Saturday 13 May 2023

BUAH KERIANG LADA,KERIANG MATA ITIK & KERIANG DOT

 

Balik kampung masa cuti raya 2 minggu lepas memang terasa nikmat sangat.


Antaranya kerana saya dapat menikmati buah keriang kampung atau dikenali sebagia keriang lada 

Buah nadir yang dulunya zaman kanak-kanak menjadi kudapan kami bila tiba musimnya.Buah keriang ni selalunya berbunga pada bulan Mac dan masaknya pada bulan April ketika perubahan angin monson timur laut.

Puas hati dapat makan buah keriang ni setelah lebih suku abad tidak menikmatinya.
Dulu,kiranya inilah blueberry kami🤭
Makan sampai gigi dan lidah keunguan warnanya memang tak tumpah macam blueberry.Kalau kena pada baju yang putih,maka kekallah tompok warna ungu tu.Swlalunyabmusim buah keriang ni ada la poket seluar atau poket baju yang bertompok ungu kesan buahbkeriang  yang memang takkan hilang walau dicloroxkan...hihihi


Selalunya musim buah keriang ni sama ada ketika padi sedang masak atau ketika baru habis musim menuai padi.Menuai padi tu kami sebut sebagai "musim mengerat" sebab dulu rumpun padi dikerat dengan sabit.Bila dah modern sikit dah tuai padi dengan mesin,pakat sebut pula "musim amik padi".
Buah keriang yang baru berputik berwarna hijau dan akan bertukar merah bila membesar dan seterusnya warna hitam bila sudah masak ranum.
dalamnya.Rasanya manis dan sedikit kelat.
Saiznya lebih kurang sebesar kacang peas dan ada seketul biji di dalamnya.Bijinya kecil sahaja dan ada yang malas nak buang terus makan dan telan bersama bijinya.Jika telan bijinya,masalah akan timbul keesokkan hari masa nak " berry"..🤭
Sebab bijinya kecil yang  sebesar kacang hijau bubur tu ditelan banyak..maka masa nak berry...memang siksa jadinya🤣🤣🤣🤣sembelit.
Tapi masa kanak-kanak..takat sembelit tu apa ada hal..!!!
Biji moktan hutan,biji sentul dan biji remia pun kami telan..sembelit tu lain cerita..hihihi
 Tu kisah generasi kami dan yang lahir tahun 80-an dan sebelumnya.Generasi melenium dah tak hadap nak makan tu semua.
Buktinya banyak buah-buah nadir macam buah keriang ni gugur bertaburan atas tanah..depa tak sudi nak makan.Burung pun tak larat nak makan.Namun bagi saya ..buah keriang ni antara yang saya rindukan...Tu sebab bila mak bagitau pokok keriang ni berbuah lebat,meggelitik saya nak pi..


Jumpa pokok keriang ni kat tepi jalan dekat dengan port mak mengai ikan lampam.Pokok keriang ni tumbuh atas  rizab jalan dekat sungai/tali air tempat mak mengai/memancing.
Masa balik otw balik kampung pada 30 Ramadhan tu,mak bagitau dekat port mak mengai ada pokok keriang lebat berbuah dan buahnya dah masak hitam.Sukanya hati saya kerana yang mengidamkan buah keriang ni dah lebih dua dekad lamanya. Tiap kali balik kampung bukan pada musimnya.Pernah nampak pokok keriang berbuah lebat tapi sayang di bendang orang & nak minta pun tak tahu siapa tuannya.
Ni dah jumpa pokok yang memang tumbuhnya atas rizab jalan dan rizab sungai,maka saya tak lepaskan peluang 



Nasib bertambah baik bila pokoknya menjulai ke tanah dan dapat dicapai tangan 


Gigih mak patahkan ranting-ranting keriang yang mengandungi buah keriang masak ni.


Tunjuk kat Cella,dia langsung tak teringin nak mencuba..Hanya dia snap pic & up kat IG katanya..

Lepas maghrib malam raya tu,saya dan mak memang mengadap buah keriang ni..Makan sambil cerita tentang pokok keriang yang pernah jadi tempat berkumpul seluruh warga kat kampung bila tiba musim.

Termasuklah POKOK KERIANG BESAR ATAS KUBUR yang dah tumbang tu.Pokok keriang atas kubur tu memang bebuah lebat masa zaman hidupnya masih gagah.Buahnya dah la besar-besar,manis pulak tu.Maklumlah berbajakan mayat..Hukumnya memang tak boleh makan buah yang pokoknya atas kubur dan bernutrienkan mayat dibawahnya tu..

Mak saya memang larang saya dan adik beradik agar jangan makan buah-buah yang pokoknya atas kubur...Tapi masa tu seronok ikut kawan-kawan mana kira hukum..tau makan ja..bila diingat sekarang ni...🤮🤮🤮 buah keriang tu.. 

Semoga Allah ampunkan kekhilafan kami di zaman kanak-kanak itu.


Khabar sedih yang saya terima daripada mak pada minggu lepas.Kata mak pokok keriang yang kita amik buahnya tu dah ditolak broza(buldoza/jentolak) sebab tengah projek nak besarkan jalan.( kalau tengok video mak say petik buah tu pun nampak bahu jalan dah bertanah merah untuk besarkan jalan.).Hilang lagi sepokok tumbuhan nadir dari mukabumi ini😭😭😭
Saya dah tak nampak lagi dimana adanya pokok keriang spesis tu di kampung kami


            pic google.

Yang ada pun hanya keriang hibrid macam ni sahaja yang kami oanggil keriang mata itik.Kat bawah pokok stey di tepi rumah mak kat kampung ada sepokok keriang mata itik ni.Pokoknya mudah membiah dan pokok setinggi pinggang pun dah berbuah..Buahnya hampir sama tapi bentuknya leper berbanding keriang lada yang lebih bulat.Rasa keriang mata itik ni agak hambar dan tidak sesedap keriang lada.


Ni pula keriang dot..
Achik post kat family group bagitau ada orang bagi kat Achik.percuma sahaja kerana kat rumahnya pokok keriang dot berbuah lebat..
Masyaa Allah...kata Achik kalaulah dia tau awal,pasti dia bawa saya pi rumah tu untuk saya kait sendiri buah kwriang dot yang lebat tu kerana sekarang memang musimnya.Apakan daya bukan rezeki saya..



Rezeki saya hanya dapat tengok pokok keriang dot ni depan mata masa MAKAN KENDURI @ PERLIS...pada syawal ke 5 baru ni

** Untuk makluman juga kat Kedah ada Gunung Keriang .Tak tau la sempena nama keriang lada ka...keriang mata itik atau sempena nama keriang dot..
Yang saya berhampiran Gunung Keriang tu ada MUZIUM PADI..
( tapi tengok kat google kata tutup pulak )
Kami pernah ke Muzium padi tu masa Cella masih kat sekolah rendah lagi..Tapi sayang dah tak jumpa gambar-gambar ke sana..

Yang ada hanya sekeping gambar Cella yang ni saja snap kat Muzium padi tu. 

7 comments:

  1. imbau kenangan betul ni kak,saya tak pernah jumpa buah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua tempat ada pokok keriang ni.
      Mungkin juga tempat Afzan disebut nama lain.Lagipun buah nadir liar ni biasanya kat kampung ja la..🤭

      Delete
  2. Aduhai Mama Cella!
    Bawalah saya jalan keliling Kedah. Teringin nak rasa suasana desa di sana.
    Anak kakak saya akan bertunang dengan orang Kedah. Saya ingat boleh kami ikut serta tapi tak dapatlah kami nak ikut pergi meminang sebab tarikhnya 20/5 ini. Belum cuti sekolah.Tarikh nikahnya pula 30/9. Bukan cuti sekolah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just now
      Jom la saya bawa cikgu meronda pelusuk kampung kat Kedah nun🤭
      Alaa,sayangnya pula tarikh kedua-dua majlis tu bukan cuti sekolah yer ..
      In shaa Allah,semoga Allah kurniakan rezeki untuk cikgu ke negeri kelahiran saya & boleh la lajak ke Pertlis🤭
      Eh,anak buah cikgu dapat jodoh dari daerah mana tu?

      Delete
  3. Sy dari kecik sampai besar mmg jenis mcm Cella la.. tak pandai makan buah2 macam ni. Masa umur 9 thn, sy berpindah ke sekolah kampung, tengok jer la kawan2 dok makan buah letup2 tepi pagar.

    ReplyDelete
  4. rasanya sama ngan yg kat umah pak mentua..mcm beri kecik2 kan?

    ReplyDelete
  5. Tak tau la SA pernah makan ke tak buah keriang ni...sebabnya mcam ingat2 lupa rupa bentuknya...mungkin kat area NS nama dia lain...tapi ingat la ada buah sedap yang kalau makan lidah jadi ungu dan gigi pun...hahahaha

    ReplyDelete