Wednesday, 25 March 2026

MERIAH TETAMU BERKUNJUNG @ KAMPUNG

Seperti biasa sejak zaman berzaman saya hanya akan beraya di kampung mak  kecuali hanya sekali dua tak dapat beraya di kampung atas faltor tertentu contohnya masa Covid 19 semua orang tak dapat rentas negeri..
Tapi tahun lepas masa RAYA HAJI 2025 kami beraya kat rumah Achik kerana rumah mak masa tu kenderaan tak boleh masuk ada construction..

Aidil Fitri  2026 ....mak saya tetap beraya di kampung mak..Cuma tahun ni beraya kat rumah mak yang baharu.Masih di kampung yang sama ,cuma rumah baharu ni lebih dekat dengan jalan menuju ke surau.Kalau dulu rumah lama agak ke belakang dan agak jauh dari jalan.
Rumah ni merupakan rumah mak yang ke-3 sepanjang hidup saya..
Rumah pertama di kampung lama dan sekarang sudah jadi kampung tinggal yang penuh semak samun bersama kenangan dari zaman kanak-,kanak hinggalah darjah enam kami bermastautin di situ..Kampung lama  yang tetap abadi selagi hayat di kandung badan. Rumah ke- dua  mak dan arwah ayah dirikan dengan keringat dan air mata di tanah mak sendiri pada pada tahun 80-an.Kami berpindah rumah tu betul betul beberapa hari sebelum hari raya puasa 1984.Dan tahun 2026 menyaksikan sekali lagi kami beraya di rumah mak yang baharu

Rumah lama atau  rumah baharu,Alhamdulillah,tetamu tetap datang memeriahkan hari raya 2026 ini..

Seusai solat suna Hari Raya Aidil Fitri...tetamu terus berkunjung ke rumah mak...Jom lah kita tengok antara gambar dan video yang sempat di rakam pada hari raya pertama  1 Syawal 1447 bersamaan  21 Mac 2026..



Jujurnya 80% kanak kanak dan remaja yang datang...saya tidak kenal anak siapa dan cucu siapa..Tapi tahu mereka adalah warga kampung mak yang berkembang biak sepanjang 34 tahun saya bermastautin di KL..
Selebihnya 20 % lagi adalah warga tua dan warga sebaya  saya yang masih saya kenal 




Mereka pastinya juga tidak mengenali saya tetapi mereka tahu saya adalah anak kampung ini juga dahulunya..




Tambahan carpet di bentangkan di luar anjung kerana limpahan tetamu..


r
Mak...Pakcik & sepupu yang 10 tahun lebih senior dari saya.



;
Hanya seorang dua yang masih saya cam



Mungkin kah mereka juga langsung tidak kenal saya lagi..


Peluang bertanya anak siapa dan cucu siapa....
Semoga mereka akan terus mengenali bahawa saya juga sebahagian warga kampung ini suatu masa dulu dan setiap kali raya



Peluang bertanya khabar dan cerita



Remaja lelaki.....mungkin mereka adalah warga yang bermastautin di kampung ni .
atau mungkin juga mereka juga sama seperti saya...Hanya bersemuka setiap kali hari raya sahaja...


Bahagia kerana ramai tetamu sudi datang beraya..


Warna warni baju raya ....Tahun ni katanya teal blue yang me dominasi...Tapi warna lain juga 
Yang atas kerusi dan ada yang versila atas lantau



Ada yang menikmati makanan berat...Ada yang menikmati kuih raya..


Ada yang makan sambil berbual...
walau sekampung bukan selalu jumpa kan...Ini lah peluang beramah mesra



Ada yang datang bersama family...ada yang bersama rakan....


Cuaca panas yang amat di Kedah.. .
39 °C
Tapi beraya dalam cuaca panas lebih meriah berbanding jika musim hujan



Air minuman paling laku sebab panas...Berulang kali Haikal..Aqil & Cella ulang topup air..
Thai tea
Green tea
Soda herb
Air kosong pun ramai peminat...hihihi


Ada yang singgah beraya sekejap sahaja...Ada yang berlama- lama untuk berbual sesama...Maklumlah setahun sekali/dua kali + Raya Haji..



Hanya sebahagian gambar dapat dikongsikan...Sebagaian lagi tak boleh nak d/load dari tele...Nanti kita kongsikan lagi....rakaman video pula...
Juga in shaa Allah saya akan kongsikan tradisi surau kampung kami setiap kali selepas solat sunat hari raya....Mingkin tak semua surau/masjid ada tradisi yang sama...Nantikan........

No comments:

Post a Comment