Thursday 11 May 2023

BERANGAN ITU FREE @ KENA BAYAR?

 Orang cakap berangan tu free je kan?

Suka hati la nak berangan punya harta melimpah,punya mahligai impian,punya pasangan sempurna,menjelajah pelosok dunia dan sebagainya..

Boleh berangan apa sahaja kerana tak perlu bayar apa-apa kan..percuma!!!


Tapi benarkan berangan percuma???


Kalau berangan ni tidak percuma yer🤭
Berangan ni kena bayar..
Sekilo paling murah pun RM25.Tapi biasanya RM30 hingga mencecah RM50 bergantung kepada saiz dan kualiti.


Balik Kedah raya baru ni Adah & Achik berbeli berangan beberapa kali jugak la dengan jumlah keseluruhan hampir RM100 ..Dah macam beli durian..!
2x beli kat Pekan Jitra dan beberapa kali lagi beli kat Pendang.

 Berangan dari China katanya..Buahnya lebih besar dan kulit lebih lembut.


               Pic by Google
Berangan hutan atau berangan kampung.Buahnya sama tapi saiz kecil sebesar ibu jari tangan( lebih kurang saiz hazel nut)
Malaysia kita pun ada buah berangan yang tumbuh meliar terutama di hutan-hutan tebal.Dulu kat kampung saya juga banyak pokok berangan dalam hutan.Pokoknya besar macam pokok balak.Buahnya bergugus warna hijau,kulit berduri dan rupa seakan buah rambutan yang belum masak.Dalam buahnya itu mengandungi beberapa biji(yang kita panggil buah berangan tu sebenarnya ialah biji berangan.Buahnya yang matang akan pecah dan berserakanlah bijinya luruh ke bumi.Musim luruhnya sama dengan musim buah getah luruh/ gugur sekitar bulan Julai hingga September.

Buah berangan hutan juga pernah menjadi pendapatan sampingan untuk keluarga kami sekitar penghujung 80-an dulu. Bilamana tiba musim buah berangan luruh,mak akan mencari,mengutip buah berangan hutan dan menjual kepada peraih.
Biasanya mak akankeluar mencari berangan sebelum subuh sekitar pukul 4@5 pagi agar buah yang luruh pada malam tadinya belum dikutip orang lain.Selain itu,kena kutip awal pagi juga kerana buah berangan bukan sahaja menjadi buruan manusia tetapi juga haiwan terutama babi,monyet dan tupai.Saya pernah la ikut kawan-kawan cari buah berangan tapi waktu siang la.Kadang bila balik sekolah jalan kaki meredah hutan Bukit Kemuruk memang akan jumpa pokok berangan dan kami kutip buahnya.Tapi saya tak ada sangat pengalaman kutip buah berangan awal pagi kerana mak akan bawa Achik yang masa tu masih sekolah rendah sebagai peneman.Berbekalkan sebuah lampu picit dan sebuah guni,mak dan Achik akan meredah hutan di bukit kampung kami dalam kegelapan  dan kadangkala dalam hujan lebat serta bahaya binatang liar dan berbisa seperti babi dan ular demi mencari pendapatan sampingan.Buah berangan dikumpul beberapa hari agar banyak dan peraih akan datang beli beberapa hari sekali.Saya masih ingat,masa tu mak jual ikut sukatan
 "cupak dan gantang". Secupak(lebih kurang 1kg) dijual dengan harga seringgit manakala segantang( lebih kurang 4kg) dijual dengan harga RM4 sahaja.Tapi masa tu tahun 80-an nilai seringgit tu agak besar dan boleh beli sekati gula,sekati tepung dan sekati garam.

Masa tu buah berangan China belum meluas di negara kita.Kat stesen bas atau pasar minggu akan ada yang jual berangan hutan ni.Pembungkusan pun dulu bukan guna paper bag macam sekarang sebalingnya hanya surat khabar dibentuk kon. 


                pic google
Yang jenis macam ni kalau kat kampung saya dikenali sebagai berangan babi.Berangan babi pun boleh dimakan.Rupa bijinya sama sahaja seperti berangan hutan tapi kulit buahnya  tidak berduri.
Ketika hiking Gunung Kinabalu sekitar 2010 yang lalu saya penah temui banyak buah berangan ni ketika menggunakan laluan Mersilau.Tapi dua tahun sebelum tu saya hiking guna laluan Timpohon tak jumpa pulak pokok berangan.Mungkin sebab laluan Mersilau laluannya lebih panjang.Masa tu saya kutip buah-buah berangan tu.Tapi lepas tu teringat pesanan orang tua-tua...kalau masuk hutan jangan sembarangan ambil,maka saya buang semula buah-buah berangan tu..hihihi


            Ni pun pic dari Google.Kalau tak silap saya ninpun spesis berangan babi kerana kulit buahnya lebih licin tidak berduri.



                Pic Google

Ni pula spesias berangan Taiwan.Buahnya merah menarik dan bijinya hitam serta lebih bulat berbanding berangan biasa.Asalnya saya tergerak untuk mencari nama buah ni bila saya  nampak beberapa batang pokok berbuah lebat warna merah terang.Banyak burung-burung hitam riuh rendah makan buah ni di atas pokok.Saya nampak pokok dan buah ni masaKE PASAR TANI PERMAISURI.

Balik rumah saya search kat google untuk cari apa nama buah ni.
Saya memang meminati dan suka explore perkara berkaitan flora Macam-macam keyword saya guna untuk dapat maklumat bergambar dan bertulis.Lama jugak la baru dapat jawapan sebab memang payah la sikit nak cari maklumat jika hanya tengok buah tak tau nama...hihihi..
Rupanya buah tu ialah berangan Taiwan namanya.Boleh dimakan tapi katanya,tapi saya tak pernah lagi makan.

Kesimpulannya...
Berangan Itu Tidak Semua Percuma kan..?
🤭


*** Catatan saya ni hanya dari pengetahuan saya semata-mata.Jika ada salah boleh maklumkan untuk saya betulkan.

5 comments:

  1. ha ha ha..berangan ni mahal yer..sedappp

    ReplyDelete
  2. kalau berangan yang itu memang free tapi berangan yang sedap ini kena bayar. Boleh tahan jugak harganya ye kak, kalau dulu dana suka beli buah berangan kalau balik ke kerteh, beli kt rnr genting sempah Rm20 sekilo gitu kira murah sebab kalau area KL kadang 500g dah rm25. Mula-mula tengok dana ingatkan sejenis kerang ke apa rupanya berangan. Ada macam-macam jenis berangan ye kak, dana baru tahu yg kulit merah tu jenis berangan juga rupanya. Menarik betul

    ReplyDelete
  3. Setuju...berangan yang ni mahal....

    ReplyDelete
  4. Setakat ini saya belum pernah jumpa atau makan berangan Malaysia. Pernah makan berangan China sewaktu travel ke sana. Pernah makan berangan Turki, juga sewaktu travel ke sana. rasanya di Turki pun ada berangannya sendiri. Pernah juga makan berangan di Thailand, tapi tak tahulah dari mana datanganya berangan itu. Paling sedap rasa berangan di China.
    Berangan yang free tu kata Jay Jay : Berangan tak salah, asalkan tahu bertempat.

    ReplyDelete