Juadah iftar Isnin minggu lepas ..Hari ke-5 Ramadhan ...Hari pertama naik kerja selepas cuti CNY + sambut Ramdhan kat kampung...
Menu 5 Ramadhan:
1.DAGING GORENG KUNYIT VERSI BASAH
2. SAMBAL SARDIN +BELIMBING BULUH
3. TELUR DADAR
4. BAKWAN JAGUNG
J6.ELI RASBERRY
7.JUS TEMBIKAI
Saya bukan peminat telur dadar..Saya lebih suka telur rebus..
Tapi dek kerana saya kerap masak belimbing...anak anak pun dah mula cuit cuit belimbing masam tu...Mungkin depa tergoda tengok saya beria makan belimbing buluh tu...
hihihi..
SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH
1 tin besar sardin ( saya guna macerel ) cap ayam
15 biji belimbing buluh
minyak,gula,garam
Bahan Blend:
10 cili padi merah
5 cili merah
1 bawang besar
1. Panaskan minyak dan tumis bahan belnd.Masak hingga naik minyak
2
Tambah belimbing sebiji sebiji & 1 cawan air.Masak hingga belimbing lembut dan lut sinar
3. Masukkan sardin dan perisakan..masakan hingga naik minyam & sesuaikan rasa.
Ni main dia.... Daging Goreng Kunyit..Saya masak versi lemba-lembab berlengas sikit.Ni kalau bukan bulan puasa...satu lauk ni dah cukup...Gaul minyak dia dengan nasi panas-panas....aumm
DAGING GORENG KUNYIT VERSI BASAH
1/2 kg daging
1 lobak merah
10 batang kacang panjang
1 bawang Holland
5 cili padi merah - bhiris
minyak,garam,serbuk kunyit,perisa
1. Daging dipotong sesuai saiz.
2, Panaskan minyak anggran 1/4 cawan hingga panas,Terus masukkan daging hiris (JANGAN GAUL GARAM)
3, BIla daging nampak kecut,tambah 1 cawan air.Tutrup kuali biar daging lembut.Kalau belum lembut ulang tambah air,
4, Bila daging empuk dan lembut baru masukkan serbuk kunyit anggaran 1 sudu besar(agak banyak) dan garam serta perisa.Jika suka sedikit berkuah,tak perlu masak hingga kering
5. Masukkan lobak merah yang dipotong jejari dan kacang panjang ,cili dan bawang Holland.
6. Gaul rata biar sesayur layu sikit dan sesuaikan rasa
*** Jangan gaul daging dengan garam.Masuk garam hanya selepas daging sudah empuk agar daging tidak liat







No comments:
Post a Comment