Tuesday 29 August 2023

KEJUTAN DARIPADA JAJA

 Semalam..Isnin,cuaca terang dab panas membahang kat Kedah..


Lagit membiru & awan memutih.Sawah padi mengijau.Sebulan dua lagi ...in shaa Allah akan bertukar menguning pula..

Dari pagi ke hulu ke hilir yang entah apa tujuan..Balik kampung sekejap & 3 kali ke rumah Achik..Teringat pula petang P.Njang nak datang potong rumput & cat lantai belakang.



Tengah dok tengok Adah isi gudies..
Sesambil tunggu lori hantar kipas..
Tetiba dengar suara memberi salam kat luar pagar...
Suara perempuan pulak tu..




Sekali.....
Masya Allah....
Jaja....!!!!!



Terkedu Makngah nampak Sofea & Mami depan mata...
Kata Jaja dia saja taknak call taknak bagitau sebab taknak menyusahkan katanya...
Dengan buah tangan 2 biji besar homade kek buah...
Tapi puas ajak masuk,depa takmau masuk...katanya singgah kejap saja..


Makngah jadi mengong sat..tak tau nak bagi apa kat dak Sofea & Ahnaff



Ahnaff & Opa Chu.  Dapat tengok Ahnaff depan mata terus kelu lidah dapat jumpa handsome boy ni😍
Afnaff bising mami dah jumpa kawan....sembang lama-lama...hihihi.
Tak sampai 10 minit depa singgah sebelum ke destinasi lain pula..
Semoga dapat jumpa lagi Hari Merdeka 31 Ogos nanti..!


Terus masuk rumah & buka kek buah yang wangi  ni.


Terus bawa ke belakang dapur & snap pic berlatar bendang menghijau...
Terima kasih tak terhingga untuk Jaja...Happy sangat dapat jumpa Jaja..
Jom la pakat-pakat kunjungi blog 

BLOG JAJA.....kat sini


Doakan saya dimudahkan urusan

Monday 28 August 2023

BINTANG PAGI

 

Bersubuh- subuh di halaman rumah @ Kedah.


Sambil mencerap bintang pagi...
Panorama yang jarang dapat dilihat dalam lempahan neon kota.



Merenung bintang di langit..jangan pernah lupa pada rumput yang di pijak..


Sunday 27 August 2023

KABUS PAGI @ PLUS

 

Pagi Ahad  @ PLUS 


Dingin pagi ...



Indahnya panorama pagi..



Kabus tebal menyelubungi...


Sudah agak lama tidak dapat menikmati nikmatnya dingin pagi dalam samar kabus



Dinginnya kabus pagi sangat menggamit nostalgi  zaman kanak-kanak..


Alhamdulillah ...Allah masih izinkan menikmati suasana ini.


Friday 25 August 2023

MENU ISNIN HINGGA JUMAAT

 Antara menu saya sepanjang minggu ...


MENU HARI ISNIN:



AYAM BERLADO
Untuk resipi boleh rujuk old post AYAM BERLADO... kat sini


AYAM RENDANG HIJAU :

Hari Isnin saya cuti,maka masak juga Rendang Hijau ni untuk gandingkan dengan ketupat palas.

Boleh rujuk RESIPI RENDANG HIJAU ...kat sini





MENU HARI SELASA : 


SAMBAL SARDIN + KACANG PANJANG 




Sambal Sardin ni versi berlado..Boleh rujuk SARDIN SARDIN CILI PADI  ...kat sini




MENU HARI RABU : 

KARI IKAN TONGKOL PUTIH 

Terung Goreng untuk lawan dengan kari...Kalau nasi kandaq ada bendi goreng..Saya hanya ada terung goreng..



Kalau + Ikan masin baru best layan kari





MENU HARI KHAMIS :

Menu hari Khamis .. 
Asam Pedas Ikan Sardin Mecerel + Bendi 
Telur Dadar
Ulam Timun



Asam Pedas Sardin...tak pernah jemu 
Untul resipi boleh rujuk old post 




Telur Dadar Rangup dan Garing 




Ulam timun Jepun.....





MENU HARI JUMAAT :

SAMBAL UDANG 
Lauk fav Adah.. Bulan ni rasanya dah berkilo udang masak untuk dia...Lepas ni mungkin agak lama tak akan dapat rasa air tangan maknya setiap hari macam sekarang  kerana mereka akan tinggal agak jauh dari KL...Tidaklah dapat berulang alik setiap  hari...malah mungkin beberapa bulan sekali baru dapat balik kot...



Iakn Goreng 
Yang ni resipi rahsia...hihihi



 *** Biasanya saya hanya akan masak lauk utama. Jika ada yang nak bawa bekal atau nak tambah lauk lain seperti sayur atau telur dadar atau telur mata,kena la depa buat sendiri. Maklumlah dah tak segigih masa zaman muda & masa anak-anak masih sekolah.Dulu  lebih rajin dan kreatif masak bekal.Tapi sekarang.....ke laut...hihihi

ANTARA BEKAL KE SEKOLAH YANG SAYA PERNAH MASAK ...boleh rujuk sini...





Thursday 24 August 2023

SAYUR PAKU RAWAN/GENJER TUMIS PEDAS

 

Sayur Paku Rawan..
Ada yang panggil Genjer

Kalau jumpa ni kat pasar memang tak lepas 


Kalau dapat daunnya pun dah suka..
Apa lagi dapat bunga macam ni .

Tumis pedas- pedas..
Memang layan...

SAYUR GENJER TUMIS PEDAS
1 cekak genjer
minyak,garam,gula

Bahan Tumbuk kasar:
10 cili padi merah Vietnam
5 bawang putih
5 bawang merah
sejemput bilis bersih

1. Bersihkan genjer dan kerat anggaran panjang 2 ruas jari.

2. Panaskan minyak dan tumis baham tumbuk..biar cilinya masak dan naik minyak 

3. Masukkan genjer dan kacau gaul hingga sayurnya sedikit layu.

4. Perisakan...Sesuaikan rasa & siap


Apa lagi bila ada tenggiri jeruk ni.
Nampak penuh elok kan...
Tapi hakikatnya  kepingan ikan tersebut adalah senipis kulit bawang dan hanya disusun keliling dinding botol.
Tengahnya kosong lompong..
Itulah antara teknik & tektik 
Tapi tiada siapa yang memaksa untuk beli...Sendiri yang beli kerana tergoda dengan nafsu selera.


Jeruk mandai goreng


Monday 21 August 2023

UDANG NESTUM GODAAN CIKGU AMIE

 Seminggu dua yang lepas nampak Cikgu Amie masak Udang Nestum.Tapi versi UDANG GORENG NESTUM MINYAK SAPI...yang pastinya lebih harum.

Kemudian nampak pula beliau masak Tongkeng Ayang Goreng Nestum.

Ish,tak boleh jadi ni....kena masak jugak ni...hihihi



Semalam hari Sabtu,pepagi lagi daya dah masak Udang Goreng Nestum ni...Sesambil menggoreng cempedak.Kebetulan anak menantu nak lunch kat rumah.Cella pun boleh bawa bekal heavy sikit.


Udang Goreng Nestum ..
Sebaik matikan api terus sendukkan nasi panas yang baru ditanak terus tak pandang kiri kanan...Nikmat apa lagi yang nak didustakan...n
Natijahnya...dah tinggal separuh baru ingat nak snap pic...
hihihi


7 ekor untuk bekal anak dara tu bawa pi tempat kerja ..


Bersama 2 senduk nasi.


Saya gunakan 700gm udang laut sedarhana.

Untuk 700gm udang saya guna q pack nestum ni..220 gm


UDANG GORENG NESTUM
700 gm udang sederhana besar
1 pack ( 220gm)nestum original
½ ketul butter(seketul 250gm)
10 cili padi vietnam- cincang
10 ulas bawang putih - cincang
5 pelepah daun kari
1 kiub pati ayam
minyak,garam gula 

1. Bersihkan udang dan perisakan dengan garam dan kiub ayam.Panaskan minyak anggaran 1 cawan dan goreng udang hingga masak.Ketepikan.

2. Panaskan butter dan tumis bawang putih dan cili padi cincang hingga harum.

3. Tambah daun kari dan perisakan dengan sikit garam dan secubit gula dan pati ayam.

4. Masukkan nestum dan gaul rata dan kacaukan hingga garing sekata.

5. Masukkan udang dan gaul rata agar bersalut.Siap



Memang benar seperti kata Cikgu Amie...serdaknya sungguh sedap digaul nasi panas.

Esoknya saya beli lagi udang dan 1 pack nestum...Maknanya saya berhasrat untuk repeat la kan...hihihihi

Saturday 19 August 2023

CEMPEDAK,MANGGIS,RAMBAI,RAMBUTAN DAN BUAH BEKA @ KAMPUNG

 Minggu lepas amik cuti hari Jumaat untuk balik kampung..Bukan mengundi pun tapi ada urusan lain.Bertolak awal,sampai pun awal la..Belum tengahari dah sampai.


Petangnya balik kampung,mak kata nak amik cempedak.Kata mak pokok kat kebun tepi rumah cempedaknya dah tua dan boleh kait.

Pokok ni buah tak banyak tapi besar-besar.


Mak dok buat galah nak kait cempedak.Sempat la kait beberapa biji.Nyamuk banyak.Tak sempat nak pi pokok sebelahnya mak kata buah lebat menyelimuti batang dan dahan.Cuma belum cukup tua.Tapi tak sempat nak kerling pokok tu sebab nak bawa beberapa biji ni pun dah berat


Esoknya balik kampung lagi.Hantar mak sebab mak kata ada jemputan yasinan ada orang kampung nak gi umrah.

Lepas hantar mak ke rumah yang buat majlis yasinan,teruskan agenda nak kait manggis


Buah yang tidak pernah menipu...Berapa banyak pecahan tampuk luarnya ,begitulah jumlah isi dalamnya..


Hanya sepokok manggisnya.Itupun pokok kat kampung lama dekat tapak rumah lama dulu.Pokoknya dah lebih ½ kurun dah umurnya.Seingat saya,sejak zaman saya kanak-kanak ribena,pokok ni dah berbuah.Sambil mengait,sambil mengenang nostalgia zaman kanak-kanak.Selalunya tak sempat masak buahnya kami dah kait.Belah buah tua yang penuh getah kuning tu,basuh dalam timba air...cungkil isi dengan pisau..Sedap sangat isinya yang masih rangup dan manis.Selalu juga kait buah belum masak dan campak dalam semak duri keman(pokok duri semalu) konon peram dan sorok dari orang lain.Tapi selalunya berakhir dengan hilang dikebas Malik dan Ina iaitu anak Pak Wan merangkao sepupu saya.Masa zaman kanak-kanak depa memang juara.Tapi sekarang kalau jumpa time raya memasing lupa nak keluarkan kisah tu..hihihi


Hanya kait beberapa biji sekadar mengimbau kenangan 


Puas hati dapat makan buah yang katanya  sangat mahal di Jepun dan Arab Saudi ni...wallahua'lam..



Sebelah pokok manggis tu kelihatan pokok rambai berbuah lebat.


Kebanyakan buah...kulit hijaunya dah mula bertukar putih krim menandakan buah memasuki fasa masak.

Seminggu dua lagi dah boleh petik dah ni..
Buah yang dah jarang jumpa.


Buah rambutan dan dokong.Dokong tu bukan pokok kami..Tu pemberian sepupu masa pi menjemput kat rumahnya..


Ni cerita hari Sabtu sebelum balik KL..Petang hari Sabtu lepas mak mengundi balik kampung lagi.
6 biji cempedak..sikit rambutan,dan daun palas habuan bawa balik KL..
Mak dok bising suruh amik banyak-banyak bawa balik KL..Tapi saya  la yang takmo mengenangkan kata nak kena angkur naik lif bawa ke kayangan nu...hihihihi


Yang bentuk macam papan warna hijau tu buah beka.Nanti kita cerita derail pasal. uah beka dalam entri lain..