Saturday 25 September 2021

KOPI TENOM vs COQ PENERAM

 

Kopi O
Kopi Tenom dari Sabah



Coq peniram...Sesetengah orang lama @ Kedah  panggil Coq Telinga Hinu..


Kopi Tenom vs Coq Peniram


Sachet2 terakhir dah ni.Tinggal lagi 2 sachet sahaja dah.Ni ada kawan bagi lama jugak dah,masa masih boleh rentas negeri dulu lagi,beliau ke Sabah.
Kopi Cap Gantang pun dah habis stok
Last stok bancuh masa gali ubi minggu lepas.Dah berapa kalo dah minta Cella orderkan kat Shopee,tapi lupa agaknya.
Teringat dulu-dulu zaman saya kanak-kanak hingga remaja,mak masih buat serbuk kopi sendiri.Masih terbayang proses buat serbuk kopi..

Musim buah kopi masak,saya jadi tukang kutip buah kopi.Kemudian mak akan jemur hingga kering dan hitam.Kemudian simpan dalam guni.Bila nak guna,mak akan keluarkan dalam dua cupak.

*Buah kopi kering akan ditumbuk dalam lesung kayu yang besar untuk tanggalkan kulit buah kopi.Masa ni mak akn letak juga sepelepah daun pisang yang sudah kering untuk elakkan biji kopi tumpah masa ditumbuk.Kemudian ditampi buang kulitnya.Setiap buah kopi ada dua biji bean kopi.

*Biji kopi bersih akan disangai dalam kuali tebal hingga hitam hangus.Kemudian disejukkan.

* Gula pasir dan gula merah timbang pula dimasak hingga menjadi gula hangus yang gelap.

* Biji- biji kopi sangai yang hitam tadi dimasukkan dalam gula hangus kehitaman dan dikacau seakan wajik/bepang beberapa ketika.

*Campuran biji kopi yang hitam dan gula.hangus yang hitam akan melekat- lekat itu dituang dalam dulang dan diratakan macam buat bepang/britle kacang.Kena buat cepat-cepat kerana campuran ini akan cepat beku keras.

*Bila bepang kopi tadi dah keras dan sejuk,akan dipatah-patahkan dan ditumbuk dalam lesung kayu.Bederup- derup bunyi rangup campuran kopi itu ditumbuk.

*Kemudian diayak untuk asingkan serbuk kopi yang halus dan kasar.Yang halus kena segera simpan dalam tin supaya tidak masuk angin.Yang kasar kembali ditumbuk dan diayak lagi hinggalah habis semuanya.

* Setelah siap,sambil mak basuh lesung ,alu,pengayak dan peralatan lain yang sudah  kehitaman dek kopi,saya kena jerang air dalam cerek guna dapur kayu.

*Endingnya,bancuh kopi  homemade yang baru ditumbuk tadi.Aromanya boleh dihidu sampai ke rumah jiran.

****Inilah antara nikmat dapat merasai pengalaman memproses serbuk kopi dengan mak.Rindu suasana tu .

15 comments:

  1. Dulu, arwah nenek ayah (bapa ibu), tanam juga pokok kopi dan pokok koko. Walaupun begitu, seingat sy, tak pernah nenek ayah proses biji kopi hingga jadi air kopi. Buah kopi tu, akan dijemur hingga kering, masuk dalam guni dan dihantar ke Pekan Rengit. Samalah buah koko, bijinya dijemur dan dah kering, masuk guni, hantar ke pekan. Masa tu macam tak percaya ia koko sebab rasanya masam, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...yang masam tu isi koko...pernah juga makan buah koko kawan bawa ke asrama.
      Generasi sekarang pun rasa juga pengalaman graind kopi sendiri tapi depa lebih modern la...hihihi

      Delete
  2. mcm best je layan kopi ni.. xpernah plak sy minum.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau layan sambil membayangkan tengah minum kat Tenom...hihihi

      Delete
  3. Zaman remaja dulu, kalau naik basikal ke sekolah di awal pagi, memang rasa segar sangat sebab ikut jalan kebun kopi. Aroma bunga kopi yang berkembangan menusuk hdung. Wangi!
    Dulu arwah kakak Bonda kita yang duduk Perak selalu kirim serbuk kopi buatan sendiri. Bonda suka sangat. Kalau waktu pagi, serbuk kopi direni dalam cerek, ya ampuuunnn! Baunya sampai keluar dapur!
    Namun semuanya tinggal kenangan.
    Sekarang kalau nak minum kopi, gunalah serbuk kopi paket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...bunga kopi yang memutih sepanjang ranting kopi tu harum sungguh kan cikgu....
      Banyak pengalaman kita ada persamaan...rasa hanyut dalam arus kenangan

      Delete
  4. Ammi suka kopi gantang.. Antara kopi plg best lah ammi rasa. Sekali jumpa kat pasar mesti suami beli 3-4 bungkus terus sbb isteri dia mmg x reti buat kopi guna sesudu Serbuk.. Mesti 2-3 sudu besar.. Baru kawww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ammi...aroma dan rasa dia sedap kan...Bila bancuh dia larut sebati tidak jadi taik kopi sangat(hampas)
      Saya pun sejak tak boleh balik balik kampung.order shopee saja..hihihi

      Delete
    2. Ammi...saya cari blog ammi dah tak jumpa

      Delete
  5. Nampak sedap plak kopi tu ..SA addicted dengan kopi 434....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi 435 pun kena dengan tekak saya...sedap macam kopi cap gantang..

      Delete
  6. Kak lin nk try la kopi tenom ni.. kot kena dgn selera.. stok kopi kluang station mmg ada sj kat rmh ni.. fav semua.. 💃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi Kluang pun sedap la kak Lin...pernah kawan bagi..sedap...dulu la sbelum PKP...depa sanggup konvoi nak pekena kopi kluang & roti bakar tu...hihihi

      Delete
  7. Kopi o kaw jadai idaman jugak kekadang. Belum pernah lagi rasa kopi tenom. Coq peneram tu lama tak makan sejak takde pasar malam. Makan panas panas sedap ni. Macam menarik je pengalaman hasilkan kopi dari asas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Shopee ada kot...tak oernah la cuba cari...dok cari kopi cap gantang saja...hihihi

      Delete