu

Anak-anak pegaga sedang diasuh di tapak tanah bakar.


Lagi pokok bayam Brazil & anak betik.Kata Zul ni tempat depa bakar sampah.Depa bakar sembunyi-sembunyi la dibelakang tangki air. sambil-sambil untuk halau nyamuk.Katanya hari tu ada sekali depa bakar sampah dekat tepi pagar.Polis datang...hihihi
Tapi takla polis marah,cuma nasihatkan mereka agar tidak membuat pembakaran terbuka demi kelestarian alam...hihihi..agaknya macam tu la kot ayat polis-polis tu🤭


Ada beberapa biji buah delima sedang masak.

Ni la tempat tempat kesayangan Pak Man ni.Kat belakang tangki air tu dulu semak tak terbela.
Tapi sekarang dah macam little nursery.Kata Pak Man dia suka dengan pokok-pokok.Tapi hari tu Zul ada bercerita kat saya.Katanya ada staf yang sampai hati patahkah ambil pucuk betik semua pokok betik yang dia tanam.Ada 9 pokok.8 daripadanya dipatahkan pucuknya.Sedih dia sebab betik-betik tu baru nak keluarkan bunga sulong.Ya,saya memang ada nampak pokok betik sepanjang tembok belakang tempat saya selalu parkir kereta tu dah dipatahkan pucuknya.Tapi saya ingatkan itu teknik pertanian🤭.Rupanya pucuk betik tu telah "diulamkan".Kesian kan..


Tebu hitam.Dari info yang saya baca,katanya tebu hitam yang hitam batang serta daunnya ni elok ditanam dikawasan rumah kerana ia  tidak disukai oleh makhluk halus.



Zul gardener dengan sebeban ubi kayu kuning.Saya nak meniti  tebing longkang tu lenggang tanpa beban pun gayat.Depa selamba sorong beban lurus elok tak jatuh.Nampak sangat saya tak boleh cat walk...Hihihi


Cleaner yang rajin.Maksu & Makcik sedang mengupas ubi yang dituai.

Ubi babon tadi tu


Tengok Ruby potong,macam potong kayu balak.

Sebaldi...Sebenarnya 2 baldi ubi yang dah siap dikupas kulit.Kemudian mereka bahagi-bahagikan sesama mereka.Saya juga pastilah ada habuan juga.Alhamdulillah.....


Beberapa ketul ubi direbus kat tepi surau..Guna rice cooker.

Ada yang empuk elok..Tapi ada juga yang tak empuk.Mungkin sebab ubinya dah ganyut atau mungkin juga sebab ubi tu ditimpa air yang banyak.
Kata Pak Man air dari tembok tinggi tu kalau hujan memang mencuruh turun ke kebun tu macam air terjun.

Makan ubi rebus cicah sambal...Ada juga 1 jug kopi O...Biskut cream dan biskut cream  creaker .
So,semua ni kira tea break merangkap lunch la..
Alhamdulillah,rezeki dalam pelbagai bentuk yang Allah turunkan.Seronok berkawan dengan semua orang.Dengan kawan-,kawan sekerja kita dapat keseronokan bekerja.Berkawan dengan pekerja kebersihan dan gardener kita dapat terapi minda, pengalaman ke kebun dan ulaman percuma.
Sekarang saya juga ada kawan-kawan  di alam maya.Seronok dan syukur sangat atas segala nikmat Allah.Semoga saya juga mampu menjadi sahabat dan insan yang memberi manfaat kepada orang lain juga..
Itu sahaja la antara cerita semalam selain cerita dan rutin biasa...

20 comments:

  1. Inilah untungnya kalau tak memilih dalam berkawan kan. Ada sahaja rezekinya dan tak dilupakan. Kalau di office sy pun sama, hari selasa hari berkebun tapi sejak pkp balik ni dah bersemak semula sbb semua wfh.

    Sy syak orang yang ambil pucuk betik tu nak kuruskan badan la... 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,bestnya ada hari berkebun.Semoga kembali segar kebun2 tu lepas ni.

      Eh,pucuk betik boleh kuruskan badan ke?
      Kena cari ni...

      Delete
  2. Rindunya suasana begini.
    Besar-besar ubi kayunya ye. Saya tak pernah ada pengalaman gali ubi. Cabut ubi adalah heheheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ubinya besar2 tak boleh nak cabut..Kena gali...hihihi

      Delete
  3. Wah.. bestnya aktiviti mak cella.. kak lin yg baca pun teruja..
    Pandai plk mak cella buat ayat.. ulam raja yg digemari rakyat.. rakyat jelata.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..Dulu zaman kanak-kanak berangan nak tinggal dibandar.Allah dah makbulkan.Bila dah berumur rasa nak tinggal dalam suasana kampung pula

      Delete
  4. syoknya tanam ubi kayu..
    dulu arwah abh sy ade tanam ubi kayu..
    nk mkn sruh arwah abh gali.. seronok! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknkan dulu2...
      Kat kampung saya sekarang dah susah nak tanak ubi...dimusnahkan babi

      Delete
  5. Besar-besar ubu kayunya yer. Ni kalau dapat buat ubi getuk, bingka & kuih talam pun sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...plan dah ada nak buat tu...Kerajinan tu tak tau lagi ni...hihihi

      Delete
  6. Besarnya Ubi. Itu kalau dpt 1 batang pon boleh ulang makan sampai seminggu

    ReplyDelete
  7. Dah tua sangat pokok ubi kayu kuning ni
    Yang sesuai 4 bulan dah tuai, buah yang muda cepat empuk dan lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      4 bulan dah boleh tuai yer wak..Ini bukan 4 bulan ni dah dekat 2 tahun🤭
      Patut la ubinya tak berapa gebu...TQ Wak

      Delete
  8. hasilnya bila berbudi kepada tanah memang puas hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ..rasa macam nak balik kampung pula...hihihi

      Delete
  9. Seronok tengok hasil tanaman orang menjadi je. Alhamdulillah mereka selalu berkongsi rezeki. Besar betul ubi kayu tu. Puas hati tanam dapat besar macam tu. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya. Sedapnya alahaiiii ubi kayu makan dengan sambal tumis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fiza...
      Tapi tu la bila biarkan uninya besar sangat diablambat empuk.Wak cakap kena 4 bulan saja dah boleh tuai...

      Delete