Showing posts with label NOSTALGIA. Show all posts
Showing posts with label NOSTALGIA. Show all posts

Friday, 11 September 2026

MASAK & MAKAN KAT KAMPUNG

 Sudah beberapa hari tak boleh nak update blog...Bila nak upload gambar .jadi kosong..

Minggu lepas tak boleh nak kom3n & reply...Kemudian tak boleh upload gambar.Taktau pasai apa...Semalam dan malam tadi masih tak boleh upload gambar....Ni baru ok..baru boleh




Share dan simpan menu lunch keluarga kecil kami di kampung minggu lepas masa balik cuti bersambung Hari Merdeka 31 Ogos.Walau tak cukup korum tapi  sudah cukup membuat mak bahagia dan makan bertambah.




Mak tidur kat rumah kami di pekan.Tapi pepagi mak dah gerak balik kampung menunggang motor sekitar 20km..Mak call,dah masakkan sambal tumis udang + petai.
Memandangkan makndah masak sambal petai...Saya pesan Achik supaya jangan beli atau masak apa apa lauk dah kerana saya akan masak kari dan goreng ayam.Cukup lauk itu sahaja...!


Sebelum balik kampung,saya singgah Merket Pendang beli ayam dan ikan
Seekor ikan tuna saya masakkan kari + rebung.Masyaa Allah,dah lama tak makan gulai rebung...Rasa sedap sangat dapat makan lauk nostalgia ni..



Rebung liar a.k.a orang kampung kami sebut rebung hutan.Dicari oleh adik jantan bongsu nan sorang tu.
Keistimewaan rebung hutan ni tidak "berbisa" macam rebung madu bagai.Orang tua-tua di kampung kami lebih suka rebung hutan kerana kat depa ,makan rebung buluh madu sakit urat,kembung bagai.Tetapi kalau rebung hutan ni in shaa Allah tak sakit urat..Wallahualam...saya ni  rebung apapun makan belaka...hihihi





Ayam goreng wajib ada ...Aqil suka ayam goreng
Sepupu Aqil...mak sedara Aqil ni pun suka ja kalau ayam goreng kat kampung.

Tak tau pasai pa,kalau ayam kat merket Pendang tu saya rasa sedap sangat bila digoreng..juicy,manis dan garing sekata.Jangan pelik kalau ke pasar @ beli ayam belah Kedah ni memang ayam nampak warna kuning tau!
Depa akan sapu kunyit kot ke apa ker & layur atas api untuk bakar bulu bulu halus pada ayam dan ayam akan ada bau macam smoke gitu la...Seingat saya memang dulu kalau sembelih ayam kat kampung lepas cabut bulu ayam,memang kena hidupkna api...ayam akan dilayur sebelum potong dan basuh.Sekarang kalau kat pasar takda la depa hidupkan api macam dulu..sekarang depa susun ayam atas redai & depa guna penunu besar untuk "spray" api pada ayam....
Ala,yang macam chef sembur api nak cairkan gula atas dessert cream brule tu... saya tak tau nama sebenar alat tu🤭😄



Makan di kampung tidak sah 
kalau takda ulam..Maka nak bagi sah ,kena la ada ulam🤭🤣
Semua ulam tu petik ja keliling rumah mak,kecuali putik jagung tu saya beli.Asalnya saya nak buat SAYUR LEMAK PUTIH PUTIK JAGUNG bersama suhun yang mak selalu masak dulu dulu...Tapi sebab dah ada gulai ikan tuna dan sambal udang,tak jadi masak sayur lemak putih tu..Saya rebus jadikan ulam...Sedap banget! Selalu juga saya rebus putik jagung buat ulam tapi tidak sesedap yang kali ni.Mungkin putik jagung ni fresh baru petik agaknya
Selain tu ulam lain yang saya sediakan:
- Pucuk beka rebus
-Pucuk ajinomoto rebus
- Rebung rebus
- Pucuk samak( yang ni ulam mentah,)
-Terung Siam( ulam mentah)

**Cabai timbuk (sambal belacan) tu haruslah air tangan mak...Baik saya maupun Achik kalau buat takkan sama macam mak buat.Kalau balik kampung akan merap mak tumbuk cabai...hihihi


Sebab dah pesan Achik tak payah beli atau masak lauk,Achik bawa tembikai buat dessert...



Alhamdulillah....Allah masih beri kesempatan dapat makan bersama  di kampung...Allah kurniakan nikmat berselera setiap kali makan di kampung...(padahal makan kat mana mana pun saya ni jarang tak berselera)🤭🤣



Sarah juga,masih tak boleh move on seronok dia beberapa hari kat kampung semua orang "meratukan" dia....Semua melayan dia sorang... Achik bawa meronda keliling kampung....tengok ayam,lembu ikan bagai.....Dia hari-hari "berzikir" nak "balik tampum,jumpa onyam...Achik...naik oto"




Thursday, 3 September 2026

MAKAN KENDURI RUMAH DOLLAH CHAH SAMBIL MENJEJAK JALAN-JALAN KENANGAN MASA LALU

Saya anak beranak suka sangat kalau ada jemputan kenduri.Asalnya plan penuhi pelawaan Chu Hafizah ke Trengganu pada 29 Ogos,tapi ada kekangan tak dapat join.
Memandangkan kat kampung mak juga dapat jemputan kenduri hari Ahad 30 Ogos,kami bergerak seawal sebelum subuh dari KL menuju Kedah

Alhdulillah,balik kena dengan ada kenduri di kampung kat rumah yang orang kampung panggil Dollah Chah...Memang dikampung jenis sebut nama suami dan isteri..Makanya Dollah Chah tu pasangan suami isteri .Seingat saya sejak dari zaman remaja hinggalah sekian lama juga jika ada kenduri di kampung dan kampung kampung lain sekitar, Dollah adalah orang yang sentiasa dipertanggungjawabkan menghantar kad jemputan ke seluruh penduduk kampung kami.Dulu jemputan hanya "jemput mulut" sahaja iatu disampaikan mulut ke mulut.Menjelang 90an baru ada jemputan guna kad. Cuma sejak Dollah dah lanjut usia,tugas tersebut beralih kepada seorang warga kampung yang lebih muda.Kerja ini adalah tetap tetapi tidak berbayar,apa lagi berpencen.
Tapi jika ada common sanse ada la yang hulur duit petrol habuan  tukan jemput tu isi minyak motor nak ronda satu kampung menjemput🤭

Minggu lepas tengok dalam group whatsApp kampung...warga kampung menjalankan mesyuarat seperti dulu-dulu untuk membincangkan menu dan menetapkan AJK semasa hari kenduri.Katanya 2 ekor lembu ditumbangkan ...


Kena parkir jauh ke kebun sawit kerana kami sampai peak hour sekitar 1.00 ++
Kami anak beranak,saya,cella,Adah & Sarah je balik...Dikernakan Pakcik & Aqil tak ikut pergi kenduri,kami .parking kat rumah Achik & naik kereta baru Achik bersama Achik & Haikal  ke kenduri😍..
Mak dah pergi dulu sari Pendang "merempit" sejauh +- 20km  dengan motor.Kerana kenduri ni kat kampung mak,mak memang akan pergi awal..

Nampak bumbung hijau di celah pokok kelapa sawit tu....itulah balaisah( surau) tempat saya dan Achik serta anak anak kampung kami belajar mengaji muqaddam,al-qur'an dan fardhu ain sejak darjah 1 hingga darjah 6.




Inilah simpang 3 Pokok Jentik yang pe4nah saya ceritakan dalam posting BUAH JENTIK NOSTALGIA..
Menyusuri jalan ni sambil berjalan kaki dari parkir kereta bawah pokok kelapa sawit...seakan kembali ke zaman kanak-kanak dulu...



Pandai juga Ai ni yer...bila AI buatkan gambaran ni masa dalam postong buah jentik tu padahal smasa tu saya hanya bagi gambaran melalui penuliaan dan bukannya ada gambar jalan ni pun...masya Allah


Tetiba saya terpa dang pokok bunga jari lipan ni tumbuh liat melilit ranting kayu di tepi jalan...
Subnanallah....kerana setelah sekian lama saya mencari dan merindu bunga ini.Sudah banyak kali saya mengGoogle tapi tidak ketemu kerana saya tidak tahu nama standard bunga inj...Dulu kami memanggilnya bunga "jari lipan" kerana faun ya seakan jejari lipan.Setiap kali memandang bunga ini ada satu rasa yang paling halus dilubuk hati kecil tetapi saya tidak pasti apa peraan itu.Hanya rasa ingin menangis,ingin menatap bunga ini lama lama dan semakin dipandang semakin dalam rasa itu..tetapi saya tidak dapat mentafsirkan apa peraaan itu😭 dan kenapa perasaan itu hadir tiap kali menatap dan teringat akan bunga yang satu ini...



 
Dulu kami short cut dari rumah di kampung lama nak ke balaisah kami akan lalu menyeberang kawasan bendang yang luas dan mendarat di sebwrang sini dan menyusur celah kebun dan beberapa rumah serta kedai Pak Lang Li
Sejak habis sekolah rendah,rasanya saya tidak pernah lagi melalui kawsan ini kerana lorong denai ini hanya boleh diakaes dengan basikal dan jalan kaki..Bawah pokok kelapa tu lah kami lalu & rupanya selapas empat dekad berlalu rupanya pokok kelapa tu masih berdiri di situ 
Pokok stoi yang tinggi antara dua pokok kelapa itu juga sejak dulu sudah ada.Cuma ketika itu tidaklah setinggi dan sebesar itu.
Rumah bumbung putih itulah dulunya tapak kefai runcit Pak Lang Li tempat saya dan Achik jual skrap yang mak motong.Masa tu mak berhenti   motong getah pawah kerana sedang sarat mengandungkan adik bongsu. Kami usung menggunakan sebatang kayu.Saya didepan & Achik di belakang & tengah-tengahnya  sekampit skrap(getah buku) hasil mak motong  di kebun mak yang  hanya tinggal sekangkang keta kerana getah yang lain di tebang untuk tanaman ubi kilang(ubi kayu yang berkanji dan tidak boleh dimakan mentah kerana pahit dek kaya dengan kanji).Satu kampit getah skrap tu lebih kurang ½ guni baja dapatlan dalam $2.00(dulu guna simbol $ sebelum diganti RM)  .Dari hasil jual getah skrap tu lah mak berjimat buat belanja dapur dan belanja sekolah.

                              pic google

Mak upah kami 10sen dan biasanya kami alan beli  sebatang air pop macam dalam gambar atas.Bukan sejuk pun kerana kamping kami tiada elektrik pun.Air dalam bekas plastik sepanjang sejangkal tu kalau ikutkan sekali tegul sahaja tapi kerana berkongsi dua orang kami minum sikit sikit bergilir-gilir sambil berjalan merentas bendang untuk balik ke rumah selepas jual skrap.




Kami meneruskan perjalanan  lebih kurang 100m dari parkir untuk sampai ke gerbang  bunga ini.


Dari jauh sudah terdengar suara DJ menjemput para tetamu  menjamu selera




Memasuki gerbang itu,para tetamu  disajikan dengan persembahan "Gemdang Keling" & tiupan serunai tradisi slzaman dulu-dulu.Bagaikan kembali ke zaman lampau dimana bagi wrga yang berada pasti akan ada persembahan silat,gendang dan serunai semasa majlis perkahwinan.





Jom la dengar bersama irama gemdang keling dan tiupan serunai  tu...


Alhamdulillah,dapat tempat duduk walau dihujung khemah


Pinggan Achik...


Pinggan saya haruslah lebih banyak dari Achik🤭.
Sengaja memilih perut panjang dan perut tuala dalam gulai tu...hihihi


Menunya:

1. GULAI DAGING(KARI) + BATANG PISANG ( sebenarnya umbut pisang)

2. PEJERI REBUNG BETING

3. ANEKA IKAN MASIN

4. ANEKA ULAMAN & SAMBAL BELACAN

5. MIHUN SUP

6. APAM BALIK



menu lain saya tak pasti sebab saya hanya menunggu dimeja hihihihi




Paling rare...ulam ni....kami sebut ulam pucuk "mejey"
Rupanya seakan daun sup tapi baunya seperti herba..
Dah sekian lama tidak menjamah ulam kesey ni.Ulaman yang sangat jarang jumpa orang jual kerana ianya ulaman liar dan tak semua tempat ada agaknya..




Saya sampai menambah pajeri rebubg beting yang sangat sedap ni...Dah terlalu lama tak makan pajeri rebung...apa lagi rebubg beting ni.Rebing beting antara rebung yang bersaiz jumbo.ada yang sebesar  pangkal batang pisang tetapi kebanyakan saiz peha orang dewasa.




Harus lah ada mihun sup utara.Dua ekor lembu pastinya banyak tulang temulang dan dagingbuntuk dijadikan sup.
Ada menu lain lagi yang saya tak pasti..Memasing kekenyangan makan lauk lauk nostalgia..Haikal ambil  apam balik 3 pcs untuk share beramai pun dah tak habis dek kekenyangan.



Besebelahan khemah yang kami makan tu ada longgokan kulit batang pisang..



Pastinya ini semalam adalah aktiviti mengoyak dan mengupas batang pisang intuk mendapatkan umbut pisang hutan yang dimasak gulai bersama daging...






Di belakang pagar tu masih ada pokok durian dan pokok kelapa yang pernah saya lalu di bawahnya  ketika sekolah rendah.Berhampiran pokok durian tu dahulunya berdidi gagah sepohon pokok bunga tanjung...Saya pernah sekali  mengutip bunga tanjung semasa musim kemarau ketika bersama sepupu saya Kak Tah  membasuh kain dan menumpang mandi di telaga Mak Lang Mahani ketika musim kemarau.Dulu kalau kemarau sekitar bulan Disember hingga Mac memang hampir semua telaga di kampung kering.Hanya beberapa buah telaga yang berhampiran paya masih ada air termasuk telaga Mak Lang Mahani ni..Pernah  kampung kami mengalami kemarau panjang semasa saya darjah tiga. Ketika itu seluruh warga kampung hanya bertumpu  ke sebuah paya di tengah baruh sana untuk mendapatkan bekalan air dari satu satunya telaga  besar yang digali secara bergotong royong dan menjadi satu-satunya sumber air untuk seluruh waega kampung dan juga sumber minuman haiwan ternakan dan haiwan liar yang sama berkongsi sumber air.Pernah saya ceritakan dalam posting MENJEJAK KENANGAN ...kat sini


Tengah menjamu selera terdengar pengumuman DJ bahawa pengantin dah sampai.Di kampung kami ketibaan pengantin @ waktu bersanding memang selepas Zohor.Kalau zaman 70-awal 80an lagi la....Bersandingnya jam 3.00 pagi...Ada tak yang  sempat lalui zaman ni???
Hehehe..kalau sempat maknanya umur dah berapa tu ?...hihihihi




Ketibaan pengantin disambut dengan "tembakan meriam 21 da"( sebenarnya  diganti bunyi mercun bola🤭) dan juga  pencak silat dari pesilat belia dan pesilat cilik dihadapan pengantin.Ada pelaminan di dalam rumah tapi kami todak menjenguk pun dalam rumah ..hihihi

Usai makan,tetiba Achik tunjukkan kelibat guru qur'an kami yang mengajar kami mengaji qur'an dan juga fardhu  Ain  di balaisa PAS semasa kami masih di sekolah rendah.Nama penuhmua Kassim bin Yahya.Tidak pasti asal beliau dari Senggora Thailad atau dari Sumatra Indonesia tetapi masa beliau mengajar kami  beliau masih muda.Kini mungkin umurnya sudah lebih 80...Kami tidak memanggil.ustaz seperti kebiasaan  tetapi kami dan semua yang mengaji di balaisah tu memangggil beliau dengan panggilan " Lang Chin".


inilah wajah guru qur'an kami yang pertama.Dari beliau kami mengenal Alif Ba Ta dan asas Rukun Islam dan Rukun Iman.Bertegur sapa bertanya khabar beberapa minit,Achik sampaikan sedikit sagu hati sebagai tanda terima kasih.Tidak terbalas jasa dan ilmu jariyahnya.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan mudahkan urusan beliau...





Sebelum meninggalkan rumah kenduri...sekali lagi kami melintasi kumpulan gendang keling dan serunai.Tiupan serunai mendendangkan melodi lagu nasyid lejen El Suraya yang berjodol " Kasih Ibu Bapa" sangat menggamit nostalgia.Ingat lagi tak nasyid  lagu nasyid El Suraya tu?..Kalau tak ingat meh saya share link lagu El Suraya tu....EL-SURAYA - KASIH IBU BAPA

Allahu Akbar ...Masyaa Allah...Tabarakallah...Alhamdulillah....

Makan kenduri kali ini sungguh terasa seperti kembali ke kenduri zaman kanak-kanak dulu.Walaupun dulu jarang ada kenduri kahwin tetapi sesekali kenduri memang meriah dan kekal dalam kenangan.

Sungguh..,

Makan kenduri kali ,bukan sekadar makan kenduri  semata-mata...Tapi Allah kirniakan lebih dari itu...Asbab kenduri ini,kami dapat kembali menjejak lembah,lorong,dan denai-denai kenangan yang sudah lama terbenam dalam lumpur ingatan.Tak pernah terduga saya akan kembali melihat bekas bekas laluan zaman kanak-kanak yang telah ditinggalkan berdekad lamanya.Tak pernah terfikir Allah masih sudi memberi.kesempatan menonton semula sisa-sisa lukisan alam masa lalu yang pernah kami ada didalamnya..
Segala puni bagiMu ya Allah..!!!


Wednesday, 5 August 2026

BUAH JENTIK & NOSTALGIA

 Saya antara orang yang suka sangat mengenang cerita cerita dan kisah kisah lama .Rasa bahagia bila mengenang kisah lama.Tidaklah ingin kembali lagi ke zaman lampau tapi mengenang kisah lama mendatangkan kebahagiaan.

Baru baru  ini bila scroll Tik Tok (TT) nampak ada orang jual buah jentik...

Masyaa Allah...hati bagai turut dijentik kerana buah jentik ni antara buah yang ada kenangannnya di zaman lampau.Memang susah dah nak jumpa krang jual buah jentik walaupun di kampung Ini kerana buah jentik ni dah tergoling antara buah nadir(buah yang hampir pupus)


Buah Jentik in the house..


Saya beli buah jentik di platform TT pada minggu lepas.Selang dua hari parcel buah jentik ni sampai.Gembira hati berbunga bunga.Sangat bersyukur kerana tidak menyangka saya masih dapat menikmati buah jentik ini lagi.Kali terakhir menikmati. uah jentik ni dah hampir 10 tahun rasanya..Itupun dapat rasa sebab balik kampung kebetulan pada musimnya dan mak beli simpan semata umtuk saya kerana mak tahu saya menyukai buah biahan nadir ni.
Lepas tu memang dah lama la tak jumpa lagi buah jentik ni..



Hinggalah minggu lepas nampak live kat TT ada saler dari Baling Kedah open order buah jentik ½kg RM9
Tak tunggu lama terus order..
Dua hari kemudian selamat sampai

Membuka parcel buah jentik ni bagai membuka lembaran nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

Di kampung saya ada sebatang pokok jentik sebesar 2 pemeluk dewasa di simpang tiga jalan berhampiran rumah Ton Mat Khirk.Pokok jentik besar tu dah berpuluh tahun  tumbuhnya didalam tanah milik Tok Daim.Tapi dek pokoknya di tepi jalan maka,setiap kali tiba musim buah jentik masak,kami yang kanak-,kanak ni akan sentiasa menanti buahnya.Dikernakan pokoknya yang tinggi melangit,maka kami mengaharapkan tupai dan lotong menjatuhkan tangkai tangkai buah jentik yang keorenan tu.Biasanya tupai dan lotong akan lebih dulu tahu buah jentik masak.Mereka yang akan berkenduri sakan atas pokok tu.
Kuasa Allah menjadikan pokok jentik ni walau jarang jumpa pokoknya tetapi kalau sekali berbuah,sepokok tu memang berpikul-pikul ( ukuran lama pikul sudah diganti metrik tan) Sepikul bersamaan 100kati.1 kati lebi kurang 600gm..So,darab lah sendiri🤭
Kalau sekali berbuah memang tak nampak daun..hanya nampak buah jentik berjulai julai macam buah rambai tapi berwarna orwn dan lebih kecil dari rambai 

Ketinggian pokok tu tidak.memungkinkan untuk dikait dengan galah.Satu-satunya cara menuai buah jentik ni adalah dengan memanjat pokoknya.Bukan semua orang berkemahiran memanjat pokok sebesar balak dan setinggi bangunan empat tingkat tu.Biasanya tuan punya pokok akan upah orang panjat pokok tuai buah jentik.Tukang panjat akan bawa naik baldi yang diikat tali panjang  ke atas pokok.Buah yang dipetik akan dimasukkan dalam baldi dan hulur ke bawah guna tali panjang tu untuk elak buah rosak.Kat bawah pokok tuan pokok la akan tunggu dan sambut baldi buah dan susun dalam raga sebelum dipawa ke pekan untuk dijual.Kalau buah yang orang oanjat tu tak berani la kami nak minta setangkai dua...Kerana itulah kami yang kanak kanak ni amat mengaharapkan jasa baik tupai dan lotong untuk menjatuhkan barang setangkai dua buah jentik yang lebat tu.CmKami memang akan melalui simpang tiga yang ada pokok jentik tu kernaa itu memang laluan kami berbasikal ke surau untuk ngaji qur'an lepas balik sekolah kebangsaan
Dulu kami takda KAFA tapi kampung kami kerajaan sediakan juga kemudahan lanak-kanak ngaji qur'an tajwid.Ada ustaz dari kampung sebelah datang ngajar kat surau kampung kami iaitu Surau PAS.Kalau yang dah pernah baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu kampung saya ada dua surau iaitu Surau PAS dan satu lagi Surau UMNO...(Tapi tu kisah lama zaman 70-80-an dulu la..)

Pokok jentik tu juga menjadi meet point bagi sesetengah penduduk.Contoh berjanji nak ke mana mana ..pokok jentik tu menjadi penanda tempat menunggu keranan letaknya di simpang jalan utama.

Musim kemarau...bawah pokok jentik tu adalah port gerai ais kacang.Ais kacang tu kalau sekarang disebut ABC.Dulu dipanggil ais kacang kat kampung kami seban bahannya hanya air yang disagat menggunakan mata pengetam kayu( boleh google ais kacang/cendol zaman dulu).Yang uniknya waeung ais kacang ni hanya timbul bila masuk musim kemarau bermula bulan Disember hingga bulan Mac.Masa tu iklim Malaysia masih konsisten..Bila musim kemarau yang juga disebut musim angin timur dah tiba akan nampak lah Man Tok Chat akan baikinwarung ais kacangnya bawah pohon jentik tu...Atap rumbia untuk kawasan pantrynya manakala tempat duduk pula dibuat bangku panjang dan meja panjang menggunakan anak anak kayu dan batang kayu bulat.Ada la beberapa set kerusi meja kayu tu bawah pokok jentik.Keruai meja ni open air takda bumbung sebab musim kemarau hujan tak turun.Hanya mengharap teduh panas dari bayang pokok jentik yang rimbun menjulang tu sahaja.

Ais kacang pun simple sahaja.Ais sagat + kacang merah rebus,sikit jagung krim dan sirap merah serta sirap gula melak.Diakhiri sikit siraman susu pekat.Jangan pelik kerana ais kacang ni tak hidang dalam mangkuk ,sebaliknya dalam gelas...hihihi.
Kalau yang nak air sirap pun ada tapi disebut " ais manis " ada juga sebut ais katuk.Sebabnya air airap ni dibancuh menggunakan sirap merah dari ais kacang tu dan ketulan ais phla adalah dari sisa ais yang dah tak boleh nak sagat sebab dah kecil.Maka ais ais tu la dikatuk( ketuk) dengan spana dan masukkan dalam gelas+ sirap merah & air.

Yang berada sikit boleh la minum air menet(lamonet) dalam botol.Ada pilihan oren,aiskrim soda,sarsi dan air lamonet warna putih..Dulu kami sangkakan tu air tepung...Dah dewasa baru tau tu air kacang soya🤭🤣

Tiap kali kalau balik kampung kena pula musim kmarau...bila melalui simpang tiga pokok jentik tu,pastinya bayangan masa lalu akan terbayang dimata..Walau landscape simpang 3 tu dah berubah,pokok jentik besar sudah lama hilang hayatnya diganti  kebunan durian musang king,namun bayangan warung ais kacang Man Tok Chat masih jelas dalam ingatan.


Saya cuba beri gambaran tu bersama gambar buah jentik yang saya beli ni untuk di Ai kan...
Namun kurang menepati suasana kerana pokok jentik yang dalam bayangan tu tinggi menjulang..
Saya cuba lagi...


Akhirnya dapat lah  sekitar 80% ketepata suasana tu...Lagi 20% tidak tepat pada bahagian jalan tu ..Jalan tahun 8p-an di kampung saya hanya lorong tiada tar.Kalau sekarang ya dah da mini tar.
Lain lain tu hampir menyamai lanscape warung ais kacang Man Tok Chat  bawah pokok jentik Tok Daim di simpang tiga jalan dekat rumah Ton Mat Khirk....
Tapi harga yang terpaoar pada warung tu harga tahun 2000-an tu ..
Zaman saya sekolah rendah ais kacang sagat yang Man Tok Chat jual sekitar  20 sen sahaja.20 sen pun besar nilainya...Air lamonet botol tu baru 15 sen hingga 30 sen sebotol.Botol kaca tu pun boleh jual semula kat Keling Botoi yang akan masuk kampung seminggu sekali.Sebiji botol  boleh jual dengan harga 5 sen.Tin minyak masak segelen tu Keling Botoi amik dengan harga 20 sen...Kasut sandle yang putus pun jual laku yer...sebelah 5 sen...tapi selipar Jepun pulak,taktau pasai pa  Keling Botoi takmau beli...hihihi


Teknologi dan pembangunan ..kadang menghilabgkan  masa lalu...Namun kadang kalau kena caranya...teknologi juga mampu mengembalikan masa lau...🤲

Friday, 7 November 2025

AKAR SERUNTUN/PATAWALI

Genarasi muda rasanya ramai dah tak kenal akar seruntun a.k.a akar patawali.

Kalau dulu kat kampung-kampung & dalam hutan akar seruntun mudah ditemui...Namun kini banyak musnah dan sukar ditemui kerana hutan-hutan pun dah banyak gondol.
Kat kampung saya pun rasanya tumbuhan yang satu ni dah takda dah dalam hutan...
Orang kampung menggunakan akar seruntun sebagai ubatan herba .Boleh tanya Google @ chatgpt...

Namun saya masih beruntung kerana masih dapat lihat  akar seruntun /patawali ni...
Bukan kat kampung...tapi kat tempat kerja yang baru ni....dipinggir Bandaraya Kuala Lumpur
Untungnya juga saya masih kenal dengan alar seruntun ni kerana saya asalnya anak kampung dan suka ambil tahu tentang tumbuhan terutama tumbuhan hutan...


JLebih empat bulan yang lalu iaitu harinke-dua melapor diri di sini....ketika meninjau kebun kelapa sawit di tepi pagar ..saya ternampak juntaian akar menggerutu ni...

Setelah diamati,yakinlah saya ianya tumbuhan akar seruntun atau patawali...


Akar Seruntun....a.k.a Patawali..
Bentuk daun....rupa batang berbentuk akar yang menggerutu.....



Handphone murah + tak pandai nak fokus...jadi kelabu gambarnya ..
Akar seruntun yang menggerutu tu...


Berjuntai-jintai akarnya menanjat banir pokok kayu bersaiz pokok balak ni...
Tiada siapa pedulikanmya..Bila ditanya pada pada rakan rakan yang lain pun tiada siapa mengenali tumbuhan ini dan mereka langsung tidak berminat untuk mengetahuinya...
 Hanya sahaja saya yang memerhati penuh minat terhadap tumbuhan ini...
Kalau dari tingkat satu tu..buka tingkap pantry memang nampak jelas pokok ni kerna hanya sekitar 30 meter jaraknya ..



Belanja video ..akar seruntun atau patawali Dihujung video tu kelihatan  buah saga yang sudah kering menampakkan biji biji saga bewarna merah.Juga selalu saya kutip  biji biji saga tu sekadar suka-suka sambil.mengenang  zaman sekolah rendah cikgu Matematik selalu suruh bawa biji saga atau biji asam jawa buat mengira.Kalau takda sangat bawa la lidi-lidi yang dipotong saiz sejengkal untuk mengira dan memahami konsep  +-x÷.





Saturday, 13 May 2023

BUAH KERIANG LADA,KERIANG MATA ITIK & KERIANG DOT

 

Balik kampung masa cuti raya 2 minggu lepas memang terasa nikmat sangat.


Antaranya kerana saya dapat menikmati buah keriang kampung atau dikenali sebagia keriang lada 

Buah nadir yang dulunya zaman kanak-kanak menjadi kudapan kami bila tiba musimnya.Buah keriang ni selalunya berbunga pada bulan Mac dan masaknya pada bulan April ketika perubahan angin monson timur laut.

Puas hati dapat makan buah keriang ni setelah lebih suku abad tidak menikmatinya.
Dulu,kiranya inilah blueberry kami🤭
Makan sampai gigi dan lidah keunguan warnanya memang tak tumpah macam blueberry.Kalau kena pada baju yang putih,maka kekallah tompok warna ungu tu.Swlalunyabmusim buah keriang ni ada la poket seluar atau poket baju yang bertompok ungu kesan buahbkeriang  yang memang takkan hilang walau dicloroxkan...hihihi


Selalunya musim buah keriang ni sama ada ketika padi sedang masak atau ketika baru habis musim menuai padi.Menuai padi tu kami sebut sebagai "musim mengerat" sebab dulu rumpun padi dikerat dengan sabit.Bila dah modern sikit dah tuai padi dengan mesin,pakat sebut pula "musim amik padi".
Buah keriang yang baru berputik berwarna hijau dan akan bertukar merah bila membesar dan seterusnya warna hitam bila sudah masak ranum.
dalamnya.Rasanya manis dan sedikit kelat.
Saiznya lebih kurang sebesar kacang peas dan ada seketul biji di dalamnya.Bijinya kecil sahaja dan ada yang malas nak buang terus makan dan telan bersama bijinya.Jika telan bijinya,masalah akan timbul keesokkan hari masa nak " berry"..🤭
Sebab bijinya kecil yang  sebesar kacang hijau bubur tu ditelan banyak..maka masa nak berry...memang siksa jadinya🤣🤣🤣🤣sembelit.
Tapi masa kanak-kanak..takat sembelit tu apa ada hal..!!!
Biji moktan hutan,biji sentul dan biji remia pun kami telan..sembelit tu lain cerita..hihihi
 Tu kisah generasi kami dan yang lahir tahun 80-an dan sebelumnya.Generasi melenium dah tak hadap nak makan tu semua.
Buktinya banyak buah-buah nadir macam buah keriang ni gugur bertaburan atas tanah..depa tak sudi nak makan.Burung pun tak larat nak makan.Namun bagi saya ..buah keriang ni antara yang saya rindukan...Tu sebab bila mak bagitau pokok keriang ni berbuah lebat,meggelitik saya nak pi..


Jumpa pokok keriang ni kat tepi jalan dekat dengan port mak mengai ikan lampam.Pokok keriang ni tumbuh atas  rizab jalan dekat sungai/tali air tempat mak mengai/memancing.
Masa balik otw balik kampung pada 30 Ramadhan tu,mak bagitau dekat port mak mengai ada pokok keriang lebat berbuah dan buahnya dah masak hitam.Sukanya hati saya kerana yang mengidamkan buah keriang ni dah lebih dua dekad lamanya. Tiap kali balik kampung bukan pada musimnya.Pernah nampak pokok keriang berbuah lebat tapi sayang di bendang orang & nak minta pun tak tahu siapa tuannya.
Ni dah jumpa pokok yang memang tumbuhnya atas rizab jalan dan rizab sungai,maka saya tak lepaskan peluang 



Nasib bertambah baik bila pokoknya menjulai ke tanah dan dapat dicapai tangan 


Gigih mak patahkan ranting-ranting keriang yang mengandungi buah keriang masak ni.


Tunjuk kat Cella,dia langsung tak teringin nak mencuba..Hanya dia snap pic & up kat IG katanya..

Lepas maghrib malam raya tu,saya dan mak memang mengadap buah keriang ni..Makan sambil cerita tentang pokok keriang yang pernah jadi tempat berkumpul seluruh warga kat kampung bila tiba musim.

Termasuklah POKOK KERIANG BESAR ATAS KUBUR yang dah tumbang tu.Pokok keriang atas kubur tu memang bebuah lebat masa zaman hidupnya masih gagah.Buahnya dah la besar-besar,manis pulak tu.Maklumlah berbajakan mayat..Hukumnya memang tak boleh makan buah yang pokoknya atas kubur dan bernutrienkan mayat dibawahnya tu..

Mak saya memang larang saya dan adik beradik agar jangan makan buah-buah yang pokoknya atas kubur...Tapi masa tu seronok ikut kawan-kawan mana kira hukum..tau makan ja..bila diingat sekarang ni...🤮🤮🤮 buah keriang tu.. 

Semoga Allah ampunkan kekhilafan kami di zaman kanak-kanak itu.


Khabar sedih yang saya terima daripada mak pada minggu lepas.Kata mak pokok keriang yang kita amik buahnya tu dah ditolak broza(buldoza/jentolak) sebab tengah projek nak besarkan jalan.( kalau tengok video mak say petik buah tu pun nampak bahu jalan dah bertanah merah untuk besarkan jalan.).Hilang lagi sepokok tumbuhan nadir dari mukabumi ini😭😭😭
Saya dah tak nampak lagi dimana adanya pokok keriang spesis tu di kampung kami


            pic google.

Yang ada pun hanya keriang hibrid macam ni sahaja yang kami oanggil keriang mata itik.Kat bawah pokok stey di tepi rumah mak kat kampung ada sepokok keriang mata itik ni.Pokoknya mudah membiah dan pokok setinggi pinggang pun dah berbuah..Buahnya hampir sama tapi bentuknya leper berbanding keriang lada yang lebih bulat.Rasa keriang mata itik ni agak hambar dan tidak sesedap keriang lada.


Ni pula keriang dot..
Achik post kat family group bagitau ada orang bagi kat Achik.percuma sahaja kerana kat rumahnya pokok keriang dot berbuah lebat..
Masyaa Allah...kata Achik kalaulah dia tau awal,pasti dia bawa saya pi rumah tu untuk saya kait sendiri buah kwriang dot yang lebat tu kerana sekarang memang musimnya.Apakan daya bukan rezeki saya..



Rezeki saya hanya dapat tengok pokok keriang dot ni depan mata masa MAKAN KENDURI @ PERLIS...pada syawal ke 5 baru ni

** Untuk makluman juga kat Kedah ada Gunung Keriang .Tak tau la sempena nama keriang lada ka...keriang mata itik atau sempena nama keriang dot..
Yang saya berhampiran Gunung Keriang tu ada MUZIUM PADI..
( tapi tengok kat google kata tutup pulak )
Kami pernah ke Muzium padi tu masa Cella masih kat sekolah rendah lagi..Tapi sayang dah tak jumpa gambar-gambar ke sana..

Yang ada hanya sekeping gambar Cella yang ni saja snap kat Muzium padi tu. 

Wednesday, 21 December 2022

TRAKTOR SAWAH DI BELAKANG DAPUR

 Masih cerita @ Kedah.

Ketika sedang memasak di dapur...




Mengintai dari dapur,dicelahan putik pisang emas dibawa belayar,masak sebiji di atas peti..
Haaaa...ada yang berpantun ke tu...🤭🤣


Sayup-sayup bunyi jentera pembajak sawah..
Orang panggil traktor tapi di tempat saya dan kebanyakan tempat di Kedah kami sebut 
"trekta"..


Semakin lama semakin dekat..
Mai saya bawakan audio dan video trekta  ni yang betul-betul di tepi dapur rumah saya..yang hanya dipisahkan oleh tembok anjung jemur kain...

Taraaaa....dah nampak bumbung trekta..Kalau hulur tangan...boleh sentuh bumbung trekta tu tau..
Pemandu trekta tu nampak saya merakan video ni dan dia kelihatan malu-malu..
Nampak kegigihan dan kesungguhan anak muda berjanggut itu mengendalikan trekta.

Jika diperhatikan...jejari pemutar tanah tu nampak berbeza kan?
Untuk makluman yang..trekta ini ada banyak function.Dia punya bilah pembajak tu boleh ditukar ganti mengikut fungsinya macam mixer kuih la..Nak uli tepung tukar mata twister..nak adun kek tukar mata lain..Gitulah kekdahnya..

Sawah ini telah dibajak beberapa hari yang lepas untuk membersihkan rumput rampai dan menggebukan tanah berlumpur tu..
Yang ini bilah jenteranya khas untuk "menyikat" tanah sawah  yang sudah dibajak itu agar rata bagi memudahkan biji-biji benih padi ditabur dan melekat pada selut lumpur tu.Kalau dulu biji padi disemai di tapak semaian lebih kurang sebulan sebelum dicabut dan ditanam semula menjadi barisan rumpun padi.Sekarang seiring dengan teknologi dan kekurangan tenaga kerja,biji-biji benih padi 
"disembur" terus dengan mesin yang seakan mesin sembur angin yang digunakan pekerja kebersihan untuk membersihkan sampah di jalanraya tu.Anak padi yang tumbuh kekal hingga berbuah dan dituai.


Ralit saya memerhatikan bangau-bangau putih ni mengintai-intai rezeki.Bila trekta menyikat selut lumpur tu,ikan-ikan seperti sepat,keli dan puyu akan menggelupur dan bangau akan pantas mengesan pergerakan ikan lalu masing-masing pantas mematuk dan menelan ikan tersebut.

Di mana trekta bergerak,di situlah bangau mengekor..Nampak keakraban dan saling percaya antara bangau dan pemandu trekta tu.Masing-masing berkongsi alam mencari rezeki.

Kalau bangau...mereka menanti dan mengaharap ikan timbul dari lumpur.Kawanan burung layang-layang juga turut mencelah menantikan kalau-kalau ada belalang dan serangga sebagai sunber rezeki.Yang terbang laju berwarna kehitaman tu adalah burung layang-layang atau kami panggil sebagai burung ciak raya.

Menyaksikan trekta di bendang ni...tidak sah kalau fikiran tidak melayang ke zaman kanak-kanak dan remaja ketika masih di kampung.Bila musim membajak begini kena pula kalau musim cuti sekolah..kanak -kanak lelaki memang bermandi  lumpur mengikut belakang trekta mencari ikan.
Walau hati melonjak ingin turut serta tapi saya biasanya hanya memerhati dari permatang sambil mendukung adik.

Menghidu bau lumpur sawah bendang dari trekta di belakang dapur ini juga seperti menghidu kenangan lalu yang tak pernah hilang dari ingatan.Terlalu banyak himpunan peristiwa yang saling berkait dengan apa sahaja dipersekitaran.

Tidak mahu lama membiarkan memori lama mengusik  jiwa..saya masuk semula ke dapur menyambung masak gulai ikan nyok nyok..