Sunday 14 May 2023

KANGKUNG JALANAN

Dekat perumahan saya @ Kedah.


Selepas musim menuai biasanya kangkung tumbuh meliar di kawasan taliar air dan ban(batas tali air).Ia bukan ditanam sebaliknya memang tumbuh liar sendiri.
Biasanya musim menanam padi kangkung mati sebab diracun sawah dan taliair untuk mengelakkan kangkung merimba dan menyekat saliran.
Bila habis musim menuai,barulah kangkung dapat meneruskan kemandiriannya tanpa gangguan racun rumpai.Lebih kurang sebulan setengah hingga 2 bulan sawah dan taliair berehat sebelum musim menanam seterusnya ,maka ketika inilah kangkung berkembang biak.


Bagi yang suka kangkung macam saya,memang akan kutip la kangkung percuma ni..Kangkung kampung ni la yang selalu diguna untuk yong taufu.Daunnya lebar dan tebal berbanding kangkung sayur yang biasa beli kat pasar tuLagi satu keistimewaan kangkung kampung ni ialah rasanya yang lebih berperisa berbanding kangkung sayur yang lebih tawar.Sebab tu kangkung kampung sedap dimasukkan dalam yong taufu.
Tapi ni kangkung yang kami petik ni jenis batang merah.Jenis ini sedikit keras berbanding kangkung batang hijau.Tapi saya suka kangkung batang merah ni kerana rasanya lebih sedap.


Saya dan emak berhenti tepi jalan berhampiran bangunan yang baru siap dekat perumahan kami..

Sementara kangkungnya baru membersar dan daunnya masih lembut.
Seminggu dua lagi kangkung ni akan tua dan berbunga.Masa tu sulur dan daunnya dah keras dan liat.

Rezeki dari Allah sentiasa melimpah..
Lihatlah,macam permaidani kangkung menghampar penuh gigi jalan berhampiran taliair ni..


Ni kalau rajin buat pecal sedap ni..
Tumis dengan belacan buat pedas-,pedas pun nyaman tuk!
Kalau saya,lebih suka celur buat ulam dan paling syok boh dalam megi ..hihihi


8 comments:

  1. Baru tahu ada beza rasa kangkung. Selalu makan kangkung pasar aja skrg. Masa kecik2 dulu, mak sy selalu jugak kutip kangkung jenis macam ni tapi mgkin rasanya berbeza sbb bukan tanah sawah. Teringat masa kecik2 sekitar darjah 2, sy & Angah akan kutip kangkung tepi jalan utk bagi makan arnab, hehehe. Tapj, sy teman aje, Angah tukang kutip. Sy ni jenis penakut dan mudah jatuh, huhu.

    ReplyDelete
  2. i suka kangkung yg jenis ni. keras. means kalau kita masak, ranggup nya. masak tumis gitu2 pun dah sedap sgt.

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah makan kangkung sawah tapi biasa makan kangkung yang tumbuh liar di kebun. Ada kangkung batang ungu / merah ada yang putih. Dua-dua sedap. Selalunya kalau cuti sekllah, dari pagi kami ke kebun, emak suruh petik pucuk kangkung liar ini dengan pucuk meranti. Nanti emak campur dua-duanya buat kerabu / keluban di pondok untuk lauk makan tengah hari dengan ikan masin goreng. Sedap betul makan tengah hari di kebun!

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecik2 masa suka bermalam umah makcik2 bila ada kenduri waktu petang kami petik kangkung dpn umah pastu kazen2 yg dah kakak2 akan tumbuk sambal belacan.. kami yg masih sekolah rendah tukang ulam je 😂😂

    ReplyDelete
  5. Kawan sy di Kola Kedah pun baru share gambar & video kangkung tengah merimba dekat kg dia...syoknya dapat kutip & makan hat fresh² ni...

    ReplyDelete
  6. wah..banyaknya. seronok petik2 yer....

    ReplyDelete
  7. bestnya kak, meramban kangkung... yelah sebab tu orang buat yong taufu pakai kangkung jenis gini kan. Itu best duk kampung, kangkung, pucuk paku, pucuk ubi merata tepi jalan petik je tak payah beli

    ReplyDelete
  8. Kangkung jenis ni pun SA suka..buat goreng belacan..sebab tekstur dia tu kenyal x lembut macam kangkung biasa, kalau kangkung biasa kena masak sekejap aje..kalau lama dia benyek...

    ReplyDelete