Showing posts with label RAMADHAN 2026. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN 2026. Show all posts

Friday, 20 March 2026

NASI AYAM SAMBAL HALIA UNTUK MENU BUKA PUASA 2026

Masak Nasi Ayam untuk iftar minggu lepas...
Kebetulan hanya kami 3 beranak berbuka kat rumah..

KAT SINI....
Lama betul tak masak nasi ayam..Anak anak menyukai nasi ayam tapi saya pula bukan peminat nasi ayam .Saya hanya akan berminat makan nasi ayam jika ada sambal halia.
maka untuk berbuka puasa kali ni saya buatkan juga sambal halia sebagai pembuka swlera.Sayangnya bila tengok gambar hari ini sambal halianya tak nampak sangat.Hanya ternampak sikit sahaja di belakang jug tu...hihihi



Makan bertiga  beranak sahaja...Saya masak 4 ketul sukuan peha ayam ni.Satu ketul dah buat display🤣 kat pinggan atas tu..Tinggal 3 ketul dalam bekas lauk.Memang sorang  1 pc whole leg tu..Tapi saya hanya patahkan ambil drum stick sahaja..
uat cicah sambal halia.Nama sambal halia tapi lebih mirip kepada jeruk halia..Rasanya ya g pedas halia dan masam masin manis membuka selera bola dicicah dengan ayan...PernSaya c&p sahaja resipi tu dari old post nasi ayam sambal halia 

Cuma saya tukarkan sekor ayan tu kepada whole leg



SUP AYAM
1 ekor ayam- potong 4
10 cawan air
3 sudu minyak
2 sudu teh garam

Bahan Tumis:
5 bunga cengkih
1 helai pandan

Bahan blend;
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul besar  halia
( Bahan blend dibahagi 3 bahagian)
  1- tumis sup
  1- gaul dan perap ayam
  1- masak nasi
  

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.
2. Masukkan bahan blend dan masak beberapa minit hingga naik minyak
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingng ayam kecut
4.Masukkan air dan rebus hingga ayam 1/2 masak
5. Angkat ayam dan gaul dengan 2 sudu bahan blend + kicap manis dan 2 sudu sos tiram
6. Separuh kuah sup akan digunakan untuk masak nasi dan separuh lagi untuk makan bersama nasi

 

NASI AYAM mak aku
5 cawan kuah sup ayam
2 helai daun pandan
3 sudu bahan blend
2 sudu marjerin

1. Pnasakan kuali dan masukkan marjerin
2. Tumis bahan blend dan daun pandan.
3. Masukkan beras dan goreng sekejap.Biarkan dlam kuali
4.  Masukkan sup ayam dlam rice cooker dan on biar mendidih semula
5. Setelah kuah sup mendidih baru masukkan beras yang dag goreng tadi dan biar hingga nasi tanak


Sambal Halia
1 ketul besar halia
2 bawang putih
2 sudu besarcuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
- Blend semua bahan hingga halus..sesuaikan rasanya
-**** tapi kali ni buat saya tumbuk 2 ketul besar halia .Tumbuk sebab nak rasa tekstur halia lebih kasar.


Juga saya masak Sayur Taugerh lagi...
Sajer acah acah  macam nasi ayam terkenal tu...Eh,anak anak yang tak makan taugeh tu boleh pulak depa makan taugeh ni bersama nasi aya... Mmmmm



Sup tu taknak nampak kosong saya tambah la bebola ni....pun acah acah nasi ayam terkenal tu...hihihi


 

Alhamdulillah........


Thursday, 19 March 2026

MENU BUKA PUASA : LAKSA LEMAK KUAH SARDIN,AYAM BERLADO & SAYUR KAILAN


Dah lupa juadah iftar hari apa sebab malas nak tengok detail..Just nak habiskan posting about menu buka puasa 2026..

Gambar pun lintang pukang...Lain kita nak letak  atas,lain pulan yang naik...tak apa lah....layan kan aja gambar tak tersusun seperti yang kita inginkan kerana tak semua yang kita kehendaki kita boleh dapat...Tapi pasti ada hikmahnya...Eh, ti er pulak....hahaha...takda kaitan dengan gambar pun🤣




LAKSA LEMAK KUAH SAEDIN

Masak Ayan Berlado untuk yang tak makan laksa...
Depa tak makan ikan tak makan laksa
Maka kita masak ayam berldo ,telur dadar & sayur kailan bawang putih





SAYUR KAILAN BAWANG PUTIH


SAYUR KAILAN BAWANG PUTIH.
10 batang sayur kailan-bersihkan
1 labu bawang putih-dadu halus
1 sudu teh garam
4 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung ubi

1.Jerang 1/2 kuali air +garam hingga mendidih.

2. Rebus kailan sepokok-sepokok lebih kurang 3 minit.

3. Angkat kailan & toskan. Susun kailan rebus dalam pinggan

4. Panaskan minyak & goreng bawang putih dadu hingga keemasan. Angkat bawang putih beserta 1/2 minyaknya.

5. Dalam kuali sama masukkan sos tiram +1/2 cawan air. Bila mendidih + tepung ubi yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pekat.

6. Curahkan sos tadi atasa kailan rebus & tabur bawang putih goreng bersama minyakny



Sebulan puasa ni dah d

ua kali dah masak Laksa Kuah Sardin Versi Lemak ni
Condiment


Telir Rebus sebagai pelengkap laksa




Laksa  Lemak Kuah Saedin yang turut menjadi kegemaran anak anak kecuali anak jantan sorang tu yang tak makan ikan


LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rwmpah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3  asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulama

n


Air ribena....gambar tongga g terbalik...hahaha



BUAH TAMPOI 

BUAH TAMPOI....

Dah agak lama tak makan buah tampoi sebab jarang jumpa orang jual..Pokok sendiri memang tak ada la...Seingat saya,kat kampung saya memang tak ada pokoknya.Tak tahulah sama ada kat kampung saya sahaja atau memang kat Kedah takda pokok tampoi ni...Saya pun 1st time  kenal dan makan buah tampoi ni kat KL masa awal awal datang KL tahun 90-an dulu..Kali terakhir makan buah tampoi ni bulan November 2023 jumpa orang jual buah tampoi kat  Kubah Ria masa nak beli buah dabai Rupanya kat Borneo pun ada buah tampoi yer...

Yang pasti kat Johor ada Hospital Tampoi...Dulu dulu zaman kanak kanak sekitar darjah satu  pernah tengok pernah jumpa buku jawi lama ada gambar dan cerita buah tampoi.Masih terbayang gambar dalam buku jawi tu beberapa orang kanak-kanak lelaki memanjat pokok tampoi  dan memetik buah tampoi berwarna oren..Di atas pokok juga ada beberapa ekor monyet bersama makan buah tampoi..Rapi masa tu saya tak pernah kenal buah tampoi....Hanya kenal buah tampoi tahun 90-an masa sambung study kat KL ni...Hingga kini kalau jumpa orang jual buah tampoi haruslah saya beli...Buka sebab sedap sangat pun sebab rasa dia tak jauh sangat dengan buah rambai tapi  saya akan beli kerana saya akan berasa puas dapat kenal dan makan buah yang pernah saya baca dalam bukiu jawi tu...Ada jugak orang macam tu kan...hihihi

 

Wednesday, 18 March 2026

MENU BUKA PUASA : BUTTER MILK PRAWN WITH MANTAO,FRIED GLASS NOODLE & TRADISIONAL BANANA STEAM CAKE

 Menu iftar hari apa dah tak ingat..Tapi dalam minggu lepas la..



- *BUTTER MILK PRAWN
* FRIED GLASS NOODLE
* TRADISIOAL BANANA STEAM CAKE




Masak Butter Milk Prawn ...
Sedap sangat pada tekak saya....hihihi sendiri masak sendiri cakap sedap..

BUTTER MILK PRAWN
½ kg udang.
sikit serbuk kari
sikit serbuk super ring cheese
¼ ketul butter
1 kiub ayam
7 cili padi merah
3 bawang putih
1 bawang besar
2 twngkai daun kari
1 tin susu cair
garam,minyak

1. Bersihkan udang,buang kepala dan belah belakang.
2. Gaul udang bersama sikit garam,serbuk kari dan goreng ½ masak.
3. Panaskan butter dan tumis bawangan cili cincang dan daun kari.
4. Masukkan susu cair dan kiub ayam.
5. Masukkan udang dan sesuaikan rasa





Sajer buat kuah lebih...guna 2 tin ausu cair...Sebab dah plan nak cicah ngan mantao kukus.
Sedap giker mamtao dicicah kyah butter prawn....Masih teringat ingat hingga sekarang...hihihu



Masak juga glass noodle swbab teringin sangat nak makan .Dah agak lama tak masak glass noodle..Payah nak jumpa glass noodle  i kat kedai.Nak guna suhun tak la sesedap glass noodle swbab glass noodle lebij kenyal dan sedap pada tekak saya .




Terajin sikit....buat juga KUIH LENGAT PISANG...
Antara kuih yang saya suka jugak ni Kuih ni selalu juga saya masak jika ada stok pisang.


KUIH LENGAT PISANG..


4 biji pisang yang besar
1 1/2 cawan tepung beras(Mesti tepung beras)Kalau tepung gandum kuih akan keras & liat
1/2 cawan santan pekat (1/2 kotak kecik santan kotak)
Sikit garam
2 sudu gula

1. Blend pisang & santan.


2. Masukkan garam,gula & tepung beras..kacau rata..

3.Adunan agak cair..tapi jangan risau..bila dikukus elok jer..

4. Sapu minyak pada loyang kecil & tuangkan adunan & kukus hingga masak anggaran 1/2 jam.


Untuk adunan dalam resipi ni mak aku kata elok-elok jer guna bekas makanan ni..
Ni la mak aku guna untuk ganti loyang sebab loyang kat rumah ni besar-besar...nakmakan hanya betdua ngan mak aku jer...

5. Biar sejuk baru dipotong kuihnya..



Ir Sirap.....

MENU BUKA PUASA :SPAGHETTI,KUIH ,TAKO

 Menu buka puasa..Hari apa pun fah tak ingat...

Selalunya elok jer susun menu dari ¹st day puasa hingga habis sebulan.Tahun ni lintang pukang....Tal boleh nak konsisten macam dulu...

Banyak juga pic menu buka puasa yang dah terdelete sebab memory dah full.Penuh gambar untuk blog & video untuk youtube tapi tak ada masa nak edit & upload...Sesak penuh dalam gallery....hihihi...Ni ada sikit masa kita update la mana ya g sempat

Minuman Air Ribena


Puasa tahun ni banyak minum minuman sejuk...Cuaca panas sungguh..

Tapi sebenarnya tak bagus pun minum ais apa lagi minuman manis ni tapi tu la memasing haus nak kan minuman sejuk.


Buah Limau  sebagai pencuci mulut




Petang ni takda jus tembikai tapi ada buah tembikai segar..
rezeki tahun ni puasa dalam musim panas...Buah tembikai lebih manis pada musim panas..Nikmat puasa musim panas ni juga buat kita sangat teruja saat menunggunwaltu waktu berbuka puasa kerana telalu haus.

Sempat buat Kuih Tako...
Acuan dia saya buat kat tempat kerja...Masa jenjalan kat  belakang surau nampak banyak daun pandan subur daunnya..Asalnya nak tengok kot ada belimbing  buluh berbuat tapi takda...Nampak pandan....Ambil dalam 10 helai & buatlah axuan tako dalam 15 pcs..


Buat takda ukuran....kecik besar jadinya...hihihi


Pukul 6 petang bari masuk dapur nak buat kuih tako



Dalam 15 minit dah aiap sebab kuih ni antara yang midah nak buat dan tak banyak bahan...Hanya tepung jagung,air pandan,santan dan gula...Kalau ikut ori kuih tako ya g saya kenal tahun 90-,an dulu dari majalah....bahan asasnya guna tepung hon kwee..tapi la ni lebangakan dah short cut guna tepung jagung je....Sengkuang cina pun dah dipelbagaikan diganti jagung ,sagu bagai...
Saya buat versi simple sahaja...Buat pun dalam ¼ daripada sukatan asal sahaja
Saya share resipi

KUIH TAKO PANDAN
(55-60 biji kuih)

Lapisan Hijau(bawah)
1 mug tepung jagung
1 mug gula pasir putih
6 mug air
5 biji sengkuang cina-cincang
1 sudu kecil paste pandan hijau( pewarana hijau perisa pandan)

Lapisan Atas(putih)
1 mug tepung jagung
6 mug air
1 kotak sederhana santan Kara(500ml)+-1 mug juga
1 sudu teh garam halus

KEKOTAK DAUN PANDAN.
55-60 helai daun pandan
dibentuk kekotak

1. Bancuh semua bahan adunan hijau dan kacau dengan api kecil hingga mendidih dan  meletus-letus.

2. Cepat-cepat sendukkan kedalam bekas kekotak.Isikan hanya seperuh kerana nanti akan ditambah adunan putih.

3. Biar adunan hijau memebeku.Sementara itu buatkan pula adunan putih lemak.

4.Bancuh semua adunan putih dan kacau hingga mendidih juga.

5. Penuhkan setiap kekotak yang sudah diisi adunan hijau.

6. Biarkan sejuk dan membeku sebelum dimakan.Tidak lama untuk kuih ini membeku.Dalam 10-15 minit dah beku.Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati

**kalau nak buat sikit,guna sukatan cawan.janji ratio tepung dan cecair betul..1:6..Maksudnya 1 cawan tepung jagung =6 cawan air.
Bahagian putih ratio 1:7 iaitu 1 cawan tepung jagung & 7 cawan santan( air+santan bagi dapat 7 cawan,)
in syaa Allah jadi


Nak tengok step by step boleh rujuk KAT SINI....



Tak masak nasi sebab dah takda idea nak masak lauk...
Just masak Spaghetti bolognese..
Pinggan Cella penuh taburan parmesan cheese


Saya masak saja spaghetti bolognese ni tapi saya tak makan pun...
saya hanya suka spaghetti olio yang kering kering tu...
Makanya untuk iftar saya...saya makan  laksa..



Juadah buka puasa  hari terswbut...haaaaa lupa hari apa

Tuesday, 17 March 2026

22 RAMADHAN : BERBUKA PUASA BERSAMA RAKAN-RAKAN @ 2 SISTERS WANGSA WALK MALL

 
Puasa ni hanya beberapa harinsahaja yang berbuka puasa cukup corum.Walaupun tahun ni semua ada berkumpul di rumah tapi tak semua hari dapat berbuka bersama semua isi rumah.Ada yang balik kerja lambat,ada yang berbuka bersama rakan .Tapi yang pasti sepanjang lebih 20 hari puasa setiap hari saya masak dan berbuka di rumah.Hanya anak anak yang bersilih ganti memyebabkan tak culup corum tu.Paling banyak berbuka kat luar Cella la..Kejap dengan kawan sekolah,kejap dengan kawan  UniSZA,kejap dengan kawan-kawan UPM...tu belum kira kejap dengan hoisemate...roomate..entah apa lagi la...Adah pun ada slot berbuka bersama best friend dia..Izzudin pun ada slot sendiri dengan tempat kerja .Begitu juga dengan anak jantan tu ..depa orang bujang lagi la lebih banyak berbuka di liar dari di rumah..

Nak menyampai 20 hari puasa tu depa semua dah pernah berbuka kat luar ...kecuali saya...Rasa macam nak jer sesekali tinggal pulak depa berbuka kat rumah ...saya nak pi berbuka kat luar..asyik depa dok tinggal kita.....tengok kalau depa pulak kena tingglal....kan...hihihi

Tapi tu la....benar lah benda apa pun jika disebut dan dizikirkan...Allah akan mqbulkan..



Puasa hari ke 22...sungguh pulak seperti yang terlintas dalam fikiran..Satu hari tu  dalam group Havoc,Umi ajak moreh kat KL..Tapi sebab ramai mak-mak dalam group tu,pakat ada kekangan tak boleh join.Hanya kami berempat yang setuju .Tapi nak moreh akan jadi lewat malam...Keputusannya Umi arrange untuk iftar supaya masa lebih panjang.Maklumlah kami ni bukan sama tempat kerja tapi sebelum ni pernah menjawat jawatan yang sama dan sering bekerjasama  dan sering juga outstation  bersama.Sekarang dah tak sama bidang dah bila mana saya dah tukar tempat kerja.Wawa pun sekarang dah bersama JAWI kat Pusat Islam..Walau dah tak sama tugas tapi ukhwah kami masih kuat.Tidaklah selalu berjumpa tapi memasing masih update dalam group Havoc.



Umi yabg arrange iftar kat 2 Sisters @ Wangsa Walk Shoping Malla,Wangsa Maju..


Saya pilih Ayam Gepuk,Summer Salad,water melon juice & Thai Tea Ice..
Haaa air tu jadi dua sebab tak tengok,rupanya Ayam Gepuk tu dah set dengan minuman...Pi tambah lagi order water melon juice...

Makanan sedap tapi tak berapa selesa nak makan sebab meja sempit sangat untuk 4 orang dan mungkin sebab booking lambat sikit dapat meja di tingkat atas tepi tangga & tempat laluan cuatomer turun naik tangga.
Order pulak nasi ayam gepuk tu ....payah nak makan dengan sudu garfu.Tak cari pulak sink ada ke tidak...

Untuk lain kali ,better rasanya pesan makanan yang midah nak makan macam uni pesan fish & chips atau nasi lemak ayam crispy yang takda tulang2.Lagipun kita berbuka puasa di luar ni nak berkejar solat maghrib kat piblic surau kan ..
Apapun beriftar kat sini best jer sebab parking mudah,mall dia happening juga sebab banyak betul kedai kedai & tak serabut..Nak s



Umi ....yang selalu jadi roomate kalau out station sebelum ni..


Wawa... dah kat JAWI dah dia...

Yanti....kebetulan birthday Yanti...Umi dah belikan birthday cake....


1st time berbuka kat luar untuk tahun ni....Eh,kali ke2 la...1st hari tu kan berbuka 100m dari rumah masa hari ke3 berpuasa kan...hihihi
In shaa Allah esoknya hari 23 puasa pun akan berbuka kat luar juga..

 




Selesai solat,sambung makan...& jenjalan window shoping tengok baju raya
Sebelum balik bergambar dulu kat foyer...amik mood raya...hihihi

Monday, 16 March 2026

MENU BUKA PUASA 17 RAMADHAN - AYAM MLCA,PARU PETAI,SATE,MIHUN ,BAKWAN,JUS TEMBIKAI

Dah nak habis puasa.Publish menu buka puasa belum habis publish...Bz yang tak pernah ada kesudahan....Sibuk urusan dunia...Semoga kesibukan dunia juga Allah ambil kira  sebagai catatan lkebaikan....🤲

Menu buka puasa hari Nuzul Qur' an.17 Ramadhan...
Tahun ni Nuzul Qur'an jatuhnya hari Sabtu....Takda la terasa cutinya sebab Sabtu memang cuti kan...rugi rugi rugi....hihihi



Saya masak lauk 
AYAM MASAK LEMAK CILI API...masak cara  campak campak jer...Tidak lah sesedap MLCA orwng Negeri Sembilan...hihihi

AYAM MASAK LEMAK CILI API CAMPUR KENTANG
1/2 ekor ayam - potong
3 kentang - belah 4
1 kotak santan
5 cawan air
1 asam keping
1 sera- ketuk
1 sudu garam

Bahan tumbuk
15 cili padi
1 bawang besar
1 ketul kunyit

1. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan tumbuk  dan masak hingga keluar air ayam.

2. Kemudian masukkan 5 cawan air dan kentang & masak hingga mendidih

3. Tambah garam.serai & asam keping

4. Biar mendidih hingga ayam 7 kentang empuk

5. asukkan santan dan biar mendidih sekejap dengan api perlahan

6. Sesuaikan ras



PARU BERLADA.
1 kg paru 

1 cawan isi petai

garam,gula & serbuk kunyit.

Minyak.

Bahan Blend Kasar:

20 cili padi merah

5 cili merah besar

1 bawang besar.

5 bawang putih

1. Rebus paru.Belah & hiris sederhana nipis.Gaul garam kunyit.

2. Panaskan minyak & goreng paru hingga masak.Jika suka rangup goreng hingga garing.

3. Tinggalkan minyak goreng paru dalam kuali anggaran ½  cawan & tumis bahan blend.Tambah garam,secubit gula & masak hingga naik minyak.

4. Masukkan paru goreng & gaul rata.Tambah petai,masak sekejap sahaja

** Minyak kena lebih sikit baru bahan kisar naik minyak & nampak cantik.




Keli organic dari tempat kerja...



Masak juga MIHUN GORENG....




Juga buat BAKWAN JAGUNG...
Ha...bakwan ninmemang masak banyak...


SATE AYAM & DAGING...

Sate dari Bazar Ramaddhan Sunway Pyramid...





Haikal bawa...Ajak Haikal datang iftar bersama swmwpwna weekend..
Walau dah oesan jangan bawa apa apa....dia bawa juga sate ni....Licin jugak la depa pakat makan buat moreh lepas terawikh...




ROTI JOHN......Anak jantan tu beli masa balik kerja...
Dengar Haikal datang dia beli 2 batang Roti John ...Ayam & Daging




REZEKI KAMI 17 RAMADHAN.......

16 Ramadhan punya pic sah taktau pi mana....dah terdelete....Terus sambung 17 Ramadhan