Monday, 2 March 2026

SAMBAL UDANG + BELIMBING,BAKWAN JAGUNG,CRISTAL JELLY & AIR TEMBIKAI

Juadah iftar hari ke 5 Ramadhan 1447H.....Cerita minggu lepas baru dapat publish...

Seperti tahun tahun lepas...puasa tak puasa memang saya masak..Kadang masak banyak kadang sikit..Kadang ada idea kadang idea kering...Kadang masakan sedap...Kadang ke laut...Tapi masak tetap masak...

Setiap malam aebelum tidur,kepala dah lofat fimir menu untuk esoknya.Kadang fikir menu yang sesuai dengan bekalan bahan mentah yang ada dalam peti ais..Kadang fikir menu yang belik kerja nak singgah pasaraya beli apa ..Kadang fikir apa yang diminta anak..kadang masak ikut suka.Kadang sangat. Selalunya ikut request anak anak...Jarang sangat nak tekak sendiri kerana anak anak kadang depa ada menu yang depa tak makan..contoh kalau masak ikan anak jantan tu tak makan..Kalau masak organ haiwan depa mana reti makan kecuali paru..Peria,petola bagai lagi la depa tak makan..So,ikut jerlah tekak depa .Sambil tu selit la juga menu tekak kita kan...hihihi






SAMBAL UDANG BELIMBING BULUH

½ kg udang

15 belimbing buluh.

minuak,gula garam.

Bahan Blend

15 cili kering

1 bawang besar

1. Panaskan sikit minyak & goreng udang hingga ½ masak.Ketepikan

2. Tambah minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.

3. Masukkan belimbing sebiji sebiji yang telah dikerat tangkai dan tampuknya.Masak hingga belimbing lembut dan litainar.

4. Masukkan udang dan perisakan...Masak hingga naik minyak.

5. Sesuaikan rasa dan siap



SAYUR CAMPUR TEMPE 

yang ni ikut tekak saya  sebab ada cendawan..Anak anak swmua tak makan cendawan masak sayur.Kalau sup cendawan licin pulak depa makan...

So,bukan la tak makan cendawan kan....hihihi




BAKWAN JAGUNG.

2 tongkol jagung - hiris isinya

1 cawan tepung jagung

½ cawan tepung gamdum

½ cawan udang putih kecil

1 labu bawang besar - cincang

2 cilo padi mwrah-,cincang

1 tangkai daun sup - hiris

1 tabgkai daun bawang ,- hiris

2 telur..

Minyak gula garam.


 + semua bahan dan gaul sebati

JKANGAN tambah air dah kerana nanti akan berair 

Panaskan minyak dan cedokkan sesudu demi sesudu 

Balik balikkan agar matang merata

Sedap makan panas-panas



Martabak.....depa beli kat bazar


Cristal jelyy....saya masak...guna brand Nonq jer....,


Sekarang tiap hari minum jus tembikai ..Bukan buat tapi beli .Bukan kat baazar tapi kat gerai tembikai...Ada satu gerai tembikai tempat saya dia memang jual jus tembikai ...bukan tembikai sirap yer ...hihihi

1jug RM6...

Dalma gambar ni beli 2 jug...RM12..

Qalau ais baanyak giler tapi memang sedap....So takdelah nanti mak saya call cella tanya pasal aoar tembikai...🤭🤣🤣🤣
 

2 comments:

  1. menu iftar lengkap & menyelerakan😋 Sambal udang belimbing buluh tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. Sama la kita masak ikut dan je. Kadang2 kering idea nak masak apa.

    ReplyDelete