Wednesday, 11 March 2026

MENU BERBUKA PUASA 13 RAMADHAN 2026: : KELI BERLADO, IKAN LENGAT,PENGAT PISANG





Menu buka puasa hari ke 13  puasa dalam rahun 2026. Macam biasa,tetap juga masaklauk dan pemania mulut.

* IKAN KELI  BERLADO

*PAJERI NANAS

*IKAN LENGAT GORWNG

*PENGAT LABU 

* BUAH ORENG



MASAK KELI BERLADO
6 ekor ikan keli-bersihkan dan garam kunyitkan
Minyak garam,gula


Bahan Kisar Kasar:
15 cili padi merah vietnam
3 culi merah besar
1 bawang besar
5 bawang putih
3 daun limau purut

1. Bersihkan ikan keli dan gaul dengan garam serta sedikit cuka makan selama 15 minit.Bersihkan dan garam kunyitkan.

2. Goreng ikan keli hingga  garing.Ketepikan.

3. Dalam minyak sama tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perisakan.
dan sesuaikan rasa

4. Masukkan ikan keli goreng dan salut bahan tumis berlado



Ikan keli segar beli dari tempat kerja.Rupanya peminat ikan keli memang kebangakan suka  ikan keli goreng terutama bahagian ekornya yang garing dan rangup.Kata Cella bahagian ekor tu kira macam kalau ayam tu bahagian kulit ayam yang rangup berlemak tu...hihuhj....Patut la bila beli ikan keli depa tak kerat ekornya...Ni saya beli kat tempat kerja..Kebetulan Bayu tuai hasil ternakan ikan keli...Saya beli 8 ekor .Bayu dah siap siang.Balik basuh dan masak saja..Tapi saya tam makan ikan keli ni.Beli untuk yang makan la...Taktau kenapa budak budak sekarang ramai yang suka ikan keli kan...Saya pun dulu dulu kat kampung memang makan jer ikan keli bendang.Masak kari ke ..goreng garing ke...bakar tawar buat boh dalam cabai tumbuk cicah ulam pun berebut makan habis nasi seperiuk.Tapi sejak keli Afrika mengambil alih....Saya memang tak makan keli Afrika.Tapi kalau kelai bendang tu boleh lagi la...


Ikan ikan keli tu semua penuh telur..Nak buang sayang..Dah goreng takda sapa makan.Sejujurnya dari kanak-kanak mak dok masak keli mak tak pernah ambil telurnga.Kata mak orang tua tua pesan jangan makan telur keli nanti muka akan berjeragat...wallahua'lam...
Tapi dek tak pernah makan telur keli...sampai sekarang saya tak lalu nak makan telur keli.Ni sebab telur banyak dan besar cuba la goreng garing...pun akhirnya tak makan...ke bakul sampah juga



Ni kat tempat kerja Bayu & Namota tengah on projek bela ternak ikan puyu dan ikan baung pulak ...Tak sabar nak tunggu ikan ikan tu besar..Saya suka ikan baung..Kalau puyu tu tengok jugak la...kadang suka tapi malas nak siang.Ni Bayu kata puyu tu dari spesis puyu yang membesar siaz tapak tapak tangan..bukan puyu sawah yabg comel tu...hihihi



Sambal Berlado....Saja buat lebih....Ni kalau ada pes cashewnut ni dah kira sambal gepuk dah ni....Ish sedap pula terbayang sambal gepuk pedas berlemak kacang gajus tu...




Pajeri nanas leftover tapi memang masak sebiji nanas yang besar sebab n
memang nak makan dua hari.Pajeri ni akan lebih sedap selepas sehari dimasak kerana hahan akan lebih mesra dengan  nanas.


Ikan Lengat Goreng lagi....
Memanh beli ikan selayang lebih haru tu.Buat ikan lengat bebanyan.Masukkan dalam tippuware simpan dalam peti ais..Lauk lalu nasi ni...hihihi






Masak juga pengat pisang buat pemanis mulut...Takda beli kuih apa...Hanya masak pengat pisang..Pengat pisang ni antara dessert yang memang wajib jugak la setiap kali puasa..Tak banyak,sekali pun kena juga buat...tapi tukang makan ya kita la juga,anak anak tak minat sangat dessert orang tua ni

....hihihi


Buah oren & buah kundang Siam...Swmua buah kuning hari ni...hihihi.





No comments:

Post a Comment