Tuesday 8 August 2023

POKOK CHAYA @ POKOK AJINOMOTO...BUKAN POKOK GANJA

 Semalam Kak Mus panggil.Katanya nak bagi Pokok Ganja..!

Adoi..kus semangat 🤣

Walaupun tahu Kak Mus hanya bergurau...


Macam ada pulak irasnya  juga dengan daun ganja kan..🤭
Tapi lebih mirip daun  ni dengan daun  betik...
Tapi bukan ..
Ini ialah daun chaya atau ada juga yang panggil pokok ajinomoto.


Semalam Kak Mus bagi bemihnya bersama beberapa tangkai pucuknya.Dah lama minta benih ni kat Kak Mus.Rasanya tahun lepas lagi bila Kak Mus wasap tanya ni ulam apa ada orang bagi kat dia .
Saya pun bagtau la ni ulam chaya @ ajinomoto..
Sesambil tu minta bibitnya juga kerana saya suka ulam// sayur ni..
Bibitnya dari keratan batang macam tanam ubi kayu juga.Rupa pohon dan  batangnya pun macam batang ubi kayu..Spesis sama agaknya..


                 pic Google
Saya share pic dari Google untuk rupa pokok chaya yang lebih jelas.


pic Google: kredit untuk  tuan punya gambar



Pucuknya sedap dijadikan ulam mentah segar.Rangup dan lemak-lemak gitu...Juga biasanya direbus macam pucuk ubi.Boleh dimasak sayur lemak juga.Pada saya rasa pucuk chaya ni lemak-lemak sikit dan lagi sedap berbanding pucuk ubi.

13 comments:

  1. Cantik pulak saya tengok bentuk daunnya 😀
    Teringin jugak nak mencuba kalau kata sedap berbanding pucuk ubi.

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang ada rupa daun betik.

    ReplyDelete
  3. Mmg mcm daun betik.. utk ulam rupanya ni

    ReplyDelete
  4. Kangg aje gian kalau betul pokok ganja, hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Kaya kak boleh buat duit tanam pokok ganja..hahaha

    ReplyDelete
  6. Tak besa tengok lagi pokok ni... MC tanam dulu byk² nanti kami pakat pi ambik benih :D

    ReplyDelete
  7. ya Allah kak, dana lama cari pokok ni nak tanam....

    ReplyDelete
  8. Husband saya p market, makcik yang jual ulam tu suruh try beli buat ulam. First time kami makan, batangnya saya cucuk kat pasu tumbuh la pulak. Hari ni google baru tau namanya ^_^

    ReplyDelete
  9. ehhhh macam daun betik pun iye jugak hehehe

    ReplyDelete
  10. SA x pernah tengok dan ni first time tau..kenapa plak dipanggil pokok ajinomoto kak?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. kalu MA dah kata pokok betik dah ni..

    ReplyDelete
  13. Nampak macam daun betik. Rupanya bukan. First time tahu ada pokok ajinomoto.

    ReplyDelete