Monday 22 May 2023

PENUTUP SYAWAL: JAMUAN RAYA @ IBIS HOTEL

Syawal 1444 sudah meninggalkan kita.Selamat datan Zulkaedah yang sudah masuk hari ke-² hari ini.Jemaah haji juga sudah ada yang berada di Tanah suci dengan penerbangan pertama bermula semalam 1 Zulkaedah.

Tapi saya masih ada satu entri tertunggak dinbulan Syawal.Sejak puasa,depa dah bagitau supaya semua dapat freekan tarikh 20 Mei untuk jamuan raya pada hari terakhir Syawal 1444.


Jamuan Raya @  Ibis Hotel ,KLCC


Tahun lepas JAMUAN RAYA @ CYBERVIEW


Tahun ni depa orang-orang kuat  deside kat tengah Bandaraya Kuala Lumpur pula...Kata depa ubah angin pulak..hihihi


Deco kat lobby pun tema raya


Group 1 kereta ..
Rose,Ijae,Ruhil,Kak Mudz & saya merangkap supirnya.
Awal-awal saya dah bagitau depa,kalau naik kereta saya memang kena gerak awal.Saya suka gerak awal.Biar kita awal sampai,kita boleh pilih dapat parking dekat,boleh pilih port yang kita suka dan boleh tenang-tenang.
Alhamdulillah,jalan ke KLCC memang tenang walaupun awalnya saya menjangkakan kita akan tempuh jem.Allah mudahkan urusan,20 minit drive dah sampai.
Lagi ½ jam baru open to hi tea..

So,boleh la gosip gosip dulu kat lobby.Tepat pukul 12 baru kami naik ke atas.



Hi tea tu kat Kampung Kitchen @ level 10


Oleh kerana kami antara yang awal masuk ke Kampung Kitchen ni..
dapatlah merakam suasana yang masih lengang dengan aman.

Hi Tea Santapan Raya


Sementara makanan belum ternoda..jom,kita rakam sikit..hihihi

Kita mula dari mainuman panas...
Kalau video cantik ni rasanya dari Sabahan...Pak Rusti ni..
Boleh bah kalau kau...!




Kalau saya yang merakam...laju macam peluru sampai tak tau apa yang di rakam.


Gado-gado station


Ni part paling saya suka ..hihihi


Pinggan saya..
Appetizer la kunun🤭 dengan kerabu taugeh dan salad buah..


Ni round ke -2...
hihihi


Tertarik dengan beef  stew.Sedap dan lunak daging lembunya


Kegemaran saya..
Sour dough bread.Kalau ke mana-mana hitea,beeakfast atau apa-apa jamuan yang ada sour dough bread memang saya tak lepaskan 



Eh,ada girf untuk semua.Tapi bukan hotel bagi..sponsered ni

Kek Raya...tak tau sapa sponser


Sepotong kek setiap meja.


Dan gift ni..



Dah kenyang..
Sesi bergambar

Geng tema purple 💜
Nampak seragam purple depa.


Geng tema  blue💙

Geng tema nude


Geng tema black🖤
Patutnya saya pakai tudung hitam la...baru nampak lebih seragam


Ok ..ni geng satu kereta kecuali yang baju putih..



Pakat bergambar kat Gong Raja Sulaiman🤣


Sempat lagi bergambar sebelum masuk lif🤭


Dah...jom balik..
Alhamdulillah,asbab datang awal..dapat parkir kat tepi hotel ni saja tanpa perlu masuk groundfloor.Elok pula staf Ibis ni siap alihlan kon untuk bagi kami parking free  tepi tu..🤲
Sini  kalau park kat basement pun memang free.Cuma kalau dapat parking tepi hotel ni lagi dekat tak payah naik lif.
Kalau parkir basement,sila naik lift ke lobby & tukar lif lain pula untuk ke tingkat 10

Ni harga sebagai rujukan..Kami ambil hi tea RM69/ head.
Kami sampai paling awal...balik pula kami paling last🤭🤣
Sebabnya Ruhil tukang kutip duit dan nak bayar pada pihak hotel..Ruhil naik kereta saya..Jadi la kami yang terakhir meninggalkan majlis..hihihi

8 comments:

  1. Berselera SA tengok gambar makanan tu semua ha...

    ReplyDelete
  2. Sy ada beg ala mengkuang tu, warna pun sama tapi tali sy biru. Boleh bayangkan punya kenyang makan Rm69.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya beg tu 🤩
    Seronoklah kan event² gini ...

    ReplyDelete
  4. dah manis senyumannya tu kak tak perlu pakai mask dah..hehe

    ReplyDelete
  5. bestnya akak, tgk segala makanan sedap betul... terus rasa lapar

    ReplyDelete
  6. wahhhhh dessert station paling sukaaaaa hehehe

    ReplyDelete
  7. Berkenan sungguh kat beg door gift tulah. Comel dan cantik!

    ReplyDelete
  8. Mama Cella tak pakai tudung hitam pun dah ok tu. Matching dengan warna baju. Nampak berseri-seri.

    ReplyDelete