Dah lupa juadah iftar hari apa sebab malas nak tengok detail..Just nak habiskan posting about menu buka puasa 2026..
Gambar pun lintang pukang...Lain kita nak letak atas,lain pulan yang naik...tak apa lah....layan kan aja gambar tak tersusun seperti yang kita inginkan kerana tak semua yang kita kehendaki kita boleh dapat...Tapi pasti ada hikmahnya...Eh, ti er pulak....hahaha...takda kaitan dengan gambar pun🤣
SAYUR KAILAN BAWANG PUTIH.
10 batang sayur kailan-bersihkan
1 labu bawang putih-dadu halus
1 sudu teh garam
4 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung ubi
1.Jerang 1/2 kuali air +garam hingga mendidih.
2. Rebus kailan sepokok-sepokok lebih kurang 3 minit.
3. Angkat kailan & toskan. Susun kailan rebus dalam pinggan
4. Panaskan minyak & goreng bawang putih dadu hingga keemasan. Angkat bawang putih beserta 1/2 minyaknya.
5. Dalam kuali sama masukkan sos tiram +1/2 cawan air. Bila mendidih + tepung ubi yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pekat.
6. Curahkan sos tadi atasa kailan rebus & tabur bawang putih goreng bersama minyakny
Telir Rebus sebagai pelengkap laksa
LAKSA KUAH LEMAK SARDIN
1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rwmpah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak
Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas
**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.
Buat Kuah:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulama
n
Air ribena....gambar tongga g terbalik...hahaha
Dah agak lama tak makan buah tampoi sebab jarang jumpa orang jual..Pokok sendiri memang tak ada la...Seingat saya,kat kampung saya memang tak ada pokoknya.Tak tahulah sama ada kat kampung saya sahaja atau memang kat Kedah takda pokok tampoi ni...Saya pun 1st time kenal dan makan buah tampoi ni kat KL masa awal awal datang KL tahun 90-an dulu..Kali terakhir makan buah tampoi ni bulan November 2023 jumpa orang jual buah tampoi kat Kubah Ria masa nak beli buah dabai Rupanya kat Borneo pun ada buah tampoi yer...
Yang pasti kat Johor ada Hospital Tampoi...Dulu dulu zaman kanak kanak sekitar darjah satu pernah tengok pernah jumpa buku jawi lama ada gambar dan cerita buah tampoi.Masih terbayang gambar dalam buku jawi tu beberapa orang kanak-kanak lelaki memanjat pokok tampoi dan memetik buah tampoi berwarna oren..Di atas pokok juga ada beberapa ekor monyet bersama makan buah tampoi..Rapi masa tu saya tak pernah kenal buah tampoi....Hanya kenal buah tampoi tahun 90-an masa sambung study kat KL ni...Hingga kini kalau jumpa orang jual buah tampoi haruslah saya beli...Buka sebab sedap sangat pun sebab rasa dia tak jauh sangat dengan buah rambai tapi saya akan beli kerana saya akan berasa puas dapat kenal dan makan buah yang pernah saya baca dalam bukiu jawi tu...Ada jugak orang macam tu kan...hihihi









No comments:
Post a Comment