Sunday, 23 February 2025

BUKAN KETUPAT RAYA

Tahun 2025 ni macam kerap pulak balik Kedah.Bulan Januari lepas 3x balik..Februari pun balik minggu lepas.

Kebetulan memang minggu lepas ada balik Kedah & ada bawa balik daun palas.


Bila dah teringin...malam malam pun jadi buat ketupat palas.hihihi..
Ni saya buat beberapa hari lepas Balik kerja terus sap sup sap...siap..!
Tapinya takda la rendang bagai..Hanya cicah sambal sardin .


Buat pun haanya ½kg pulut sahaja.Dapatlah dalam 20++ pcs.Saiz pun comel comel sahaja swbab saya balut ketupat versi Pantai Timur..

Sebenarmya teringin nak makan KETUPAT PULUT HITAM tapi dah dekat seminggu Cella order pulut hitam ketupat kat shopee tak dapat-dapat..Sekali bila dia check ..rupanya saler cancel order tak bagitau ..hmmmm kempunan.

Ni suruh dia order semula kat kedai lain pulak ..dah esok baru depa nak pos...Mmm...harapnya sebelum puasa dapat la buat ketupat pulut hitam tu...

Apapun,Alhamdulillah makan la dulu ketupat pulut biasa buat hilang kempunan...Video ketupat ni ada saya upload kat youtube channel saya ...

👇👇👇👇

1 comment:

  1. Adoi, terbayang sedapnya ketupat palas yg direbus. Masa balik kampung tak beli pulut hitam ke, Mak Ngah? Takut yang kat Shopee tak ok, hehehe.

    ReplyDelete