Thursday 4 May 2023

SYAWAL KE-6: HADIRI WALIMATULURUS LAGI

Balik Kedah tak kira musim perayaan atau tidak memang sentiasa ada kenduri kahwin.Kalau yang mengikuti catatan saya & Cella dalam blog ni,boleh dikatakan tiap kali balik Kedah memang pi kenduri.Nampaknya kalau ada rezeki dan jodoh anak-anak saya,kena buat kenduri @ Kedah ni.Nak balas balik jemputan depa semua.Asyik dok makan kenduri depa ja,mana aci kan..Kena la ajak depa pula makan kenduri rumah saya kan..🤣

Hari Khamis Syawal ke-6 dapat jemputan walimatulurus kat kampung.


Kami sampai dalam pukul 1 tengahari.Tengah ramai tetamu tapi pengantin belum sampai.Kalau kat Kedah biasanya jamuan bermula /11 pagi @ 12 tengahari hingga 5 petang,tapi selalunya kalau majlis kat rumah berlanjutan sampai malam.Pengantin memang standard kat sini akan tiba selepas Zohor sekitar pukul 2 petang.


Lepas parking kereta,tengah jalan nampak pula pokok buah seralat @ buah mentega sedang berbuah.Buahnya seakan buah persimon tapi kulitnya velvet.

Ramai jemputannya.
Kebanyakan naik motor.Tapi kereta banyak.

Dari kejauhan dah tercium aroma gulai.Depa sembelih sekor lembu katanya.

Jom tengok apa yang kami makan.


Pinggan saya🙈
Kusss semangat.


Saya ambil gearbox..
Mula malu nak ambil tapi dah takda sesapa sanggup ambil...saya dengan senanghati la ambil.Uiii..dia punya urat tunjang tu..empuk sedap sesangat .



Pinggan Achik .


Pinggan Cella


Pinggan Adah .


Pinggan memang besar..depa bagi dinner plate...tak sedar la tercedok banyak🤣
4 pinggan sahaja sebab kami berempat sahaja.
Mak tengah sembang dengan orang kampung kat khemah lain.



Mula Achik ambil ABC..
Nampak pucat..takda susu.


Saya pi amik kemudian..haaa nalla..
Rupanya staf stall ABC ni cakap semua bahan self service...kena boh sendiri...Kata depa depa tak bubuh siap2 sebab ada yang tak makan kacang,ada yang tak makan susu bagai..
hihihi

Masa kami nak balik,bunyi hon kereta riuh rendah..
Rupanya pengantin dah sampai.

Kami tak sempat tengok majlis persandingan kerana nak bergegas balik,ada cucus cicits mak dari Kulim nak datang beraya kat rumah.

Balik buat ayaq segera ja..F&N strawberry & Orenge Sunquick saja.


Pastu goreng la macaroni 2 packs..
Penuh 2 tray..
Agar2 
Kuih muih sikit.
Kira merangkap dinner ni🤭
Hanya tu saja pic hang ado...Lupa nak snap pic meja makan.


Suka betul mak bila anak jantan sulongnya dan cucus cicits dia mai..Dah masuk hari ke-6 dia dok terjenguks-jenguks bila ada bunyi kereta kat luar rumah...
tertungus- tunggus di ruang tamu sambil meninjau ke luar.Handphone tak lekang.. katanya takut tak dengar kalau-kalau  depa call ka raya-raya ni..
Now,depa dah depan mata..ceria betul diwajahnya 
Lepas isya'...depa pun pakat bergerak balik 

Tunggu Syawal ke-7 pulak apa aktiviti kami...🤭



6 comments:

  1. Kadang dana tengok akak buat KL-Kedah macam KL- PD je tau. Hampir tiap minggu tengok akak balik kampung untuk pi kenduri dan sentiasa terpikat tengok menu kenduri kt kampung akak. Dalam 4 pinggan tu nampak pinggan akak paling meriah hehehhe.

    ReplyDelete
  2. nampak gayanya kenduri anak2 akak nanti ni pun mau sekor lembu takpun pakcik sponsor tumbang kerbau

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. nak buat kenduri kat Kedah ka nanti? Betul kata, Afzan.. mesti pakcik tumbang sekoq lembu nanti.

    Ni makan gearbox tu, selak purdah la kan 😆

    ReplyDelete
  4. Untunglah dapat rezeki tercedok gearbox!
    Dapat bayangkan betapa meriahnya kalau Mama Cella buat kenduri kawin di kampung sendiri

    ReplyDelete
  5. Betul sgt x kira ada perayaan ke x, salu je akak balik kampung... respeklah kt akak

    Cerita walimatul urus.. sy pulak sabtu lepas br hadir majlis kawen di kpg belah suami... tak larat nk bergambar sakan sbb hari panas terik... mcm x sabar nk balik lepas mkn

    ReplyDelete
  6. memang meriah... kenduri kat kampung meriah dia lain dgn kat bandar kan....seronok sgt

    ReplyDelete