Wednesday 10 May 2023

SYAWAL KE- 9: TIBA MASA PULANG KE SARANG,BALIK KEDAH DENGAN CELLA,BALIK KL DENGAN ADAH,SIAN ANAK TERUNA TAK DAPAT CUTI

 Salam Syawal hari ke-19 1444.Kepada yang dah beraya 6,Tahniah..

Kepada yang masih dalam ibadah puasa sunat Syawal,semoga dimudahkan urusan dan kepada yang belum mula puasa 6,semoga Allah kurniakan kesempatan..


Ni cerita Syawal  hari ke-9
Setelah beraya sakan kali ini dengan berlama-lama @ Kedah,tiba lah masa untuk kembali ke sarang.

Seperti biasa saya suka memulakan perjalanan pada awal pagi dan bersubuh diperjalanan.Ada orang suka bergerak malam sebab tak panas,tapi kami yang perempuan,takut la pula nak bergerak malam,maka awal pagi saya kira pilihan terbaik.Selain nak mengelakkkan terperangkap dalam jem,saya juga suka suasana pagi yang nyaman.
Niat awal nak bergerak pukul 4 pagi.Tapi sudahnya tepat 5 pagi baru bergerak.

Singgah R&R Bukit Merah untuk solat subuh 

Pukul 7 pagi kami sudah melewati Sungai Perak.

7.10 minit
Terowong Menora.
Alhamdulillah,perjalanan dipermudahkan & hiway lancar kerana masih awal pagi.Khabarnya menjelang tengahari,Terowong Menora sesak dengan deretan kenderaan menuju ke ibu kota.

Pukul 8 pagi singgah R&R Tapah.
Saya bersarapan sorang.Saya pilih meja bar yang menghadap parkir dan membelakangkan orangramai yang sedang makan.Nak elak berhadapan dengan orang ramai supaya dapat makan dengan tenang dibalik niqob😁😁
Adah taknak turun,Dia nak lelapkan mata dalam kereta.Saya perlu menyegarkan mata dengan segelas kopi 0 panas dan seketul karipap besar kerana akan takeover pemanduan dari Adah.
Adah akan masuk kerja pukul 9 pagi tapi secara atas talian kerana kami dalam perjalanan.
Kami balik berdua sahaja..

Cella dah balik dulu hari Jumaat dengan bas kerana ada tugasan yang perlu disiapkan segera katanya.Nasib baik ada tiket.Mungkin sebab dah seminggu raya.

Ni la Stesen Bas Ekpres Pendang.
Alhamdulillah,banyak memudahkan penduduk yang berulang alik Kedah- KL.Dulu zaman saya study kat KL stesen ni belum ada.Masa  tu kena naik bas paling dekat kat Kota Sarang Semut(KSS).Itupun bas yang memang dari Alor Setar yang akan singgah pick up penumpang kat situ.Bas dari KL pun sama,hanya akan drop penumpang kat KSS  jika ada yang taknak terus ke Alor Setar.

Masa tu  kalau balik Kedah pun saya akan pilih turun di KSS kerana saya tak familiar kalau nak turun di Alor Setar.Masa tu dah la bas hanya ada trip pukul 9 pagi dan 9 malam sahaja.Saya akan pilih trip malam supaya dapat sampai di KSS tu waktu pagi.Kalau pilih trip pagi nanti sampainya hampir maghrib di KKS sudah tiada bas nak ke Pendang dan dari Pendang nak ke kampung saya pula lebih 20 km lagi kena cari prewet sapu(kereta sewa haram).Pilih bas malam pun bukanlah terbaik sangat tapi hanya itu pilihan yang ada.Masa PLUS belum beroperasi sepenuhnya masih ok sebab bas akan ikut jalan bandaran dan perjalanan pukul 9 malam dari Puduraya akan tiba di KSS pukul 9 pagi.Hari dah terang.Bila PLUS dah siap,perjalanan jadi makin singkat.Bertolak pukul 9 malam akan tiba di KKS pukul 3.30 atau 4 pagi.Selalunya yang turun kat situ hanya seorang dua.Seorang dua tu pulak biasanya ahli kerluarga mereka dah tunggu.Saya takda sesapa tunggu sebab kat kampung bukan ada telefon.HP pun tak pernah nampak lagi masa tu. Selalunya memang saya sorang akan tercongok di pondok bus stop dari pukul 4 pagi hingga bas pertama akan tiba pukul 7 pagi.Tapi Alhamdulillah,sepanjang 3 tahun berulang alik KL-Kedah- KL tu tiada la kejadian yang tak diingini kecuali beberapa kali  diganggu orang gila dan anjing liar dan dipujuk pemandu kereta sewa haram untuk menggunakan perkhidmatan mereka.Masa tu tak takut sangat sebab macam tak ramai orang jahat🤭
drug addict pun jarang dengar.Paling takut pun hantu & orang gila saja..🤭

 Kemudian,menjelang  pertengahan 90-an dah ada bas ekspress dari Kuala Nerang akan singgah pick up penumpang di depan Petronas Pendang tu.Sekarang,
Alhamdulillah dah ada stesen sendiri dan banyak pula pilihan bas dan pilihan masa sepanjang hari.
Tapi yang paling besar mestilah Shahab Perdana @ Alor Setar yang menyediakan kemudahan bas ke seluruh semenanjung.Macam sebelum ni,CELLA BALIK TRENGGANU memang kena ke Alor Setar la iaitu lebih kurang 20 km dari Pendang(kalau tak salah saya la),🤭

Dipendekkan cerita..masa balik Kedah 27 Ramadhan tu saya balik dengan Cella sebab Adah masih kerja & dia balik Kedah pagi raya by flight KLIA - Alor Setar.


Syawal ke 9 pulak ,saya balik KL dengan Adah sebab Cella dah balik dulu by bus.

Yang kesiannya anak teruna sorang tu..beraya la kat KL sebab tak dapat cuti..Katanya bagi peluang orang yang dah kawin bercuti..

Gitulah ceritanya....




11 comments:

  1. Sy x pernah merasa balik kampung beraya driving... mcm best jugak kan berenti mkn di RnR

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi way PLUS arah utara memang syok kakmim.
      Banyak R&R untuk disinggah.R& R Sg Buluh,Rawang,Tapah,RTC,Sg Perak,Bkt Gantang,Gunung Semanggol,Gurun & hentian sebelah pun banyak yang meriah

      Delete
  2. bestnya kak... tenang je kan kalau gerak awal pagi tak ramai orang tak panas lagi. Dah lama ke akak berniqob? sebab gambar sebelum2 ni mcm tak perasan walau akak buat star kat muka heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭🤭Memang baru ja pakai sejak raya...
      Tapi tujuan saya pakai tu bukanlah suci murni sangat Dana..
      saya pakai niqob sebab bridge patah dan yang baru belum siap🤭
      Apapun doakan agar Allah bukan hati saya untuk menutup aurat lebih sempurna,beriman dan beramal soleh..🤲🤲

      Delete
  3. Pukul 8 pagi pun nampak dah banyak kenderaan di RnR Tapah tu. Agaknya ramai jugak yang bergerak awal pagi. Saya pun lebih suka awal pagi berbanding perjalanan malam. Rabun silau.

    ReplyDelete
  4. awal tu bertolak but alhamdulillah jalang clear semua kan..
    MA terkena jugak jam masa balik tu..adei la. betul2 raya la kan

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka mulakan perjalanan awal pagi kalau nak berjalan jauh. Rasa macam serabut kalau bergerak lambat². Panasss. Hihihi
    Rindunya kenangan ulang alik naik bas ke Kedah. Balik Selangor memang selalu naik kat Shahab Perdana. Naik bas paling akhir. Sampai Pudu Raya awal pagi.

    ReplyDelete
  6. Betullah Mama Cella.
    Dulu kita rasa selamat berada di mana-mana sebab banyak orang baik di sekeliling kita. Sekarang, pintu pagar wajib kunci 24 jam sebab bahaya menunggu di mana-mana.
    Seronoknya dapat cuti raya bersama keluarga. Hilang penat perjalan jauh.

    ReplyDelete
  7. Lama betul balik kampung kali ni ya. Sy dah 4 tahun tak beraya di Kedah.

    ReplyDelete
  8. Seronok baca cerita orang beraya jauh2 dan kampung jauh ni...bila la kita nak rasa macam ni gak...hahaha

    ReplyDelete