Tuesday 8 August 2023

MAKAN PULUT DENGAN AYAM GORENG

 

Makan Pulut Dengan Ayam Goreng untuk iftar semalam.Juga ada anggur sebagai pemanis.Tapi ni dah bukan anggur muscat..Entah apa nama anggur ni.Buah besar-besar dan lonjong tapi tidak semanis anggur muscat.



Kisahya beberapa hari dah anak jantan tu dok sebut dah lama saya tak masak pulut...

Eh,saya pun baru perasan dah lama tak masak pulut.Selalunya dalam sebulan ada la juga sekali dua masak pulut.Tak kira la pulut kuning,pulut lemak,pulut kelapa atau apa saja berasaskan pulut.

Samalam memang plan balik kerja nak kukus pulut dan nak  beli ayam untuk ayam goreng.Pulut pun dah rendam.Memang plan nak buat Pulut  Ayam.



Namun kesudahan hanya jadi Pulut Kukus makan dengan Ayam Goreng.

Sebabnya malas nak buat bawang goreng dan malas juga nak buat pencicah Thai tu.Padahal cili,pokok dan akar ketumbar dah siap beli.Tapi bula malas,memang tiada ubatnya.

Hanya kukus pulut..goreng ayam..itu sahaja..saya letak sikit minyak gorengan ayam apda pulut..Eh,semua pakat ikut..

Iftar dan dinner yang simple..

Tapi .....licin..semua pakat merindu pulut..🤭

5 comments:

  1. Betullah Mama Cella... malas mmemang tak ada ubatnya!
    Saya pun rajin juga malas hahahahaa....! Kena seru mambang di Tanah Jauhar gamaknya.

    ReplyDelete
  2. kalau ada rendang atau kari ayam pun mabeles tu kak

    ReplyDelete
  3. Nasib baik SA x leh makan pulut...hahaha..

    ReplyDelete
  4. wah..ni pun sedap ni. mcm org siam makan pulut ngan ayam....dap dap

    ReplyDelete
  5. elok baik perut mamacella..kalau perut ammi berbuka makan pulut siaplah..kadang-kadang makan pulut di waktu apa pun tetap sebu. tapi bila dah suka...sebu tu letak tepi, kita standby eno & gaviscon

    ReplyDelete