Showing posts with label PULUT. Show all posts
Showing posts with label PULUT. Show all posts

Saturday, 1 August 2026

SEPIRING PULUT KUKUS IKAN LENGAT GORENG BERSAMA SECAWAN KOPI O PANAS


 

Sebagaimana tajuk ya,begitulah yang saya makan tadi.....

Dah agak lama tak makan pulut....Biasanya,dalam sebulan ada beberapa kali saya akan masak pulut.Namun kebelakangan ni agak lama saya tidak masak pulut...Rasanya mau juga dua bulan dah...Tapi dalam masa sama bukan la tak makan pulut.Masih makan cuma tak sempat nak masak.Ada la sekali dua beli pulut inti...pulut panggang dan paling terbaru...minggu lepas la makan pulut kuning beli kat rotikitab@shahalam tu..


Hari ini saya tidak ke Shah Alam..

Breakfast...lunch...tea & dinner kat rumah jer hari ni...

Teringin nak makan pulut kukus gaul kelapa & makan dengan ikan lengat goreng...Gu dengan kopi O panas...Minggu ni dah 3 cawan kopi O saya minum..Tahu jer kesannya akan berdebar sepajang hari tapi minum jugak...Akibatnya malam susah nak tidur dek rasa gelisah dan berdebar...Tapi sendiri tanggung la kan....hihihi


Saya rendam pulut dalam ½kg sahaja dan kukus.Kelapa putih tu pun kukus sekejap gaul sikit garam.Ikan lengat tu  saya buat beberapa hari lepas.Beli ikan selayang +-1kg & lengat bersama garam,sikit gula melaka &  asam keping banyak-,banyak..Pastu maaukkan dalam bekas simpan dalam peti ais.Nak makan tinggal goreng jer...Tu yang buatkan teringin nak makan pulut dengan ikan lengat goreng tu...




Comfort food dan juga makanan nostalgia bagi saya...Membezar bersama makanan ni ..Sekarang menua juga bersama makanan. ni...

Hihihi
 

Tuesday, 27 January 2026

TERINGIN PULUT CEMPEDAK

 

Teringin nak makan Pulut Cempedak...walaupun sekarang musim durian...hihihi




Beli sebiji cempedak ..isinya warna cream...Nak makan dengan pulut kena pilih yang betul betul masak ranum baru sedap...juicy & manis melekat...



Gandingkan dengan pulut lemak yang dikukus....

Sangat menggamit nostalgia 

Wednesday, 24 December 2025

PULUT NANGKA

Pernah makan Pulut Nangka?

PastPasti lah ada yang pernah kan ..Kalau pun tak pernah makan mungkin pernah tengok terutama yang biasa ke Thailand..


Weekend semalam sempat juga buat Pulut Nangka ni..
Bukan lah rajin sangat pun tapi sebab terlanjur pagi tu ada masak pulut lemak..
Pulut lemak mean pulut kukus yang digaul santan + sikit garam.Macam pulut kuning la rapi versi putih tak letak kunyit..Ok lebih tepat macam pulit untuk pulut inti tu..
Asalnya saya buat pulut lemak nak makan dengan sambal tapi alhirnya saya makan sama telur dadar.Ada cerita yang sudah saya karang tentang pulut lemak telur dadar tu tapi saya belum post kerana berbelah bagi nak post ke tidak.Ini kerana ada cerita berkaitan kepercayaan tahyul yang ingin saya kongsikan..tapi takut tersinggung perasaan orang lain..maka saya biar dalam draf dulu walaupun dah siap dikarang..



 
Kebetulan masa keluar belanja barang dapur ada saya beli 1 pack nangka kerana nampak segar baru dikupas.Sedang elok masak dan saya agak ni nangka kampung Kalau nangka madu warna lebih oren dan lebih juicy..

Pulut dalam family saya memang tak dapat dipisahkan Kalau tengok old post pun banyak jer menu pulut kan...Dari pulut ikan masin,pulut kelapa,pulut kuning,pulit inti,pulut sambal,ketupat pulut,pulut pisang dan juga pulut cempedak.Pult nangka ni lebih kurang juga pulut cempedak seperti yang pernah saya buat 






Monday, 14 July 2025

SEPIRING PULUT NYOR...SECANGKIR KOPI O...

 

Menyeghok pulut nyo ngan kopi O 

Bahasa standarnya " Sarapan pulut kelapa dengan kopi  0 "


Sarapan penuh nostalgia untuk diri dan keluarga saya.Pulut dan keluarga saya mempunyai satu ikatan. istimewa sejak sekian lama.


Singat saya...sejak zaman kanak-kanak pulut adalah makan utama kami selepas nasi.

Selang sehari dua pasti emak tanak atau kukus pulut buat menyeghok a.k.a sarapan pagi berselang seli dengan cekodok kembong & nasi goreng.Kalau musim hujan pendapatan mak merosot teruk kerana mak hanya bergantung kepada duit motong getah dan jual padi sahaja.Jualan padi pada tahun 80-an  hanya setahun sekali.Menjelang 90-an baru dapat kerjakan bendang setahun 2x.

Walau hanya buat bendang lebih kepada sara diri ,namun nikmatnya kami tidak pernah terputus beras.Malahan berpeluang menikmati beras baru( pada musim menuai padi) yang mana beras baru ni harum dan tidak ada dijual di kedai.Beras baru terhasil daripada padi yang baru dituai,terus dijemur dan ditumbuk atau dihantar  mesin proses  ke kilang beras.Beras daripada padi baharu tuai ni sangat berkanji dan bila dimasak agak leceh kerana tidak boleh elak mesti nasinya lembik walau sukatan air dikurangkan.Tetapi aroma harumnya sangat menggoda.Aromanya lebih kuat daripada aroma beras wangi cap naga mutiara tu..Namun beras baharu ini jangka hayatnya pendek sahaja..Setelah beberapa bulan padi disimpan...aroma itu kan menghilang dengan sendiri & bila padi diproses berasnya tidak lagi seharum dan sekanji ketika baru dituai Agaknya kerana itu beras baharu tiada dijual dikedai,sebaliknnya padi akan dibiarkan beberap ketik sebelum diproses menjadi beras biasa.


Padi pulut juga menjadi tanaman tahunan mak.Sebab itu jugak agaknya pulut menjadi makanan ke-2 kami kerana mewah pulut.Beras pulut memang tidak pernah putus bekalan..Untuk ketupat raya dan stok tepung pulut bulan puasa memang hasil dari titik peluh mak.Waima untuk tepung beras juga seingat saya memang mak proses sendiri.Merendam beras dan menumbuk mengayak sendiri hingga penghujung tahun 1990-an barulah mak beralih membeli tepung beras/pulut readymade kat kedai.

Tidak semua orang kampung menanam padi pulut.Kebanyakan hanya menanam padi biasa yang kami sebut sebagai "padi jawi".

Ini kerana selain tidak menguntungkan kerana hasil terhad,nak jual pun payah kerana bukan semua kilang padi nak beli padi pulut.Kalau masa tahun 80-an menuai padi dikampung masih secara manual iaitu mengerat padi guna sabit khas dan membanting dalam tong kayu yang ada tangga kecil dalamnya.Kami tak panggil membanting sebaliknya proses tu kami panggil " mukoi padi".

Kerja mengerat padi biasanya dilakukan oleh wanita & mukoi padi dilakukan oleh orang lelaki.Kalau mukoi padi pulut ada cabarannya kerana tangkai padi pulut lebih liat dan memerlukan tenaga yang lebih untuk mukoi meleraikan tangkai padinya dari jerami.

Nak mukoi padi pulut pulak akan sedikit leceh kerana pastinya tak boleh bercampur padi biasa.Selalunya padi pulut akan dituai akhir sekali iaitu selepas semua padi biasa selesai dituai.Tong padi akan dibersihkan dari sisa padi biasa & barulah menuai dan membanting padi pulut pula.

Tuan punya bendang kena la ingat petak sawah yang mana dia tanam padi pulut kerana  rupa padi biasa & padi pulut memang tiada beza kecuali padi pulut hitam mepunyai batang dan urat daunnya berwarna keunguan.Ketika mesin padi dah mula mengambil alih kerja kerja menuai,bukan tak pernah terjadi padi pulut disodok bersama padi biasa dek miss cominication dengan tuan padi dengan broker mesin & pemandu mesin padi.Maka bercampurlah padi biasa dan padi pulut Biasanya bila kes macam ni berlaku semua pun mendiamkan diri sahaja membiarkan padi pulut bercampur lah dengan padi biasa yang lain  dengan harapan tiadalah meninggalkan kesan.So..kalau beli beras ada tersesat beberapa biji pulut...atau sebaliknya...mungkin sama kes macam ni🤭hihihihi...Tapi mungkin juga kerana kesilapan  kat kilang padi ..kan....

Padi pulut juga ditanam untuk dijadikan emping.Emping memang hanya sesuai menggunakan padi pulut kerana lebih liat dan berkanji.Tak tahulah padi biasa boleh ke tidak jadikan emping,tapi tak pernah lagi saya tengok orang buat emping menggunkan padi biasa.Itupun menggunakan padi pulut separuh masak yang masih hijau dan sedikit kuning..Padi pulut dikerat bahagian tangkai buah sahaja ketika separuh kuning menggunakan sejenis alat dipanggil "ketaman".Kemudian padi dilerai dengan cara mengirik iaitu memijak dengan kaki..Tapi ada cara la bukan sekadar pijak sahaja..kalau pijak semberono sahaja tak maunya lerai padi tu...hihihi..Padi pulut separuh masak tu akan disangai sedikit demi sedikit dalam kuali tampa minyak hingga ada letusan kecil menandakan isi padi sudah masak.Barulah ditumbuk hingga beras dalamnya kepeng (kemek) dan pipih menjadi emping.Emping dimakan bersama kelapa parut +gula dan sikit garam.

Teringin sangat nak merakam  video segala proses mengemping ni sebagai rujukan anak2 dan generasi sekarang ...sayangnya sekarang mak pun dah tak buat bendang@tanam padi.Bendang yang ada pun dah lebih 20 tahun mak tak kerjakan sebaliknya dipajak kepada orang kampung mengikut musim.

Kami anak-anak nak mengerjakan sawah?

Mmmm....rasanya lebih percaya dan berhasil  kalau suruh kerjakan sawah masa umur 12 tahun  zaman kanak-kanak dahulu berbanding sekarang...Dah terlalu lama tinggalkan sawah bendang...Sesekali rindu menyapa untuk bergelumang selut lumpur sawah bendang ..namun hanya sekadar rindu ..tidaklah sampai untuk mengerjakan sawah ..

Biarlah mereka yang bidangnya...mengerjakan sawah & kita dengan bidang kita meneruskan kerjaya kita kerana kemahiran kita tidak sama...namun kita mempunyai matlamat yang sama..saling melengkapi..


Gambarnya sepiring pulut secangkir kopi 0...tapi ceritanya meleret.....

🤣🤣🤣🤣

Sunday, 23 February 2025

BUKAN KETUPAT RAYA

Tahun 2025 ni macam kerap pulak balik Kedah.Bulan Januari lepas 3x balik..Februari pun balik minggu lepas.

Kebetulan memang minggu lepas ada balik Kedah & ada bawa balik daun palas.


Bila dah teringin...malam malam pun jadi buat ketupat palas.hihihi..
Ni saya buat beberapa hari lepas Balik kerja terus sap sup sap...siap..!
Tapinya takda la rendang bagai..Hanya cicah sambal sardin .


Buat pun haanya ½kg pulut sahaja.Dapatlah dalam 20++ pcs.Saiz pun comel comel sahaja swbab saya balut ketupat versi Pantai Timur..

Sebenarmya teringin nak makan KETUPAT PULUT HITAM tapi dah dekat seminggu Cella order pulut hitam ketupat kat shopee tak dapat-dapat..Sekali bila dia check ..rupanya saler cancel order tak bagitau ..hmmmm kempunan.

Ni suruh dia order semula kat kedai lain pulak ..dah esok baru depa nak pos...Mmm...harapnya sebelum puasa dapat la buat ketupat pulut hitam tu...

Apapun,Alhamdulillah makan la dulu ketupat pulut biasa buat hilang kempunan...Video ketupat ni ada saya upload kat youtube channel saya ...

👇👇👇👇

Video-video lain boleh diakses @




Tuesday, 11 February 2025

BERBAGI PULUT KUNING

Semalam.....merajinkan diri masak pulut kuning


Ahad  malam tu sebelum tidur dah masak rendang sesiap.Daging dah beli kat pasar hari Sabtu.Minta penjual daging hiris siap-siap.Juga rendam pulut sesiap..

Saya masak ni untuk 45 pack.Kelas Cella ada 38 orang termasuk beberapa orang foreigner dari Indonesia,Arab,China & India.So,40 pack tu rendang daging & lagi 5 pack  ayam untuk yang tak  makan daging.

Untuk 45 pack ni saya masak 3kg pulut ,3kg daging & 1 ekor ayam.Ayam tu saya goreng dulu baru buat rendangnya.Bahan blend tu  sama macam rendang daging juga.

Eh,sesambil tu rebus juga 10 biji nasi impit habuan anak jantan tu bawa bekal.



Isnin,bangun pagj terus kukus pulut sambil panaskan rendang.Sap sup sap dekat 3 jam juga nak siapkan pulut + packing..Siap pack basuh bekas..tak sempat dah nak kemas,terus bergegas mengejar masa hantar ke UPM.Sempat jugak la singgah belinair mineral botol kecik-kecik tu 2 carton.


Dalam kalut tu,tak sempat nak makan pulut kuning tu terus hantar kat Cella.Tinggalkan cukup cukup  sepinggan sahaja untuk anak jantan tu makan sebelum gi kerja.


Kalau nak ratio yang sesuai patutnya 1:1:10

1kg Pulut : 1kg daging :10 orang

Tapi saya hanya masak 3kg pulut & 3 kg daging.Pastu buat la macamanapun bagi cukup juga 45 bekas tu...hihihi


Snap pic Cella dari side mirror jer🤭
Rupanya Cella tengah kalut final presentation.Minggu lepas final exam.

Lepas hantar pulut,saya terus ke tempat kerja.Ralit dok buat kerja,sedar-sedar parkir dah kosong,semua orang dah balik.Rupanya dah dekat pukul 6 petang..Langit gelap nak hujan..Patut la rasa sunyi & seram semacammm🤭

 

Sampai rumah,tak sempat buka tudung terus selongkar dapur...lapar..( lapar sokmo..entah bila kenyangnya)🤣🤣


Pulut memang dah habis. sebab masak hanya 3kg ..tak sempat merasa entah sedap entahkan tidak.

Rendang ni dah sisihkan sikit dalam kuali..Tengah makan,Adah call tanya nak masak ayam kunyit macamana...

Baru nak suap,Cella pula wasap sampaikan ucapan terima kasih dari kawan-kawan..

Kebetulan pagi tadi  mereka semua belum sarapan kerana mengejar masa kena awal untuk final presentation bersama panel dari China.

Kata Cella,bila beg pulut kuning & air mineral dibawa masuk,semua  capai sorang sebekas & terus makan kecuali yang tengah present... Rupanya masing-masing kelaparan berjaga sepanjang malam menyiapkan tugasan hingga ke pagi..Kata Cella ada yang pi kelas tak mandi pun ada...Ish..tak senonoh la bebudak ni🤭


 Sudahnya ada beberapa orang yang tak makan daging lembu tak dapat ayam.

Menurut Cella,dia sempat minta maaf kepada rakan-rakan yang tak dapat ayam kerana ada yang tak perasan pack bertanda "A" dan depa yang terambil "A" tu pulak  tengah makan.Takkan nak suruh tukar🤣

Tapi boleh pula beberapa orang tu tetap juga nak pulut kuning tu.Kata depa.."yang kami tak makan tu daging...pulut kami makan..nanti boleh beli ayam di cafe"...Nasib baik depa boleh macam tu🤭


Yang terharunya pula kata Cella  ada sorang kawannya menadah tangan syukur sebab tengah craving pulut kuning.Tengah craving tu Allah hantarkan pulut kuning melalui kami..Masyaa Allah..!


Saya faham perasaan tu,kerana saya juga sedang craving pulut kuning ni🤣🤣🤣

Oleh  kerana tak dapat makan semalam punya pulut kuning..hari ni saya buat lagi ½kg pulut kuning untuk makan sendiri tapi tak rajin dah la nak masak rendang..So berlaukkan sambal je lah...pun jadi...🤭


Video pendek Berbagi Pulut Kuning ni ada saya muatkan  di youtube chanel saya 

👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/7EzPfY-O5tI?si=ZKnjGvltVckZ2NY0

Boleh juga scan untuk melihat video-video lain dia Channel Seroja Putih..

Wednesday, 29 January 2025

PULUT KUNING SAMBAL IKAN TUNA + PETAI

 

Pulut Kuning Sambal Ikan Tuna + Petai..

Juga secawan Kopi O panas.Habuan alas perut dihari  Cuti Gong Xi Fa Cai..



Teringat Nasi Kuning Sabah
Tapi belum ada daun pisangnya.
Boleh saja masak nasi kuning tanpa daun pisang tapi sebab nak feel makan NASI KUNING RESTORWN MAK HAJAH,TAWAU..kena tunggu ada daun pisang baru nak masak nasi kuning.So,hari ni makan dulu Pulut Kuning Sambal Ikan Tuna + Petai...
Ambil feel warna kuning sempena Tahun Baharu Cina...yang dikatakan membaya kekayaan dan kemewahan🤭


Friday, 22 November 2024

PULUT KUKUS TANPA RENDAM vs IKAN REBUS GORENG


Pulut Kukus vs Ikan Rebus Goreng & kopi hazelnut.

Kisahnya bermula bila balik kerja semalam dalam hujan gerimis.Tiap kali hujan turun,entah kenapa akan ada satu rasa  yang halussssss menusuk di sudut hati.Tak tahu apa perasaan itu...sedih,pilu,sayu,tenang semua bercampur rasa...

Namun dalam melayan perasaan sambil memandu tu..sempat pulak terselit rasa lapar dan terus terbayng betapa sedapnya kalau dapat makan pulut kukus bersama ikan rebus yang digoreng garing panas panas.Cuaca hujan dan sejuk begini kalau kat kampung, senonim dengan ubi kayu rebus cicah kelapa parut + gula & garam bersama kopi O panas.Selain ubi kayu rebus tu...pulut lah akan jadi pilihan  kami.Lepas makan pulut mata mengantuk...haaaaa,sesuai la dengan sejuk hujan tu melayan mimpi.



Dalam dok layan perasaan,sedar tak sedar....dah sampai rumah

Hujan di luar semakin mencurah.Keinginan terhadap pulut kukus semakin menjadi jadi..Nak pulut kukus jugak,takmau pulut tanak...Pulut belum rendam,macamana nak kukus?

Cara buat pulut kukus tanpa rendam tu saya kongsikan dalam be tuk video agar mudah faham..

Boleh tengok perkongsian saya ..

👇👇👇👇👇


https://youtube.com/shorts/BIEszZP56q4?si=5v9SiNOR3qxB4ZGo







Thursday, 14 November 2024

PULUT LEMAK IKAN PEKASAM vs KOPI O PANAS....My all favourite time

 

Pulut Lemak Ikan Pekasam vs Kopi O Panas...memang kegemaran saya.Cuma sejak menginjak "remaja" ni dah tak boleh nak berkawan sangat dengan kopi...tapi tu la....dah lama berkawan pasti merindu..so hirup jugak la seteguk sebagai pengubat rindu.....hihihi


Kalau perasan..banyak juga posting saya sejak Cella dulu hingga kini  berkaitan dengan pulut kerana keluarga saya memang peminat pulut...generasi demi generasi...

Kata mak memang sejak tok nenek pun suka makan pulut..Saya juga  dah terbiasa mak rajin masak pulut dari zaman kanak-kanak..Terbawa pula hingga kepada anak anak pun suka pulut.

Jom jamu mata  dengan pulut lemak ikan pekasam vs  kopi O panas dan halwa  telinga dengan lagu nostalgia  kat

👇👇👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/zHRgv0YtaS0?si=oTasPYwFnL4Og656



Tuesday, 25 June 2024

BUAT KETUPAT PULUT HITAM

 Weekend baru ni ,saya ada masak ketupat palas versi pulut hitam.


Bila makan ketupat auto ingat raya kan..

Sebenarnya buat ketupat ni sebab masih ada stok daun palas sikit baki Raya Haji hari tu..

Yang keduanya sebab teringin nak makan ketupat pulut hitam..
Order pulut hitam kat Shopee seminggu sebelum raya..
Tapi dapatnya petang hari Ahad ketika dah siap rendang ketupat pulut putih..
Makanya kita buat la lepas raya...hihihi


Saya bungkus ketupat ni cara Panfai Timur ..
Kalau versi utara bucu atasnya yang panjang.
Sebaliknya versi Pantai Timur bucu kiri kanan yang lebih panjang dari bucu atas.


Puas hati dapat makan ketupat pulut hitam.



Nak buat ketupat pukut hitam sebaiknya pulut hitam kena juga campur pulut putih.Kalau guna pulut hitam sepenuhnya dia kurang kenyal dan kurang padat sebab pulut hitam dia berkulit dan kurang kanji.

PULUT HITAM KETUPAT TAK SAMA DENGAN PULUT BUBUR
*** Kalau nak beli pulut hitam untuk ketupat sila taip / mantion 
* pulut hitam ketupat* 
sebab pulut hitam untuk ketupat berbeza dengan pulut hitam untuk bubur.

Bezanya pulut hitam ketupt dia tidak hitam berkilat,sebaliknya hitamnya pudar dan banyak ada bintik bintik putih.So,dia lebih lembut

Kalau yang hitam berkilat tu memang untuk bubur.Teksturnya keras.

Tapi saya nampak ada juga yang campur pulut hitam bubur dalam ketupat.Hasilnya warna lebih menyerlah tapi tekstur keras dan kurang sedap..

Apapun ikut suka la..kalau nak buat guna pulut hitam bubur,buat lah...tak berdosa pun🤣🤣🤣

Cuma kalau keras dan tak sedap..jangan cakap hakak tak payung😅😅😅



Sesaja buat bentuk pocong ni...
Tapi saya pernah ja post entri ketupat bentuk ni .Saya namakan ketupat palas versi jantung...boleh google...


Ni kes daun palas tak cukup.
Baki daun kelapa raya haji masih ada..Saya buat saeung bentuk celorot....cantik juga..


Untuk resipi,cara masak dan cara bungkus,saya ada share videonya di simi:

https://youtu.be/RoMPwJtLMjg?feature=shared


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕


Friday, 1 March 2024

PULUT LEMAK PELAM vs PULUT LEMAK IKAN PEKASAM

 Last posting untuk last week punya masak & makan @ Kedah.. Banyak dah entri lain tengah Q dalam draf.


Masak Pulut Lemak Pelam.Pulut kan merupakan nasi ke-2 dalam family saya..Dari zaman kanak kanak memang dah terbiasa pulut jadi makanan ruji ke-2 selepas nasi.




Pulut Pelam kalau versi kebanyakan belah tempat kami ialah pulut lemak yang dimakan bersama buah pelam masak ranum.Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni ramai yang dah terima pulut lemak dimakan bersama pelam dan ada penambahan  ditambah sos santan kesan pengaruh Pulut Pelam Siam.
Pulut Pelam yang saya masak ni versi ada sos santan.Masak pulut untuk sarapan sebenarnya...



Saya dah mak makan Pulut Lemak Ikan Pekasam


Bertemankan Kopi O Panas.
Cella pula nak makan dengan pelam.Tu yang jadi Pulut Pelam untuk dia..

Saya memang rendam 1kg pulut pada malamnya.Paginsaya kukus.Lebih kurang ½ kg saya jadikan pulut lemak untuk makan dengan ikan pekasam serta pelam.Kebetulan tengah musim pelam kat Thailand agaknya.Bekalan pelam melimpah kat Pendang.Dijual sepanjang jalan dengan harga sekitar RM5-RM10/kg.Tapi kebanyakam peniaga menggunakan strategi menjual RM15/2kg..Manis manis pulak tu.Sesuai nak makan ngan pulut lak ni.


Baki pulut lagi ½ kg tu lah saya masak PULUT MANIS GULA APONG ...tu..
Dan hari yang sama juga saya masak KUIH KOCI UNTUK MAK...
Haaa....kiranya  sehariab dari pagi sampai petang semua menu berasaskan pulut .Masak beberapa menu dalam hari yang sama...hihihi


Thursday, 29 February 2024

PULUT KACAU GULA APONG UNTUK MAK

 Betul la balik Kedah minggu lepas memang penuh itinerary..Bukan jalan sangat tapi dok rumah pun penuh aktiviti..Paling wajib,balik sat macam mana pun kena juga pi mengai...tak boleh tidak..jadi ketagih...hihihi..Kedai jual umpan cengkerik memang laku keras..jantan betina semua pakat ketagih mengai..

Sebenarnya bila mengai tu jiwa tenang dan boleh kurangkan stress.Mana taknya,mata kita disajikan pemandangan hijau flora dan fauna serta unsur air tempat mengai tu mendamaikan.



Sesambil nak nantikan teduh petang untuk mengai,kita kacau wajik..
Mak saya sebut pulut manis
Mak saya dan orang kampung yang sezaman mak memang panggil wajik ni sebagai pulut manis.Kalau generasi lagi lama dari mak depa panggil nasi manis.Kami pun dulu mengenali wajik sebagai pulut manis atau pulut kacau.Lately ni ja sejak zaman medsos ni ja baru kami pakat sebut wajik...


Buat wajik gula apong atas permintaan mak.Mak dok sebut gula apong yang beli kat Sarawak beberapa bulan lepas masih ada.Pulut pun ada.Kata mak kalau buat pulut manis gula apong mesti sedap.Tapi saya memang perasan dah bertahun mak dah tak ghairah nak masak masak sangat.Banyak makan nasi bungkus dan makanan yang Achik masak.Tapi,kalau saya balik mak akan bersungut la nak makan itu ini dengam harapan saya akan masak.Saya perasan ja yang mak memang suka masakan saya..Hihihi...
Bukan perasan tapi memang perasan🤣

Mungkin itulah antara kelebihan yang saya ada pun..Masak kena dengan tekak mak..Maklumlah,mak dah biasa makan masakan saya sejak umur saya 8 tahun.Walaupun dok jauh tapi kalau balik memang mak hint nak makan masakan saya.
Kali ni dah dia hint nak makan pulut manis...kita buat la jugak sikit..
Buat ½kg pulut ja


PULUT MANIS GULA APONG
½ kg pulut- rendam sekurang- kurangnya 2 jam
½ kg gula apong
( saya  guna 300gm gula apong + 200 gula merah)
1 cawan santan pekat( pati santan)
sikit garam & daun pandan

1. Kukus pulut hingga masak & biar sejuk.

2. Masak santan,semua gula,garam dan pandan hingga mendidih.

3. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan hingga likat bertali.

4. Masukkan pulut dan terus kacau hingga sebati.Campuran gula akan mencair,teruskan kacau hingga kembali pekat dan kental.

5. Sejukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.


Mak suruh guna gula apong sepenuhnya tapi saya pula derhaka.Takut wajik pucat,saya tambah sikit gula merah..hihihi
Santan kena betul betul pekat baru wajik sedap manis berlemak.


Haruman pandan menyerlah.Pandan musim panas lebih harum berbanding pandan musim hujan..


Pokok pandan mak banyak dah kering dipangkalnya..Susah nak amik sebab semak dengan daun pandan kering.Kita pun tunjuk la hero...cari pisau dan bersihkan..Uii berpeluh basah baju dan gatal gatal kena rumput rampai tu sampai kena mandi...Ish,baru berangan nak beekebun bila pencen nanti..macamana ni...baru bersihkan pandan serumpun pun dah kepenatan..🤣



Cerah sikit selepas dibuang daun daun kering..Kalau ikut saya nak pangkas ja biar botak supaya nanti tumbuh anak anak pandan baru.Tapi mak larang Kata ma





Ok..tiba masa masukkan pulut

Kena rajin kacau dan api kena perlahan sebab penggunaan banyak gula akan menyebabkan mudah hangus.
Memang kena selalu kacau kerana lepas masuk pulut,air gula tu akan mencair.Kena kacau hingga kembali pekat..likat dan kental baru dikira masak.Kena rajin kacau..Namapun Lulut Kacau kan...hihihi



Dah kental bolehlah buang daun pandan dan masukkan dalam bekas sesuai.
Dulu kalau kita nak makan wajik,mak yang buatkan..sekarang mak nak makan wajik minta anak buatkan..Begitulah putaran hidup.


Kerana nak masukkan dalam bekas bekas plastik ni...saya biar la sejuk sikit baru isikan dalam bekas tu.Nak isi panas panas takut tercair pulak bekas tu..
Dapat la 4 bekas ni..Isikan ¾ penuh saja.Kalau isi penuh dan padat mungkin dapat 3 bekas sahaja kot..Habis la 1 bekas tu mak ulang ulang makan sikit sikit.1 bekas bagi kat Achik..1 bekas mak bawa ke kebun.1 lagi masih ada masa saya nak balik KL...Kalau cukup sukatan gulanya ..in shaa Allah tak berkulat dan tahan seminggu pun pada suhu bilik..Cuma kalau lama sangat akan bau tengik kesan penggunaan santan segar.Bau tengik minyak tu mak saya sebut bau "peghat"


Wednesday, 31 January 2024

WAJIK SECAWAN PULUT

 Kuih orang lama...

Wajik Gula Putih .
Tak putih sangat sebab bila masak agak lama gula putih macam berkaremel sikit.
Masak wajik ni hari Ahad lepas.


Sebabnya anak jantan tu pi  konvoi motor ke Memtakab ,& Temerloh..


Depa orang muda..Suka la advanture..


Dia dok update depa pi Mentakab..
Semata -mata nak makan kat sini...
Alah..alasan ja tu ..kan?
Kita ni makan garam dulu dari depa🤣


Orang kata makanan kat Pahang mahal..
Tapi macam ni punya nalla....


Tak sampai 20 ringgit pun.
Maknanya bukan la semua makanan kat sana mahal kan..
Tapi kalau makan ikan ikan liar yang exotic..sila la tanya harga dulu kan....
Kang masa nak bayar jangan lemah jantung pulak ...hihihi

Nak ceritanya...sebab tinggal saya sorang kat rumah....tu yang masak wajik secawan pulut ni..
Dah tinggal sorang tidak la kalut nak masak nasi lauk bagai..
Maka ...saya masak wajik secawan pulut.Sebabnya memang guna secawan sahaja pulut..
Teringin nak makan wajik gula putih..



Masa tengah masak,gulanya masih warna putih.



Dah kacau lama sangat...gula mula kuning macam nak jadi caremel dah...


Dah masak nampak warna sedikit gelap..Tapi sebenarnya tak gelap sangat
Dari secawan pulut tu ..dapat la  wajikny satu bekas taufu fa ni
Wajik ni sebenarnya cantik sangat teksturnya..Berkilat dan berkaca pulutnya kesan penggunaan gula batu..Seperkara lagi..bila kita guna gula batu....wajik jadi bersakar cantik dan tidak melengas




Lihatlah ....
Bila sejuk ia membentuk lapisa sakar @ dipanggil bunga gula dipermukaan wajik.Bila potong rentas akan nampak pulutnya jernih berkaca..

Rasa manis berlemak santan kelapa segar memang memancing selera orang tua macam saya....



Wajik Secawan Pulut yang cukup rasa lemak ma is dan berkilat.Wajik macam ni boleh bertahan selebih seminggu pada suhu bilik.Bila mencicip wajik ni seakan sedang makan halwa kelapa...
Biasa orang masak wajik gula melaka atau gula merah kan...
Tapi saya lebih  menggemari wajik gula putih.Lagi lagi yang beraroma pandan atau aroma bunga mawar dan bunga melur.
Makan berreman kopi O pekat @ secangkir teh tanpa gula...memang mengasyikkan

Wajik Gula Putih (Gula Pasir) ni  saya masak inspire lebih 2 dekad yang lalu  daripada Allahyarhamah Dato' Zakiah Hanum...Ada saya ceritkan dalam posting WAJIK GULA PUTIH...kat sini..
Al- Fatihah untuk Allahyarhamah..

Sesuai untuk nak buat dalam sukatan sikit

WAJIK PULUT SECAWAN..

1 cawan beras pulut- rendam 1 jam

1 cawan gula pasir putih

1 cawan santan pekat

1 ketul gula batu sebesar ibu jari

¼ sudu teh garam

1 helai pandan


1. Kukus pulut yang sudah direndam hingga masak (aanggaran ½ jam)Biar sejuk

2. Dalam kuali masukkan santan,gula pasir,gula batu ,garam dan pandan.Masak hingga mendidih.

3. Bila mendidih,kecilkan api dan masak hingga pekat.

4. Masukkan pulut kukus dan kacau hingga kental dan menjadi sebuku 

5. Sejukkan dalam bekas.


* Jika suka boleh maukkan pewarna pink swmasa masak air gula tu.Wajik akan jadi warna pink.

*** Untuk wajik pandan,boleh blend santan bersama 10 helai pandan untuk dapatkan 1 cawan santan pandan.Wajik jadi warna hijau dan sangat harum.


Monday, 29 January 2024

PULUT KUNING KARI KERISIK KAMBING

 Cuti Thaipusam 25 Januari.Cella ada kat rumah sebab balik dari Ideas Hotel tu dia cakap nak ikut  juga ikut balik rumah.


Pagi Khamis masak Pulut Kuning Kari Kambing.Sarapan berdua dengan Cella.Abangnya kerja walaupun cuti umum.


KARI KAMBING KERISIK 

1kg daging kambing

2 paket kecil  rempah kari ayam

1 paket kecil rempah kari ikan

½ kotak santan

2 sudu besar

kerisik

4 biji kentang

garam secukup rasa

1/2 cawan minyak

1 sudu teh gula melaka


Bahan Tumis:

1/2 biji bawang  holland-hiris

5 bawang putih-hiris

1 ketul kecik halia- mayang halus

3 bunga lawang

5 bunga cengkih

10 buah pelaga

1 tangkai daun kari

1 helai daun pandan


1. Gaul daging kambing  dengan sedikit tepung gandum dan cuci bersih.Gaul daging bersama semua rempah kari dan kerisik.Jika kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam

( tapi kali ni saya rebus dulu daging,maka saya tak gaul dengan rempah)


3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis


4. Masukkan daging kambing yang diperap dengan rempah dan kerisik tadi

.

5. Masak hingga naik minyak


6. Masukkan kentang yang dikupas dan dibelah-belah


7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.

( air rebusan)

8. Biar kuah mendidih dan ayam serta kentang masak


9. Tambah garam dan perisakan


10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik



Saya rebus dulu daging kambing waktu malam..Esoknya saya masak kari.Tidaklah saya rebus hingga betul betul empuk..Agak agak ¾ masak sahaja.Esok sambung masak dalam kuah hingga masak sempurna.



Oleh kerana daging dah rebus...Kita masukkan kentang dulu dalam tumisan rempah yang dah naik minyak.Rempah tu juga saya dah campur kerisik  masa bancuh rempah kari


Masukkan air rebusan kambing .Masak hingga mendidih & kentang ½ masak.Masukkan juga daun pandan simpul.Kalau masak kambing selain bawang putih dan halia,pandan ni la penyedapnya.Jangan risau kari ni tak akan rasa sirap walau guna daun pandan.



Masukkan daging kambing yang sudah direbus..Tambah juga santan.



Masak hingga kentang dan daging kambing empuk.Perisakan kuah kari.


Pesan emak dah hampir 4 dekad  yang masih saya amalkan hingga sekarang.Mak pesan masa saya masih sekolah rendah ketika baru belajar masak kari.Kata mak bila kari sudah masak,kecilkan api beberapa minit supaya kuah mendidih perlahan dan naik minyak.



Inilah hasillnya setelah perlahankan api dan biar mendidih perlahan lebih kurang 5 minit..Nampak permukaannnya dah berselaput  naik minyak 




Siap kari kambing pekat berkerisik


Ini saya panaskan waktu tengahari...Kuah makin pekat dan berminyak .Kari elok dimasak beberapa jam awal sebelum dihidangkan supaya kuah pekat dan naik minyak cantik.

Hidangkan dengan Pulut Kuning


PULUT KUNING

¹ kg pulut.

2 asam keping

2 sudu kecil serbuk kunyitk

¼g santan pekat segar

1 sudu kecil garam

1 sudu makan gula

1 pandan



1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam


2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.


3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.


4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.


5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.


6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati





Tengah feel meratah gulai kambing yang pekat berminyak ni...Adah VC tanya masak apa cuti cuti ni


Tunjuk la kat dia saya masak  
Tumeric Sticky Rice with Tick Lamb Curry....
Pura pura merajuk la dia....Hihihi


Dia dok tunjuk baru balik Pasar Tawau...beli ikan mabong yang baru naik jeti..
Ikannya besar besar,masih hijau dan berlendir katanya...sekilo RM10 sahaja..
Kat sini mabong mata dah merah perut dah pecah pun RM20/kg.


Udang tak tinggal la dia...
Makan lah puas puas sementara Allah bagi rezeki bermastautin kat tempat seafood segar dan murah.