Showing posts with label AKU DI TRENGGANU. Show all posts
Showing posts with label AKU DI TRENGGANU. Show all posts

Wednesday, 9 November 2022

LUNCH ,@ D'BAUNG KUALA TRENGGANU

 

Ni cerita minggu lepas.Sehari selepas KONVOKESYEN CELLA tu lepas check out pukul 11 kami sekali lagi ke UniSZA kerana nak uruskan gambar.

Habis urusan....kami ke D'Baung untuk lunch sesiap sebelum bertolak balik KL..
Dah pernah
 MAKAN @ D BAUNG masa datang ambil Cella bulan Julai dulu..

Kali ni memang niat nak bawa mak makan sini..
Sebab rasanya kena dengan taste mak ni.

Ni antara yang kami makan ..

Ambil 3 ketuk Baung Masak Tempoyak


Saya ambil kepala.

Mak ambil bahagian badan.

Cella ambil bahagian ekor.

Adah kongsi ngan saya.

Anak bujang tu tak makan ikan.Dia ambil lauk apa entah dah lupa


Memang nampak mak berselera makan..


Padahal dulu-dulu maka tak makan tempoyak..
Saya pun biasanya tak akan ambil ikan air tawar..
Tapi kat sini...
Recomended...
Ikan Baung Tempoyak dia memang cukup sedap..Isi ikan lunak dan langsung tak ada bau tanah atau bau daun.Tak tahu ikan baung ternak atau ikan baung liar...yang pasti sangat sedap..
Kuah dia pekat cukup masam,masin dan little sweet membuatkan kami hirup kuahnya hingga licin...
Review ni tidak berbayar ye..tapi sebagai perkongsian ikhlas dari saya....hihihi


Pic semua clear sebab semua pic by anak-anak
Minta pic kat depa ja la sebab nampak depa pakat dok snap nk up kat IG depa.....Saya IG pun takda...
Kalau saya snap...haukkkk...hihihi
Semua ni kalau tak salah saya Adah bayar dalam RM70++.
Kata Cella..bagusnya restoran ni...kalau student mereka bagi potongan harga istimewa.Ramai student IPT berhampiran seperti  UniSZA,UMT dan IPG makan kat sini dengan harga istimewa.Kata Cella,kalau nampak student datang depa akan tanya student ka?
Kalau student depa tanya dari IPT mana & depa bagi special harga..
Semoga perniagaan mereka terus diberkati Allah.


Actually,...masa baca dalam ruangan komen dalam entri  KE TRENGGANU LAGI...masa kat Trengganu tu
pesan suruh Adah check akaun...
Katanya suruh belanja nenek makan Nasi Dagang Atas Tol...
Namun tiada rezeki kami nak makan NDAT tu..
So..sebagai memenuhi hajat sedekah Bonda Iman..maka Adah guna belanja di D'Baung ni..
Alhamdulillah...semoga Allah mengganjarkan makanan terbaik di syurga nanti untuk Iman sekeluarga..Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
Untuk semua pembaca blog ni dari dulu yang menyokong dan mengirimkan doa-doa yang baik untuk Cella dan kepada  kami semua..Semoga Allah ganjarkan segala kebaikan yang sama juga kepada kalian semua🤲🤲


Monday, 7 November 2022

4 BOUQUET UNTUK KONVOKESYEN CELLA

Mengabadikan gambar bouquet semasa konvokesyen Cella tempoh hari..Sekadar untuk kenang kenangan..


Empat bouquet ..


Rasanya ada ja gambar lain yang Cella snap kat hotel semua bunga yang dia dapat tu.Tapi nak minta takut dia tengah bz pula.Balik dari Trengganu hari Rabu.Khamis tu dia dah ada Kelas.Jumaat hingga hari ni Ahad katanya mereka ada camp @Port Dickson.Jadi tak mau kacau diam.kita tepek saja pic yang ada.


Maknya tumpang  aura bunga...


Pic by Adah..
Cella bersama 4 bouquet.. 
Ni dah kat hotel...takda jubah dah...dah pulangkan sesiap lepas keluar dewan sebab tak nak ulang alik banyak kali.Lagipun dah ambil gambar dah..
Tema baju hitam..nampak macam jubah juga la kan..sebab jubah depa pun hitam rupanya..

Bouquet by nenek.


Bunga segar bersama sekor bear daripada nenek..Nenek beli bersama cucu lanangnya kat luar dewan masa tunggu kami kat dalam.
Neneknya suka bunga segar..Setiap cucu yang grad kalau bagitau atau ajak nenek sekali memang nenek akan hadiahkan bouquet of flowers..


Bouquet by abangnya & kakak..Depa kongsi dua beradik beli bouquet ni.Abangnya bagi bunga..kakaknya snap pic.


Adah memang payah nak ambil gambar dia...kena curi-curi ja...hihihi


Bonquet by Adah & abangnya...Nampak bunga saja kan...
Nanti kita tengok video kat bawah...


Bouquet by mak dia kena drama la sikit kan..hihihi


Bunga duit by mak dia..Saya tempah dari Kak Zam..Memang sorok dari Cella sebab nak surprise dia..Saya bungkus dalam plastik sampah dan letak ja dalam bonet kereta 4 hari 3 malam.Tawakkal saja..hihihi

Semua bunga..

Dari kawannya Hidayah..Kata Cella kawannya yang sorang ni anak datuk..orang have-have..Semua rakan sekelas dia bagi mini bouquet ni..Tengok jualan kat gerai bunga sepanjang jalan tu mini bouquet ni harganya RM20..Dia beli untuk semua rakan kelas 38 orang..uiii....dekat RM800 juga tu..Semoga mereka dimurahkan lagi rezeki asbab berkongsi dengan rakan-rakan..🤲🤲🤲


Pic kat hotel...bersama bunga daripada nenek


Bunga daripada maknya...


Haaa...ni yang surprise..
Bunga daripada abang dan kakaknya...
Ni pun Cella tak tau sebab Adah order kat Jejawi Penang...hantar pula kat Kedah...
Balik cuti Deepavali tu baru ambik dan bawa balik KL pun letak dalam kotak dok dalam kereta seminggu..!
Masa dia dapat ni pun dia tak tau ada duit tersembunyi dalam tu...
Sampai kat hotel dah baru Adah bgtau suruh tarik ❤️ kat bunga tu.

Baru dia tau dalam tu ada duit..!
RM100


Monday, 18 October 2021

NAK CHECK IN MING PARAGON HOTEL & MAKAN @ SINGGANG BUDU

Pukul 3 nak check in la kat hotel ni.Dah seminggu Adah tempah @ booking.com

Ceritanya...
Dalam keseronokan ...ada juga pengalaman tak berapa best.Tapi sesuai dijadikan pengajaran dan panduan.Saya tunggu dalam kereta masa Adah nak uruskan check in tu..Dari cerita Adah..

Masa nak check in,boleh pula staf dia kata dah penuh.Bila bgtau dah seminggu  booking..staf dia jawab booking tak masuk..!
Eh,senangnya jawapan..!
Adah dah bertekak dengan mereka.Adah bab macam ni memang sesuai bagi dia uruskan.Kalau saya senyap gitu ja.Habis sangat saya menangis🙈🙈🙈.
Rasanya lebih ½ jam Adah dalam tu.Kata Adah,staf dia sendiri yang cakap sebelum ni ramai juga yang terima nasib macam kami.Booking bertindih.Nak salahkan siapa ??????
Tapi apapun kena cari solution dengam segera.
Cerita banyak tak guna sebab bukan cerita yang seronok pun.Cuma nasib baik sikit sebab duit tak burn saja la.Dalam keadaan sekarang bukan soal duit.Tapi soalnya nak tidur di mana.Adah dan abangnya cuba cari hotel lain.Saya dah cakap kalau ada kosong,hotel  mahal pun tak apalah,kalau ada sambar saja...Ceritanya memang tak ada...Kami cuba nasib walk in hotel-hotel sekitar..
Semua full house..
Lagipun baru seminggu boleh rentas negeri,bukan semua hotel beroperasi.Tak kurang juga yang dah gulung tikar!
Tambahan pula 15 Oktober adalah hari pendaftaran IPT...
Kat Kuala Trengganu ni berapa banyak IPTA dan IPTS...sudah pasti permintaan hotel mencanak..
Semalamnya dan masa check out kat Arena Butik tu memang nampak ramai cuba walk in..tapi hampa.Kata mereka dah banyak hotel mereka cuba walk in,semua full.
Hari ni,kami pula melalui pengalaman tu.Bezanya kami bukan walk in...Tapi dah booking...!

Adah & abangnya cuba pula cari hotel @ Dungun.Pun semua penuh.Cuba pula Kuantan.Ada 2 hotel yang masih boleh book.Tengah dok bincang,Adah cakap hotel yang pertama dah penuh.Hanya 1 lagi hotel ada 2 bilik.1 twin bed..satu lagi double.RM200++
Terus booking...
Lepas confirm,Adah terus call untuk double confirm.Tak mau pisang berbuah dua tiga kali..hihihi
Semua dah hampir hilang mood...
Tapi kalau ikutkan hati yang geram,bukan dapat apa kan...
rugilah la kan.......pakatlah pujuk hati untuk redho dan yakin dengan hikmah yang kita tak tahu..Hanya Allah sebaik perancang..
Depa dua beradik tu ajak terus balik KL ja...
Depa boleh gilir-gilir drive tengah malam dah boleh sampai KL..
Tapi saya pula kesian anak bujang tu dah elok dapat cuti tak puas la jalan.
Tu yang saya suruh Adah booking juga kat Kuantan tu.
Jom,susun semula plan sebelum bertolak ke Kuantan..

Mula dengan bismillah...tarik nafas dalam-dalam...senyummmm


Adah terus drive ke Gong Badak.Bawa abangnya nak tunjukkan tempat Cella belajar.Cuba habiskan seberapa banyak itinerary untuk abangnya..


Tak boleh la nak masuk,hanya bawa tunjukkan dari jalan sahaja.Tunjukkan McD depan UniSZA tu,sebab anak bujang ni tiap kali gaji akan order McD untuk Cella.Now,dia tau la kat McD  ni la dia melabur setiap bulan🤣
Masa pusing balik,aampai depan UniSZA ni abangnya video call dengan Cella bagitau ada depan gate ni...

Singgah pula Singgang Budu..


Sebab dah lewat singgang budu  pun dah tak ada.Yang ada hanya namanya Singgang Budu..hihihi.
Lauk lain pun semua dah habis.Hanya apa yang ada seadanya saja.


Saya ambil kepala baung.Memang kepala sungguh,isi memang tak ada,sebab tu dia dah tulis kat mangkuk tu rm5 sahaja.
Adah & abangnya ambil sotong.Air pun saya minum air kosong saja sebab saya tak rasa nak makan pun.Sekadar nak teman dorang makan.

Untuk hidangan atas tadi tu....rm46


Adah la nak sangat makan singgang kat sini.Pada saya, lain kali kita try singgang kat kedai lain la pulak yer🤭

Kemudian,terus Adah drive ke Pasar Payang.Parking full walau dah petang.Banyak kedai dah mula kemas nak tutup.Singgah satu kedai saja nak beli keropok yang sebungkus sepuluh ringgit tu ja.Keropok tu makcik jual tu kasi discount 5 pack rm 45..
Saya ambil 15 pack dapat la RM RM135...+2 pack gula nisan yang setiap satu berharga RM 10.
Total RM 155.

Singgah pula Losong

Dah beberapa kali beli keropok lekor panas kat sini..memang sedap.
Tapi hari tu masa hantar Cella..beli kat sini dah tak sama macam dulu.Rasa dah kureng sebab liat.Dulu 3x beli semua sedap

Kali ni pun liat pula teksturnya...Mungkin dah tukar pekerja atau mungkin dah ubah resipi.

Saya & Adah jamah saja,sebab liat.Rasanya kami makan 3 pcs saja Tapi anak bujang tu cakap sedap saja.Lagi 22 pcs biar dia  habiskan 🤣
Ok.....Lebih kurang pukul 5 petang, kami dah bertolak ke Kuantan pula...
Bye bye  Ganu..
Nanti kami datang lagi..In sha Allah..



MASJID KRISTAL &,TAMAN TAMADUN ISLAM


Itinerary seterusnya sementara nak tunggu masa check in Ming Paragon Hotel Adah bawa ke Masjid Kristal & Taman Tamaddun  Islam..


Jalan nak masuk tu lalu kampung & sunyi.Lepas pintu gerbang ni lagi sunyi & jalan dia kecik sahaja.Ingatkan dah sesat..Tapi depa orang muda memang percayakan waze..Saya ja masih setia dengan signboard...hihihi


Dah masuk dalam baru nampak meriah..Rupanya dalam ni pun banyak tempat makan.Parking banyak tapi kena tunggu la orang keluar..sebab musim cuti kot + baru dapat rentas negeri.


Alhamdulillah dapat parking kat bulatan betul-betul depan pintu masuk.Kalau saya la,saya tak berani nak parking sembarangan selain petak yang disediakan.Tapi Adah jenis selamber..asal kereta lain boleh lepas,dia selit saja..(kalau kena saman,bukan dia yang bayar..kaaaaannn🤣)

Terus rakam sekeliling...Adah suruh jalan dulu.Abangnya pula dah nampak bilik termenung,dandan dia rasa nak termenung🤣.


Sayangnya tak dapat masuk  bahagian dalam Masjid Kristal ni sebab tengah renovation..sedis..!
Ambil gambar bahagian luar saja la.Nasib baik baru lepas hujan..Cuaca tak panas..sedap berjalan..Cuma gambar nampak teduh jaaaa🤭

Adah snap pic abangnya pula...

Baru lepas berry....Kurus la sikitt...🤣


Abang dia pula snap .
Depa tau kalau suruh mak depa snap...habislaaaa kelabu asap...hihihi


Jarang Adah nak bergambar beria...Selalu kalau pi mana memang nak snap pic dia kena curi2 saja sebab dia tak suka.Tapi kali ni lain macam dia punya bergambar setiap tempat oersinggahan.Manusia bersifat baharu kan....Boleh berubah mengikut waktu...!

Eh,rupanya Taman Tamadun Islam pun dalam ni juga bersama Masjid Kristal ni...
Luas jugak Taman Tamadun Islam ni..Saya memang tak larat la nak tawaf...hihihi...Ambil gambar dari luar saja la...

Tadi kata Adah,dari tak suka bergambar dah jadi suka..
Now...

"Paku Dulang Paku Serpih..Mengata Orang Awak Yang Lebih.."

So,jangan mengata,walau anak sendiri🤭🤭🤭🤭

Video dari sudut Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam pula...By Adah...



Ok...dah jom balik...


Dah masuk kereta,gerak nak keluar baru nampak ada basikal ni..eh,basikal ka beca ni?
Kata budak dua beradik tu,kalau tau tadi boleh sewa...

Baru nampak...memang ada tempat sewa basikal tu..Sebenarnya ada juga tram untuk meronda keseluruhan Taman Tamadun Islam tu..Lepas tu baru nampak...
Takpa la nanti bila2 bawa mak datang sini boleh la naik tram dia...Hihihi..Padahal kalau bawa mak saya,harus saya naik tram,mak saya jalan kaki.Mak saya tu fizikalnya kecik,cerdas & aktif nak banding dengan saya yang semuanya kontra dengan mak...hihihi

Nanti nak ajak Achik plan bercuti ramai2 kat Trengganu.Kalau Achik ada lagi seronok.Achik & Adah ...depa sekepala bab bercuti.Semoga Pakcik cepat sihat dan dapat bercuti lagi macam 2019 kat Pangkor sebelum PKP hari tu.Alhamdulillah Pakcik dah start kerja katanya.Dah boleh drive tapi masih dalam rawatan.

Ketika kami berjalan-jalan ni,Cella sedang bertungkus lumus mengemas bilik di kolej kediaman yang sudah hampir ½ tahun ditinggalkan.Katanya habuk tebal & semua kain baju kena basuh semula sebab dah hapak dalam almari.Sabar yer nak...mak nak jenjalan...
Nanti dah habis belajar,dah kerja...pi la jalan...masa tu tak tau la mak ada lagi ka dak...


Misi seterusnya lunch & check in Ming Taragon Hotel..
Tapi ada cerita tak mengembirakan....😥


Sunday, 17 October 2021

MIAMI BEACH @SEBERANG TAKIR

 Lepas sarapan Nasi Dagang Atas Tol,Adah kata kita akan ke Miami Beach.Bukan Miami Beach,Florida tu...



Tapi Miami Beach @ Seberang Takir..🤭


Kata Adah biarlah pi waktu pagi ,tak la panas lit-lit macam hari Jumaat tu..Better datang sebelum pukul 10 & selepas pukul 5 petang la kalau tak mau terbakar...hihihi



Ralit dia merakam keindahan pantai dan manikmati deruan ombak



Adah la rajin merakam gambar.Kalau selalu Cella tukang rakam.
Kami dah banyak kali singgah sini tapi Adah nak bawa abangnya la yang belum pernah ke sini.Kali terakhir dia datang Trengganu ..nun zaman sekolah dulu lagi.


Abangnya pula snap pic Adah..

update:
Ops...nun jauh kat belakang Adah tu nampak macam hutan pokok rhu sikit tu ...situ pun menarik..
Menjadi tempat perkelahan kerana kawasannya teduh..

Inilah kawasan hutan pokok rhu aka cemara tu..
Boleh drive dicelahan pokok sebab luas..tak adalah nak kena menapak.Ramai orang bentang tikar berkelah kat situ.Kami tak masuk pun situ,tapi nampak ada juga aktiviti ATV kat situ.
Sepanjang  bahu jalan tu pula meriah dengan jualan buah-buahan terutama buah anggur(Trengganu ada ladang anggur ker?)
Di hujung hutan rhu tu ada deretan kedai makan Kami bercadang nak makan celup tepung situ tapi masa tu belum buka.Rasanya petang baru buka.

(Jika ada info yang silap sila maklumkan)

Adah ni ada mood.Kalau dia suka,memang semua orang dia suruh snap pic dia.Tapi kalau dia tak mau,memang taknak la ceritanya...hihihi

Adah geram nak main ombak,tapi saya memang melarang macam larang budak kecik.Sebabnya pantai kat sini bukan macam Selat Melaka kat belah Pantai Barat  ni yang landai.Pantai kat Trengganu ni curam dan ombak besar dari Laut China Selatan.Nampak macam landai tapi tiba-tiba curam,kita bukan nampak dalam air.
Dia celup juga la kaki kat gigi pantai ni.Jangan tidak kan...

Adah dok paksa untuk bergambar.Layan juga la..hihihi..
Sejak dah remaja purba (pinjam ayat SK) + saiz pun berganda ni segan dah nak bergambar.Padahal zaman remaja memang suka bergambar.

Adah suruh berdiri kat tunggul kayu ni..Layankan ja la...hihihi.

Ni dia kata gaya macam orang tahun 60-an bergambar (60-an,mak dia pun belum lahir laaa)
Kata Adah selalu tengok gambar tahun 60-an dalam Google mereka mesti gayakan macam ni & pakai speck hitam.Gambar hitam putih pulak..Hihihihi....



Singgah pula kat dataran Jambatan Angkat tu.Anak bujang tu nak tengok Bas Mini yang dijadikan Surau Bergerak ni sebab hari tu nampakndalam Majalah 3.



Adah jadi supir,Bawa pula melintas Jambatan Angkat aka "London Bridge" ni.Mula plan nak singgah naik atas menara jambatan tu..Tapi Adah kata ikut itinerary...ke Pasar Payang aka Kedai Payang.

Balik hotel,mandi tukar baju & kemas untuk check out.


Betul-betul pukul 12 baru Adah uruskan check-out.
Asalnya Adah nak stay Hotel  Arena Butik ni juga malam kedua pun.Suka betul dia dengan Arena ni.Tapi saya nak tukar hotel lain.Tu yang hari tu dia booking Arena  2D1N...Lagi 2D1N booking hotel lain pula...
Lepas ni kita cerita hotel ke dua tu....