Dinner untuk 3 beranak + sorang tetamu.Masak spaghetti sardin saja hidang bersama limau & air kosong
Kebetulan salah sorang kawan Cella...tumpang bermalam
Cella & Mimi dapat jemputan dari salah sorang kawan untuk makan-makan.Jamuan Raya katanya walaupun Syawal dah hampir ½ bulan berlalu.Jemputannya waktu malam bermula pukul 8++ malam katanya
Sebelum mereka bergerak ke majlis makan makan tu saya sediakan makan malam ringkas berupa spaghetti sardin.
Sejak kanak-,kanak sudah jadi kebiasaan,sebelum pergi rumah orang sama ada menziarah waima hari raya atau untuk makan kenduri sekalipun,mak pesan suruh makan dulu.
Kalau pagi raya,sudah jadi kebiasaan semua wajib makan dulu hidangan raya di rumah sebelum beraya ke rumah orang.Begitu juga kalau kenduri,mak akan suruh makan dulu di rumah.
Dulu tak tahu kenapa ada peraturan macam tu.Bila dah makin dewasa baru faham,mak buat macam tu supaya bila pergi rumah orang tidaklah "buruk lantak" kat rumah orang.Kita kanak-kanak bukannya faham ..Dapat makan lupa dunia Maklumlah,dulu-dulu bukan selalu dapat makan sedap..
Tapi bila dah makin tua,kadang budaya tu dah tidak selalu saya praktikkan.Kadang sengaja tak sarapan @ tidak makan dulu sebelum pergi kenduri kerana memang niat nak makankat kenduri & kadang sebab nak selesakan perut biar tidaklah baju yang disarung menjadi guni beras @ sarung nangka..ðŸ¤ðŸ¤£
Kalau kita menjemput orang makan pun..kita mengharapkan tetamu menyukai makanan ya g kita hidangkan dan makan puas-puas..Kalau makanan kita hidang tak habis .jadi susah hati...tak sedapkah?...ada yang tak kena kah?
Cuma kali ini saya masakkan juga makan malam ni kerana Mimi adalah tetamu.Ditambah dengan katanya dia baru habis kuliah di Subang Jaya & terus datang ke rumah kami by MRT.Pastinya tekak haus dan perut lapar. Kita pun pernah jadi student.Faham sangat situasi tu. Tu yang sambil depa bersiap nak gi jamuan,kita pun masak lah ringkas seadanya.
Betul la bagai disangka.Nampak berselera Mimi makan walau hanya spaghetti sardin.
Usai makan Cella & Mimi bergerak ke majlis rakan mereka di Semenyih.Teruja betul mereka berdua nak jumpa rakan lama sesama diploma dulu.Dah dekat 3 tahun la tidak berjumpa.Hampir 1 jam bertolak Cella update depa dah sampai ke rumah kawan tersebut.Tak sampai ½ jam berikutnya dia update lagi depa bersama beberapa orang kawan lain sedang makan kat salah sebuah restoran mamak di Semenyih.
Aik.....kata pi jamuan...Sekejapan benar makannya...& kenapa pulak makan lagi kat mamak.Perut belon ke apa depa ni?ðŸ¤ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£.
Agaknya lepak lepak orang muda sambil bersembang la kot..Saya pun biarkan anak jantan tu tunggu adiknya & Mimi balik,manakala saya hanyut diulit mimpi
Esok pagi masa bersarapan mihun goreng & roti puri cicah kari daging
( tak ada pula snap pic sebab ralit bersembang) barulah Cella & Mimi buka cerita...
Katanya itu adalah rakan diploma dulu.Sekarang rakan tersebut menyambung degree di Trengganu.Cella & beberapa orang rakan lain yang dijemput tu menyambung degree di IPT sekitar Lembah Klang.Rumah kawannya tu terletak disalah satu kawasan perumahan elit.Kata Cella segan macam kudung kepala rasa bila kehadiran hanya dipandang dengan ekor mata oleh ibu bapa rakannya tanpa mempelawa meraka makan.Tapi sebab dah masuk ke rumah rakannya tu terpaksa la juga bersalam dan duduk dalam keadaan serba tak kena .Rakannya si tuan rumah hanya mengambil minuman untuk dirinya sendiri sambil berbual bercerita ramai tetamu rakan rakan ibu bapanya adalah orang ada-ada & dia hanya jemput beberapa orang rakan sahaja termasuklah Cella & Mimi.
Kata Cella sampai ke sudah mereka tak dipelawa minum apatah lagi makan hinggalah mereka bergerak balik.Kata Cella juga bukan hanya mereka berdua sebaliknya beberapa orang lagi rakan lain yang tiba berasinganz menerima nasib yang sama & mereka mengambil keputusan tidak berlama dirumahnya kerana kekok asyik dipandang dengan ekor mata oleh ibu bapa rakannya.Mereka berkumpul di mamak & pakat meluahkan rasa...ðŸ¤
Saya bimbang manalah tahu dibelakang kita anak-anak menunjukkan perangai tidak sopan hingga membuatkan tuan rumah memberi sambutan dingin.Namun kata Cella tiada apa ya g tidak sopannya sebaliknya mereka semua mati kutu hanya mendengar tuan rumah dan tetamu elit berbual tidak berani bersuara & tidak tahu nak buat apa.Masuk gate saja sudah dipandang sinis bila mereka hanya datang dengan kereta Axia dan Wira sedangkan tetamu lain berkereta mewah.
Maka di restoran mamak depa meluahkan rasa menyesal tidak sudah...kalau lah tahu akan dilayan begitu....Dah la haus dan lapar menempuh jem
Masing-masing serik & "bertaubat".
Nasib baik juga Cella & Mimi sudah makan
Alhamdulillah...mereka dapat belajar sesuatu dari peristiwa tersebut.Perjalanan mereka masih jauh lagi untuk berhadapan asam garam kehidupan.Sekarang mereka adalah student..belum lagi intern...belum memasuki pasaran pekerjaan.Mereka semua perlu bersedia dengan jiwa dan mental yang kental untuk hidup dalam dunia yang makin keras.
Pelajaran yang lebih mahal adalah agar mereka menjadikan panduan seumur hidup.Sekurang-kurangnya mereka beringat jangan perlakukan tetamu begitu agar tetamu tidak terasa seperti apa yang mereka dah rasa tu.
Yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan...
Sejujurnya saya juga mendapat pelajaran dari apa yang mereka lalui.. takut...manalah tahu dalam ramai ramai tetamu yang pernah bertamu di rumah atau dimajlis mereka ada terasa hati atau berkecil hati dengan layanan kita.Kadang takut kita terlepas pandang..sedangkan mereka yang tersinggung terbawa-bawa hingga akhir hayat.
Semoga sahaja tiada yang berkecil hati.Jika ada pun harapnya mereka tidak menyimpan di hati..
Begitu juga saya...Jangan lah di uji dengan situasi begitu..Saya ni hati tisu..ðŸ˜
Apapun moral of the story....pesanan emak ada baiknya...
"Makanlah dulu sebelum pergi rumah orang"
ðŸ¤ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£ðŸ¤£