Monday 8 May 2023

SYAWAL KE-8 : TAK SEMPAT MAKAN KENDURI @ SIK INN ,TAPI ACHIK BELANJA MAKAN NASI LEMAK BUNGKUS & MIHUN SUP

Syawal ke 8 hari Sabtu saya masih kat Kedah.Rasanya raya kali ni ramai yang bercuti panjang.Selain pengumuman PMX memberi cuti pada hari Jumat sehari sebelum raya..
Rezeki juga untuk kita semua bila raya jatuhnya pada Sabtu,maka bersambung weekend.Ramai juga sambung cuti atau ambil cuti pada minggu seterusnya seterusnya bersambung cuti 1 Mei pun jatuh hari Isnin,maka sambung weekend dalam musim raya.

Syawal ke-8 kami meronda ke Sik.Ada jemputan kenduri  kawan Pakcik kat Sik Inn.



Tapi telah tertulis bahawa rezeki kami di Sik ialah lemang,bukan kenduri....hihihi.
Boleh kata tiap kali balik Pakcik akan bawa pi Sik cari lemang sedap dan murah.Macam dlm pic bi sebatang RM10 ja tau!
Tapi kali ni kami pi sendiri..

Ceritanya Achik & Pakcik dari Ipoh sebab gi hantar Haikal.
OTW balik depa terperangkap jem teruk,maklumlah weekend kan.. musim raya pulak tu.Yang kami dari Pendang ni pun janji nak jumpa kat Pekan Sik & nak gerak sama- sama.Patut 45 minit dah boleh sampai Sik.Tapi nak jadi cerita,Adah terlepas exit Tol Gurun.Terpaksa melalui Kuala Ketil,Teloi Timur bagai.
Dipendekkan cerita,kami semua sampai Sik dah dekat pukul 4 dan dah segan nak pi sebab majlis hanya sampai pukul 4.
 Kalau majlis kat rumah takpa lagi,boleh ja pi..
Ni majlis  kat  Sik Inn...
Sudahnya,Achik masuk kereta kami untuk patah balik.Pakcik sorang teruskan juga ke sana.

Kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar sebab saya ada appointment kat klinik gigi pukul 6 petang.Last appointment sebelum balik KL esok pagi.
1 jam setengah jugak la  nak sampai A/Setar 


Nampak la pulak Cendol Durian ni kat Alor Setar.Terus suruh Adah U- tern..
Tapi mengenangkan saya appointment gigi ni kejap lagi.Takkan nak makan durian,mau pengsan doc tu nanti🤣🤣🤣
So,tak jadi makan cendol durian.


Achik makan mihun sup utara. Sup daging.


Selambak dagingnya..


Mak makan mihun sup ayam sebab mak tak makan daging.


Aqil nak makan bakso.
Dia siap pilih nak bakso beranak..!
Aqil ni lebih familiar makanan dan bahasa Indon dah la ni.. 
Bahasa Indonnya improve sejak dok tengok youtube 🤭
Hari tu dia pakai baju dia boleh sebut bajunya warna 
"kuning abu-abu"
Pekat sangat dah bahasa Indon mu itu Aqil!
Kena tambah air sikit ni
🤣🤣🤣


Saya pun order bakso..🤭


Adah nak Nasi Ayam.

Achik ambil nasi lemak kuning bungkus surat khabar..

Wow,sedap giler..
Sudahnya Achik hanya makan sesuap,selebihnya saya selesaikan.
Tu suap dalam niqob tu🤣🤣
Kalau boleh suap tanpa halangan tak tau la nak cakap.
Tak cukup tu,Achik tapawkan saya 3 bungkus lagi..
Semua makanan tu saya tak tau harga sebab Achik yang bayar🙈

6.15 bergegas pi klinik gigi.Sementara Adah daftarkan,saya berlari ke bilik air untuk gosok gigi.Memang dah bawa berus gigi dalam handbag sebab dah tau ada appointment.Kena la standby..kang nganga molot kat doc kan mau terselit cili kat gigi..
mau doc tu.  🤮🤮
🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭

Dipendekkan lagi cerita,gigi tu belum siap yer..Kena tunggu lagi beberapa minggu.
Maka beberapa minggu lagi saya akan balik Kedah lagi.
Bak kata DANA .. dan beberapa rakan maya yang lain..
saya ni balik Kedah dah macam KL-Port Dickson ja..
Hiihihiihi..

Dulu zaman masih muda dan anak-anak masih sekolah lagi kerap kami balik.Kadang weekend pun jadi.
Pukul 4 pagi bertolak..pukul 9 pagi dah sampai..
Kadang masa anak-anak  cuti sekolah tapi saya tak dapat nak bercuti atas   urusan  study dan urusan kerja,saya balik hantar depa kat Achik/ mak kat Kedah & drive semula sengsorang balik KL.
Pastu drive pulak balik Kedah amik anak-anak.
Tu zaman muda la..
PLUS pun takda la nak jem sangat macam la ni..

Sekarang,kalau nak balik pun banyak ikut kelapangan anak-anak la pulak.
Beberapa kali jugak saya redah ja balik sorang naik bas.
Ni pun rasa rindu pulak nak naik bas balik Kedah.Rasanya balik untuk next appointment gigi ni pun kalau semua anak-anak tak dapat temankan,memang kena naik bas la..
Zaman muda dah berlalu.Sekarang ni bukan tak boleh drive sengsorang tapi kalau untuk jarak jauh
 KL-Kedah- KL
dah tak berani ambil risiko dah.
Mula paranoid sejak saya drive masa balik cuti Deepavali baru ni.Take over drive dari Tapah sebab Adah mengantuk.Menghampiri R&R Sg Buloh,ada sebuah MPV hitam Nissan Serina dipandu perlahan kekiri dan ke kanan.
Saya ambil keputusan memotong di lorong kanan. 
Semasa memotong,saya  menoleh ke arah pemandu tersebut yang rupanya seorang wanita.
Sebaik nampak kelibat pemandu wanita bertudung hitam tu tetiba saya panic attact.Tak boleh nak perlahankan pemanduan dan tak semena-mena  tangan jadi menggigil  tak boleh control stereng.
Sesuatu yang tak pernah lagi terjadi.
Allah masih sayang,beri idea  teringat nak panggil Adah yang sedang lena disebelah dan dia pula cepat tersedar masa saya panggil.Terus beritahu tangan saya menggigil.
Nasib menyebelahi bila Adah  boleh cool & guide saya pelan-pelan lepaskan pedal minyak dan slow-slow guide saya tukar lorong ke kiri  lagi hingga lorong paling kiri dan masuk ke R&R Sg Buluh.
Sejak tu saya dah rasa semacam  hingga sekarang.Tak tau nak cakap semacam yang macamana.Tapi kalau drive sorang,asal masuk lorong kanan saya akan teringat Serina hitam dan wanita tudung hitam yang tidak jelas wajahnya tu..
Ya..nak kata seram...saya memang tak nampak pun wajahnya tapi saya tetap terbayang kelibatnya.
Huhuhu

11 comments:

  1. Alamak... wanita tudung hitam tu sebenarnya real ke lembaga yg x pasti?? tetiba di penghujung rasa seram pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la nak kata Kakmim..
      Rasanya real ja kot...tapi taktau kenapa lepas tu saya tak keruan

      Delete
  2. Siang ke mlm time tu MC? Seram & misteri nusantara la pulak 😅
    Kalau sorang tu better naik bas la kot, lebih jimat dan selamat Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siang hari PH...
      Tu la kalau sorang mungkin saya balik naik bas ja

      Delete
  3. kenapa dgn wanita tu kak?akak nampak dia mcm mana?naik plk buluroma saya seram aisshh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak jelasnpun wajah wanita tu..cuma tau dia bertudung hitam saja..tapi tu la asyik terbayang

      Delete
  4. amboi punyala dia biasa ulang alik buat gigi pun kat kampung tu. Seronok tgk mehun sup dia banyak isi, tapi bakso tu lagi menggoda, lagi la bakso beranak tu menggoda sungguh lahai. Kenapa akak tak pernah cerita secara detail psl kelibat pemandu tudung hitam tu? Malam ke masa tu kak? sebab adah mengantuk kan. Kita ni kadang mata degil nk tgk sapa pemandu bila dia bwk kereta tak betul tp itulah... terkena lain lak ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siang hari ..
      Saya pun sblm ni takda la nak cerita sebab ingatkan mungkin sebab bayangan saya je .Tapi makin lama bayangan kenderaan berwanita tudung hitam tu macam tak luput pulak dalam ingatan.

      Delete
  5. Eh, seriau pulak baca kisah Mama Cella dengan bayangan wanita bertudung hitam itu!

    ReplyDelete
  6. Misteri ni, Mak Ngah. Semoga Allah swt pulihkan trauma Mak Ngah tu. Hadiahkan Al-Fatihah buat wanita misteri tu jika teringat.

    ReplyDelete
  7. Teringin betul SA nak makan sup utara tu...tengok la daging tu ha...aduhai...sedapnyaaa

    ReplyDelete